Januari 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Januari 2022
Mesyuarat Final Pembahagian Tugas

Mesyuarat Final Pembahagian Tugas

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mesyuarat Final Pembahagian Tugas. Ammvoiii serius bebenor bunyinya tu muahahhaaa.... dah lama kejadian mesyuarat final pembahagian tugas sempena kakngah N (niece) nak kahwin ini iaitu pada cuti umum Thaipusam 18012022 yang lalu. Actually pada hari Sabtu sebelumnya dah diadakan mesyuarat juga tapi time tu hanya makcik-makcik sahaja yang bermesyuarat pakcik-pakcik ea ntah mano πŸ˜–

Mesyuarat Final Pembahagian Tugas. 

Mesyuarat
Serius bebenor muka memasing ngeh! ngeh! ngeh!

Pada mesyuarat yang betul-betul final ini boleh dikatakan cukup kuorum pakcik-pakcik semua hadir gittewww... Mesyuarat dipengerusikan oleh bapak pengantin perempuan iaitu Along (brother in-law)
Kerja Along lebih mudah actually beliau hanya ulang sahaja skrip minit yang dah dibincang semasa mesyuarat mak-makcik pada hari Sabtu sebelum tu.

Cuma mesyuarat kali ini lebih serius berbanding time mesyuarat makcik-makcik yang asyik duk ketawa gurau senda (eh! gurau senda pun kerja lancar tau). Ada ketika Abah (f.i.l) akan mencelah-mencelah juga memberi sepatah dua kata bila mana pengerusi mesyuarat terpaksa berdebat dengan ahli-ahli mesyuarat muahahhaaa... Apa-apa pun alhamdulillah tujuan mesyuarat tetap mencapai maksudnya.

Setelah settle mesyuarat final pembahagian tugas tersebut. Makcik-makcik masih ada aktiviti lain lagi iaitu nak pergi membeli belah barang-barang keperluan. Sementara tu Mrs. A dan biras N pergi ambil baju tema Mrs. A dan Aryssa yang dah siap ditempah. Kami tempah dikedai jahit yang sama. Kedai jahit tersbut  tempat s.i.l selalu tempah baju. Tengok baju-baju s.i.l cantik aje cara potongnya so Mrs. A pun sajalah nak cuba tempah di situ. Setelah ambil baju, Mrs. A dan biras N pergi join yang lain membeli belah.

Mesyuarat
Nak beli secara borong kena pergi ke bahagian yang ini di NSK

Alhammdulillah hampir kesemua barang yang dalam senarai hendak dibeli telah berjaya dibeli pada ketika ini. Kemudian setelah settle urusan membeli barang-barang bakal pengantin ajak makan-makan di Food Republik Dataran Centrio.

Mesyuarat
Girls only 😍😍😍

Terima kasih bakal pengantin lanjer we all makan-makan. Didoakan majlis berjalan lancar dan diberkati olehNYA. Gambar food nya tu di SINI



Kuantan - Day 3

Kuantan - Day 3

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan - Day 3. Okay sambung lagi kisah di hari ketiga, [day-2 SINI] bolehlah dikatakan yang day 3 ini adalah hari kemuncak kerana pada hari inilah akan diadakan perlawanan bolasepak jelajah silaturrahim ex-Malaysia u16 ('89/'90). Perlawanan bolasepak ex-Mu16 vs veteren pilihan Pahang dijadualkan sebelah petang di padang sintetik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

Sebelum itu disebelah pagi ada light workout dengan ATV monsoon challenge hurmmm... macam-macam aksi dan gelagat mencuit hati time ni muahahhaaaa....Tahniah! penganjur a.k.a tuan rumah terbaek!πŸ‘πŸ‘ Puak-puak isteri dan anak-anak suka sangatlah cause excited dapat main ATVπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ. ATV challenge tu ada dua kategori satu kategori khas untuk team ex-Mu16 dan lagi satu kategori special untuk family iaitu untuk anak-anak dan isteri. Lokasi adalah di WSAdventure, Pantai Balok yang juga dimiliki oleh salah seorang team ex-Mu16.

Kuantan - Day 3.

Kuantan
Mrs. A was here ✌

Kuantan
Puak isteri-isteri @ mommmies kebaboommm

Kuantan
😊😊

Kuantan
Mr. A get ready untuk ATV challenge nya

Lama juga masa dihabiskan ketika ATV monsoon challenge ialah untuk kategori team ex-Mu16 dah 20 orang nak menunggu sorang-sorang punya turn habis macam-macam kejadian berlaku ada yang tersangkutlah, ada yang tergoleklah, tersekat lama dihalangan-halangan yang ada hahahaa... kelakar sungguh tengok gelagat masing-masing dah macam perangai budak remaja. Memang depa tak fikir kot petang tu ada game bola muahahahaaa...

Selesai kategori team ex-Mu16 baharulah kategori family pulak walaupun pada mulanya Mrs.A macam takut nak join cause tak pernah naik ATV pun sebelum ini tapi selepas tengok Mrs. Ujang terus iols excited muahahaaaa...

Kuantan - Day 3.

Kuantan
Tunjuk ajar ku sifu 😜

Kuantan
Adoiii!!! berdebar tul time ni hahahaa

Kuantan
Aryssa pun 1st time mencuba tapi tidak dapat meneruskan challenge kerana ter excident  tapi syukur tiada sebarang kecederaan. Good try Aryssa yang penting berani mencuba πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Kuantan
Go Adik go.... πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Planning asalnya selepas ATV monsoon challenge tu akan diadakan penyampaian hadiah tapi disebabkan dah tak cukup masa lebih kurang pukul 12.00 tengahari macam tu penganjur kata penyampaian hadiah akan diadakan time dinner di tempat yang sama. Kekdahnya we all semua terus bergerak untuk makan tengahari kemudian pulang ke penginapan masing-masing untuk berehat. Petang nanti nak ke MBK sudah untuk games bola pula.  Family Mrs. A dan family Nadzirah lunch di Pak Tam Ayam Golek yang lain-lain tak jumpa dah lagipun lunch sendirian berhad gitttewww...

Sebelah petang ke MBK tu tak ramai pun puak isteri-isteri yang turut serta. Menurut mereka yang dah survey tempat tu katanya petang-petang panas dan takde stand untuk duduk melepak. Tapi Mrs. A dan anak-anak tetap setia follow Mr. A ke padang MBK. Apalah sangat setakat panas tu lautan api sanggup ku renangi choiii!!! muahahaaaaa....

Kuantan - Day 3 Padang Sintetik MBK

Kuantan
Ini aje supporter yang gigih hadir ke padang pada petang tu

Kuantan
Team U16-Ex Malaysia yang muda anak-anak untuk back-up πŸ˜‚

Kuantan
Yang skin head tu gigih juga join macam we all selalu ada di mana-mana tour yang tengah  Mrs. A tak familiar

Penganjur siap tempah jurukamera daripada SLP Studios tiga gambar kat atas ni Mrs. A amik dari FB pages SLP Studios 😎😎😎 kredit to them.

Kuantan
Ini Mrs. A yang snap 😊

Cuba teka siapa yang menang ? rasanya readers mesti dah boleh agak hahahaa...team U16-Ex Malaysia masih mengekal rekod tanpa menang mereka walaupun dah tour yang ke lapan muahahhaaa.... hurmmm... tak kisahlah janji happy dan ukhwah terjalin katanya.

Dah habis game teruslah bergegas pulang semula ke penginapan di Timur Bay perjalanan pulang time ni agak lama juga disebabkan traffic jam. Kemudian selepas isyak we all ke WS Adventure semula untuk dinner dan penyampaian hadiah dan cenderahati.

Kuantan - Day 3.
Kuantan
Tu diaaa pemenang kategori family ATV Monsoon Challenge

Kuantan
Aqil H encem boy. Tahniah anak ibu πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Pemenang untuk kategori team U16-Ex Malaysia adalah saudara Faizal a.k.a Peja gambar ada tapi tak perlulah expose kot hehehee....

Alhamdulillah day 3 yang sungguh padat dengan aktiviti berjalan lancar. Okay itu sahaja next last day InsyaAllah soon.



Wordless Wednesday #1/2022 - Jalan-Jalan Cari Makan

Wordless Wednesday #1/2022 - Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #1/2022 - Jalan-Jalan Cari Makan. WW pertama Mrs. A di tahun 2022 kisah jalan-jalan cari makan 😊 Last weekend 16012022 pergi tempah baju tema kahwin niece selepas itu singgah lunch di πŸ‘‡

WW - Jalan-jalan cari makan Mee Hiris China Muslim Senawang

WW - JJCM
Mrs. A order yang ni cause lapar nasi πŸ˜™ Fungus & Meat with rice

WW - JJCM
Braised Chicken with rice Aryssa punya

WW - JJCM
Untuk semua Handmade dumpling beef

Selepas singgah di Popular Bookstore, Senawang membeli barang-barang Aryssa singgah pula di     WW - Jalan-jalan cari makan Big Bowl Ice Senawang.

WW - JJCM
Beli 1 free 1 ini yang free 😊 Bubble tea snow ice with 2 toppings

WW _ JJCM
Matcha snow ice with oreo

WW - JJCM
Milk snow ice with mangoes ice cream

WW - JJCM
Sempat snap gambar, nasib baik tak makan lagi staff salah hantar menu kekdahnyaπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

WW - JJCM
Ibu/Ummi dan anak pompuan tunggal memasing

Sambung lagi kisah jalan-jalan cari makan di cuti umum Thaipusam 18012022 pula. Selepas final meeting sempena niece nak kahwin di Jiboi, we all sambung lagi meeting makcik-makcik sambil makan-makan di Seremban 2 pulok muahahhaaaaaa. 

WW - Jalan-jalan cari makan Foodie Republik Dataran Centrio Seremban 2

WW - JJCM
Mee Kari Mak Su nama menu ni πŸ˜‰ Mrs. A yang punya

WW - JJCM
Tak pasti nama menu ni biras N yang order

WW - JJCM
Chicken chop order by bakal perantin 😍

Sebenarnya ada lagi banyak menu tapi sempat snap 3 ni ajelah. Sempat jugaklah Mrs. A merasa menu-menu jiran sebelah dan hadapan πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Mrs. A join 'Superhost Giveaway'

Mrs. A join 'Superhost Giveaway'

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join 'Superhost Giveaway'. Semalam dah terbaca berkenaan giveaway ini. So hari ini baharulah berkesempatan untuk turut serta 😊. 

Mrs. A join 'Superhost Giveaway'. 
Mrs. A join giveaway
KLIK

Syarat-syarat Superhost Giveaway ini mudah aje.

1. Follow blog penganjur dan komen di posting giveaway beliau - DONE ✅
2. Subscribe channel youtube: #Family Factor - DONE ✅
3. Optional (tak buat tak pa) Teka penganjur asal dari negeri mana. Mrs. A teka - NEGERI KEDAH
4. Buat post giveaway dan link ke posting penganjur - DONE ✅

Tarikh tutup giveaway: 22 Februari 2022

Hadiah untuk pemenang Superhost Giveaway ini memang sangat menarik. Jika nak tahu lebih terperinci sila  klik banner di atas untuk ke blog penganjur.

Semoga adalah rezeki Mrs. A menang 😍



Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti

Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti. Ada officemate dan juga kawan lama Mrs. A tanya bila pergi bercuti kucing-kucing macam mana? Sejujurnya Mrs. A tinggalkan aje bulus-bulus itu di rumah. Sewaktu di rumah lama. Kucing-kucing Mrs. A jenis yang indoor dan outdoor. Ketika bercuti Mrs. A akan biarkan mereka outdoor. 

Ketika itu memang minta jasa baik jiran sebelah yang mesra disape uncle Gaza oleh anak-anak Mrs. A untuk bagi makan. Biasanya Mrs.A akan sediakan stok makanan secukupnya kemudian uncle Gaza akan top up 2 kali sehari 😐😐😐 sekali di waktu pagi dan sekali lagi selepas magrib. Kira macam pet sitter gitteww... beliau masuk kat area porch Mrs. A dan letak makanan dalam bekas yang biasa Mrs. A bagi makan untuk kucing-kucing Mrs. A. Tapi bukan setakat uncle Gaza je yang tolong top-up anak-anak dia pun join sekali muahahhaaa... Anak-anak uncle Gaza memang mesra dengan Koko depa pun suka aje panggil-panggil Koko kekadang sampai buat Aryssa dan Mrs. A jeles hahahaa... Tapi itu semua dah tinggal kenangan.

Setelah berpindah ke rumah sekarang [SINI] kucing Mrs.A tinggal 6 ekor indoor dan seekor tu indoor dan outdoor. Enam ekor tu adalah warga rumah baharu iaitu rumah sekarang ini yang seekor lagi tu si Marble adalah dari rumah lama dan satu-satunya yang masih tinggal sementara Koko, Awanikenet, Tiga, Kuning, Oren dan Bobo telah hilang (mia) 😭😭😭. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Eh! hai masuk habuk pulak mata ni nak meneruskan citer. Okay back on track tinggalkan kucing di rumah semasa bercuti. Mrs. A sediakan automatic food feeder dan isi feeder tu dengan food mereka banyak-banyak agak-agaklah banyaknya tu kira berapa hari kita nak tinggalkan semasa bercuti.

 Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti.

Tinggalkan kucing
Ketiga-tiga food feeder nih! beli online. Dua serupa tu di Shopee, satu di Lazada

Untuk air dia ekor pulak Mrs. A sediakan di tiga tempat berlainan. Yang sebelah corner food feeder ni pun ada bekas air tapi tak snap gambar pulak.

Tinggalkan kucing di rumah
Ini air yang di atas kabinet dry kitchen

Tinggalkan kucing di rumah
Walaupun Mrs. A selalu marah dia ekor minum kat sini tapi isi jugak penuh-penuh
 biarlah lantak dia ekor situ muahahhaaa....

Setakat ini paling lama Mrs. A tinggalkan pun adalah 4 hari sahaja iaitu ketika ke Kuantan baru-baru ni. Kalau lama lagi tak sesuai kot. Rasanya kalau lebih dari 4 atau 5 hari Mrs. A akan panggil pet sitter datang rumah.

Tinggalkan Kucing Di Rumah Ketika Bercuti. 

Tinggalkan kucing di rumah
Cat litter dia ekor tapi Mrs. A panggil jamban jerrr.....πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Ketika hari-hari ada orang di rumah jamban dia ekor tu tiga sahaja bila hendak pergi bercuti Mrs. A tambah satu lagi jadi empat. Jamban dia ekor ni Mrs. A letak di bilik air dapur. Bila malam lampu bilik air memang dibiarkan buka (switch on) sama jugak ketika bercuti lampu dibiarkan buka. Bilik air ni jarang guna untuk mandi-manda. Guna setakat basuh kaki, basuh mop dan membuat pelaburan ngeh! ngeh! ngeh!
 
Lazimnya jika Mrs. A pergi bercuti atau balik kampung 6 ekor indoor tu Mrs. A biarkan aje bebas di dalam rumah kecuali bilik. Bilik memang tak dibenarkan masuk kecuali sekali sekala atau ada orang kat dalam bilik. Manakala seekor lagi yang indoor dan outdoor si Marble namanya Mrs. A akan biarkan outdoor. Sama seperti yang indoor yang outdoor juga Mrs. A sediakan automatik food feeder dan air minum di beberapa tempat. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Marble lebih suka berada di luar apabila tiada orang di dalam rumah. Jika dia keluar merayau pun dia pandai balik. Selalunya Marble akan lepak atas bumbung kereta dan tidur je kerjanya.

Tingkap-tingkap memang Mrs. A tutup terus. Tak mahu mengulangi kesilapan lalu. Pernah dahulu ketika bercuti ke Penang (September 2020) Mrs. A biarkan satu tingkap terbuka sedikit tujuannya untuk kucing-kucing yang indoor dan outdoor tu keluar masuk kerana mereka memang pandai keluar masuk ikut tingkap iaitu Koko, Awanikenet dan Marble pada masa itu Koko dan Awanikenet belum hilang. 

Tetapi boleh pulak Ipin yang hilang. Ipin dan Upin tu fully indoor walaupun tingkap terbuka dia ekor tak berani lompat pun ketika itu dia ekor masih budak. Simba, Bobot, Ciki dan Ciko masih kitten lagi baharu seminggu dua lahir kalau tak silap. Sampai-sampai aje seperti biasa Mrs. A akan kira cukup tak bilangan dia ekor tengok-tengok Ipin takde. Allahu kemurungan masing-masing. Tapi mujurlah selepas dua hari Ipin jumpa jalan pulang ditakdirkan masa tu Mr. A ternampak dia mengiau-ngiau kat lorong belakang rumah terus buka pintu alhamdulillah Ipin pun masuk terus.

Tinggalkan Kucing Di Rumah Ketika Bercuti. 

Tinggalkan kucing di rumah
Marble

Tinggalkan kucing di rumah
Upin, Ipin, Simba, Bobot, Ciko dan Ciki

Tinggalkan kucing di rumah
Hasil pelaburan 4 hari 😡😡😡

Maaflah kalau gambar last tu agak mengganggu ketenteraman readers ya... Ha! apa lagi ibu bersihkanlah kah! kah! kah!. Begitulah selalunya balik-balik bercuti aje kena kemaskan jamban dia ekor dan ngecek food dia ekor. Kira jugak cukup tak bilangan dia ekor hiks! Alhamdulillah time Mrs.A balik bercuti tu dia ekor sihat-sihat sahaja maintain gebu-gebas. Rumah biasalah memang kena vacumlah jawapnya. Any woman can be a mother but it takes someone special to be a cat mom. Tiiiberrr...




Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah. Late post huhhuhu.. Actually beliau telah pun selamat kembali ke tanahair pada Ahad 26122021 yang lalu touch down di KLIA lebih kurang pukul 9.30 malam. Rasanya macam baharu sangat hantar ke KLIA [SINI] know-know dah balik πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Kuarantin di rumah a.k.a Home Surveilance Order (HSO) pun telah selesai dilalui. Selamat potong gelang terpaling mahal itu pada sebelah pagi Saturday 01012022. Terdapat 36 orang dalam rombongan umrah beliau dua orang sangkut di Jeddah (swab test result positif covid19) kena menjalani tempoh kuarantin 10 hari di sana. Selebihnya ada yang positif covid ketika telah sampai di KLIA dan ada juga positif setelah dua ke tiga hari berada di rumah. Jemaah yang dibenarkan pulang ke rumah untuk (HSO) (negative Antigen Rapid Test Kit-RTK) telah juga menjalani swab test di KLIA (result 3 hari selepas itu). Namun dinasihatkan juga untuk membuat RTK sendiri setiap hari di rumah. Syukur keputusan RTK Mr. A hampir setiap hari adalah negative. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Mr. A dilindungiNYA dari virus Covid19. Dah! dah! cukuplah citer SOP nih! jom layan gambar pulak 

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Mr.A-Umrah
Ketika melawat muzium di Mekah

Mr.A umrah
Buat umrah

Mr.A umrah
Umrah lagi

Ini bukanlah kali pertama Mr. A pergi umrah sebelum ini telah dua kali beliau ke sana cuma ini adalah yang pertama setelah dunia dibadai virus covid19. Menurut Mr. A yang baiknya ketika ini adalah tidak ramai sangat orang lebih mudah untuk menunaikan segala rukun umrah. Paling bersyukur katanya dapat solat betul-betul dihadapan kaabah. Yang tidak berapa disukai pun ada juga iaitu banyak sangat SOP yang terpaksa dipatuhi. Kalau di Malaysia kita kena ada applikasi MySejahtera di Arab Saudi pula kena ada applikasi Tawakkalna dan juga aplikasi Eatmama. Dua applikasi ini mempunyai peranan bagi memudahkan urusan untuk check-in di mana-mana sama jugalah sebagaimana peranan MySejahtera.

Kata Mr. A lagi hanya mereka yang hendak menunaikan ibadah umrah sahaja boleh memasuki kawasan Kaabah kalau saja-saja dari hotel terus nak solat di kawasan depan Kaabah tidak dibenarkan 😭😭😭 Sebelum masuk ke kawasan Kaabah tersebut kena scan applikasi terlebih dahulu.

Mr. A umrah
Lambaian Kaabah tengok gambar ni terasa macam sebelah kaki Mrs. A pulak dah sampai sana InSyaAllah doa-doakan ya

Mr. A umrah
Motif apa ntah bergambar cenggini hahaha... melawat tempat perang Badar

Mr.A umrah
Di Taif last day sebelum pulang ke tanahair

Subhanallah memang rezeki betullah Mr. A ni, pergi tak dirancang balik sihat-sihat sahaja. Sepanjang 10 hari termasuk di Madinah dan Mekah beliau sihat-sihat sahaja lebih sihat dari di Malaysia katanya. Bila tengok gambar-gambar yang beliau kirim memang teringin sangat nak ke sana. Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamuMu pada tahun ini.

Dah berkira-kira jugaklah dengan biras Mrs.A nak pergi sesama tiba-tiba kerajaan umum ibadah umrah telah ditangguhkan semula sehingga satu tempoh masa yang akan dimaklumkan kemudian. 😭😭😭 Itulah kalau Allah tak izin buat macam mana pun tak jadi jugak. Manusia merancang Allah merancang sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Sabar teruskan berdoa yang baik-baik.



Kisah 01 Januari 2022

Kisah 01 Januari 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah 01 Januari 2022. Sengajalah nak mencoret di blog kisah 01 Januari 2022 biar jadi kenangan di masa-masa akan datang. Mrs. A plan dengan Aryssa nak ke Mydin untuk grocery shopping pada Saturday 01 Januari 2022 tu. Entah macam mana Along pun memang bercadang nak ke Mydin untuk shopping jajan, stok untuk dibawa pulang ke hostel katanya. Sedang Mrs. A berborak dengan Along tu Mr. A pulak mencelah kalau macam tu lepas ibu dengan budak-budak shopping nanti kita lunch kat luarlah. Lunch tempat biasa katanya. [SINI]  yesszaaa.... lompat bintang Mrs. A cause tak payah memasak πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Kononnya nak gerak ke Mydin Senawang pukul 11.00 pagi selepas Aryssa habis seminar online. Inilah namanya janji melayu kot janji pukul 11.00 nak gerak tapi lebih kurang pukul 11.40 barulah gerak. Sebelum ke Mydin tu singgah dulu ke petshop Harmony Cat World Ent., Senawang untuk top-up stok cat food dan cat litter anak-anak bulus. Suka pergi petshop yang ni cause senang satu jalan nak ke Mydin.

Kisah 01 Januari 2022 - Grocery Shopping Mydin Senawang

01 Januari 2022
3 beradik sedang memilih barang

Selalu yang pergi grocery shopping Aryssa dan Mrs. A sahaja tapi pada 01 Januari 2022 tu 3 beradik bergabung. 
01 Januari 2022
Meriah troli haπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Sebelum ke Mydin tu Mrs. A dah plan baik punya nak guna kad Meriah Mydin yang baharu apply bulan lepas. Ialah sebelum-sebelum ni setiap kali nak bayar mesti cashier akan tanya ada kad meriah tak? Mampu geleng kepala ajelah takde huh! lerrr mahh! Unfortunately pada 01 Januari 2022 tu Mrs. A dah ada kad meriah boleh pulak cashier tu tak tanya 😞😞😞

01 Januari 2022
Punyalah panjang dan meriah bilnya tu malangnya takde rezeki nak kumpul point 

Mrs. A pun boleh pulak terlupa dah ada kad meriah, bila dah settled bayar baru teringat. So adik chasier tu pun panggillah supervisornya tu nak swipe kad tu tapi so call supervisor tu cakap tak boleh sudah cause dah bayar. Ha! lah hai! rugilah sis setengah k tu dik! depa hanya tersenyum kelat sahaja. Choi! ntah pape je hampeh! tul emo iols! muahhaaa.. tetiba jadi kad tak meriah sudah! [astaghfirrullahalazim takde rezeki la Mrs. A oii!]

Disebabkan kejadian itu Mrs. A terus cepat-cepat nak balik aje nak pergi makan sedap hilangkan perasaan geram gittewww... On the way nak balik tu Aryssa dah call babahnya siap-siap (babahnya kat luar jumpa kawan) cause sebelum tu babahnya pesan on the way balik dari Mydin calling-calling dulu nanti senang nak timing.

Just nice bila sampai rumah sorting barang ke dalam rumah pun belum habis lagi Mr. A dah muncul. Terus ajelah we all gerak ke Casa Lagenda Seremban 2. Okay jom layan gambar makan-makan. Tak payah reviewlah ya cause dah pernah review.

Kisah 01 Januari 2022 - Lunch di Casa Lagenda Seremban 2

01januari 2022
Alhamdulillah semua ada I'm so happy

01 Januari 2022
Yeay! pucuk keledek favorite ada kali nih!

01 Januari 2022
Alhamdulillah semua menu favorite masing-masing ada craving satisfied πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.

Selepas lunch kali ini terus pulang rumah aje. Babah a.k.a Mr. A ada appointment lain pulak haish! busy nau-nau. Apa-apa pun we all tetap gembira terima kasih Allah atas rahmat kasih sayangMU.


Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021. Seperti tahun-tahun sebelum ini [SINI] seakan telah menjadi satu kemestian bagi Mrs.A untuk buat satu entry penghargaan kepada rakan-rakan blogger yang selalu singgah dan suka meninggalkan komen di blog picisan Mrs. A ini. Sepanjang Mrs. A berblog rakan-rakan blogger datang dan pergi tak kurang juga masih ada yang kekal singgah hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Tanpa membuang masa lagi jom Mrs. A share siapakah pengomen-pengomen tegar blog Mrs.A di sepanjang tahun 2021.

1. Pemilik blog - Pencarian Jiwa Diri Saya lebih dikenali sebagai NA. Mrs. A yakin mesti ramai yang kenal blogger NA kan...masih kekal pengomen nombor satu blog seperti tahun lepas.

Pengomen tegar

2. Pemilik blog - Orang Bukit atau Nohas. Siapa yang belum pernah singgah di blog beliau cubalah singgah pasti tidak mengecewakan gitteww...


3.Pemilik blog - imwritingformyself dalam bahasa melayunya ...dan aku menulis untuk diri sendiri Encik Afeezz kali ni tak yah sedih-sedih dah ya ngeh! ngeh! ngeh cause awak tersenarai 😊

pengomen tegar

4. Pemilik blog - aniesandyou a.k.a  Anies.  Anies adalah di antara blogger yang dah lama Mrs. A kenal di alam maya pernah juga dapat hadiah dari Anies. Anies memang pemurah suka bagi-bagi souvenir buat pembaca blog beliau.
pengomen tegar

5. Pemilik blog - Karyaku... Paridah lebih mesra di sapa Kak PI beliau juga merupakan seorang penulis. Kagum dengan semangat beliau.


6. Pemilik blog - Warisan Petani beliau merupakan blogger lelaki yang sangat rajin meninggalkan komen-komen di blog bukan sahaja di blog Mrs. A rasanya diblog rakan-rakan blogger yang lain pun sama. Suka singgah di blog WP tengok tanam-tanam yang beliau tanam selalu menjadi.

Pengomen Tegar

7. Pemilik blog - Ako Tetap Ako kenalan baharu yang baru masuk senarai pengomen tegar blog Mrs. A eh! πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ 
Pengomen Tegar

Buat readers dan rakan-rakan blogger yang lain andainya tidak tersenarai mohon jangan berkecil hati pula ya. Doa Mrs. A semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T jua.
Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021.



MRS.A my blog my stori ©