January 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: January 2014
Tuisyen

Tuisyen

Now a days tuisyen ni dah macam satu keperluan ye..idok? Macam aku memanglah susah nak ajar anak sendiri bukannya aku tak cuba, muhasabah diri dan segala macam usaha aku dah try memang a big no pada aku. So kekdahnya aku hantar jer... they all pi tuisyen. Anak-anak zaman sekarang memang bz juger kekdahnya tak macam zaman aku dulu masa sekolah rendah takde makna tuisyennyer.. paling gah pun sekolah tambahan yang diadakan oleh geguru kat sekolah FOC lagi. Tapi ok jer... but now everything is money.

My kids dah start pi tuisyen since last year. Alhamdulillah memang banyak kebaikannya dari pemerhatian aku. Results Along sebelum dan selepas pergi tuisyen memang berubah walaupun tak banyak sedikit pun tetap berubah ke positif. Aryssa punya results sebelum dan selepas memang ketara sangat. Banyak positifnye, alhamdulillah harap berterusan. As for adik last year dia hehangat tahi ayam jer...kejap je pi tuisyennyer... pas tu dah malas nak gi. Tak kisahlah dia pun baru tahun satu. Ingatkan this year pun adik takyah tuisyen tapi beria-ria pulok dia nak, so layankan ajelah.


Tempat tuisyen yang aku hantar ni owner dia aku dah kenal since Along pre-school, cos she the founder together with her hubby. Tak sangka pulak as times goes by we all bertemu kembali setelah Along berumur 11 tahun sekejap aje masa berlalu. Actually memang aku dah survey tetempat lain but aku prefer this tempat. Kenapa aku pilih tempat tuisyen ni? Antara faktornya adalah masa tuisyen untuk all my kids tu adalah hari yang sama. Walaupun my kids berbeza tahap tapi tempat tuisyen ni manage to provide for 3 of them in the same day. Harga reasonable. Pilih aje samada per package ataupun per subject. As for me aku pilih package cos practical & relevant. Lagipun aku dah kenal Pn Zaharah ni so aku percaya dan comfortable dengan dia. Lagi satu faktor jarak tempat tuisyen tak jauh dari rumah tapi tetaplah kena berhantar dan berjemputnya.

Along, Aryssa & Adik tuisyen every Monday & Friday. Masanya 8.15pm hingga 10.15pm. If ada di antara hari-hari tu PH akan ditukar ke hari lain, of coslah dengan persetujuan all parents. Contoh this Friday CNY holiday so tukar ke hari Rabu, before this Thursday but this year sudah tukar cos Thursday Pn Zaharah ada one by one tutor.

Bila aku fikir-fikirkan time aku ajar Along, Aryssa & Adik terlintas difikiran macamanalah Pn Zaharah tu  manage dengan karenah they all huh! haish!!! menguji kesabaran tahap tinggi tu....cos sometimes aku give up, nangis pun ada. Mungkin itu adalah bidang dia dan dia memang belajar secara profesionalnya. 

So biarlah expert yang buat and got paid.

KIK

KIK

Tables susun ikut teamwork memasing

Yesterday & day b4 aku telah menghadiri course KIK or ICC in English. KIK is stand for Kumpulan Innovatif & Kreatif in English pulok Innovative & Creative Circle. Lebih kurang 38 orang telah terpilih untuk mengikuti course ni. Sebelum ni management level dah dulu pergi then we all yg bebiasa pulok kena pegi.

Company tempat aku kerja ni telah memilih Ascenda Consulting Sdn Bhd sebagai consultant yang ajar we all. Facilitator ni namanya Ms Janice dia ni memang dasyat arrr...pada akula ada six-sigma master black belt tu gila ko tak dasyat. Course ni memang tak mengantuk langsung cos kebanyakkan masa we all kena buat projek. 

According tu Ms Janice tujuan KIK for my company bukan untuk masuk competition ya tapi akan buat projek yang terpilih nanti. So cara dia ajarpun lebih kepada kisah benar macamana nak pilih projek dan menjayakan projek tu. Ada 3component penting dalam KIK ni, satu SQCDS, dua teamwork & tiga saintifik/ problem solving. SQCDS tu nak senang ingat guna QCDSS, Q quality, C cost, D delivery, S service, S safety. Teamwork adalah kumpulan yang ditugaskan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tu, kiranya teamwork ni adalah Superman penyelesai masalah. Saintifik tu pulak cara penyelesaian sesuatu masalah tu memang saintifik cos ikut piawaian KIK. Kalu nak citer semua tak habih la panjang tu 2 hari punya kisah. Kekdahnya if nak tahu lebih lanjut kena la pi course ni.


Closing speech by Dist. Mngr merangkap KIK fasilitator kat Com. ni

Last day course pepagi sementara belum ramai yang sampai sempat aku posing

Dapat souvenir towel from Ms Janice


Sepetang bersama kengkawan

Sepetang bersama kengkawan

Dah seminggu tak update blog maklumlah cuti. Stay kat rumah & balik kg so takde story nak update. Nak citer pasal pegi rumah my friend yang introduce tempat mengaji tu. 14.1.2014 second day my kids mengaji kat tempat baru. Semalam (13.1.2014) they all dah mula bila aku tanya ok tak? Ok dan seronok katanya.

Time ni aku yang hantar, my hubby as usual busy memanjang. Memula aku terfikir in between aku ingat nak lepak rumah my friend tapi seganlah pulak takut mengganggu. So sementara menunggu tu aku balik rumah je... ermmm...dah balik rumah terlambatlah sikit kekdahnya, Aryssa calling katanya dah habis then uncle Bob ajak pegi rumah dia, merayu-rayu gayanya minta nak pergi. Oklah aku kata nanti ibu terus pegi rumah Aunti Ija. Bob & Ija husband & wife. Actually Bob kawan my hubby & Ija is my friend. 

Ija & aku dah kawan lama time tu kerja kat projek Ampang Kuala-Lumpur Elevated Highway, Percon-MMCE-Leighton JV ermmm betul ke ahli JV ni aku pun dah ingat-ingat lupa tahun 1996 tu ce kira dah baper tahun tu.

Oklah back tu line, Aku terus je...menuju ke rumah Ija dan disambut mesra oleh tuan rumah. My kids dah sampai  dulu dah buat macam rumah sendiri pun. Aku ingat nak singgah kejap je... tapi tuan rumah suruh singgah then siap makan nasi lagi tu... yelah bak kata pepatah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. 

Baju kekotak Emran dia sebaya Aqil (tahun 2) & kurung merah Tia dia (tahun 3) all of them satu sekolah

Thats Ija & me we are supermum.

Thanks to Ija, Bob, Tia & Emran for the lovely evening.

Cari-cari tempat mengaji

Cari-cari tempat mengaji

Semenjak bulan puasa tahun lepas my kids & nephew and friends sekampung di Jiboi telah kehilangan tempat mengaji. Ermmmm sedih + risau kat mana la...nak cari tempat mengaji ni??? At that time tak berapa nak kisah lagi, coz masing-masing masih berharap nenek yang ajar mengaji akan terus mengajar. Unfortunately setelah masuk tahun baru nenek Ami & family officially announce dia dah tak dapat ajar lagi coz kesihatan dia tidak mengizinkan. Walaupun niat nenek Ami pada mulanya nak habiskan juga badge my kids, nephew and friends yang sedia ada tapi tak kesampaian sebab dia memang dah tak larat walaupun itu bukan kehendak dia. Sedih memang sedih tapi nak buat macamana. Terpaksalah cari tempat mengaji jugakkan... habih! takkan ko nak anak-anak ko tak pandai ngaji tak khatam Al-Quran huh! memang taklah.

Masa Along Tahun 2 dah pernah hantar KAFA tapi tak bolehlah dia, progress ntah apa-apa. Aku pun pelik tapi takpelah Allah know best. Berdasarkan experience tu so my kids memang we all tak hantar KAFA. We all hantar ngaji kat rumah orang sama mcm style aku masa kekecik dulu. Selepas kehilangan tempat ngaji sedia ada tu aku harapkan Babahnyalah mencari tempat baru, tambahan lagi parents inlaw aku pun dah bising cari cepat, dah jumpa ke belum?, kesian bebudak-budak ni.. nanti dah sekolah menengah susah??? Huhuuuu sabar yolah! aku haish... Aku pun dok bising-bising kat hubby tengah usahalah...tengah carilah...haish!!!... geram betul tau dengan orang lelaki ni suka amik mudah.

Finally aku teringat kat my friend sorang ni, tahun lepas dia tanya aku tempat mengaji coz masa tu dia tengah cari tempat mengaji untuk anak dia. Tahun ni aku pulak tanya dia syukur alhamdulillah memang dia dah! ada tempat yang baik dan sesuai. Kat tempat anak dia mengaji cuma ada 4 orang je... aku pun minta tolong dia tanyakan kakak yang ajar tu terima lagi tak murid coz my kids ada 3 orang. Terima katanya. Saturday, 11.1.2014 aku pun plan dgn hubby pergi rumah kakak tu memula we all pergi rumah my friend then dia tunjukkan rumah tempat mengaji tu. Setelah berbincang aku puashati, so muktamad dah! aku akan hantar ngaji kat sini iaitu kat Taman Kekwa bersebelahan dgn Taman Nyior Gading.

Rupanya tempat ngaji ni setaman dgn my friend baru aku tahu. Senang pada aku jugak coz Taman Kekwa ni laluan sama je pun dari office ke rumah aku. Habis kerja terus le.. aku amik my kids, time mengajinya pukul 5-6 petang, Isnin - Jumaat, bayaran Ikhlas. Kat sini komitmennya adalah untuk menghantar dan menjemput. Last time tak perlu hantar/jemput they all jalan kaki jer...
I am moving

I am moving

Today aku pindah tempat. Pepagi lagi dah semangat berkemas nak pindah tempat baru. Yang lawaknya tu takdelah jauh manapun dari cubicle tengah untuk 2 orang ke cubicle sebelah untuk 4 orang. ngeh!ngeh!ngeh! bunyi macam jauh bebenor nak pindahnya.


Ini tempat lama aku... if u olls takde kat dalam ni maybe susah nak bayangkan pun coz nampak sama jer... dari sini akan nampak filling cabinet tu side backnya.


Ini tempat baru..bezanya kat sini is more privacy coz aku menghadap laluan, kat tempat lama laluan dibelakang aku. kat sini filling cabinet tu nampak front sidenya. Ini pandangan dari belakang tempat baru.


Ini pandangan dari sisi kat tempat baru aku. Nampak tak laluan tu yang kat sebelah kotak tu ler...filling cabinet tu dan disebalik tu tempat lama aku. HR & Admin dept. buat perubahan tempat supaya lebih tersusun untuk setiap unit. Aku suka dengan perubahan tempat terkini ni walaupun ada yang tak suka, tapi biasalah susah nak puaskan hati semua orang.
1st day school 2014

1st day school 2014

Ermmm...sekejap aje dah masuk 2nd week tahun baru. Tapi ni citer last week 1st day school. Walaupun my kids takde year 1 or precschool tapi aku tetap amik cuti ngeh!ngeh!ngeh! memula tak plan pun nak cuti tetapi hubby yang suruh coz 2 Januari tu dia ada urusan kerja di KL.

A day before school tu my kids dah excited prepare bebenda nak gi schoolnya aku pun sama gak excited sama. On the school day memasing bangun awal seawal jam 6.00 pagi. As usual bangun ikut turn memula Aryssa, then Adik dan last sekali Along. Walaupun Aryssa bangun dulu tetapi dia memanglah ulit almaklumlah pompuan banyak betul benda yang dibeleknya. Along dia express sometime dia boleh siap dulu dari Aryssa.

Tepat jam 7.00 pagi aku yang hantar excited nak tengok keadaan macamana. Dah dekat nak sampai sekolah biasalah traffic flow menjadi slow disebabkan begitu ramainya ibubapa menghantar anak-anak terutamanya yang year 1, for sure ramai ibubapa yang berkampung kat sekolah. Teringat aku last year masa Adik year 1 akulah salah seorang golongan yang berkampung tu.

Otw balik dari hantar they all aku singgah beli bfast kat tempat favorite aku "Tobing". Kat sini macam-macam ada dari kuih-muih, nasi lemak, roti canai, mee pilih aje. Aku beli 2 bungkus nasi lemak 1 for me letak daging 1 for babah letak sotong. Ingat nak beli bahan mentah nak masak tengahari tetapi kedai sebelah tak open lagi huhuuuu... Tu yg aku pergi semula dlm pukul 10.00 beli untuk masak tengahari. Simple je aku masak ayam sambal, sayur campur & telor masin.

Lepas dah siap masak dalam pukul 12.30pm aku mandi sesiap untuk amik they all. Sesampai je nampak adik dah tunggu...then dia tanya Ibu....!!! kenapa lambat??? Jalan jem adik, coz ade manusia parked keta sesuka hati menyusahkan pengguna lain jer...
Muka dalam cuaca panas mata kecik je...


Tahun ni adik '2 Efektif' tahun lepas '1 Inisiatif' sebelah dia kawan dia yang sama kelas last year and this year. Tahun 2 balik time is 1.05pm.

Nun...kat tiang tu Along tengah bergurau dgn kawan dia belum sampai rumah lagi dah buka uniform, ermmm..camne ibu tak bebel. 
Along this year, year 6 & Aryssa year 4 balik time both of them 1.35pm. 1/2 hour lambat dari adik. 
posing dulu...
Tak lama lepas Along sampai, Aryssa pun sampai then otw balik rumah we all singgah Giant coz dah janji malam tadi nak beli waffle.
Ibu... along nak waffle 2 tau...amboi sampai 2 tu.. oklah meh! amik gambar dulu.

3 beradik tengah mencari-cari ketam, mujur tak jumpa. huhuuuhuuuu....

Saturday & Sunday tak kemana pun duduk rumah jer...membalut buku punyalah banyak for 3 of them then jahit name tag & badge. Maka hari-hari seterusnya akan bermulalah routine harian kembali. Semoga tahun ini lebih baik dan maju dari tahun sebelumnya. Amin...


MRS.A my blog my stori ©