July 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: July 2015
1, 2 dan 3 Syawal 1436H

1, 2 dan 3 Syawal 1436H

Mesti banyak blog yang bercerita kisah beraya they all kansss... salah seorangnya Mrs. A lettew.... ngeh!ngeh!ngeh!. Ialah blog ni bukankah umpama diary so setiap apa yang kita buat tiada salahnya untuk di rekodkan sebagai ingatan dan kenangan di masa hadapan. Oklah terpanjang pulak intro. Jom terus ke kisah berhari raya pada 1,2, 3 Syawal 1436H.

Seperti tahun-tahun sebelum ini malam raya dan pagi hari raya adalah di kampung Mrs. A yeaa.... sila senyum lebar ngeh!ngeh!ngeh! Tapi spoil kids semua moody tak mau bergambar adik-beradik Mrs. A pula yang rajin dan director bergambar pulak tiada. So takdelah gegambar family.

Along tak nak!! Tak nak sudah biar babah dengan ibu jer...

Selepas selesai sembahyang raya dan menikmati juadah di pagi raya Mrs. A sekeluarga pun geraklah ke rumah my parents in-law pula. Tak lupa juga bawa sedikit buah tangan dari sini untuk di sana. Sampai di Jiboi pulak makan lagi juadah raya kiranya beraya ala-ala tetamu jauh gitu. Time ni family Along (b.i.l) dah gerak ke Serting yang masih ada lagi  family Alang (b.i.l) & Sil itupun dah bersiap-siap nak gerak ke destinasi masing-masing huhuuuu semua dah lepas dan letih bergambar katanya.

Jiboi: Peace ya!! Sha dah tak rajuk lagiks!

Selepas lepak-lepak di Jiboi sebelah petang we all beraya di rumah bapa sedara Mr. A di TTJ tu jer... satu-satunya rumah yang we all berhari raya pada 1 Syawal tak macam tahun lepas semua rumah bapa/ibu sedara we all terjah. Kemudian as usual ho!ho! ho! balik kampung. Balik semula ke kampung Mrs. A. Itulah keistimewaannya kalau dekat aje tapi dekat-dekat pun tol RM2.80 uolsss...

Pada hari raya kedua iaitu 2 Syawal 1436H kak Ngah Mrs. A telah plan nak gi beraya ke rumah bapa/mak sedara di Jelai 1 dan Palong 7.

Di Jelai 1 ini rumah arwah bapa saudara Mrs. A yang meninggal tak berapa lama dulu tu isteri dan anak-anak dia masih ada untuk di ziarah sambil merapatkan silaturrahim kiranya Mrs. A dengan anak-anak dia cousins.

lunch yang sedap sangat

Aryssa, niece, cousin Mrs. A yang sulung & Along

Cousins sister
Selepas tu pergi ke rumah bapa saudara Mrs. A yang seorang lagi tak jauh pun dari rumah arwah ni. Tapi kat situ tak bergambar pun. Terlupa da... syok sangat up-date story. Sebelum gerak kek Palong 7 we all singgah sebentar di tanah perkuburan sajalah ziarah kubur bapa saudara tu ntah bila lagilah we all akan sampai ke Jelai 1 nih!

Di Palong 7 ini juga adalah rumah arwah bapa saudara Mrs. A yang dah meninggal lama dah! tak ingat dah berapa tahun puluhan ke belasan tahun. Ex-wife dia pun dah berkahwin lain tapi hubungan we all masih baik dan In Sha Allah akan selalu baik-baik sahaja. Senang cerita kesemua bapa saudara tu adalah adik-adik emak Mrs. A dua dah meninggal seorang masih ada.

Makan lagi uols!! Habih camno rezeki jangan ditolak ngeh!ngeh!ngeh!

Walaupun ada 4 orang cousin tapi Seorang jer.. ada time nih! lelain dengan urusan memasing
Itu jer... dua ketul gambar di berhari raya di Palong 7 yang Mrs. A rasa nak kongsi lelain tak perlulah kot. Pada 3 Syawal pulak tak pergi beraya kemana-mana pun tapi orang yang datang beraya.

Jom!!! kita bergambar. Unfortunatley picture dari phone Mrs. A ni tak cukup semua daaa...

Cousins Mrs. A yang sihat-sihat semuanya pandai ko buat lawak sis!

Yang berhari raya di rumah emak Mrs. A ni adalah anak-anak saudara dialah kan..kan..kan iaitu anak-anak arwah abang sulung dia. Cousins yang nih boleh dikatakan rapat maklumlah umur pun lebih kurang dan time kekecik dulu Mrs. A rajin lepak rumah arwah parents depa time tu kat Seremban.

Part hari raya yang Mrs. A paling suka adalah kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi sesama saudara-mara dan sahabat handai. Time inilah dapat berjumpa sambil kenal-mengenal semula mana yang dah lama tak jumpa dan ada jugak langsung tak pernah jumpa.

Semoga tradisi kunjung-mengunjung ini akan terus kekal sampai bila-bila kalau bukan untuk semua biarlah untuk we all. Ialah ada jugak yang Mrs. A perasan sesetengah orang pada masa kini dah tak amalkan lagi budaya kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi ini mereka ini lebih suka pergi bercuti dari duk letih melayan tetamu kaaaataaaaanya.

Wordless Wednesday #47

Wordless Wednesday #47



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015

Bismillahhirrahmannirrahim

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015


Salam ... Jemput semua join Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015.


Caranya mudah sahaja :

1. Masukkan BuatWanita.Blogspot.Com dalam bloglist korang.
2. Buat satu entri bertajuk Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015
3. Copy code Disini, klik New Post dan paste dalam ruangan HTML.

Semua yang join akan masuk bloglist secara bergilir-gilir dari julai hingga disember 2015. Klik Sini untuk Senarai Peserta dan Bloglist sepanjang bulan julai hingga disember 2015. Segmen tamat bila senarai bloglist julai hingga disember tahun ni penuh.

Jom semua kita join dan support segmen ni beramai-ramai. Thanks :)

Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung bila tengok iklan dia terus Mrs. A tergoda nak tengok citer dia. Wajib tengok nih! Aaron Aziz tu hero dia pastu heroin dia Siti Saleha kemudian ada Mia Sara dan pelakon Indon tapi tak kenal arr..Time iklan tuh! Mrs. A tengah sibuk buat benda lain dengar pun seimbas lalu aje. Dalam hati kononnya malam nanti aku nak orderlah kat Astro First. Biar kids tidur dulu hiks!

Pastu sebelah malam yang dah larut malam time bulan puasa pulak tu, lagi satu esok tu hari bekerja. Aaah!!! tak kira nak tengok jugak Cinta Paling Agung dengan excitednya tekan 480 tunggu loading tu pun terasa lama. Hah! dah ada di screen riang kemain tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! bila press OK tak boleh!!! uolss... muuaaahhhaaaahhaaaaaa.....!!!! padan muka ko Mrs. A belum time lagi ler... tapi Mrs. A tetap bersyukur coz hikmahnya tu terus masuk tidur esok kerja daaa...andai katalah boleh tengok mau terus sahur tak tidur dah pastu terus gi kerja kot.

Finally dapat jugak tengok time tu kat kampung semua orang dah tidur. Mrs. A pulak yang berjaga, coz tadi tidur awal sangat pastu terjaga pukul 3.00 pagi 3 Syawal terkebil-kebil tak tahu nak watpe terus teringat cerita Cinta Paling Agung yang ditunggu-tunggu.


google image
Excited sangat uols nak tengok lakonan terbaru Aaron Aziz. Amboi! di awal cerita aje dah ada adegan di atas katil auwww!!! malu mujur tengok sensorang. Citernya berkisar kisah rumah tangga iaitu Hairi (Aaron Aziz) dan Miza (Siti Saleha) dan cinta tiga segi. Seorang suami yang dah hilang rasa cinta terhadap isterinya. Bertahan cuma kerana anak dan rasa tanggungjawab. Lagipun si Hairi tu dah jatuh cinta dengan pompuan lain. Kononya pompuan tu bak bidadari yang mampu membimbing dia ke arah yang lebih baik dari dirinya yang sedia ada.

Miza isteri setia dan naif boleh tak sedar yang suami dia nih! dah jatuh cinta dengan pompuan lain namanya Dewi (pelakon Indonesia tak tahu nama sebenar). Huk! aloh kesian ko Miza tu pasal lain kali kena ambil tahu apa suami buat jangan percaya membuta tuli. Tapi yang bestnya Dewi yang Hairi jatuh cinta tu pulak dari family yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Kiranya mak pak Dewi ni orang alim gitu. Dewi pun sama baik jugak (baik kerrr?). Pada Mrs. A Dewi tu baik cool dan dengar kata mak pak dia. Hairi pun jujur dan ikhlas nak memperisterikan Dewi tu yang dia pi jumpa pak mak Dewi. Time jumpa nilah mak pak Dewi tu baru tahu yang Hairi ni rupanya dah beristeri. Pastu mak pak Dewi ni nasihatkan Hairi makan dalam punya nasihat sampai terkesan dan terfikir-fikir si Hairi tu dengan kekata mak pak Dewi tu. 

Dewi pulak lepas kena tampar dengan si Miza dan Miza ugut dia kalau dia sampai bercerai dengan Hairi "kaulah penyebabnya". Huhuhhuuhuuuu jiwa kacau jadinya si Dewi tu. Eh! cukuplah kot sampai sini. macam dramatik sangat Mrs. A buat sinopsisnya. Kalau nak tahu pi tengok sendiri ya...

Cerita dia biasa-biasa aje tak tahu kenapa tajuk dia cenggitu. Mungkin Mrs. A salah expectation kot pengarah maksudkan lain, Mrs. A harapkan lain. Ialah cinta paling agung tak semestinya sesama manusia. Terpulang pada individu itu sendiri nak mentafsirkan cinta paling agung untuk siapa dan kepada siapa. Tapikan dalam kisah Cinta Paling Agung tuh! tak seagung yang Mrs. A harapkan sedeh! uols....

Moral of the story tak yah nak set expectation tinggi menggunung sangat bila tak sampai tu pasal yang frust tertonggeng huhuuhuhuu.....


Wordless Wednesday #45

Wordless Wednesday #45

nasilemakparusambal

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin dari  Mrs. A sekeluarga.

Lorrr... Dah satu Syawal ghupernya huhuhu... Ada dua entry duk beku kat draft kisah berbuka puasa bersama gang sekolah satu dan Mrs. A family's satu. Gambar bawah ni berbuka puasa bersama gang sekolah di Dewan Perdana KRS, kat Bandar Warisan Puteri. Food dia best walaupun harga dia cuma RM30 dewasa dan RM17 kanak-kanak.

Gang sekolah rendah SDSBR three gojes mummy

Along, Adik & Aryssa

Taukeh piuk magic & Mrs. A serta family memasing satu table. Yang sorang lagi table lain.

Hari-hari terakhir Ramadhan iaitu last Friday Mrs. A family's sempat berbuka di Royale Bintang, Seremban.

Encik dah booking ya! Nama apa?
Amboi! Along dengan babahnya dah sama besar bak kata maklangnya.
Sha.. tengok ler...nih!

Food dia memang variety ada memacam segala dari yang western hinggalah yang eastern siapa yang pandai dan kuat makan memang berbaloi-baloi tapi yang macam Mrs. A ni rugi kot sikit jer.. Makan pastu dah stop.

Kemudian sebelum balik kampung time Saturday tu sempat Mrs. A tukar langsir dulu hiks!

Ibu!! Tengok sini ler....
Sambil pasang sambil we-fei
Bila la nak habis ni Aryssa asyik posing jer.. Kojerrr..

Dah-dah! Cukup tu cepat tolong pasang cangkuk ni. Tulah ibu orang dah tak pakai cangkuk lerr... Jawabnya.

Eh! Raya-raya ni ada ker... orang baca blog? Apa tema uols raya tahun ni? Oklah sekali lagi Mrs. A nak ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri 2015 serta maaf zahir dan batin. Bersederhanalah kita dalam segala hal kerana itulah yang terbaik. Dikesempatan ini juga Mrs.A nak minta maaf sekali lagi andai kata selama berblog ni tanpa sedar ada menyakitkan hati readers dan jugak mana tau ada entry poyo yang annoying harap maaf kosong-kosong ya... Seketul gambar di pagi raya 2015.


Ferfiling ayu gitew...


Periuk Magic Noxxa

Periuk Magic Noxxa

Periuk Magic Noxxa hah! apa tuh??? Ngeh!ngeh!ngeh! ianya adalah sejenis periuk elektrik kenapa panggil magic hurmmm mungkin sebab dia boleh memasak dalam waktu yang cepat kot. Oleh kerana kagum dengan magicnya tu Mrs. A pun telah tangkap satu uols... lagipun yang jualnya tu kawan Mrs. A boleh gaklah tolong bisnes kengkawan. Lagi satu yang best kawan Mrs. A ni sediakan khidmat nasihat selepas pembelian. Kiranya dia tak abaikan kita terkontang-kanting tak tahu camne nak guna. Bebila jer.. time kita nak masak tu leh calling-calling or whatsapp dia.

Al-kisahnya last Saturday Mrs. A telah mendapatkan khidmat demonstration periuk magic noxxa. Mrs. A salute betullah dengan kawan Mrs. A yang seorang ini aktif dan rajin betul dengan bisnes yang dibuatnya. Sebelah pagi dia ke Melaka, pastu sebelah petang datang rumah Mrs. A dan malam nanti we all nak gi berbuka. Actually we all memang dah lama tinggal kat Seremban nih! tapi baru tahun ini contact-contact setelah tertubuhnya group whatsapp ex-SDSBR.

Katanya senang bangat masak guna periuk magic nih! tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Amboi! kemain ko yea Ros promote sampai tergoda ai. Time nih! Ros buat demo cara-cara memasak kek marble guna periuk magic ni. Function dia ada memacam high pressure, steam, stir-fry, warm ada dua lagi tak ingat arrr... maklumlah dah tua banyak makan semut pun ya. ngeh!ngeh!ngeh!

periuk-noxxa
Consentrate habis faham kerrr... tu?

Setelah siap membaking adunan tu. Untuk marble kek ni kena choose function steam kemudian setkan time 25 minit. Time demo nih! Ros sediakan semua bahan-bahan untuk buat kek tu kiranya Mrs. A takyah risau pape, mixer pun dia bawa sekali pendek kata nothing to worry.

Tadaaa..

noxxa
Hasil setelah 25 minit

Hurrmmmm... cantikkan kek marble tu dan nampak yummy tapi tak boleh makan daa... kena tunggu berbuka puasa.

Kemudian last night Mrs. A pun try for the first time menggunakan periuk magic dan buat kek marble version Mrs. A. ngeh! ngeh! ngeh! al-maklumlah kat rumah Mrs. A nih! bukannya ada banyak flavor colour-colour. So Mrs. A pun guna jer..  apa yang ada iaitu milo. Lagipun tak plan nak buat tetiba jer... terrrr... rajin nak buat. Tadaaa....

periuk noxxa
Kek marble version Mrs. A

Aryssa, Adik dan Along excited sesangat tak sesabar nak merasanya pepanas lagiks tuh dah potong dan makan. Macam tak pernah makan kek lagaknya. Walaupun rupanya tak secantik kek marble kawan Mrs. A tu tapi rasanya alhamdulillah kids kata sedap ibu. Auwww... blushing tau. Sejak dapat periuk magic ni excited betul nak memasak dan mencuba segala macam resepi. Seronok guna periuk magic coz masa memasak jadi cepat. Kalu nak masak nasi 8 minit jer... choose high pressure. Macam-macam boleh masak.

periuk-magic
Ini dia resepi kek marble Ros kata dia tak reti masak pun boleh buat

Walaupun harga periuk magic ni agak mahal tapi takpelah banyak gunanya dan sangat  sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja coz masa memasak dapat dipendekkan. Tapi kalau malas masak tak guna jugak ngeh!ngeh!ngeh! lagi satu yang best kawan Mrs. A nih sediakan khidmat nasihat selepas beli dan jugak dapat buku resepi percuma. Okeh! bila dah ada periuk magik kenalah rajin-rajin memasak barulah berbaloi-baloi.

If ada readers yang berminat nak tau pasal periuk magic nih! boleh stalk FB page De Rossza Homemade @ Rossliza Razak. Dia bukan jual setakat Negeri Sembilan ajer.. luar Negeri Sembilan pun dia pergi contoh customer dia ada di Batu Pahat, Melaka, Shah Alam, Rawang dan lain-lain luar kawasan.




Bersahur pizza

Bersahur pizza

Bersahur pizza ker..??? Sekejap aje dah 24 Ramadhan In Sha Allah lagi 6 hari kita akan menyambut Syawal. Tak lama lagi berakhirlah rutin bangun di awal pagi yang seawal 4 pagi tuh! expecially buat para ibu Mrs. A yakin kebanyakkan isi rumah orang yang bangun terlebih dahulu adalah para ibu. Bapak-bapak dan anak-anak bangun kemudian kan..kan..kan...

Mrs. A selalunya memang adalah orang yang bangun dulu then kelentung-kelentang panaskan apa yang patut. Tetapi ada juga sekali dua yang kena masak almaklumlah lauk malam tadi kekadang habis licin. Ada juga bersahur pizza. Nasi pun sama, tapi nasi tu pada kebanyakkan harinya memang kena masak coz waktu berbuka biasanya portion yang tinggal memang tak cukup untuk portion di waktu sahur. Lagipun time sahur kalau makan nasi panas-panas barulah ada selera dan lebih ummphhnya.

Ada sekali sahur tu Mrs. A masak pizza. Pizza ni beli dari officemate yang tolong jualkan untuk kawan dia yang kerja Tesco katanya nak habiskan stok seketul 5 hengget jer... Rugi ooo tak beli.

Iniler pizzanya

Yang kelakarnya Mrs. A tak pernah masak gi pizza instant ni ikut jelah cecara kat kotak tu. Memula nak guna microwave tapi tukar fikiran la pulok di saat-saat akhir guna oven. Katanya panaskan oven hingga suhu 220 darjah celcius pastu masak 8 hingga 10 minit. Sambil tu jejeling jam uiks dah pukul 4.50am sempat kerrr.. Ni..???

Babahnya dah settle makan nasi. Along & Aryssa dah bangun tapi duk tunggu pizza tu, dah ke belum, dah ke belum katanya. Nanti lerr cheese dia tak cair gi tulis kat kotak tunggu sampai cheese cair. Ialah ibu..... tapi ni dah lebih 10 minit kata Along. Betul gak tu pastu Mrs. A pun check tengok ya Allah Along! bawah dia dah hitam hangus. Huhuuhu.... tulah ibu nikan.... takpelah makan yang atas jer...

Hitam itu menawan
Nak tak nak Along & Aryssa makan jugak pizza tu tapi yang sebelah atas ajelah kesian.... tak  berbaloi katanya. Takpe nanti ibu masak yang lagi satu tu betul-betul ya tak mau jadi cenggitu lagiks.

Moral of the story jangan mencuba-cuba memasak sesuatu yang anda tidak pernah  masak di waktu sahur. Ngeh! Ngeh! Ngeh!...












Wordless Wednesday #44

Wordless Wednesday #44

Instagram Photo

Sakitnya tuh! di sini

Sakitnya tuh! di sini

Sepatutnya entry ini nak publish yesterday tapi tak sempat finishing huhuhuu... yesterday 06072015 Mrs. A tak pergi kerja dan dapat MC coz sakitnya tuh! di sini.

Amboi! ayat kemain lagiks sakitnya tuh! di sini.

Monday nite tu bandage sendiri sebab sakit sangat. Doktor tak bertauliah ngeh!ngeh!ngeh!

Actually dari Friday dah terasa sakit tapi buat tak tahu aje... time lunch hour yang panjang tu boleh lagi berjalan kaki ke Aeon S2 sesambil shopping raya ngeh!ngeh!ngeh!.. Saturday & Sunday sekejap okay, sekejap tak okay haish! pelik betullah kaki Mrs. A tuh! pastu mengenangakan esoknya tu nak kerja Mrs. A pun urutlah sendiri letak minyak bagai ingatkan bertambah elok rupanya bertambah sakit dedenyut bagai pastu nak jalan pun susah solat pun tak berapa nak sempurna.

Finally on Monday morning tu amik keputusan tak yah gi kerjalah muaaahaahaahaaa nak gi klinik. Huhuuuuhuu... gi klinik huk aloh ramai orang hurmmm... bulan poser pun ramai uols!!. Bila doktor check katanya apa ntah in english susah nak sebut bila tengok muka Mrs. A blurr aje dia pun cakap senang kata "radang tendon" sambil tunjukkan kat tempat specifik saraf kaki yang dimaksudkan. Tak boleh urut ya kalau kita urut tendon lagi pressure. La patut arr... ai urut doktor. Next time kalau sakit cenggini jangan urut lagi.

Kenapa jadi camni doktor? Menurut doktor tak boleh nak jangka secara specifik ada kemungkinan banyak berjalan, banyak sangat berdiri dan jugak terlalu aktif. Iyalah kot Mrs. A banyak berdiri contoh bila iron baju diri lama gak tuh!

Sesambil tu nak share doa kat bawah ini. Kebetulan time Mrs. A tengah sakit kaki tu ada kawan share kat FB. Mrs. A pun baca doa tu disamping ikhtiarkan kita sendiri yang rasa. Wallahualam.

Doa ketika merasa sakit di bahagian tubuh

Alhamdulillah sekarang dah tak sakit sangat dan dah gi kerja pun. Terima kasih jugak kepada kengkawan yang mendoakan Mrs. A agar segera sembuh tu. Ya Allah sembuhkanlah aku seperti sediakala. Amin...


 Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Bismillahhirahmannirrahim

 Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015


Oleh kerana sis Fadzi Razak sendiri telah mengingatkan Mrs. A untuk menyertai GA beliau. Mrs. A dengan lajunya dan berbesar hatinya joint GA ini. 

GA ini adalah bersempena dengan usia Blog Fadzi Razak dah mencecah usia setahun lebih dan sempena jugak Blog Fadzi Razak bertukar domain dari www.fadzirazak.blogspot.com kepada www.fadzirazak.com.

Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Hadiah-hadiah:

1. 1 x Cathy Choo shower gel ml (Mama Darwiish)
2. 2 x Top Up RM10 (Rafzan Tomomi)
3. Buku Nota Harian (Amanda Suria)
4. Cash RM10 (Azlinda Alin)
5. Sehelai Jacket Denim (Fara Hanim)
6. 2 x tapak iklan free selama sebulan (Syira Lokman)
7. Sehelai Shawl (Kathy Aiman)
8. Topup RM10 (Inani Hazwani)
9. Pakaian (Ayuni Rafilah)
10. Tapak iklan dan banner percuma selama sebulan (Fadzi Razak) 

Total pemenang yang bertuah = 12 orang

Syarat-syarat:

1. Giveaway ini akan berlangsung selama 3 minggu bermula 1 Julai 2015 hingga 22 Julai 2015.
2.  Giveaway ini terbuka kepada semua blogger yang tinggal di dalam Malaysia sahaja.
3. Para sponsor juga layak untuk menyertai giveaway ini.
4. Pemenang akan dipilih secara random menggunakan random.com.
5. Nama pemenang akan diumumkan pada 23 Julai 2015.   
6. Para pemenang perlu respon dalam masa seminggu (24 Julai 2015 hingga 30 Julai 2015)
7. Hadiah-hadiah akan mula dihantar/diberi pada 31 Julai 2015

Okay! hadiah-hadiah dah tahu pastu syarat-syarat pun dah tahu. Jika ada readers yang berminat untuk sertai GA ni sila klik sini untuk tahu detail CARA-CARA UNTUK SERTAI.

Nak menang hadiah lepas Hari Raya? Ini peluang korang. Jom ramai-ramai sertai Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015.



Koko

Koko

Ingat tak post Mrs. A pasal Koko yang sakit tu. klik sini. Pastu ada readers yang bertanyakan bagaimana Koko sekarang?

Alhamdulillah Koko dan kembali sihat seperti biasa. Ini gambar dia yang Mrs. a snap sebaik aje dia dah sihat dan cergas lincah seperti biasa.

Saya dah sihat. Tapikan saya tak suker... tau kena injection tu sakit tengkuk gugur bulu kat tengkuk

Saya suker la duk dalam benda bulat ni. Tapi Mrs. A tu pulak marah!

Benda bulat yang Koko suka lepak kat dalam tu adalah kopiah babah. Tengokler...perangai dia bila dah sihat. Camna Mrs. A tak marahkan dia suka lepak kat atas meja tempat kat mana kopiah tu berada. Itu mujurlah babah tak tahu ngeh!ngeh!ngeh!.

Sekarang ni Koko dan Lilo dah tak duduk dalam sangkar lagi dia dah lepas bebas. Tengok tu siap lepak atas katil.

Orang sibuk nak kemas katil, dua ekor ni pun menyibukkan diri enter frame


Wordless Wednesday #43

Wordless Wednesday #43

The Royale Bintang Resort & Spa Seremban

MRS.A my blog my stori ©