February 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: February 2016
Pertandingan Karaoke Tertutup SAINS 2016

Pertandingan Karaoke Tertutup SAINS 2016

As salam and greetings to dear readers.

Pertandingan karaoke tertutup SAINS 2016. Amboi! kemain lagi SAINS siap ada pertandingan karaoke apa ke halnya pulak tu sampai nak buat pertandingan. Actually tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih wakil SAINS ke Sukan Bekalan Air Semalaysia (SBAM). Sebelum ini Mrs. A dah pernah post berkenaan SBAM untuk netball di sini. Pertandingan karaoke ini telah diadakan Jumaat lepas, sebelum balik kerja tu sempat jugaklah Mrs. A melawat kawasan. 

Pentas di ruang legar simple aje.

Tidak ramai yang hadir mungkin disebabkan komitmen kerja



Bahagia mu derit ku tapi bukan Hafiz ngeh!ngeh!ngeh!. Tiga orang yang duduk tu juri pertandingan

Salah seorang peserta perempuan, best suara adik nih! nyanyi lagu Wan

Tak kenal pun cos ini orang Daerah tapi suara not bad

Apa yang Mrs. A dikhabarkan terdapat dua puluh orang peserta kesemuanya tetapi yang hendak dipilih hanyalah dua orang sahaja. Dalam pertandingan ini tempat pertama hingga kesepuluh ada hadiah disediakan. Unfortunately Mrs. A tak tengok kesemua pun itulah tiga empat orang yang sempat tengok tempat kedua tu si baju merah yang nyanyi lagu Hafiz (Bahagiamu Deritaku) hurm... memang best pun dia nyanyi. Tapi maknanya yang juara lagilah bestkan. Tetapi tak hairanlah SAINS dah sedia maklum coz yang juara itu memang otai pun.

The End.


Giveaway Header Blog, Logo atau Cover Photo FB oleh STANZAKU.COM

Giveaway Header Blog, Logo atau Cover Photo FB oleh STANZAKU.COM

Bismillahhirrahmannirrahim...

Giveaway Header Blog, Logo atau Cover Photo FB oleh STANZAKU.COM

KLIK

Dah berkira-kira nak join GA ini sejak dari awal terbaca post ini dikeluarkan, tetapi Mrs. A pilih hari Jumaat jugak baru nak join. In Sha Allah mana tau ada rezeki menang sempena hari Jumaat yang barakah ini, yang penting usaha. Kepada readers yang terbaca GA ini dan berminat untuk join sama silalah klik banner di atas ya. Syarat-syaratnya sangat mudah itu antara sebab utama kenapa Mrs. A nak join tu. Jom...klik!
Wordless Wednesday #69 : DUKE

Wordless Wednesday #69 : DUKE

Musim Netball

Musim Netball


Readers yang kalau teringin nak tahu cerita netball  Mrs. A dulu-dulu sila arrr... klik post label netball ya.

Memula sikit jer mukanya

Tetiba banyak pulak muka-muka mama vogue tu

Seakan bermusimlah pulak netball ni ya.... Bila ofis sibuk bernetball tetiba pulak Ex-Stad pun calling-calling ajak bernetball. Mrs. A okay jer...

Last Sarturday bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi, Ex-Stad telah mengadakan friendly match bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Muahhaaaaa... takde training pastu ada yang dah dekat dua tahun stop tetiba aje friendly match. Mujur jugaklah Mrs. A dah start seminggu awal bersama gang ofis kekdahnya Mrs. A okay jer...

Kenapa MPKJ??? Actually salah seorang gang netball Ex-Stad tu bekerja dengan MPKJ pada tahun ini, dia telah ditugaskan menguruskan team netball MPKJ. Oleh sebab itulah dia dengan rajin dan efisiennya minta gang netball Ex-Stad turun padang sesambil tu dapatlah bertemu mesra dan beriadah menyihatkan badan sesambil merapatkan ukhwah dan silaturrahim.


Bergambar sebelum berlawan yang duduk tu MPKJ

Kalah menang adat pertandingan,  gaya harus ada kata depa

Yang berdiri tengah-tengah tu adik Ex-Stad dan juga adik SAINS we both diam-diam sudah tak cerita-ceriti pun dengan gang Ex-STAD yang we all juga adalah rakan sekerja. Finally ada yang perasan bila tengok gambar kat Instagram/FB ngeh!ngeh!ngeh!

Most of Ex-Stad tu orang yang sama juga seperti dua tahun yang lalu tetapi ada dua orang muka baru dapatlah Mrs. A kenal-kenal gang baru.


Peace yo!! hola habis sudah

Amboi! riang-rianya masing-masing hah!

Sementara orang lain sibuk bergambar. Handbag bertanya Ibu.... menang ke kalah?

GD pink tuler.. EX-Stad di MPKJ, cis ko pembelot ya...!!!

Alhamdulillah friendly match berakhir dengan jayanya. Player pun semua riang-ria dan takde sesiapa yang injured. In Sha Allah lepas nih! MPKJ kata nak freindly dengan SAINS pulak. Semoga dipermudahkan.

Akhir kata jom riadah bagus untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal.



Wordless Wednesday #68 : RETIRE

Wordless Wednesday #68 : RETIRE

Wordless Wednesday #68 : RETIRE

Oleh kerana hari ini hari tanpa perkataan. Tanpa berlengah lagi jom.... 

kita layan gambar.

Ini Mrs. A yang punya

Yang diraikan tersenyum lebar

Potong pulut kuning dengan pisau sebenar ngeh!ngeh!ngeh!

Aittt...!!??? thorn among the roses

Ooooppsss maaf. Nampakah apa yang Mrs. A nampak?

Managements postpone meeting, cos meeting kat sini daaa...

Kapten!! cepat sikit kata yang belakang tu.

Hari ini bersamaan 17 Februari 2016. Selamat bersara dan juga happy birthday buat officemate Mrs. A yang mesra disapa Haji itu. Semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa mekar dan harum walaupun jasad sudah tiada di SAINS.


#2 GiveAway by My New Blogger

#2 GiveAway by My New Blogger

Bismillahhirrahmannirrahim...

#2 GiveAway by My New Blogger


 KLIK
KLIK

Jom... join GA ini disamping kita support rakan blogger. Syarat-syaratnya mudah tetapi hadiahnya BEST. Berminat nak join sila klik banner di atas.

Tempoh Penyertaan: 11.02.2016 - 18.02.2016



Johan Tomyam & Western Food

Johan Tomyam & Western Food

Dinner di Johan Tomyam & Western Food, Paroi Seremban Negeri Sembilan. Kejadiannya adalah minggu lepas. Walaupun Johan Tomyam ini dekat aje dengan rumah Mrs. A tapi ini adalah pertama kali Mrs. A makan kat sini. Selalunya Mrs. A sekeluarga suka dinner kat satu restoran ini. Tetapi oleh kerana time tu full house kekdahnya Mr. A telah bertukar selera ke sini.

Actually ada beberapa buah restoren di Seremban yang namanya Johan Tomyam tapi tidaklah Mrs. A ketahui adakah pemilik yang sama atau orang yang berlainan. Yang Mrs. A makan ini adalah dalam kawasan Paroi.




Menu family set pun ada sesuai untuk family macam Mrs. A tapi tak order set ni pun

Sementara tunggu order sampai kita bergambar dulu. Huh! Babah tak nak sudah biar ibu jer...

Ooopsss!!! dah licin sorry tak sempat nak snap gambar siakap steam limau

 Aryssa & Along pulak bu... Abaikan Adik tu diakan ala- ala Rashid ngeh! ngeh! ngeh!


Alhamdulillah jumpa satu lagi tempat makan yang berjaya menarik hati Mrs. A untuk datang lagi. Foods yang we all order semuanya sedap menepati citarasa. Servis yang cepat ini memang Mrs. A puji cos ingatkan ramai orang foods akan dapat lambat ternyata sangkaan itu meleset.

Okay kalau teringin nak makan sini boleh search FB page Johan Tomyam & Western Food, Paroi, Seremban Negeri Sembilan.

Salam Jumaat : Perasan Tak?

Salam Jumaat : Perasan Tak?


Bila sakit,
Allah Tarik 
Keceriaan Di Wajah,
Selera Makan,
Dan Dosa Kita.

Bila sihat,
Allah Pulangkan 
Keceriaan Di Wajah,
Selera Makan,
TAPI Bukan Dosa Kita.


Credit to FB Pages DUKE
Happy Birthday To Akmal Daniel

Happy Birthday To Akmal Daniel

Happy Birthday to Akmal Daniel yang ke 3 tahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibubapa serta keluarga.

Eh! mana satu Akmal Daniel ni?

Si kecik yang tengah-tengah tu la Akmal Daniel a.k.a Aboy

Baju hijau tu Abob dia pun join sekali coz birthday dia hari esoknya. Lagi seorang tu abang kepada Akmal Daniel, dia kena ada situ request by si kecik tu. Actually Majlis ni minggu lepas diadakan di Jiboi rumah parents in-law Mrs. A. Biasalah di samping celebrate birthday dapat jugaklah berkumpul sesama adik-beradik, bebiras, anak-anak sedara dan the cucu-cicit.

Organizer majlis ni tak lain tak bukan Mr. A only sister a.k.a my s.i.l and her beloved husband. Akmal Daniel tu adalah anak tiri s.i.l kira our nephewlah. Bermula tahun 2016 anak-anak tiri s.i.l dah tinggal dengan family side Mr. A, makna kata daddy dia yang jaga. Memula dulu they both tinggal dengan mama depa tetapi setelah kata sepakat dicapai adalah lebih elok mereka tinggal bersama daddy dan mummynya (s.i.l).

Sebelum cut the cake kita bagi Atuk bacakan doa dulu

Nak enterframe jugak... baby Annur Husna  asyiklah tidur aje nak main-main dengan dia pun tak dapat. Tak kira tidur pun nak wefei jugak.

Oit bangun arr... ibu nak balik dah ni

Wordless Wednessday #67

Wordless Wednessday #67

Koko!!! nape kau tidur sini??? Alahai sejuk ler...
Bilik Along & Adik berkongsi bilik air dengan Mrs. A kekdahnya dari bilik depa ada pintu ke bilik air dan boleh tembus ke bilik Mrs. A. Koko ni memang pandai buka pintu bilik air ini kalau kita rapatkan aje. Malam tadi dari bilik Mrs. A dia berjaya buka pintu bilik air kononya nak masuk ke bilik Along & Adik seperti yang selalu dia buat. 

Tetapi oleh kerana Along & Adik takde (tinggal kat kampung sempena cuti CNY) Mrs. A tak bagi dia masuk dan lock pintu tu kekdahnya dia tak dapatlah nak buka. Mrs. A ingatkan dia keluar tapi setelah beberapa ketika bila Mrs. A masuk semula ke bilik air nampak Koko tengah tidur depan pintu yang dia tak berjaya buka tu. Touching sangat tengok Koko time nih! sejuk-sejuk tu jadi jugak dia tidur situ. Alahai!! Koko macam tu sekali dia tunjuk perasaan tanda protest kot tak dapat masuk.


Netball Datang Lagi

Netball Datang Lagi

As salam and greetings to dear readers.

Yeah! netball kembali lagi. Kepada readers yang dah lama baca blog Mrs. A mesti dah tahu yang Mrs. A ni suka sangat main netball. Kiranya netball is my passion. Amboi! kemain lagiks! kalau passion sangat apa kes bermusim jer... bernetballnya. Abeh! camno nak main netball tu kena la berkawan-kawan dah kawan-kawan tu pulak sekejap rajin sekejap tak rajin hurrrmmmm.....bermusim pun jadilah.

Sekarang ini musim untuk bermain netball telah terbuka kali ini bersama kawan-kawan office. Kenapa kawan-kawan office tetiba ramailah pula nak main netball tu??? Hah! nak tau kenapa? Eh! jap belanja gambar dulu.

Harus!!! bergambar ! 1st day selepas habis training 

Gara-gara Mini Karnival Sukan Bekalan Air Semalaysia 2016 yang akan diadakan di Perak pada 7 hingga 9 Mei 2016 nanti, maka sebab itulah kot ramai berminat nak join netball. Sebab sebelum ini memang payah nak diajak turun padang sekadar suka-suka beriadah nih! Kalau ada pun Mrs. A dan dua tiga kerat lagi semedanglah tak cukup players habih camno nak bernetball cenggitu. Tapi bila diwar-warkan selection untuk wakil syarikat tak sangka pulak cempedak jadi nangka.

Mini Karnival Sukan Bekalan Air Se-Malaysia ini bukanlah sesuatu yang baru ianya memang telah lama ada sejak beberapa tahun sebelum ini Karnival ini diadakan dua tahun sekali anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) & Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah Se-Malaysia (JTJAD). Tahun sebelum ini agensi penganjurnya adalah Syarikat Bekalan Air Melaka (SMAB) pada tahun ini pula Lembaga Air Perak telah menawarkan diri sebagai agensi penganjur. 

Objektif karnival ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan satu aktiviti rekreasi dan riadah disamping satu platform merapatkan hubungan sesama agensi Bekalan Air Se-Malaysia khususnya melalui penglibatan aktiviti sukan. Agensi-agensi Bekalan Air Se-Malaysia adalah dijemput untuk menyertai karnival ini. Salah satu agensi yang dijemput itu tak lain tak bukan mestilah syarikat air tempat Mrs. A kerja. 

Di antara jenis-jenis sukan yang dipertandingkan adalah Futsal, Damak, Ping Pong, Badminton, Tenpin Bowling dan semestinyalah Bola Jaring. Selain daripada itu ada jugak Golf  unutk top management dan Karaoke antara agensi.

Okay!!! jom kita layan gambar training lagi

Berdiri no 2 dari kanan adalah coach netball yang syarikat hired.
Don't play-play hah! 


Cer cari mana satu Mrs. A?

Tetiga gambar atas tu 1st day training punya gambar ambil dari group WA netball. Kredit to Pae and AN for the beautiful pictures. 

Tadaaa... ini 2nd day training punya gambar. Kredit to team manager for this pictures.

Eh! mana bola mana bola?

Kau mari sini cuba buat lagi sekali kata coach. Huhuuuu takuttt...

Dalam bulan Februari training akan diadakan dua kali seminggu. Selepas itu pemain-pemain yang terpilih mewakili syarikat akan trainig dengan lebih kerap lagi. Dear readers doakanlah Mrs. A terpilih ya... Mrs. A teringinlah jugak nak ke Perak.

Okay! that all. In Sha Allah lepas ini akan up-date lagi cerita netball. Akhir kata majulah sukan untuk negara.
Tips Beli Handbags Sale

Tips Beli Handbags Sale

As salam and greetings to dear readers.

Tips beli handbags sale. Hurrrmm... tajuk aje dah tahu post ini special ditujukan buat orang perempuan yeke??? Oh! tidak semestinyalah lelaki pun boleh terutama encik suami tu ya! Kalau nak membeli handbags sale meh baca sama-sama.

Kaum-kaum ibu, gadis remaja, wanita berkerjaya senang kata sesiapa sahaja yang bernama perempuan pasti cukup menyukai handbag. Malah orang perempuan ni memang dah anggap handbag ini sebagai antara aksesori yang sangat penting. 

Terutamanya bagi wanita moden dan berkerjaya, handbag bukan sekadar untuk dijadikan aksesori yang dibawa ke mana-mana sahaja malah apa yang lebih penting ialah ianya digunakan untuk meletakkan pelbagai barangan keperluan seperti kunci kereta, kunci rumah, purse, cermin mata, perfume dan bermacam-macam lagi. 


tips-beli-handbags
Mrs. A suka kalau handbag jenis ini boleh sling dan jugak pegang ala-ala mak datin.
Size ini pun sesssssuai sangat banyak benda boleh letak
Mrs. A percaya orang perempuan ini bukan setakat ada satu handbag, dua pun jarang-jarang kot, biasanya memang ada banyak handbag biasalah perempuan punya style suka matchingkan colour baju dengan handbag tak pun dengan kasut, dengan tudung pun ia jugak. Itulah kadang-kadang pening jugak nak memilih handbag rambang mata dibuatnya. Okeh! takpe kalau cenggitu, jom kita lihat beberapa tips beli handbags sale yang anda harus tahu dan jenis-jenis beg yang anda perlu dapatkan. 


Handbags-sale
Think Big
Your ideal work bag might be larger than you expect it would. Find a style that can store your daily must-haves.
Hah! hitam itu menawan memang sesuai untuk bawak gi kerja nih! Lagipun colour hitam cenggini boleh match dengan semua colour baju, tudung dan juga kasut. Jalan selamat beli aje colour hitam.


mrsablogstori.blogspot.com
Shop during the right season.
The best time to scoop up a posh work bag might be during fall. The season offers a better selection of warmer, neutral tones which pair well with anything you wear year round.


tips-beli
Don’t neglect your personal style. 
Buy a bag that suits you rather than what is ‘in’ that season. Go and test a variety of different styles to know what actually works with your look.
top-handle-satchel
Top-handle Satchel.

Ha! yang ini sangat ladylike di antara kesemua bag ini. Lagipun bag ini versatile dan boleh sesuai digunapakai selalu bagi mereka yang malas nak tukar-tukar bag setiap hari contoh macam Mrs. A nih hiks!. Dari ofis terus nak gi event pun boleh senang kata dari siang ke malam pastu weekend semua boleh.


clutch
Clutch
Ada gak masa-masa kita tak perlu bawa segala macam dalam bag. Takdelah bag Doraemon sangat kannsss semua benda nak sumbat. Contoh time nak gi dinner kita hanya perlukan clutch sahaja. Macam yang kat atas ni simple but nice.


cross-body-bag
Cross-body Bag
Cross-body bag ini paling sesuai untuk ke mana sahaja senang tak payah pegang-pegang sling aje kat bahu selamat tak perlu risau tertinggal handbag la pulak. Perfect di mana sahaja berada dari siang hinggalah ke malam.

Okeh! semoga tips beli handbags sale ini sedikit sebanyak memberi idea kepada readers yang memang tengah survey-survey online tu ya! Beli online lebih mudah dan harga pun reasonable. Lagipun cepat aje dapatnya hari ini order besok dah sampai.




Wordless Wednesday #66

Wordless Wednesday #66

ilovenetball
Tak Malu... Makan Kat Rumah Orang

Tak Malu... Makan Kat Rumah Orang

Tak tahu la... nak buat macam mana dengan dia ni. Memang suka jer... masuk rumah Mrs. A pastu dengan muka tak malunya siap makan buat macam rumah sendiri.

Ha... inilah dia yang tak malu tu...

Alahai! Mrs. A nih itu pun nak berkira, anggap sedekah sudahlah

Seimbas pandang memang akan ingat itu si Tiga kucing Mrs. A yang sekor tu sebab bulu dia seakan-akan sama tapi bukan. Yang ini barulah Tiga.

Apasal kau lelap mata Tiga? Ouch!! flash tu lerr.. silau mata ai dibuatnya

Tak pastilah si sekor ini siapa yang empunya tapi memang menjadi extra task pada Mrs. A dan kids duk asyiklah nak keluarkan dia, sekejap keluarkan ikut pintu depan, sekejap kat pintu belakang tapi nanti dia muncul gak lagi. Takkanlah nak tutup aje pintu dan tingkap nanti apa kes pulak dengan kekucing Mrs. A yang nak keluar masuk tu.

Mrs. A dah suruh kids pergi investigation neighbour yang mana satu punya tapi sampai la nih masih tak ketahuan lagi. Aryssa kata itu neighbour sebelah aunty Ija punya, Adik pulak kata bukan. Cuma yang Mrs. A rasa yakin si tak malu makan rumah orang tu memang ada tuan dia, walaupun dia tak pakai collar tapi dia elok aje cantik bersih seperti bertuan. Tapi itulah kot perangai buruk dia suka pi merambu rumah orang dan buat macam rumah sendiri.

Moral of the story sila pastikan kekucing anda tak buat perangai cenggitu ya.



MRS.A my blog my stori ©