Tayar Pancit - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Tayar Pancit

29 Disember 2020

Tayar Pancit

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Tayar Pancit. Malang tak berbau orang kata kentut aje berbau muahahhaaa... Seperti biasa lepas solat asar di surau office barulah Mrs. A gerak balik. Semalam cuaca redup dan tak panas sangat cause baru lepas hujan. Dengan riang rianya seorang Mrs. A menuju ke parking kereta. Tapi petang semalam ntah macam mana hati memang tergerak nak buat satu pusingan dulu ececewaahhh ikut nasihat pakar katanya sebelum memulakan perjalanan round dulu keliling kereta check apa yang patut. Walaupun kadang-kadang nasihat tu ke laut dalam jerrr...

Tayar pancit.

tayar pancit
Sekali tengok tayar belakang sebelah kiri kempisssss daaaaa... 😔😔😔

Adehh!!! tercangkung iols sambil merenung tayar tu. Ada pulak officemate lalu sambil tegur kenapa kak? Mrs. A kata, tayar pancit la pulak. "Alahai kesian akak, bebudak UKH pun tak balik lagi ha! (merujuk kepada staf lelaki dept dia) "Cer akak drive pepelahan gi Petronas pam". Huwaaaaa tak naklah jawab Mrs. A. Baik akak pergi Pusat Servis Tayar sebelah ni, agak-agak sempat tak ar? aaah yaaa la lagi elok, sempat kak! drive pepelahan katanya.

Lalu tinggallah Mrs. A keseorangan memikirkan masalah tayar pancit tu sadis dan sendu huhuhuu... Macam masalah dunia la pulak. Sambil tu calling-calling Mr. A sebelum tu dah whatsapp siap dengan gambar boleh pulak dia tanya kenapa apa masalah? Nampak sangat belum baca whatsapp sabar yolah. Tayar pancitlah! lar... tak tengok whatsapp lettewww, jawab Mrs. A. "Tayar mana?" kata dia. "Sebelah kiri belakang" jawab Mrs. A. "Oh! takpe drive slow-slow pergi pusat servis tayar sebelah office ibu tu, suruh tampal masuk cacing", katanya. "Boleh ke drive tu selamat tak" tanya Mrs. A biar confident sikit nak drive tu huhuhuu... "bolehla dekat je tu". Dah king kata cenggitu. Mrs. A pun malas nak fikir semak-semak kepala. Mrs. A pun drivelah slow-slow ke Pusat Servis Tayar Karib Sdn Bhd yang jauhnya kira-kira sepelaung aje dari tempat parking ni. Sebelum ni pun Mrs. A dah 3 empat kali pergi sini dari zaman kena GST sampailah la ni tak kena GST dah.

Tayar Pancit.

tayar pancit

Ini gambar dari video kononya nak buat gerak-gerak macam Wak Lat tu tapi tak jadi pun

tayar pancit


Dengan kelajuan arnab finally Mrs. A selamat sampai ke Pusat Servis Tayar Karib Sdn Bhd tersebut. Sesampai aje ahpek tu tanya, apa pasal? Tayar pancit belakang kiri tapi tak nampak paku jawab Mrs. A. Okay takpe parking masuk sini. Lalu dia pun terus mengoperate tayar viva Mrs. A tu.

Dua tiga kali ahpek pusingkan tayar cari paku tak jumpa. Kemudian ahpek pun masukkan tayar dalam air barulah nampak buih-buih kebocorannya. Punyalah dia mengorek - ngorek tayar tu nak keluarkan menda alah yang dah terperosok jauh ke dalam rasa macam nak tampar pulak si ahpek tu hahahaa... ialahkan dari lubang tayar tu kecik jadi besar la pulak hurmmm itu pasalllah kot orang pompuan jangan tengok kerja pomen. Dipendekkan cerita menda alah yang menyebabkan tayar pancit itu berjaya dikorek keluar. Benda itu adalah dawai panjang lebih kurang satu inci. Setelah masuk cacing dan pam. Ahpek cakap okay sudah setel. Cost adalah 5 hengget sahaja without gst. Sebelum ni pun Mrs. A pernah tampal tayar kat sini masa tu ada gst tambah 50 sen RM5.50

Proses tu tak lama pun lebih kurang 20 minit cenggitu. Alhamdulillah settle sudah masalah tayar pancit.  Yeay! dah boleh gerak balik eh! tiberrr.... hahahaa.. Apa-apa pun Mrs. A tetap rasa bersyukur cause dapat tahu awal kalau dah drive jauh-jauh masalah pulak nak cari tempat servis tayar. Okay itu sahaja nak share kisah tayar pancit petang semalam 28122020.



14 ulasan:

  1. Nasibaik bole tampal je so xmhl la.. Nasibaik juga ada bengkel berdekatan

    BalasPadam
  2. Nasib baik tengok keliling dahulu.
    Nasib baik juga kedai tayar dekat.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah tergerak hati nak pusing tengok dulu kan, igauan ngeri lady driver macam kak ana ni bab tayar pancit lah kan Mrs A :)

    BalasPadam
  4. nasib baik kdai tayar dekat..hhehe

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dipermudah Allah urusannya selamat semua

    BalasPadam
  6. memang tak suka kalau tayar pancit ni. lebih2 lagi kalau bengkel jauh. Terpaksalah bukak dan tukar tayar tu. nak bukak tayar tu perlukan kudrat...

    BalasPadam
  7. tayar klu pancit time kita nak pergi kerja or balik kerja.. ishhh betul2 menguji kesabaran

    BalasPadam
  8. Oh, nasib baik kedai tayar dekat.

    BalasPadam
  9. Elok nasihat tu buat satu round dulu sebelum jalan terus.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah settled..kita pompuan nak jack keta, nak longgarkan skru tayar mmg takde kederat..hehe..

    BalasPadam
  11. antara perkara palingggggg sy tak suka sejak ada kereta. memula beli dulu selalu pancit. mostly sbb pakulah. rs nk hntr santau paku je org yg buat keje2 mcm ni... eeee

    BalasPadam
  12. Nasib baik parkir opis Mrs. A bukan di parking bertingkat, kalau tak jenuh jugak nak turun dengan tayar pancit. Alhamdulillah urusan dipermudahkan

    BalasPadam
  13. Mujur perasan awal dan dekat dengan kedai tayar. Lega masalah settle, Alhamdulillah :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©