April 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: April 2021
Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l (mother in-law). Last Saturday 24042021 adik-beradik Mr. A ajak berbuka beramai-ramai di Jiboi antara faktor penyebabnya adalah s.i.l nak balik kampung sebelah husband beliau. Kekdahnya tak mahu f.i.l berbuka sorang-sorang we all pun pakat-pakat nak berbuka di Jiboi. 

Menu adalah secara pot-luck ikut suka hati family masing-masing. Nasi pulak seperti biasa dan sebelum-sebelum ini f.i.l yang akan masak cause f.i.l agak cerewet cara masak nasi yang dia suka. Lagipun f.i.l pandai masak nasi portion yang banyak untuk anak-anak cucu-cucu dan menantu-menantunya gittewww....

Pejam celik pejam celik dah hampir 4 bulan arwah m.i.l pergi ke dunia abadi. Semoga mak aman-damai di dunia abadi. InSyaAllah suatu hari kami semua akan menyusul juga.

pertama-kali-tanpa-m.i.l
Kepok mak dah siap cuma tinggal batu nisan masih dalam pembuatan. Mohon sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) buat arwah m.i.l Hjh Zabidah bt Abu bakar

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l. 

Petang Sabtu tu sungguh jarang-jarang berlaku Mrs. A dan Aryssa sampai dulu di Jiboi berbanding dengan in-laws dan biras-biras yang lain. Adik dan Mr. A datang kemudian depa dua nak pergi beli cendol songkok tinggi dulu. Mrs. A bawa satu menu jer... iaitu ketam masak lemak cili api campur nenas dan sebiji buah tembikai.😊😊😊

Berbuka puasa di Jiboi
Ketam masak lemak cili api dengan nenas

Aryssa pulak ditugaskan oleh babahnya supaya goreng keropok. Itu yang awal tu cause Aryssa nak kena goreng keropok di Jiboi. Sambil Aryssa goreng keropok Mrs. A potong buah tembikai. F.i.l pulak dah siap masak nasi dan pinggan-pinggan pun dah siap tersedia.

Tidak berapa lama kemudian KakNgah (niece) sampai diikuti dengan Alang sekeluarga. Menu Alang ada tiga iaitu murtabak, nasi goreng dan tomyam. Nasi goreng je masak sendiri lagi dua menu tu tunjuk aje katanya.

Berbuka puasa di Jiboi
Waktu ni meja belum penuh lagi cause lagi 2 family belum sampai

Family second last sampai adalah Ateh dengan menu Ayamas, roti jala dengan kari ayam. Family yang last sekali sampai adalah Along dah masuk waktu berbuka baru depa sampai. We all semua dah santap duluan πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡. Lepas mereka sampai memang penuh jadinya meja tu dengan menu sup daging, sambal terung, sambal belacan dan kuih bakar. Terbaik family Along/ kaklong nih! semua menu masakan sendiri πŸ‘πŸ‘πŸ‘.

Waktu maghrib tu solat sendiri-sendiri aje. Ada yang makan light aje dan terus solat maghrib. Tapi lebih ramai yang makan dulu kemudian baru solat 😁😁😁. Time solat Isyak barulah solat berjemaah dan kemudian terus solat Tarawih dan Witir. Sementara menunggu waktu Isyak. Mak-mak/ pak sedara join anak-anak sedara berboommerang. 

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l

Berbuka puasa di Jiboi
Boommerang tak reti nak download so Mrs. A screenshotkan aje

Berbuka puasa di Jiboi

Selesai solat kami semua sambung semula makan-makan di dapur. Sesi membawang haruslah ada cause dah lama tak berkumpul reramai sambil membawang sambil touching bila masing-masing mengimbau kenangan dengan arwah M.i.l. sobs..sobs...sobs.. Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Aaamiiin.... Okay itu sahaja kisah berbuka puasa di Jiboi pertama kali tanpa M.i.l.





Salam Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Nuzul Al-Quran. Salam Nuzul Al-Quran kepada readers blog Mrsablogstori dan selamat bercuti juga kepada mereka yang negerinya bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Unfortunately N9 tidak bercuti ya huhuuhuhu...

Salam Nuzul Al Quran.

Nuzul Al-Quran
Kredit banner SAINS 😁😁😁

Semoga kita tidak hanya membaca Al-Quran sebagai amalan tetapi membaca Al Quran untuk diamalkan!

Dan semoga kita mampu membezakan antara apa yang manusia kata 'tentang apa Allah kata' dengan apa yang 'sebenarnya Allah kata'.
Kredit - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi





Dongle Bluetooth 5.0 Tidak Compatible Dengan PC Office

Dongle Bluetooth 5.0 Tidak Compatible Dengan PC Office

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Dongle Bluetooth 5.0 Tidak Compatible Dengan PC Office. Apo ko bondo ea dongle tu hahhahaaa.... mula-mula Mrs. A pun tak tahu tapi jadi tahu cause terpaksa beli satu gara-gara telah membeli wireless head phone. Punyalah cerdik beli head phone tak tanya pendapat kawan-kawan. Survey-survey kat Shopee jumpa yang berkenan zasss... terus beli.

Okay tunjuk gambar wireless headphone tu dulu πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Dongle bluetooth
Mrs. A berkenan JBL wireless head phone nih! 😁

Kisahnya cenggini bulan lepas Mrs. A seperti biasa nak siapkan minit Mesyuarat Pengurusan Kanan so kenalah mendengar recording dari pc office ni dengan menggunakan ear phone yang biasa Mrs. A guna tu. Sesiapa yang guna ear phone sambil pakai shawl mesti kat dalam telinga ni akan terasa sakit. Betul tak? [tak tahulah pulak kalau Mrs. A sorang je yang alami adeh! kesian]. Actually tak pakai shawl pun sakit jugak kalau tempoh gunanya berlama-lama tapi okay lagi senang nak cabut-cabut. [selalu buat nih! bila guna kat rumah ngeh! ngeh! ngeh!]. 

Bukanlah Mrs. A tak pernah guna ear phone selama ini tapi untuk bulan lepas tu sakit telinga ini rasa macam lebih dari biasa. Tiiiiberrr... Actually  dah lama berkira-kira nak beli head phone tapi asyiklah bertangguh. Ntah macam mana hari tu nafsu nak head phone tak menahan tu yang beli terus. 

Okay dipendekkan cerita bila wireless head phone sampai punyalah excited nak guna tiba-tiba oh! no oh! no.. no...no.. oh! no... [nyanyi ikut lirik Capone] PC office tiada bluetooth uols! πŸ˜¦πŸ˜£πŸ˜“. Kebetulan pulak time tu ada adik IT datang kat cubicle sebelah terus Mrs. A tanya dia, "Z wireless head phone akak ni tak boleh gunalah tak jumpa bluetooth button pun?""Kak PC office takde bluetooth la..., kalau akak nak guna jugak kena beli dongle bluetooth for PC. Kira macam usb jugaklah kat Shopee ada kata dia". 

"Ha! apa tu tak tahu akak adoi! la hai!" sambil Mrs. A ngomel-ngomel hahahaa... tergelak si Z tu. Tapi Z cakap kat kedai IT pun ada kat Aeon S2, kat Popular Book Store pun ada kot akak carilah kata kat orang tu nak cari dongle bluetooth for PC. Senang faham usb adapter untuk pc yang takde bluetooth katanya. 

Dongle Bluetooth 5.0 Tidak Compatible Dengan PC Office.

dongle bluetooth
Cengginilah rupanya dongle tu a.k.a USB Bluetooth Adapter

Di hari Jumaat 9 April lunch hour gigih Mrs. A pergi seorang diri ke Aeon S2 kebetulan pulak memang nak membeli calculator untuk Adik. Calculator dia sekarang dah tak relevant untuk form 3 above katanya. Mrs. A pun pergilah ke Popular Book Store beli calculator kemudian tanya pasal dongle bluetooth pada staff Popular dia pun tunjuk dongle tu tinggal satu ni je Sis ini versi 4.0 harga dalam RM25 huhuuuhu... jauh mahalnya dari harga di Shopee. 

Tapi Mrs. A tak beli pun yang kat Popular Book Store tu kononnya nak pergi survey dulu kat kedai IT tu. Sampai kat kedai IT tu Mrs. A pun cakap nak beli dongle tu dia pun tunjuk nak mana satu dia bagi brand Orico ini antara yang bagus katanya ada dua versi 5.0 vs 4.0. Huhuuhuhu... actually Mrs. A pun tak tahu nak pilih versi mana satu tapi bisikan hati kata amik yang 5.0 so kekdahnya Mrs. A pun belilah Orico 5.0 gittewww.... huwaaawaa harga lagi mahal dari Popular Book Store. Takpelah pasrah rezeki kedai IT tu.

Sesampai aje di office teruslah mencuba dongle 5.0 tu...

Dongle Bluetooth
Cucuklah kat salah satu lubang di hard disk tu

Dengan harapan kali ini muncullah gambar bluetooth device. Ku fikirkan problem solve tapi nan hado ha!. Walaupun dah pasangkan di hard disk tu tetapi PC office masih tidak berjaya detect JBL head phone Mrs. A. Mula ingatkan JBL head phone tu yang problem tapi bila Z cuba guna smart phone elok je automatik smart phone tu detected JBL namanya T450 gittewww.... Lama jugaklah Z menggodek-godek kat PC Mrs. A mencari solutionnya tak boleh jugak. Kemudian Z cakap kak saya pinjam jap dongle dengan head phone nak try kat PC saya. Haruslah Mrs. A setuju dan berterima kasih sesangat pada Z baik hati nak tolong Mrs. A. 

Tidak berapa lama kemudian Z datang semula kepada Mrs. A sambil cakap tak bolehlah kak saya pun tak pasti apa masalah. Akak kena pergi baliklah kedai IT tu cakap PC still tak appear bluetooth device. Hurmm... sabar yolah! sambil-sambil tu Mrs. A pun tanya-tanya pakcik google. Terjumpa satu article tu katanya bila dia nak guna bluetooth device dia akan guna versi 4.0 cause bila guna versi 5.0 tak boleh detect wireless device yang dia nak guna samada windows 10 ke windows 8 ke blaa..blaa..bla.... Oh! gittewww... Mrs. A punya assumption sama kot masalahnya adalah versi 5.0.

Petang itu jugak selepas habis waktu kerja terus Mrs. A ke kedai IT Aeon S2 semula. Lalu menceritakan dengan panjang lebar masalah dongle tersebut [amvoiii! overlah ko Mrs. A hoi! muahhaaahaa...] Bro tu pun trylah dekat salah satu PC di kedai IT adeh!! boleh pulak. Tapi Mrs. A tak puashati lagi sambil cakap PC you ni dah ada built in Bluetooth kot. Dia senyap ajelah, sambil tanya Mrs. A office guna perisian apa? Mrs. A cakaplah Windows 10, samalah cik ini pun windows 10. Yeke tapi programmer office I dah try kat 2 pc still tak boleh. Kemudian Bro tu try kat PC yang lain jeng...jeng...jeng.... syukur alhamdulillah sama macam PC office Mrs. A uols! tak boleh jugak muahahhaaaa...

Kekdahnya Mrs. A cakap dengan dia try tukar dongle versi 4.0. Alhamdulillah mahu pulak Bro tu dengar cakap Mrs. A bila tukar versi 4.0 dan cuba setting, hah! there you go muncul sudah bluetooth device dan automatik JBL wireless head phone Mrs. A has been detected dan boleh dah mendengar audio dari PC gittewww... Alhamdulillah problem solve. 

Bagus jugak after sales service kedai IT tu elok je dia melayan Mrs. A yang nak tukar dongle versi 5.0 ke 4.0 tu. Oleh sebab harga dongle versi 4.0 tu lebih murah dari harga dongle versi 5.0 Bro tu suggest Mrs. A pilih satu barang harga dalam RM10 biasalah polisi syarikat tak boleh bagi cash kena ambil barang jugak. Mrs. A pun tak tahu nak pilih apa bro tu suggest ambil mouse satu. Mrs. A pun setuju ambil mouse macam tahu-tahu aje wireless mouse kat rumah pun memang dah problem right clicknya tu kena tekan kuat-kuat baru boleh. Tapi yang Mrs. A dapat tu mouse biasa bukan wireless.

Selepas itu balik rumah terus muka ada senyum. Tak sabar nak tunggu Monday pergi kerja nak try dah boleh guna ke belum kat PC office Mrs. A tu. Monday tu selepas breakfast Mrs. A pun mencuba dongle versi 4.0 tu kat PC.

Dongle Bluetooth 5.0 Tidak Compatible Dengan PC Office. 

Dongle Bluetooth
Finally!... nampak tak tu? 😍😍😍 Audio T450 connected voice, music

Sekarang Mrs. A dah boleh guna JBL wireless head phone tu harapnya takdelah sakit-sakit lagi kat dalam telinga nih! Shawl pun takdelah senget-benget bila guna macam ear phone tu kah! kah! kah! Okay itu sahaja nak share kisah Dongle Bluetooth 5.0 Tidak Compatible Dengan PC Office.



Berbuka Puasa Di Royale Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik

Berbuka Puasa Di Royale Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Royale Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik. Alhamdulillah semalam 22 April bersamaan 10 Syawal dengan izinNYA dapat berbuka puasa di hotel Royale Chulan Seremban sambil meraikan birthday Aryssa & Adik. Kebetulan semalam Mrs. A bercuti, plan asalnya Mrs. A nak balik kampung untuk ambil ubat mak di Klinik Kesihatan Durian Daun, Linggi tapi tak jadi cause Alang willing to cause dia nak balik kampung almaklumlah PKP tak dapat nak rentas negeri tanpa alasan munasabah. 

Aryssa & Adik tak tahu pun semalam tu Mrs. A dan Mr. A plan nak berbuka puasa di luar sambil we both buat surprise siap ada kek birthday sekali. Walaupun Mrs. A nak pergi tempat lain tapi Mr. A insist nak pergi Royale Chulan Seremban cause kat situ ada kawan dia so senang nak berurusan katanya. Hurm... iyolah kekdahnya Mrs. A follow aje yang penting selesa dan harga munasabah gitttewww...

Petang selepas ambil Aryssa dari sekolah tu Mr. A calling-calling kawan dia tu minta reserved untuk 4 paxs dan jugak minta sediakan kek birthday. Kek tu Mr. A minta serve masa last sekali dalam pukul 8.30 cenggitu. Harga buffet untuk dewasa di Royale Chulan Seremban adalah RM60.00 seorang manakala untuk kanak-kanak pula RM28.00 seorang. 

Berbuka Puasa Di Royale Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik. 

Berbuka puasa
Me (Adik) when my mom wanna snap photo

Berbuka puasa
Alhamdulillah ada air yang dicari 😁😁 semestinyalah Nescafe panas

Berbuka puasa
Tengah video call

Time borak-borak sementara tunggu waktu berbuka tu teringat pulak kat Along nun di perantauan. Lalu Aryssa pun buat video call. Along pun wish birthday buat Aryssa dan Adik. Sorry dia lupa birthday Sha dengan Adik dia busy dengan kelas amali katanya. Dia rindu nak buka sama-sama kat hotel. Hurmm... touching pulak ibu dan babahnya mendengor sobs..sobs..sobs... Along time tu ada kat Dewan Makan tengah tunggu waktu berbuka juga.

Berbuka puasa
Aryssa dan Mrs. A buka light aje dulu kemudian pergi solat maghrib di surau kat area basement

Berbuka puasa
Alhamdulillah bagus percaturan we both time ni orang tak ramai lagi kat surau. Dah settle solat sambung lerrr...πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Ini di antara food yang Mrs. A snap tak koserlah nak snap bebanyak bukan review berbayar pun muaahahahaaa....

Dah kenyang perut suka hati tu take five jap sambil bergambar di luar

berbuka puasa

Berbuka puasa

Berbuka puasa

Kemudian masuk semula dan kek pun sampai. Surprise ! Aryssa dan Adik tiba-tiba ada kek birthday la pulok! 😍😍😍

Birthday
Cake Red Velvet yang sedap by Hotel Royel Chulan Seremban

Birthday
Ibu tukang snap photo sambil nyanyi lagu birthday πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Birthday
Adik @ Aqil Hayyi turn 15th this year

Berbuka puasa
Belanja gambar Mr. A seketul 

Berbuka Puasa
Us πŸ’•

Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat meraikan birthday mereka dan berbuka puasa di hotel Royale Chulan Seremban. Semoga menjadi kenangan indah buat mereka. Ibu dan babah sentiasa mendoakan agar Aryssa dan Adik berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T. InSyaAllah kalau ada rezeki nak repeat lagi dengan bawa Along sekali.



Salam Jumaat - Baldi Bocor

Salam Jumaat - Baldi Bocor

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat -  Baldi Bocor

salam jumaat


Salam Jumaat selamat berpuasa 4 Ramadhan 1442H.
Happy 1st Birthday #upinipinthecat

Happy 1st Birthday #upinipinthecat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Happy 1st Birthday #upinipinthecat. Semalam 13 April selain daripada tarikh bermulanya puasa adalah merupakan tarikh lahir dua ekor anak-anak bulus Mrs. A jugak ngeh! ngeh! ngeh! Upin dan Ipin nama diberi oleh Mr. A. Walaupun mula asalnya Mrs. A namakan dua ekor tu Peah dan Jenab tapi Mr. A suruh tukar kepada Upin dan Ipin cause depa dua macam kembar seiras yang membezakan adalah di dahi Upin ada tompok oren yang agak lebar. 

Happy 1st Birthday #upinipinthecat.

upinipinthecat
Upin dan Ipin masa umur 2 hari

Upin dan Ipin umur 1 bulan bersama Awanikenet mamacat depa yang tiba-tiba menghilang 😒😒😒 

#upinipinthecat
Masa nih! tengah syiok main-main, umur 2 bulan lebih

#upinipinthecat
Upin sekarang. Si gemok-gedek bak kata emak Mrs. A. Boolat menjadi-jadi setelah spaying.

#upinipinthecat
Ini Upin, nampak tak ada tompok oren besar duit 20sen kat dahi dia

#upinipinthecat
Yang ini Ipin sekarang 😼😼😼 Ipin slim sikit dari Upin gemok-gedek

Happy 1st Birthday #upinipinthecat sempena birthday 2 ekor tu semalam balik kerja Mrs. A pun bagilah depa makan wetfood makanan kegemaran masing-masing ngeh! ngeh! ngeh!  Kucing-kucing Mrs. A tu dapat makan wetfood seminggu sekali je. Itupun setakat sebungkus kecil tu share untuk dua ekor, dua ekor. Tapi semalam dapat makan banyak dari biasa gittewww....

Upin dan Ipin tu dua-dua Mrs. A dah spaying. Iyerr... spaying cause mereka itu betina bukannya jantan seperti Upin dan Ipin dalam cerita kartun itu. Mujurlah mereka itu kucing so takde masalah kot nak kecelaruan identiti eh! muaahhhaaa...

Happy 1st Birthday #upinipinthecat itu kalau ikut kiraan umur manusia baru setahun tapi kalau ikut umur kucing dah 15 tahun umur Upin dan Ipin huhuhuu.... Tak caya cer tengok carta umur kat bawah ni.
Umur kucing ikut umur manusia. [google image]

Okay itu sahaja kisah Upin dan Ipin next time Mrs. A citer kisah kekucing Mrs. A yang lain-lain pula InSyaAllah. IG @kamikucingkg




Selamat Berpuasa 2021

Selamat Berpuasa 2021

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers. 

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan 1442H dear readers. InSyaAllah esok kita semua akan mula berpuasa dan juga mula bersolat tarawih. Awal pagi-pagi esok bermulalah rutin ibu-ibu bangun seawal 4 pagi nak menyediakan sahur untuk ahli keluarga masing-masing salah seoranngnya Mrs. A lettewww.... ngeh! ngeh! ngeh! Family Mrs. A ini memang sejenis yang akan bangun sahur dan makan berjemaah kalau tak sahur tu memang tak sah kehidupan we all ha gittewww.... 

Selamat berpuasa 2021, kasi chance tepek banner office punya. 

Bil air jangan lupa bayar ya... eh! muahahhaaa....

Jumaat lepas officemate yang rajin berusaha telah menjayakan bacaan Yasin dan tahlil arwah alhamdulillah sambutan sangat baik syukur padaNya Mrs. A pun dapat turut serta. Seperti biasa majlis bermula dalam pukul 8.30 pagi di surau Ibu Pejabat. Tiada paksaan sesiapa yang berkelapangan dan sudi hadir dipersilakan jika busy dengan kerja tidak mengapa.

Sebelum bermula sempat seorang Mrs. A buat video gambar pulak tak snap huhuhuu....

Selepas majlis bacaan Yasin dan tahlil arwah tersebut, diadakan juga jamuan makan. Food secara pot luck sama juga tiada paksaan sesiapa yang nak menyumbang dipersilakan jika tiada tidak mengapa makanlah apa yang ada. Tetapi alhamdulillah food pada hari Jumaat lepas sangat mewah we all dari pagi sampai ke petang tak putus-putus makan muahahaaaa.... pelbagai jenis food ada. Sate ayam, sate daging, laksa, mee soto, segala macam kek, laksam, buah-buah ayoaiii macam-macam ada meriah betul. Sungguh Mrs. A nak habaq nih! warga kerja di Ibu Pejabat semuanya pemurah-pemurah belaka Ya Allah terimalah sedekah kami.

Oh! ya menurut AJK surau pada bulan Ramadhan nanti mereka plan nak adakan tazkirah ringkas dalam setengah jam ke 45 minit di surau Ibu Pejabat itu yang diwar-warkan sesiapa yang ada kenal ustaz-ustaz ataupun ustazah-ustazah yang sudi nak bagi ceramah time lunch sebelum waktu zohor bolehlah roger-roger katanya. Hurmmm... best jugak kalau dapat Ustazah Asmah Harun ataupun PU Azman eh! tiber muahahhaaaa.... mohon readers doakan ya.

Dalam gembira nak sambut Ramadhan terasa jugak sedikit kesedihan cause tahun ini pertama kali Mrs. A dan keluarga sebelah Jiboi berpuasa tanpa M.i.l  (Al-fatihah) semoga arwah lebih berbahagia di alam sana. Begitu juga arwah-arwah yang lain sentiasa di dalam doa kami.

Lagi satu yang tak bestnya Along tak dapat berpuasa bersama-sama, berjuang menuntut ilmu di perantauan katanya ngeh! ngeh! ngeh! seminggu dua nih! Along setiap malam video call rindu katanya. 3 hari sebelum habis Ramadhan nanti baru boleh balik rumah. Sabarlah Along ya pejam celik, pejam celik dah sampai masanya nanti.

Selamat Berpuasa 2021

Along snap untuk ibu, sebelum nak masuk kelas

 Di kesempatan ini juga Mrs. A nak mohon maaf di atas segala kekhilafan samada yang disedari ataupun tidak. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah tarawih Mrs. A ucapkan buat readers blog picisan Mrs. A ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada esok hari dan hari-hari seterusnya. Jangan lupa niat puasa sebulan terus ya. Lebih afdal mana tahu kalau ada hari-hari yang kita terlupa.




Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan.

Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan. Alhamdulillah pada Sabtu 27032021 yang lalu kenduri tahlil 100 hari arwah M.i.l dan arwah-arwah yang telah mendahului kami telah selamat diadakan sebagaimana dirancang. Kenduri tersebut juga adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan juga kesyukuran sempena anak S.i.l berjaya masuk SBP di SMAP Labu.

Kenduri tersebut diadakan di Jiboi dan jemputan adalah ahli keluarga terdekat sahaja. Mrs. A dan kids extra happy cause emak Mrs. A pun dapat hadir sama. Pada Khamis petang Mr. A dan kids telah amik emak dari kampung Mrs. A tak ikut cause kerja daaa....

Kenduri
Dah amik nenek on the way nak balik Seremban katanya

On Friday tu Mrs. A memang dah apply leave plan asalnya nak balik kampung Saturday nak pergi kenduri kahwin di kampung tapi lain pulak kejadiannya ngeh! ngeh!ngeh! Unfortunately tak lepas nak berjalan ke sana ke mari sangat cause kereta Mrs. A hantar painting bumbungnya yang dah pudar warna huhuhuhuuu....

Alhamdulillah semua adik-beradik Mr. A  hadir bersama family masing-masing termasuklah besan-besan f.i.l kecuali besan Pilah iaitu emak kaklong cause time ni berada di luar kawasan. Cucu pulak yang tak dapat hadir adalah Along anak Mrs. A yang kat  IKTBN Alor gajah tu dan Banglong S anak kaklong/ b.i.l tuntutan kerja.

Mrs. A sekeluarga bersama emak datang sebelah petang. Magrib berjemaah di Jiboi kemudian bacaan yasin dan bertahlil yang dibawa/ diketuai oleh f.i.l aduh! time nak mula dengan ucapan f.i.l tu sebak sangat f.i.l terus yang lain-lain pun mata masing-masing masuk habuk sobss.sobss.sobs... Setelah selesai bacaan Yasin dan tahlil kami semua solat Isyak berjemaah. 

Kemudian baharulah berkongsi  rezeki. Kali ini masak-memasak satu lauk oleh s.i.l dan satu lauk oleh biras Mrs. A si N. Lain-lain menu sumbangan dari adik-beradik yang hadir gittewww.... 

Kenduri Tahlil Dan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan. 


Baju hitam duduk atas kerusi adalah f.i.l



S.i.l sebak dia sewaktu di penghujung bacaan tu.

Gambar-gambar food satu pun takde yang snap adeh! kesal sudah tidak berguna lagi eh! tiberrr... Selepas selesai jamuan makan Mrs. A lepak-lepak dulu kat Jiboi sampai ke pukul 12.00 malam baru gerak balik. Emak Mrs. A pun okay je pulak time ni al-maklumlah jumpa kawan-kawan a.k.a besan-besan semua.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan semoga majlis diberkatiNYA. Kami juga berdoa agar doa kami diterima olehNya dan sampai kepada arwah ibu mertua dan arwah Abah Mrs. A serta seluruh ahli keluarga yang telah pergi selamanya semoga roh mereka dicucuri rahmat. 



MRS.A my blog my stori ©