December 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: December 2018
Nukilan Akhir Tahun 2018

Nukilan Akhir Tahun 2018

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Nukilan Akhir Tahun 2018.

Nukilan Mrs. A
Nama kiter KUNING meoww!!! [gambar tidak berkaitan]
Nukilan Akhir Tahun 2018. 

1. Berhenti menilai dan menghukum orang lain tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Berani melepas kenangan yang pahit, tidak berdendam dan sakit hati.

3. Berhenti mengharap dan meminta tetapi mula memberi dengan ikhlas dalam kadar yang termampu.

4. Tersandung semalam adalah sebagai kenangan dan peringatan.

5. Kebangkitan hari ini adalah menuju kejayaan dan kebaikkan dalam impian.

6. Kita boleh bezakan "kehendak dan keperluan" lalu mengutamakan keperluan dari kehendak.

7. Berhenti meletakkan nilai pada kebendaan kita lebih menikmati rasa kopi dari menikmati cantiknya cawan.

Sesungguhnya hidayah milik Allah bukan kita. Jagalah ikatan ukhwah dengan penuh rasa cinta dan sayang. Walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itu sebahagian dakwah penuh hikmah.

Mrs. A tertarik dengan nukilan ni dapat dari kawan melalui WhatsApp. Terfikir pulak nak share kat blog Mrs. A my blog my stori.
Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember).

Mrs. A pun tak nak ketinggalan untuk turut serta dalam Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember). Walaupun segmen ini dah berlangsung hampir 2 minggu yang lalu tapi masih sempat lagi ni nak join cos tarikh tutupnya adalah sehingga 11.59 malam nanti.

Mrs. A join segmen bloglist
Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)
Syarat-syarat untuk turut serta Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember) ini pun mudah sahaja iaitu cuma perlu follow blog dan follow G+ penganjur blog.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember) sila klik banner di atas untuk ke blog penganjur.
Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri

Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri.

Cuti sekolah tinggal lebih kurang lima hari aje lagi. Mesti ramai ibubapa sekarang ni sedang sibuk membuat persiapan terakhir kembali ke sekolah anak-anak. Tak terkecuali jugalah Mrs. A ni. As usual Mrs. A dan Mr. A ni memang sejenis suka membeli-belah last minutes.  Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri. Mujurlah di Zulda Masri ni semua ada hew! hew! hew!

Tahun ni Aryssa pergi membeli keperluan sekolahnya dengan Mrs. A terlebih dahulu. Beli di Zulda Masri aje senang. Lagipun sekarang ini Zulda Masri tengah buat promosi kembali ke sekolah sehingga 31 Disember 2018. Sementara Adik dan Along pergi dengan Mr. A. Alhamdulillah Aryssa dan Along tak banyak permintaan pun mereka sekadar membeli apa yang perlu sahaja sebab baju-baju sekolah masing-masing masih elok dan muat lagi. Cuma Adik ajelah yang extra sedikit keperluan dia almaklumlah baru masuk form one so uniform memang semua kena beli yang baharu.

Zulda Masri
Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri
Dua tahun sebelum ini selalunya Mrs. A lebih suka membeli keperluan sekolah anak-anak time balik kampung di area Masjid Tanah ada satu kedai favourite tu tapi bila tengok harga dah lebih kurang sama jer... dengan Zulda Masri tu yang beralih arah tu. Lagipun Zulda Masri ni dekat sangat dengan area rumah bila-bila masa boleh singgah.

Kedai Zulda Masri ni terletak di area Ampangan sebaris dengan 7 Eleven iaitu di seberang jalan berhadapan dengan bangunan UTC Ampangan. Segala macam keperluan sekolah ada di Zulda Masri from head to toe. Baju-baju seragam pandu-puteri, pengakap, kadet polis, beg sekolah, kasut, tudung, stokin, alat tulis haish!! pendek kata macam-macam ada. Pergi aje kat Zulda Masri ni semua benda dapat dicari di bawah satu bumbung ha! gitewww....

Zulda-Masri
Aryssa semua dah dapat tu sedang cari kasut pulak ni
Keperluan sekolah Aryssa dah settle time pergi dengan Mrs. A tu. Adik juga dah settle Adik pergi dengan babah dia sebelah malam time cuti Christmas sebelum ni. Sementara Along malam tadi settle jugak membeli bersama babahnya.

Buku-buku tulis Aryssa dan Along Mr. A dah pergi settle last Wednesday. Time ni hari pertama Koperasi sekolah buka ramai sangat ibubapa membeli buku kata Mr. A beratur panjang. Itulah Mrs. A dah bagi tahu bawalah Aryssa dan Along sekali hurm... tak nak pulak. So bapaknya bertabahlah masuk barisan ya.

Zulda-Masri
Buku-buku tulis zaman sekarang color-colorful
Okay lega rasanya hampir kesemua checklist dah bertanda 'right' untuk keperluan anak-anak kembali sekolah. Cuma tinggal Adik sorang belum settle lagi buku-buku dia. Adik form one esok Sabtu 29.12.2018 adalah merupakan hari suaikenal dan pendaftarannya In Syaa Allah esok baru nak kasi settle.

Mrs.A percaya kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang bersekolah adalah  menjadi satu kelegaan dan kegembiraan apabila dapat memenuhi keperluan anak-anak. Begitu jugalah apa yang Mrs. A rasakan sekarang iaitu satu perasaan lega dan sangat bersyukur.


Jalan-Jalan di Kuching City.

Jalan-Jalan di Kuching City.

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan di Kuching City.

Hi dear readers! pernah tak uols berjalan-jalan ke area Sabah Sarawak? Belum? Eh! samalah Mrs. A pun belum ngeh! ngeh! ngeh! Agak-agak susah tak nak cari hotel kat sana? Tak pernah pergi lagi kan? Since kita sama-sama belum pernah pergi, this time Mrs. A gonna talk about a hotel in Kuching city, specifically Pullman Hotel. Ni pun cari-cari kat Internet and terjumpa hotel Pullman ni macam best je... 

Pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City
Lagipun hotel ni terletak di tengah-tengah bandar, so senang nak bergerak ke mana-mana kat Kuching City. Baca reviews semua macam best je Pullman hotel ni. Harga pun boleh dikatakan berpatutan dan mampu bayar. Lagipun Pullman ni brand hotel international gitewww... so worth the money.

Dari apa yang Mrs. A baca hotel Pullman Kuching ni dah lama jugak didirikan, tersergam indah kat tengah-tengah bandar Kuching, Sarawak. Hotel ni, kalau check kat website Traveloka, dia received rating 8.7/10, level impressive. Services provided by the staffs pun katanya sangat bagus. Bilik selesa walaupun hotel lama. Pullman Kuching ni ada sangat banyak pilihan bilik. Kira macam sampai tahap uols boleh customised nak bilik apa, katil apa, ada breakfast ke tidak dan lain-lain lagi. 
Jalan-jalan di Kuching City
Ha! berpinar jugak mata nak baca semua jenis bilik yang Pullman hotel ni ada. Kat Traveloka punya website je ada dekat 23 jenis bilik listed bawah Pullman Kuching. Kalau tengok harga dia, range dari RM273 untuk bilik Superior sampai lah RM868, ni dah level suites. Katil uols boleh pilih nak katil satu-satu ke or katil besar sebijik giteww.... Semua bilik ada mini-bar untuk uols simpan makanan ke, air ke, ada coffee/tea set and meja serta kerusi untuk apply make-up. TV pun ada, flat-screen lagi. Semua bilik ada internet and free wi-fi.

Selain dari bilik hotel yang pelbagai jenis dan pelbagai harga tu, Pullman Kuching ni ada swimming pool jugak. Haish! swimming pool semestinyalah wajib ada dalam list nak pilih hotel, tak giteww uols? Lagi-lagi kalau ada anak-anak yang hantu air kan? Mesti nak berendam, ermm.. orang dewasa pun apa kurangnya Mrs. A lettew... Bila panas sangat lepas enjoy Bandar Kuching tu, jom lah sama-sama berendam dalam pool dengan anak-anak kan? 
pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City 
Kat pool depa ni pun siap ada bar, boleh la nak minum macam-macam jenis juice dan lain-lain lagi. Selain tu, kat Pullman Kuching ni pun ada spa. Tukang urut dia, or masseurs, semua professionals. Relax-relax kat spa, berurut, buat facials dan lain-lain tu fuh! mesti best. Apatah lagi time bercuti ni, masa ni lah nak lepaskan dan hilangkan semua stress yang ada. Rehat puas-puas, selagi boleh enjoy, kita enjoy!!!. Kat spa ni, ada macam-macam jenis massages, boleh pilih. Siap ada bilik-bilik berbeza untuk sauna dan steam, dan jugak separated untuk laki-laki dan perempuan. Masseurs dia pun boleh request.
pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City
Buat uols yang suka fitness atau memang sejenis yang aktif, berlari atau bercardio tu, Pullman Kuching ni ada menyediakan fitness centre. Fitness Centre depa memang lengkap macam gyms yang uols selalu pergi. Nak barang cardio ada, free weights ada, treadmill ada, haish! macam-macam ada. Yang best pasal Fitness Centre ni adalah!.. open seawall 6a.m until 10p.m. Suka hati uols nak bersenam pagi-pagi sebelum berjalan atau pun sebelah malam sebelum tidur. Fuhh! best kan? 
Lagi satu Mrs. A nak bagi tahu ni. Percaya tak kalau Mrs. A kata hotel ni ada fitness class? Ala... yang macam kelas yoga, kelas menari semua tu? Perrrcayaaalahhh... [baca ikut lirik lagu Dato' CT hiks!] yang benarrr ni dong.. kat Pullman Kuching ni ada. Hotel lain ada tak? Fitness class ni diadakan setiap hari Selasa sampai hari Jumaat, dari jam 6p.m until 7p.m. Sejam setiap hari dan kelas beza-beza. Contoh macam, Selasa tu ada Cardio Dance, Rabu pulak ada Yoga Class. Hurmm... best kan?
Oppss!!! sebelum lupa, buat uols yang nak pergi ke Pullman Kuching ni senang je. Naik kereta tak samapi pun setengah jam dari airport Kuching. Kalau pilih naik teksi dari airport pun boleh. Location Pullman hotel dekat sangat dan terletak betul-betul di tengah bandar Kuching later nak jalan-jalan bandar Kuching pun senang. So tunggu apa lagi, jom book Hotel Pullman at Kuching City, sekarang!

Kredit photo to Google Image
Selamat Pengantin Baru 'Officemate'

Selamat Pengantin Baru 'Officemate'

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baru 'Officemate'

Selamat pengantin baru buat Shara dan Akmal. Ha... kalau readers nak tahu dedua ni officemate Mrs. A tau. Dedua sama tempat kerja dengan Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! Cumanya yang Shara sama 'Wing A' dengan Mrs. A sementara Akmal pula Wing satu lagi a.k.a 'Wing B'.

Nak dijadikan cerita parents Akmal ni ada kena-mengenalah pulok dengan m.i.l so time parents Akmal ni datang menjemput parents in-law Mrs. A terkeluarlah pula cerita tentang tempat kerja anak menantu masing-masing hah! ha haiii... Time tu jugak m.i.l telefon Mrs. A sambil tanya kenal tak Akmal tu. Mrs. A kata kenal-kenal cenggitu je, kalau selisih kat office senyum-senyum tak berborak  pun. Tapi kalau Shara tu kenalah dah dapat kad pun dari Shara tu mak mertua ku.  Hehehe...kisahnya pusing-pusing situ jugak kata m.i.l.

Walaupun Mrs. A personally dapat jemputan daripada Shara kendurinya hari Sabtu tapi we all pergi jemputan rumah Makcik Minah iaitu rumah Akmal yang hari Ahad tu. Hari Sabtu tak dapat datang cos Mrs. A balik kampung ambil Aryssa. Tak kisahlah yang mana satukan janji dapat memenuhi undangan.

Mrs. A sekeluarga datang lambat time we all sampai m.i.l dan konvoi adik-beradik Mr. A dah balik dah. Punyalah tak ingat nak snap-snap seketul gambar ni je yang ada macam Mrs. A datang sorang je kan ngeh! ngeh! ngeh!

selamat-pengantin-baru
Selamat Pengantin Baru 'Officemate' Akmal x Shara
Alhamdulillah sangat meriah dan rare majlis kenduri kahwin di rumah Makcik Minah ni semua tetamu makan berhidang di khemah yang luas dan panjang tak perlu beratur-atur nak ambil makanan. Food pun sedap air pun mewah. Terbaik!

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Shara dan Akmal. Mrs. A doakan semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah.

Okay itu sahaja nak share kisah Selamat Pengantin Baru 'Officemate'.
GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 By Lady In Red Planner

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 By Lady In Red Planner

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 BY LADY IN RED PLANNER

Sempena hari Jumaat penghulu segala hari ini Mrs. A dengan rasa senang hatinya ingin turut serta memeriahkan Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner.

Mula-mula haruslah kita tepek banner dulu.

Mrs. A join GA
GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 By Lady In Red Planner
Giveaway ini telah bermula pada 14 Disember 2018 dan akan tamat pada 23 Disember 2018.

Sebanyak 4 Mini Designer Perfume menanti para peserta bertuah dan jeng..jeng..jeng... terdapat juga satu hadiah misteri menanti seorang peserta bertuah.

Buat readers yang mahu turut serta juga sila klik banner di atas untuk ke blog penganjur bagi mengetahui syarat-syarat penuh penyertaan.

Mrs. A join GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 By Lady In Red Planner.
Outing Tengok Movie Aquaman

Outing Tengok Movie Aquaman

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Outing Tengok Movie Aquaman.

Last Saturday adalah merupakan hari menonton movie Aquaman. Cerita Aquaman tu tak lain dan tak bukan adalah pilihan si Adik. We all follow jer... cos tak tahu cerita apa nak tengok. Outing kali ini is without Aryssa cos Aryssa ada bersama neneknya. Aryssa time Mrs. A calling-calling tu dia on the way balik dari Melaka ke kampung dengan nenek dan family Makngah (kakak Mrs. A).

Dalam entry sebelum ini Mrs. A dah pernah mention yang emak Mrs. A akan menjalani prosedur masuk gel kat lutut. Alhamdulillah mak Mrs. A dah selamat menjalani prosedur tersebut last Friday di hospital Melaka. Semoga lutut mak dikurniakan kesembuhan dan boleh berjalan dengan steady.

Okay sambung semula cerita outing tengok movie Aquaman tu sebelum tu we all pergi lunch dulu. Dah keluarnya time lunch haruslah lunch dulu kan... Lunch di Seremban jer... tempat favorite Mr. A dan kids iaitu di Casa Lagenda Seremban 2.

outing
Hari ni mak gantung periuk nak! oiii!
Tempat pilihan nak tengok movie kali ini adalah di Midvalley Megamall. Mrs. A okay jer... dah orang nak bawak Mrs. A follow je.. Adik dengan Along pun tiada bantahan. Pada Saturday 15.12.2018 itu punyalah banyak showtime untuk Aquaman ni, we all pun macam tak kisah sangat banyak pilihan unfortunately tak jugak uols showtime 3.45, 4.30, 5.00 tu fully booked kalau ada pun seat tak menarik so we all chooselah showtime pukul 5.15 petang dapatlah seat dua row dari screen. Betterlah dari yang pukul 5.00 tu.

tiket-aquaman
Beli kat kiosk senang nanti nak masuk pun scan sendiri je jimat waktu berbaris
Sesiapa yang minat citer fantasi ataupun sains fiksyen Mrs.A syorkan untuk menonton citer ni. Walaupun pada mulanya Mrs. A macam tak beria nak tengok tapi bila dah tengok tu layan jugaklah  masa tayangan agak lama juga dua jam lebih gitewww...

Peminat DC komik mesti dah sedia maklum watak-watak superhero dalam series komik tukan. Kalau dalam movie Justice League terdapat ramai superhero dan salah seorangnya adalah Aquaman tapi dalam citer ni Aquaman solo. Walaupun dunia dah aman dalam Justice League tapi dalam Aquaman dunia bawah laut belum aman lagi masih terdapat perbalahan dan perebutan kuasa ha gitewwww...

Aquaman
Arthur bersama ayah dan ibu time dia kecik sebelum ibu dia kembali ke Atlantis
Google Image
Ceritanya bermula apabila Tom Curry terjumpa seorang perempuan yang terdampar cedera di tepi laut. Kemudian dia pun bawa ke rumah dan menyelamatkan perempuan tu. Perempuan tu perangai dia pelik sikit tak macam manusia biasa, sampaikan bila nampak ikan dalam aquarium pun dia makan, hot coffee pun dia jakun. Bila Tom curry tanya dia siapa? Perempuan tu cakap dia Queen of Atlantis. Hahaha... lawak sangat pada dia.

Walaupun jauh berbeza tapi they both jatuh cinta dan berkahwin itu yang dapat baby Arthur a.k.a Aquaman. Setelah beberapa lama Ratu Atlantis berjaya bersembunyi di dunia atas laut (daratan) akhirnya puak Atlantis telah berjaya menjejaki Ratu Atlantis dan mereka mahupun Ratu Atlantis pulang semula ke kota Atlantis untuk dikahwin juga sebagaimana perjanjian terdahulu.

Ratu Atlantis terpaksa mengalah dan mengikut demi keselamatan anak dan suaminya. As time goes by hiduplah Arthur bersama ayahnya di daratan walaupun begitu orang kanan Ratu Atlantis iaitu Vulko selalu melawat Arthur dan mengajar Arthur selok-belok kehidupan ibunya.

Adoiii... panjang pulak kalau nak reviews penuh ni. Dipendekkan cerita Arthur telah diminta oleh Vulko dan Mera (Mera ni tunang King Orm iaitu adik Arthur tapi ayah lain) untuk ke Atlantis untuk menghalang King Orm daripada menjadi Raja. King Orm merasakan dialah yang layak untuk menjadi King of the Ocean cos mak/pak dia keturunan raja tak macam Arthur tu half breed katanya. Walaupun pada mulanya Arthur tidak berminat tapi lama-kelamaan dia terjebak jugak dalam konflik perbalahan di Atlantis tu.

Kemudian bermulalah pengembaraan Arthur dan Mera dalam mencari Trisula yang dipercayai oleh penghuni lautan bahawa sesiapa yang berjaya menjumpai dan membawa pulang Trisula berkenaan maka dialah yang layak menjadi "King of the Ocean" yang sebenar.

Visual-visual kerajaan laut di dalam laut dan sinematografi dalam citer Aquaman ini memang sangat cantik dan menarik. Rugi kalau tak tengok. Scene humor dia pun menghiburkan. Kalau tak percaya pi la tengok sendiri Mrs. A yakin readers pasti suka.

Terdapat juga message yang ingin disampaikan dalam citer Aquaman ini iaitu bila mana penghuni lautan marah dan mengamuk habis segala sampah sarap dan kekotoran angkara manusia mereka buangkan dan muntahkan semula ke darat. Adoiii!!! bila difikir-fikirkan semula ada benarnya tu.

Thats all, kisah Outing Tengok Movie Aquaman.
Menang Giveaway YEASLMN Dapat Perfume

Menang Giveaway YEASLMN Dapat Perfume

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Menang Giveaway YEASLMN Dapat Perfume.

Alhamdulillah Mrs. A menang giveaway YEASLMN dan dapat hadiah perfume daripada MR Perfume iaitu salah seorang sponsor giveaway tersebut. Actually Mrs. A dapat parcel tu pada hari Jumaat tapi tak expected pun itu hadiah GA cos Mrs. A ingatkan itu barang yang Mrs. A beli daripada Lazada.

Bila sampai rumah buka pastu tengok benda lain memula macam nak marah hahahaha... ingatkan Lazada salah hantar barang tapi tetiba terlintas eh! macam familiar jer... Mr. Perfume ni oh! baru teringat hadiah GA kekdahnya. Terus senyum lebar sambil testing-testing sembur bau dia hurrmmm wangi alhamdulillah Mrs. A suka.

Perfume by MR PERFUME
Menang Giveaway YEASLMN Dapat Perfume daripada MR. PERFUME
Terima kasih blog owner YEASLMN kerana telah memilih Mrs. A pemenang No 1 [SINI] dan tahniah juga buat dua orang lagi pemenang GA tersebut.

Yeay!!!! Menang Giveaway YEASLMN Dapat Perfume.
Maklum Balas Ujian Saringan Talasemia

Maklum Balas Ujian Saringan Talasemia

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Maklum Balas Ujian Saringan Talasemia.

Maklum balas ujian saringan talasemia tersebut adalah surat yang ditujukan kepada Along iaitu anak Mrs. A yang sulung. Pada bulan Oktober yang lalu Along telah menjalani ujian saringan talasemia yang diadakan di sekolahnya. Actually bukanlah Along seorang sahaja menjalani ujian saringan  tersebut. Mrs. A difahamkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dikehendaki menjalani ujian saringan tersebut pada masa itu samada ianya dipilih secara randomly ataupun setiap pelajar perlu menjalaninya tidaklah pula Mrs. A ambil tahu. #aimantakkisah

Hasil daripada ujian saringan tersebut Along telah "Disyaki Pembawa Talasemia". Sewaktu membaca surat maklum balas tersebut Mr. A dan Mrs. A agak terkejut jugalah almaklumlah setakat yang we both aware tiada sejarah ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang menghidapi talasemia. Di dalam surat maklum balas itu menyatakan bahawa pihak Klinik Kesihatan Sikamat akan menghubungi ibubapa pelajar yang terlibat untuk keputusan ujian berkenaan. Ini kerana pihak yang bertanggungjawab di dalam ujian saringan yang telah dijalan adalah dari Klinik Kesihatan Sikamat "KKS".

ujian-saringan-talasemia
Maklum balas ujian saringan talasemia
Baru-baru ini kira-kira dua minggu yang lalu tak silap Mrs. A. Mrs. A telah dihubungi oleh pihak KKS supaya hadir pada 11.12.2018 untuk berjumpa dengan doktor bertugas bagi menerangkan hasil keputusan ujian saringan yang telah dijalankan.

Kekdahnya pada tarikh tersebut gigihlah we all tiga beranak ke KKS. Masing-masing curious nak tahu apakah keputusannya.

ujian-saringan-talasemia
Sila duduk anda akan dilayan sebentar lagi
Sewaktu menunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor tu, terserempak pulak dengan tiga empat orang rakan-rakan sekolah Along. Hahahaaaa... ada lagi yang lain rupanya kekdahnya Along bukanlah berseorangan yang disyaki pembawa talasemia tetapi berjemaah uols!

Tak lama kemudian sampailah giliran we all berjumpa dengan doktor bertugas. Menurut doktor NA  keputusan ujian saringan talasemia yang telah Along jalani adalah negatif dalam erti kata lain Along seorang yang normal tapi ujian tu pulak adalah untuk jenis talasemia beta. Ada lagi satu jenis talasemia iaitu talasemia alfa. Along sekali lagi diminta untuk ambil darah pada petang itu untuk tujuan saringan ujian talasemia alfa la pulok!. Darah Along akan dihantar ke HKL dan keputusan akan ambil masa lama sikit iaitu 3 ke 6 bulan ha gitewww.... apa-apalah doktor we all ikut jer... yang penting f.o.c ooopssss!!!

Menurut doktor NA pada masa ini KKM telah mula masuk ke sekolah-sekolah bagi tujuan ujian saringan talasemia. Malaysia dikatakan hendak mencontohi negara-negara maju yang bebas penyakit talasemia dikalangan para penduduknya. Pihak berkuasa kesihatan di Malaysia menganggarkan setiap seorang daripada 20 orang rakyat Malaysia adalah "pembawa talasemia".

Mereka yang "pembawa talasemia" itu kebanyakkannya tidak tahu pun yang mereka adalah pembawa kerana tiada sebarang simptom ataupun tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka itu adalah pembawa. Kalau nak tahu kena jalani ujianlah. Hurm... Mr. A dengan Mrs. A pun tak tahu dan tak pernah cek pun samada salah seorang daripada we all ni adalah pembawa.

Tambah doktor lagi di masa-masa akan datang mereka yang disahkan "pembawa talasemia" akan diberikan kad oleh KKM bagi menunjukkan yang mereka itu adalah sejenis "pembawa" a.k.a carrier talasemia. Adalah disarankan supaya pembawa dengan pembawa tidak digalakkan untuk berkahwin kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan menghidap penyakit talasemia alfa. Haish!!!! macam-macamlah manusia ni bila dah maju sangat kadang-kadang tindakan tak tercapai dek akal, ke Mrs. A yang berfikiran kolot. Mungkin sedikit hari lagi akan viral kisah cinta terhalang dek talasemia muahahahaaaaa.......

Pada pendapat Mrs. A  sebagai rakyat biasa yang bukan pakar perubatan ini macam tiada keperluan mendesak aje nak melakukan ujian saringan talasemia ni, lainlah kalau negara dah maju nanti. Banyak lagi benda lain yang lebih penting dan lebih perlu untuk dilakukan. Ialah sudah semestinya untuk menjalankan ujian tersebut memerlukan kos-kos tertentu bukan untuk seorang dua mungkin juga beribu-ribu bukan setakat di Seremban tapi di seluruh Malaysia ha! cer bayangkankan tu. Rasanya kos tu lebih baik digunakan untuk membeli ubat-ubatan dan berilah subsidi harga kepada kos ubat-ubatan yang semakin mahal sekarang ini. Itu sekadar pendapat Mrs. A sahaja yang pakar pula pasti ada pendapat masing-masing.

Apa yang Mrs. A faham tentang talasemia adalah kecelaruan sel-sel darah merah dan ianya adalah sejenis penyakit sepanjang hayat yang diwarisi. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca [SINI]
SUDAH 6 TAHUN

SUDAH 6 TAHUN

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

SUDAH 6 TAHUN.

Hari ini 11 Disember 2018 genaplah 6 tahun pemergian arwah Abah Mrs. A ke Rahmatullah. Arwah selalu di dalam ingatan dan sentiasa di dalam doa Mrs. A mahupun kami sekeluarga. Semoga arwah Abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman serta para syuhada disisi Allah S.W.T.

Al-Fatihah buat arwah Abah Hj Azalli bin Hj Juri.

Al-Fatihah

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYa jualah kita akan kembali.

Abah kami redho pergilah dulu, tunggulah kami di sana. In Sha Allah esok lusa kami pasti akan menyusul jua.

Sudah 6 tahun tapi terasa macam baru 6 hari.
Giliran Mrs. A

Giliran Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Giliran Mrs. A

Giliran Mrs. A apa tu? Hehehee.... 'giliran' itu adalah giliran Mrs. A pula hantar emak ke klinik. Actually we all adik-beradik akan take turn untuk hantar emak routine check-up ke klinik selalunya sebulan sekali. Kadang-kadang KakNgah Mrs. A yang hantar #selalunya (sebab dia surirumah) so tak perlu amik cuti kanns... Kadang-kadang Man b.i.l Mrs. A yang hantar dan ada masa tibalah turn Mrs. A pula yang hantar bila mana KakNgah dan Man tidak lapang pada tarikh tersebut. Cuma itulah sebab Mrs. A ini pekerja di SAINS so haruslah amik cuti gitewww.....

Last Thursday Mrs. A ambil annual leave khas untuk hantar emak Mrs. A gi klinik amik darah. Amik darah sikit jer... sebab last check-up bacaan gula emak tinggi (suspek diabetes) itu yang doktor suruh amik darah untuk monitor bacaan.  Actually appointment emak untuk amik darah adalah pada 14.12.2018 yang akan datang tapi telah diawalkan sebab pada tarikh 14.12.2018 itu emak akan ke Hospital Besar Melaka untuk prosedur masuk gel kat lutut dia. Okay itu nanti KakNgah yang akan uruskan alhamdulillah.

giliran-mrs.a
Dah ambil nombor giliran tunggu dipanggil 
Gigih tau pagi-pagi lepas subuh Thursday tu Mrs. A terus bersiap nak balik kampung mengalahkan macam nak pergi kerja. Malam tu emak dah calling-calling reminder "kena pagi-pagi ya jangan lelambat nanti Misi tu bising deh!" kata emak. "Iyalah mak nanti sebelum lalat bangun kakcik dah gerak dah hahahaa... oleh kerana Adik pun nak ikut balik kampung so malam tu jugak Mrs. A dah warning dia kena awal macam nak pergi sekolah kalau lambat ibu tinggal. Gigih Adik tu memang awal pagi tu dia dah siap dulu. Along yang tak bangun lagi dan tak tahu apa-apa tinggallah dia bersama babah. Lagipun Mrs. A sengaja tak nak bagi Along duduk kampung nanti dia suka melepak dengan kawan-kawan tak lekat kat rumah.

Time Mrs. A sampai kampung tu emak dan Aryssa dah get ready so masuk kereta then terus gerak aje ke tempat tujuan iaitu Klinik Kesihatan Linggi alhamdulillah sampai sebelum pukul 9.00 pagi. Tak lama pun masa menunggu untuk sampai turn emak sebab yang amik darahnya tak ramai. Tapi yang ramai tu adalah untuk bilik-bilik yang lain.

giliran-mrs.a
Giliran Mrs. A
Settle amik darah dan amik ubat Emak nak pergi Masjid Tanah pulak buat urusan bank la pulok! Baiklah ibu ku sayang supir sedia berkhidmat ngeh! ngeh! ngeh! Tapi sebelum tu kita breakfastlah dulu Mrs. A lanjer....

giliran-mrs.a
Sengaja Aryssa tu buat aksi hipster dia. Breakfast kat pekan Lubok China.
giliran-mrs.a
Okay! next destination kita wefie dulu
Alhamdulillah segala urusan emak pada hari itu settle dan dipermudahkan olehNYA. Sampai kampung semula lebih kurang pukul 1.30 petang cenggitu. Oleh kerana urusan settle awal dan bukan waktu lunch so takdelah we all lunch kat Restoren Omak Den, di Masjid Tanah tu. Perancangan awalnya nak lunch kat situ actually Adik yang beria tapi takpelah next time ya Adik. Lagipun Uwan Su dah masak lunch kari ayam da... so lunch aje kat rumah jimat pun jimat ha giteww...

As for Mrs. A petang tu dalam pukul 6.00 petang Mrs. A balik Seremban semula. Adik pulak join Aryssa tinggal kat kampung sehinggalah sekarang. Tinggallah Along di Seremban bersama ibuayahnya huhuhuhu....

Itu sahaja kisah Giliran Mrs. A menghantar emak routine check-up. Semoga emak dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja selalu. 
Adik

Adik

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Adik

Welcome December eh! dah 4 hari dah pun di bulan December 2018 baru Mrs. A perasan masih tiada posted di bulan December. Actually Mrs. A busy mengejar date line. Tapi syukur alhamdulillah dah settled pun kerja-kerja hakiki kalau ada pun Insya Allah esok dah boleh siap.

Nak balik sebenarnya ni tapi hujan tersangat lebat sedikit seriau nak drive takut tak nampak jalan. So adalah lebih baik kita lepak dulu tunggu hujan reda sambil tu up-date blog kesayangan ini walaupun sebenarnya tak tahu nak cerita apa ngeh! ngeh! ngeh!

Oh! ya result UPSR dah pun diketahui umum. Tahniah Mrs.A ucapkan buat anak-anak yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Buat yang tak berapa nak cemerlang tu its okay its alright perjalanan masih jauh masih ada banyak peluang lagi untuk memperbaikinya. Jadikan itu satu pengalaman dan pengajaran supaya berusaha dengan lebih gigih di masa-masa akan datang.

Buat Adik tahniah ibu ucapkan walaupun result Adik tak seperti yang dia harapkan namun terimalah seadanya. Setakat itu usahanya maka setakat itulah keputusannya.

Adik
Apa yang kau terkejut sangat tu Adik oiii!!!
Mrs. A okay jer... cuma Mr. A sedikit kuhciwa hahahaa... terbalikkan? Biasanya si ibu yang terlebih emosi tapi tang A family ni si bapak pulak yang terlebih emosi. Itulah Mr. A cakap dia tahu Adik mampu buat yang lebih baik dari itu tapi sebab main-main terlebih dapatlah keputusan yang kurang memberangsangkan itu. Takpelah Adik mujurlah Adik aktif sukan semoga itu sedikit sebanyak akan membantu Adik untuk ke sekolah yang bapaknya harapkan.

Okaylah hujan pun dah berhenti Mrs. A pun nak balik dah. Adik! jadilah anak soleh dan lebih matang di masa-masa akan datang.
MRS.A my blog my stori ©