As Salam and greetings to dear readers.
Sambung Belajar. Kisah campak belakang sewaktu menghantar Aryssa mendaftar di UPM. Alhamdulillah rezeki Aryssa dapat sambung belajar di UPM, Serdang. Paling gembira pastilah babahnya sebab dekat tak payah nak hantar jauh-jauh lagi macam masa belajar diploma dulu 😊
Bagi pelajar yang ingin penginapan di Kolej Kediaman UPM, perlu hadir mendaftar pada 31102025, Jumaat. Kekdahnya pada pagi Jumaat tu kami sekeluarga pun sama-sama pergi menghantar Aryssa. Pada hari itu rupanya ada juga course lain yang mendaftar sama.
Sambung Belajar.
Pertama kali Mrs. A masuk ke kawasan UPM ni, ialah kalau takde urusan memang taklah nak masuk sinikan... ngeh! ngeh! ngeh! Pada hari pendaftaran tu ramai juga pelajar yang nak tinggal di kolej kediaman. Lama juga menunggu sewaktu sesi taklimat Aryssa, satu jam lebih ada kot. Selepas dah tahu dapat kolej kediaman tu kena pergi ambil kunci dan isi borang kemudian baharulah hantar barang-barang Aryssa. SubhanaAllah Aryssa dapat bilik di tingkat 5. Keluar peluh jantan Mrs. A mengangkat barang-barang Aryssa dari bawah ke tingkat 5 dahlah Mrs. A berdua saja dengan Aryssa sebab lelaki tidak dibenarkan.
Masa Mrs. A menolong Aryssa berkemas tu jumpalah room mate Aryssa yang seorang tu sebab timing dia sampai tu lebih kurang sama dengan Aryssa. Manakala yang lagi seorang tu dah datang awal dah settle susun atur barang-barang dia, katil dah helok bercadar bantal semua dah tersusun. Dia pun dah balik. Haish! sebab Aryssa lambat tak dapatlah nak memilih almari dan katil lagi redho ajelah rezeki apa yang ada itu.
![]() |
| Sebilik 3 orang |
Alhamdulillah Aryssa boleh dikatakan setiap weekend balik Seremban lagipun Sabtu dan Ahad takde kelas. Semoga Aryssa berjaya mencapai cita-citanya. Menimba ilmu untuk menjadi hamba Allah yang bermanafaat. Okay itu sahaja nak citer kisah sambung belajar. Ada banyak kisah untuk bercerita cuma idea tak tahu mana nak mula.



Tahniah Aryssa...moga beroleh kecemerlangan..nampak selesa juga bilik tu
BalasPadamDpt blk setiap minggu tu yg best...tahniah aryssa dpt sambung blajar di UPM
BalasPadam