Dodol Ongah #penanganpenganan - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Dodol Ongah #penanganpenganan

4 Jun 2018

Dodol Ongah #penanganpenganan

Bismillahhirrahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Dodol Ongah #penanganpenganan


Siapa suka dodol atau penganan? Kita gang! sep sket! Orang kampung Mrs. A biasa panggil dodol ni penganan. Time kekecik dulu memang Mrs. A pun panggil penganan tapi sekarang ni seiring dengan perkembangan masa, zaman berubah, umur pun dah dewasa dari penganan dan panggil dodol ngeh! ngeh! ngeh!

Last Saturday Mrs. A balik kampung. Time jalan-jalan di bazar Ramadan kat Lubok China tu terjumpa pulak satu gerai ni ada jual Dodol Ongah. Dalam hati cakap eh! ni la dodol yang Kamarul jual tu. Dia duk promosi kat grup FB. Kamarul adalah kawan sekampung Mrs. A time kekecik dulu tapi bila dah besar tak berapa nak kawan dah hew! hew! hew!

Pada mulanya Mrs. A macam fifty-fifty jer... nak beli ke tidak cos time tu tangan dah penuh dengan macam-macam juadah. Tapi syukurlah Mrs. A decided membelinya kalau tak serius rugi.

Dodol ongah
Mrs. A suka yang keras macam ni yang cair kurenggg...
Haish!... sesampai rumah aje tak sabar tau nak tunggu waktu berbuka cos teringin sangat nak merasa Dodol Ongah ni muahahaaaa... macam bebudak. Ha! nak tahu tak apakah juadah pertama Mrs. A time berbuka tu? Yesss.... tidak syak lagi dodol tulah yang Mrs. A makan dulu. Alhamdulillah serius sedap uols!!! Mrs. A suka. Memang recommendation sangat. In Sha Allah nanti nak repeat beli lagiks!

Rupanya time Mrs. A beli itu. Dodol Ongah tu baru sahaja memulakan operasi mereka menjual di tepi jalan.

Dodol ongah
FB pages - DODOL ONGAH - Penganan
Dodol Ongah

Kepada peminat-peminat dodol aka penganan kalau nak rasa Dodol Ongah Den ni bolehlah jalan-jalan cari makan ke gerai Dodol Ongah ni. Gerai ini mula buka dari jam 4.00 petang hingga 1.00 pagi. Gerai Dodol Ongah ni kalau dari Linggi dan Rembau, lokasinya adalah sebelah kiri jalan sebelum sampai ke Pekan Lubok China. Jika dari Lubok China menghala ke Linggi, sebelum simpang tiga  untuk ke Astana Raja, Kota, Rembau sebelah kanan.

Kalau nak tahu lebih details bolehlah contact no 010-5455508. Mrs. A sekadar berkongsi di blog manalah tahu kalau ada peminat dodol yang nak cari dodol sedap. Ikhlas cakap Dodol Ongah ni memang sedap. Kalau tak sedap seganlah pulok rasanya Mrs. A nak share kat blog. Akhir kata selamat berpuasa hari ke 19 Ramadhan readers.

6 ulasan:

  1. ooo dia kacau dodol kt situ jg ke? maknanya dodol fresh laa yek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah dia kacau kat situ juga, kalau nak beli yang cair pun boleh.

      Padam
  2. aroma gula kelapa dan asap tu yang susah nak berhenti bila dah mula makan dodol ni.....

    BalasPadam
  3. wah. laluan aida dari umah ke umah mak mertua.
    ikut jln dlm.
    nanti aida peratikan. nak boli gak lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ari tu lalu jln lama.
      tapi tak lalu sini.
      sebab dari simpang ampat.
      beli gak la dodol.
      tak sodap!!! tak cair :(

      Padam
  4. Sha suka dodol.. Memang menu feveret walaupun tak raya.. Kikiki.. Kalau terjalan ke sana, bolehlah Sha cuba..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©