MRS.A my blog my stori: Merdeka MRS.A my blog my stori: Merdeka
Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan
Sajak 'Atuk Merdeka'

Sajak 'Atuk Merdeka'

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sajak 'Atuk Merdeka'. Walaupun hari ini dah 1 September Mrs. A sajalah nak blogkan mengenai sajak 'Atuk Merdeka' ini. Sajak ini ada kenangan yang tersendiri sewaktu zaman persekolahan Mrs. A yang lalu fuyyoo.. lama gila dah ni tahun 1992 time tu Mrs. A form 5. 

Mrs. A pun dah ingat-ingat lupa. Sajalah Mrs.A tanya pakcik Google tadi kebetulan terjumpa pulak sajak 'Atuk Merdeka' ini semula. Seingat Mrs. A time tu cikgu suruh tulis mengenai kemerdekaan Malaysia apa-apa sajalah mengenai sajak ke, pantun ke, cerita ke tak kisahlah janji berkaitan kemerdekaan. Punyalah mengelabah tak tahu nak buat apa, Mrs. A lah orang yang paling last hantar huhuhuhu... ntah! macam mana seorang Mrs. A terjumpa sajak 'Atuk Merdeka' ni fuh! selamat lagipun cikgu tak kisah kau copy paste ka idea sendiri ka janji ada muahahhaaaa....

Sajak 'Atuk Merdeka'

Mrs.A
Gambar tiada kaitan dengan Sajak Atuk Merdeka ngeh! ngeh! ngeh!


Sajak 'ATUK MERDEKA'
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin MERDEKA .

Jika kau ingin MERDEKA ,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!


Time cikgu check hasil kerja Mrs. A tu tergelak-gelak dia baca hahahaa tapi tak dapatlah A B C D E F G hurm... sendu hahahhaa...itulah yang membuatkan Mrs. A ingat sangat pasal sajak Atuk Merdeka sehingga ke hari ini. Kenangan menggamit jiwa sungguh!

Lagipun sekarang ni kita semua dah betulkan yang biasa kan...kan..kan... bukan pagar makan padi ya tapi pegar kekdahnya pegar itu adalah sejenis burung ooooppsss!

Walaupun ketika zaman persekolahan tu Mrs. A tak pernah ambil tahu siapakah pencipta sajak 'Atuk Merdeka' tersebut tapi hasil tanya pakcik Google, Mrs. A dah tahu dah penciptanya adalah seorang kartunis lejen dan kartunis yang memang Mrs. A minat jugak iaitu Kartunis Ujang. Mrs. A pun memang follow IG dia @kartunis_ujang jom la follow eh! tiberrr... hahhaaa

Okay itu sahaja nak citer secebis kenangan di bulan kemerdekaan.



#FaceOnMalaysia

#FaceOnMalaysia

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#FaceOnMalaysia. Saja suka-suka Mrs. A nak join #faceonmalaysia oleh @dexandra_hq di Instagram. Al-kisahnya Mrs. A dah terlanjur membeli dexandra Merdeka Collection dari officemate. Mulanya nak beli perfume je lagipun perfume Mrs. A dah habis. Tapi bila officemate kata ada promotion Merdeka Collection haish! terus tewas di situ muahahhaaaaaa... Bila dapat semalam tengok belakang box tu ada tulis it's time to show your stuffs! Three simple steps: Snap - write - post.

Dah post pun di @mrsablogstori. #FaceOnMalaysia

#FaceOnMalaysia


#FaceOnMalaysia

Lepas tu kena tulis caption "Hero Merdeka saya ialah...." Ngeh! ngeh! ngeh! gigih jugaklah Mrs.A tulis caption panjang-panjang Hero Merdeka saya ialah 'Barisan Hadapan' #frontliners kerana mereka telah banyak berkorban masa, tenaga dan penuh berdedikasi dalam perjuangan menentang virus Covid19 sesungguhnya anda telah menjadi sebahagian sejarah sebagai hero dan heroin rakyat Malaysia".
#faceonmalaysia

Unfortunately huwaaa...waaa...waaa.... caption panjang lebar tu tak appear pun. Akaun IG yang Mrs. A Tag pun tak captured. Kekdahnya IG Mrs. A yang ada masalah likes dan comment tu masih belum solve lagi walaupun dah 5 hari berlalu. Masalahnya Mrs. A yang tak boleh nak likes dan comment IG atau video kawan-kawan tapi kawan-kawan boleh jer... likes and comment IG Mrs. A. dah cuba uninstalled kemudian install semula tapi masih ada lagi problem yang sama. Bila Mrs. A like ataupun nak comment akan keluar carutan seperti dibawah:-

Dah banyak kali la bagitahu rupanya bila google kena buat boxxh dalam 24h
Tapi tadi dah try report bug kat HELP IG. Haish! serabutlah nak memikirkan biar ajelah counting lagi 24 hours. Kalau readers pernah ada problem cenggitu mohon tunjuk ajar Mrs. A ya acaner nak buat? Nampak gayanya takde chancelah nak menang #faceonmalaysia eh! tiberrrr....






Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

Merdeka! merdeka! merdeka! eh! tetiba hahahaha.... dah lama takde up-date selepas lama bercuti campurlah cuti sakit sekali so today Mrs. A nak join Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow. GA ini syarat-syaratnya mudah dan simple aje tak caya cer klik banner di bawah untuk ke blog penganjur.

KLIK
KLIK

Tarikh tutup : 31 Ogos 2018/ 11.59 p.m

Jom readers sama-sama kita support rakan blogger sambil menghayati erti merdeka. Sesiapa yang bertuah akan dapat barangan Lexee.
MRS.A my blog my stori ©