Oktober 2013 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Oktober 2013
Suka balik kampung

Suka balik kampung

Minggu lepas (26.10.2013) we all balik kampung. Anak-anak aku memang suka sangat kalau balik kampung. Especially if cousins they all ada. Time ni Alang (my brother) & family dah sampai kampung sejak mlm khamis lagi coz Friday dia nak buat operation kat hospital Putra Melaka. That's why my kids beria ajak balik kampung ikut aku malas nak balik time ni, minggu depan nak balik lagi dapat lama sikit.

Balik kampung
Antara sebab-sebab suka sangat nilah dia lepak habis sambil layan games together-gether

balik kampung
Aryssa & Qaseh  dua si tembam 

balik kampung
Dapat round-round together - bila masa they all pergi Kuala ni pun aku tak sedar

kelapo goncang panchang
Hah! This is my kids favorite spot bila they all balik kampong addicted to kelapo goncang - pic amik from FB: Kelapo Goncang Panchang
Kebiasaanya we all akan balik kampung Sabtu tengahari, balik Seremban semula Ahad malam. Al-maklumlah ibu kena settle rutin membasuhlah, mengemaslah huh! segala benda la... What makes me seronok balik kampung pulak dapat makan masakan emak aku. ermmmm yummy!!!


Go Green

Go Green



Program Go Green ni anjuran sekolah anak aku dengan kerjasama MPS dan North Elegance. Kejadiannya dah! lama gak der...5.10.2013 Sabtu. This week bz bangat so that is why blog tak update. Petang ni gigih juga aku nak update. Citer pasal go green ni antara xtvtnya adalah "menanam pokok" masa hari tu tanam kat sekitar kawasan sekolah.Parents digalakkan menanam pokok ye... buat xtvx bersama anak-anak. Membuat Mural Go Green. Pertandingan mewarna kanak-kanak dan ada pameran oleh SWM/ Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal.





Aku joint program ni coz anak aku Aryssa tu masuk pertandingan mewarna. Sekolah pilih dalam 200 orang darjah 2 hingga 6 siapa yang hendak masuk pertandingan tu. So tu yang Aryssa beria masuk. Along tak nak masuk memula Along kata dia pun nak joint last minit dia kata tak jadilah ibu...errmmmmm... suka hatilah Along.

Hari Sabtu tu pepagi lagi Aryssa dah bangun semangat nak gi mewarna. Aku pergi dulu dengan Aryssa. Aku tinggalkan Adik dengan Along bersama babahnya coz Along tak bangun lagi, Adik pulak tak mandi lagi. Lagipun takut lambat registration pukul 8 pagi. Btw start mewarnanya pukul 9 hingga pukul 10 untuk tahap 1 then tahap 2 pukul 9 hingga pukul 11. Aryssa kategori tahap 1.

Along baju belang tengah chitchat dengan kawan dia sedang mewarna

Adik baju belang dengan gang-gang dia
Sementara Aryssa tengah asyik mewarna tu. Aku calling-calling yang kat rumah dah ready ke belum aku kena amik they all. Coz babahnya biasalah ade urusan kerja sabar yolah. Sekejap je pun aku dah berjaya mengimport Along & Adik.

Hadiah-hadiah adalah dari no 1 hingga 15 setiap kategori. Unfortunately Aryssa tak menang. Dia pun dah agak coz time dia color tu macam malas-malas je tak beria sangat pun aku tengok. Takpelah Aryssa adat bertanding macam tu ler... Gambar tak berapa nak cantik amik dengan tablet daaa.... Gambar hadiah ntah kenapa tunggang terbalik so tak boleh ler... nak upload.

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha

Ngeh! Ngeh! Ngeh! walaupun dah 2 hari berlalu rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan salam Aidil Adha ni... yelah ibadah korban masih boleh dilakukan sehingga 13 Zulhijjah (siang hari) iaitu esoklah aka  Hari Tasyrik.
  

Baju purple my FIL gambar amik dari FB my BIL Hafiz Isderas
Tahun ni side parents inlaws ada lakukan korban. Tapi side aku takde, anyway we all ada buat untuk tahun lepas. Yelah tiada paksaankan sekiranya kita mampu bolehlah lakukan. Kepada sesiapa yang berkorban tu maka hayatilah makna korban tu yang sebenar-benarnya yer...korban-korbankanlah apa yang patut. Maksud aku apa yang patut tu seperti contohnya "mengorbankan segala sifat kebinatangan kita" sebagaimana kita korbankan binatang tu. So harapnya apabila dah korbankan yang tinggal hanyalah sifat perikemanusiaan je. Sifat-sifat negatif semua dah terkorban. 

Eh! cewah... pepanjang lebar lak aku membebel, sowi terpoyo lak tapi itu pun untuk memperingati diri aku sendiri juger.... Lagi satu aku nak buat pengumuman blog address aku dah berjaya tukar hoyee... (alhamdulillah) so from today onwards sudah tukar ke mrsablogstori.blogspot.com. Dah banyak kali cuba this time menjadi takdelah skima lagikan my dear blogger friend http://whateverapa-apasahaja.blogspot.com.

Bakar Lemang

Bakar Lemang

Dah lama tak tengok blog huh! rupanya dah! seminggu tak update. ish..ish ish... tak boleh jadi nih! kena express update ni.. Oklah. nak citer pasal aku bakar lemang hah! u olls ade??? Sehari sebelum hari raya haji aku tolong mak aku bakar lemang. Actually aku tolong jer..apa-apa yang patut, yang beria nak buat lemang tu adalah emak aku yang tercinta iaitu puan Halimah. sayanggg mak.

Di permulaan time nak bakar (kayu kat tepi masih elok)

Buluh lemang emak aku dah suruh B.Ngah (bil) aku belikan. B.Ngah aku memang beli special buluh for lemang datang dari melaka tu. Coz they all duk Krubong so beli jelah kat tempat kengkawan dia tak silap aku. Daun pisang emak aku order je dari jiran. Stail emak aku bebuluh tu kena dibasuh dulu coz tak naklah ade sesuatu pulak nanti kat dalam buluh tukan. Akulah si tukang basuh buluh tu. Dah basuh bersih barulah dimasukkan daun pisangnya. Pepagi sebelum bakar barulah masukkan pulut. pulut tu pun kenalah basuh dulu dah basuh bersih barulah masukkan dalam buluh then dah ready semua iaitu setiap buluh dah siap diisi. Barulah masukkan santan pulak. Kemudian sedia untuk dibakar.

Setelah  lebih kurang sejam 
Penjaga lemang yang berdedikasi  ngeh..ngeh..ngeh...
Part membakar nih! yang susah sikit coz panas duk kat bahang api. Tempat membakar tu kerja B.Ngah aku lerkan yang sediakan. Kayu untuk bakar tu kebetulanlah pulak kayu rambutan huh! dasat dia punya bahang panas. Bara aje dah cukup panas. Huh! tu bara kayu rambutan if api neraka tak taulah macam mana. Insaf sekejap. Then lelemang kenalah selalu dihentak-hentak dan ditukar-tukar positionnya if not takut hangus dan tak masak dengan elok. 

Alhamdulillah setelah lebih kurang satu jam lebih dekat dua jam jugak kot maka lemang tu pun masak dah! Errmmmm best..best..best...lemamg mak aku masak superb dan sedap sangat dan tentulah ade rendang juga.

Tak sah ler...kalau lemang takde rendangkan????

Ni ler....  rendang daging yang dah! siap dimasak

Ketam, ketam, ketam dan ketam lagi

Ketam, ketam, ketam dan ketam lagi

Sebelum ni.. aku pernah citer anak-anak aku suka sangat makan ketam. Tak silap aku baru je lagi makan keketam ni..dah Ahad lepas babah they all beli lagi ketam. If they all ikut babahnya gi pasar kalau nampak keketam sure suh beli. Grrrrrrr...geram je nak membersihkan keketam nih! 


Tapi mujur this time keketam ni memang dah potong tahap senang nak dibersihkan. Maybe babahnya dah bagitau kat penjual suh potong cun habis. Risau ler...tu nanti aku membebel. Menu of the day simple je cepat dimasak sedap dimakan. Sup ketam, ikan goreng sambal & sayur kacang buncis. Tapi kenapalah hubby aku pilih kacang buncis ni namapak sangat tak tau pilih kacang. Eh! ada satu lagi my favourite sambal tempoyak mentah errmmmm.... yummy.


Menu Ahad yang simple



Selamat Pengantin Baru to my cousin

Selamat Pengantin Baru to my cousin

Selamat Pengantin Baru to my cousin 

Last weekend aku gi weeding cousin aku ni kat MPS Hall. Masa kenduri nikah kat rumah dia tu aku tak gi. Ada komitmen lain sorry dear cousin anyway we all tetap gi masa reception. Ini cousin aku sebelah arwah Abah. Makna kata Abah they all tu bapa sedara aku aka Pak Busu. Rupa Pak Busu iras sangat dengan arwah Abah aku bila tengok Pak Busu teringat Abah sob..sob..sob...huuhuuuu touching la pulak. Al-fatihah kepada arwah (Azalli bin Gayah) semoga damai di alam sana.


My cousin yang perempuan Noor Hayati
Reception they all ni sharing basis side perempuan and side lelaki invite tetamu dari pihak masing-masing. Meja untuk tetamu perempuan sebelah kiri dewan dan untuk tetamu lelaki sebelah kanan. Anyway kat meja siap tulis tetamu perempuan begitulah the otherside juger...

On the way. peace yo!



My Bil, Aryssa & Along




Emak aku datang dari kampung dengan family K.Angah aku adik aku pun sama. Memula aku ingat K.Angah aku tu tak dapat datang mujur jadi coz kalau tak aku kenalah balik kg amik Emak & Adik aku. Yelah kalau tak mak aku nak datang naik apa. They all sampai lebih awal dari we all dalam 12.30pm ngeh!ngeh!ngeh! yg dok kg pulak sampai dulu dari yang dok Seremban.

Al-maklumlah hubby aku bawa Along & Adik gi gunting rambut dulu pagi tu thats whyler... lambat. Aryssa & aku dah menyiapkan diri sejak pukul 12.00 lagi. We all dalam 12.40pm baru gerak dari rumah dekat-dekat 1.00pm sampai. Sesampai jer... surelah disambut oleh Pak Busu & Mak Busu kat depan entrance dewan tu. Then cousin aku Fandi aka Along abang pengantin tunjukkan meja emak & K.angah aku duduk. 

My younger sister & Niece

Baju Merah my K.Ngah

My mother tengah tepung tawar

Pak Busu & My mother  touching la pulak 

Souvenir
Pemanis mulutnya yang special of cozlah cendol. Ha...tau kenapa. Pak Busu aku ni adalah salah seorang orang kuat Cendol Songkok Tinggi jangan tak tau.

MRS.A my blog my stori ©