Februari 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Februari 2019
Selamat Pengantin Baru JR #cousin

Selamat Pengantin Baru JR #cousin

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Alhamdulillah last Saturday Mrs. A sekeluarga diizinkan olehNYA menghadiri majlis perkahwinan cousin Mrs. A di Felda Jelai 1. Kalau nak dikira jarak Jelai 1 dari Seremban tu jauhlah juga lebih kurang 1 jam lebih perjalanan. Tetapi disebabkan boleh pula tersesat jadilah tempoh perjalanan itu menjadi 2 jam. Hurmmm... walau pun dah banyak kali datang [SINI] tapi kalau dah nak sesat tu apo nak dikato huhuhuhu.....

Cousin Mrs. A adalah yang pengantin lelaki tu. Actually pasangan pengantin ni dah bersanding kira-kira tiga bulan lepas lagi di side perempuan tapi time tu we all tak hadir pun.

cousin
Selamat Pengantin Baru JR dan pasangan
"Eh! color baju pengantin sama pulak dengan baju Sha bu..." kata Aryssa time mula-mula we all sampai tu. Aryssa and Mrs. A jer... yang nak bergambar dengan pengantin yang the boys tu ntah kenapa tak mau bergambar panas katanya nak masuk dalam kat pelamin tu. Haish! memang pun cuaca panas berdenting time tu, itu pasallah muka masing-masing berminyak.

Oleh kerana The A family datang agak lambat kekdahnya tak jumpa pun KakNgah Mrs. A sekeluarga,  cousin Mrs. A yang dari Salak Tinggi dan jugak cousin bapak pengantin a.k.a cousin mak Mrs.A jugaklah yang dari Bangi semuanya Mrs. A tak dapat jumpa kerana depa semua telah berangkat pulang. Huwaaa...waaaa....waaa.... kau lambat sape suruh Mrs. A oiiii!!!!

Takpelah dapat tengok gambar dalam group WhatsApp pun jadilah.

cousin
Kaum-kerabat dari Bangi
cousin
Cousins dari Salak Tinggi
cousin
KakNgah sekeluarga 
cousin
Makcik Ina and cousin cilik Mrs. A
cousin
Mr. A and bapak sedara a.k.a tuan rumah
cousin
We are cousin a.k.a Kaklong pengantin lelaki
Majlis kali ini emak Mrs. A tak datang pun cos dia tak berapa sihat. Itu pasalah KakNgah Mrs. A terus aje dari rumah dia kat Melaka ke Jelai same goes to us from Seremban direct to Jelai tak singgah kampung pun. Kiranya walaupun emak tak hadir tapi we all adik-beradik dah wakilkan harapnya takdelah pengantin sekeluarga berasa hati ha gitteww....

Selamat pengantin baru Juazer Rizal dan pasangan semoga kekal berbahagia till Jannah.




Wordless Wednesday #121 - POU

Wordless Wednesday #121 - POU

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.


ww
Dahulu sebelum wujudnya Mobile Legend & PUBG

ww
SEKARANG huhuhuhuuuu....


#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Dari apa yang Mrs. A baca giveaway ini Mrs. Pip buat bersempena dengan birthday beliau pada bulan ini iaitu bulan Februari. Actually Mrs. A memang tak dapat nak teka bilakah D.O.B beliau heheheee.... lagipun dah terlambat kalau nak jawab dan dapat hadiah bonus extra sebab tarikh last menjawab adalah sebelum 10 Februari 2019 so takde chance la nak dapat hadiah bonus gittew...

Terlanjur dah join giveaway ini Mrs. A nak ucapkan Happy Birthday buat Mrs. Pip semoga dikurniakan umur yang berkat hingga akhir hayat.

Anyway buat readers yang masih nak join giveaway by Mrs Pip ini masih sempat lagi kerana closing date adalah pada 28 Februari 2019. Okay di antara syarat-syaratnya adalah tepek banner macam kat bawah ni:-

#RezekiDiKongsiBersama-Giveaway-By-Mrs-Pip
Mrs. A join #RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip
Dalam syarat ke sepuluh Mrs. Pip minta kepada sesiapa yang join giveaway ini. Sila nyatakan salah satu entry yang peserta suka dan sila komen pada entry berkenaan. As for Mrs. A salah satu entry Mrs. Pip yang Mrs. A suka adalah yang bertajuk "Our CNY 2019".

Untuk details syarat #RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip sila klik banner di atas untuk ke blog beliau.



Ikan Bakar Pengkalan Balak

Ikan Bakar Pengkalan Balak

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-jalan cari makan memang aktiviti yang menyeronokkan terutama sekali bersama family tersayang. Walaupun kejadian ni pada  hujung bulan Januari yang lepas tapi moment makan di pantai Pengkalan Balak tu masih teringat-ingat lagi nih!

Ikan Bakar Pengkalan Balak
Haruslah bergambar di sini dulu ya... Pusat Pelancongan Kampung Pengkalan Balak

Tahun 2015 Julai kata FB niece Mrs. A si Iqien tu celebrate birthday kat sini. Happening betul time tu sakan BangNgah order semua jenis seafood menjamu m.i.l dan ipar-duai dia. Sweet memories sungguh sebab dapat berkumpul semua family side Mrs. A, family Alang, Along dan Adik bongsu termasuklah emak. Unfortunately Mrs. A tak story pulak dalam blog ni huhuhuuu... tapi mujur jugalah ada download kat FB sampai tarikhnya memories pun up semula.

Actually Mr. A yang teragak nak dinner kat sini, bila dia tanya Mrs. A "nanti kita dinner kat pengkalan balak nak tak, tempat Iqien pernah celebrate birthday dulu?" Huishhhh... giler.... tak nak hahahahaaa....

Ikan Bakar Pengkalan Balak
Sebelum food sampai kita selfie-selpot dulu
Menu malam tu Mrs. A tak masuk campur pun yang pi pilih order adalah Along dan Mr. A yang lain-lain makan jer...

Ikan Bakar Pengkalan Balak
Sotong bakar fresh manis sedap dan yang penting tidak liat
Ikan Bakar Pengkalan Balak
Siakap goreng tiga rasa
Ikan Bakar Pengkalan Balak
Sayur kailan ikan masin
Ikan Bakar Pengkalan Balak
Sotong goreng tepung
Ikan Bakar Pengkalan Balak
Udang goreng kunyit
Time semua menu dah sampai tu sempat Mrs. A bebel apsal order udang goreng kunyit ni kalau dah order sotong goreng tepung. Hurmmm... mesti tak habis nanti. Hahhaaaa.... betul jer... no problem pun tapau ajelah bawa balik. Kat rumah esok mesti laku keras udang tu. Pun betul jugak esok tu udang jadi tak cukup.

Alhamdulillah #cravingsatiesfied bak kata Mr. A over all semua tu dalam RM170+ nak murah kalu pi la tangkap sendiri muuaahhhaaaahaa....

Ikan Bakar Pengkalan Balak ni dekat aje dengan kampung Mrs. A those were the days selalu santai petang sambil tengok sunset.



Kisahnya

Kisahnya

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Actually tak tahu nak tulis tajuk apa ngeh! ngeh! ngeh!... memula Mrs. A letak tajuk blogging slump pastu macam tak sesuai so "Kisahnya" pun bolehlah. Since last 2 weeks Mrs. A telah ditimpa blogging slump. Walaupun ada aje kisah yang nak ditulis sebagai diari di masa hadapan tapi mood nak menulis tu nan hado. Lagipun mood nak bercuti CNY terlalu menebal ngalahkan Mrs. A pulak yang nak sambut raya. Last night bila duk mengintai-intai kat blog haish!!haish!!! satu post di bulan Februari pun tiada lagi hurm... tak boleh jadi ni.

Dah tu pulak bila masuk je kat blog tengok ada message pulak carutnya #c&p Following the announcement of Google+ API deprecation scheduled for March 2019, a number of changes will be made to Blogger’s Google+ integration on 4 February 2019. 

Patutlah Mrs. A tengok google badge Mrs. A dah takde but it's still okay lagipun Mrs. A memang tak banyak pun gunapakai G+ punya servis Mrs. A memang sejak dari awal lebih suka guna yang blogger punya jer... contoh macam ruang komen tu, profile pun sama selesa aje dengan blogger kalau tak haru biru jugak hilang komen-komen rakan blogger huhuhu.... Tapi takpelah take it positively. Blog harus diteruskan ha gitteww...

Okaylah sambung lagi kisah lain pulak sempena cuti CNY tu Mrs. A amik cuti tambahan pada hari Isnin yang tersepit tu. Al-maklumlah tahun baru cuti pun dah reset baru. Mrs. A balik kampung pada hari Sabtu petang bersama dengan Along dan Aryssa jerr... tapi sebelum tu Aryssa ajak pi lunch kat McD kononya nak makan kat McD Forest Height tu, unfortunately tertinggal remote TV yang sepatutnya we all bawa sekali. (sebelum ni we all bagi TV kat nenek tapi remote terlupa bawak). Kekdahnya tapau aje dan pulang semula makan di rumah hew...hew..hew...

kisahnya-mrs.A
Kopak ibu kau RM51
Adik tak nak ikut so Mr. A pun tak ikut. Adik katanya nak jumpa Imran sebab dah lama tak jumpa lagipun Ahad malam tu Along (b.i.l) sekeluarga nak buat kenduri di Jiboi. Kenduri doa selamat anak sulungnya dapat tawaran pemilihan akhir calon perajurit muda (PtM) TLDM.

Di kampung esoknya tu mak Mrs. A ajak pi pekan Masjid Tanah biasalah dia macam-macam urusan, gi banklah, gi pasarlah, gi Asre frozen lah heheheee... Mrs. A okay jer... jadi supir ibuku pun jadilah.

kisahnya-mrs.A
Bila dak tecik ikut mamanya pun haruslah ikut sama
Alhamdulillah semua urusan mak Mrs. A di Masjid Tanah settle sempat lunch lagi tu kat Restoren Omak Den hurmmm... dah kenyang perut bertambahlah suka hati.

Cuti kali ini di kampung Mrs. A extra meriah sebab family Alang pun balik jugak. Selalu yang ada family Angah dan Adik bongsu jerrr...

kisahnya-family-alang
Ahad petang dapat WhatApps di family group. We all on the way ni tunggguuuuu....
Dah lama sangat tak jumpa family Alang ni since raya puasa hari tu. Sekali-sekala jumpa tengok niece and nephew Mrs. A tu dah besar dah depa sekejap jer... masa berlalu.

Plan awal Mrs. A kononya Ahad petang tu nak balik Seremban semula ialah nak pi kenduri kat Jiboi tapi bila tanya Along dan Aryssa mereka kata tak payahlah bu. Mesti family Jiboi faham tu kita dah ada kat kampung lagipun kita dah hantar wakil Adik dan babah katanya. Haish! Mrs. A walaupun rasa serba salah tapi wat keras ajelah kalau Mrs. A tak dak pun kenduri tetap jalan jugakkan ha gitteww... #menantuhantu

Bila Mrs. A bagitahu Mr. A dia okay jer.... so Ahad malam tu kenduri di Jiboi berjalan sebagaimana dijadualkan. Harap Kaklong dan Along sekeluarga tak kecik ati huhuhuhu....

kisahnya-kenduri
Kenduri among immediate family jer...
kisahnya-kenduri
Penampakkan Mr A disitu kopiah biru hehehe
Dapat tengok gambar suasana baca yassin dan kenduri pun jadilah. Thank you to my niece Kak Ngah A sebab share gambar-gambar di Jiboi.

Sementara itu di kampung pulak Monday morning tu. Amvoiiii!!! kemahen hah! the cousin tecik-tecik nih! mandi kolam. Lama betul mandi kolam tu dari air banyak sampai dah tinggal suku barulah depa berhenti. Si Puteri Talia tu sampai tak jadilah balik Kelate sebab nak main dengan Inshirah dan Umar punya pasal. Bila Mrs. A cakap dengan b.i.l nanti orang Kelate tak tertunggu-tunggu ke? Mujurlah tak bagi tahu lagi katanya sebab dia pun 50-50 jer... nak balik ke tak balik. 

nieces-nephew
Happy faces
Walaupun public holidays sehingga Wednesday tetapi Monday petang Mrs. A dah pulang ke Seremban dah. Plan awal Along dan Aryssa ikut balik sekali tapi tak jadi sebab tak puas lagi bercuti dengan sepupu-sepapat. Adik pulak nak balik kampung on Monday tu so kekdahnya Monday morning tu Mr. A hantar Adik ke kampung tapi Mrs. A tetaplah jugak pulang ke Seremban kerana ada pelbagai kerja tertangguh di rumah sendiri yang harus di settle. So we both balik Seremban asing-asing dengan kereta masing-masing hurmmm... macam bergaduh la pulak ya... walaupun hakikatnya tidaklah begitu.

Gambar dari group WhatsApp family.

kisahnya-cousin
Suka sangat depa dapat berkumpul ramai-ramai. Eh! mana Talia ni?
kisahnya-keria-viral-masjidtanah
Oh! time tu dia pi beli keria viral kat Masjid Tanah ngeh! ngeh! ngeh!
Dua hari di rumah sendiri semestinyalah melaundry baju yang dua-tiga bakul huhuhu... Lepas maghrib tadi Mr. A balik kampung nak amik Along, Aryssa dan Adik sebab janjinya balik Seremban semula Wednesday kerana Thursday and Friday Along ada tuisyen dan Aryssa ada latihan silat. Dalam pukul 10 malam tu yang baliknya cuma Along dan Adik. Aryssa tak nak balik nak stay sampai Sunday katanya. Adoiii!!!! la Aryssa sabar yolah nanti ko baliklah naik grab ya...

Kisahnya cukup sampai di sini. The End ;-)



MRS.A my blog my stori ©