MRS.A my blog my stori: KDrama MRS.A my blog my stori: KDrama
Memaparkan catatan dengan label KDrama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KDrama. Papar semua catatan
KDrama : The King In Love

KDrama : The King In Love

As Salam and greetings to dear readers.

KDrama : The King In Love

Ha... siapa layan KDrama!? kita gang. KDrama terbaru yang Mrs. A dah terjebak adalah The King In Love. Suka sangat tengok citer ini tau al-maklumlah Mrs. A ni kan dah bagitau banyak kali suka sangat dengan love story.

Tajuk pun dah ada  sebut in love so dan tentulah kisahnya pun kisah cinta. The King In love ini adalah Kdrama berdasarkan novel bertajuk 'Wangeun Saranghanda' hasil karya penulis Kim Yi Ryung. Plot drama ini berlatarbelakangkan zaman semasa pemerintahan kerajaan Goryeo. Pengarah drama ini pula adalah Kim Sang Hyub. Pelakon-pelakon pun semua Mrs. A minat.

Meh! sini Mrs. A belanja gambar heros and heroin The King In Love.

The King In Love
The Crown Prince - Wang Won [Im Si Wan]

the king in love
Best friend & Bodyguard - Wan Rin [Hong Jong Hyun]
the king in love
Eun San [Im Yoona]
Dalam salah satu episod yang Mrs. A tengok kisah bermula sewaktu mereka masih kecil Won dan Rin kebetulan telah menyaksikan kejadian rompakan dan pembunuhan ke atas rombongan keluarga Eun San di mana emak Eun San telah dibunuh. Eun San terselamat kerana pada ketika kejadian dia dan pembantunya meminta kepada ibunya untuk pergi ke suatu tempat lain terlebih dahulu.

Waktu itu Won dan Rin yang masih kecil dan mentah hanya mampu melihat kejadian tersebut. Walaupun Won berkeras hendak membantu tetapi Rin melarang dan meminta mereka untuk meminta bantuan askar istana. Tetapi Won pula berkeras mahu membantu sendiri kerana bimbang tak sempat tetapi akhirnya mereka hanya bersembunyi sambil menyaksikan trajedi pembunuhan tersebut. Won dan Rin sempat bersemuka dengan ibu Eun San dan sempat pula ibu Eun San meminta Won untuk menyampaikan pesanan terakhir kepada anaknya iaitu "walaupun dia telah mati tetapi anaknya hendaklah meneruskan hidup dengan gembira".

Sementara itu pula Eun San dan pembantunya telah turut sama dikejar oleh pembunuh upahan yang menyamar sebagai perompak berkenaan. Sewaktu pembunuh upahan mengacukan pedang kepada Eun San, pembantunya telah menghalang dan menyelamatkannya oleh kerana pembunuh upahan tidak tahu yang mana satu anak orang kaya tersebut maka mereka telah tersalah sangka dengan menyangka yang cedera itu adalah Eun San.

Setelah tujuh tahun berlalu mereka bertiga bertemu semula tetapi masing-masing menyembunyikan identiti sebenar mereka. Won dan Rin menyangka Eun San adalah pembantu kepada anak orang kaya tersebut manakala Eun San pula langsung tidak mengetahui bahawa Won adalah putera mahkota dan Rin adalah kerabat diraja.

Kalau baca sinopsis keseluruhan Kdrama ini mereka bertiga adalah sahabat baik kemudian berlakulah cinta tiga segi di mana Won dan Rin jatuh cinta dengan Eun San. Setelah Won merasakan yang Rin pun sukakan Eun San jeng.. jeng.. jeng... tak tahulah apa jadi dengan ikatan persahabatan mereka. Actually Mrs. A pun tak tahu cia...cia...cia... Macam mana cerita selanjutnya excited sangat Mrs. A nak tengok episod-episod seterusnya. Readers macam mana ada yang follow tak? Jom ler shared.

The King In love ini siarannya adalah setiap Isnin dan Selasa pukul 9 malam di saluran One TV Asia. Hah! malam inilah sambungan daripada episod 12 iaitu episod 13 dan 14. Keseluruhan episod adalah sebanyak 40 episod fuh! banyak lagi nak tunggu ending.

Kalau nak follow instagram nak tengok reviews dan previews terlebih dahulu macam Mrs. A ni hah! jom ke IG thekinginlove.mbc

Okay last Mrs. A belanja satu lagi gambar The King In Love.

The King In Love
The King In Love
Okay itu sahaja nak share Kdrama yang Mrs. A currently watching dan follow. Dah terkena penyakit addicted pun iya juga. Eh! actually ada satu lagi KDrama yang Mrs. A follow juga iaitu Reunited Worlds itu nanti-nantilah.

Okay jangan lupa janji temu dengan KDrama : The King In Love tonite.



Credit Photo: onetvasia.com & dramabeans.com

Six Flying Dragons

Six Flying Dragons

Drama Korea terbaru yang telah berjaya membuat Mrs. A addicted iaitu Six Flying Dragons. First time tengok iklan dia terus aje tergoda wow! mesti tengok ni. Di antara sebab-musabab mesti tengok tu coz hero dia adalah Yoo Ah In pastu pulak heroin dia Shin Se Kyung. Walaupun ada ramai pelakon lagi tapi yang lelain tu Mrs. A tak kenal sangat dan tak kenal langsung.


Sesiapa yang tak kenal yang lelaki tulah Yoo Ah In dan yang pompuan tu Shin Se Kyung

Sekarang ni dah ditayangkan sebanyak empat episod ada banyak episod lagi coz all together ada lima puluh episod. Episod satu sekejap aje tunjuk depa besar pastu flashback. Episod dua hingga tiga semua cerita flashback masa kecik tapi episod empat dah nak habis baru tunjuk current story.

Peringatan kepada yang bukan peminat cerita sejarah lelama nak tu pulak sejarah lama Korea zaman Dinasti Joseon so baik tak payah tengok muuaaaaahhaaaaaaa... coz cerita ni memang so historical and political. Tetapi sesiapa yang suka boleh ler layannnnssssssss tengok di SINI



MRS.A my blog my stori ©