MRS.A my blog my stori: Zalora MRS.A my blog my stori: Zalora
Memaparkan catatan dengan label Zalora. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zalora. Papar semua catatan
Jenis Flats Pilihan Wanita

Jenis Flats Pilihan Wanita

As Salam and greetings to dear readers.

Kalau dah namanya wanita Mrs. A yakin dan percaya mesti kasut depa lebih dari satu. Rasanya bukan setakat lebih dari satu, dua , tiga, empat pun boleh jadi. [eh! Mrs. A lettew....]. Jenis kasut pilihan Mrs. A adalah kasut flats.

Tak kisahlah kat mana pun kita berada, kita sentiasa memerlukan kasut yang menawan untuk melangkapkan penampilan kita. Kadang-kadang pening memikirkan kasut apa yang nak dipakai dah tu pulak bila nak shopping kasut tak tahu nak beli yang mana satu sebab rambang mata.

Walaupun pemakaian high heels menjadikan si pemakai kelihatan lebih menyerlah dengan ketinggian yang ideal.


Namun ia memberikan kesakitan kepada kaki apabila dipakai untuk jangka masa yang panjang. 

Ha!!! oleh sebab itu kalau kita nak jalan-jalan atau nak pergi office dan memerlukan kita banyak berjalan, meh sini Mrs. A kongsikan jenis-jenis kasut flats yang sangat sessssuai... dan menjadi pilihan ramai sebab ianya bukan saja kelihatan comel tapi juga membuatkan kita rasa selesa sepanjang hari.
Ballerina Flats
Pilihan pertama Mrs. A yang paling sesuai dipakai bersama koleksi baju kurung adalah ballerina flats. Ferfeeling cute dan kelihatan feminine gitew. Walaupun pakai baju kurung tapi kalau pakai ballerina flats ni nak berlari pun boleh uols.

Lagi kalau nak lebih simple dan kasual. Semestinyalah strappy sandal.

Strappy Sandals
Strappy sandals ini sangat sesuai digayakan dengan koleksi kasual seperti jeans dan tees. Tak kisahlah samada seluar jeans ataupun skirt jeans dedua pun boleh.


Loafers
Dan jenis kasut flats yang seterusnya adalah loafers. Loafers ini adalah jenis flats my all time favorite dari zaman sekolah hinggalah ke zaman bekerja sehingga sekarang.Loafers sentiasa menjadi pilihan Mrs. A sebab ia memberi keselesaan yang ideal. Macam-macam colour dan rupa loafers Mrs. A ada. 

Loafers boleh digayakan dengan macam-macam jenis pakaian,  baju kurung boleh, baju formal ke pejabat pun boleh yang penting sekali iainya sangat selesa dipakai tak kira di mana walaupun ketika memandu tak perlulah nak tanggal-tanggalkan kasut tu ya.

Okay! itu sahaja nak kongsi cerita Jenis Flats Pilihan Wanita. Semoga memberi idea buat readers yang tengah memikirkan nak beli kasut flats tu.


Tips Beli Handbags Sale

Tips Beli Handbags Sale

As salam and greetings to dear readers.

Tips beli handbags sale. Hurrrmm... tajuk aje dah tahu post ini special ditujukan buat orang perempuan yeke??? Oh! tidak semestinyalah lelaki pun boleh terutama encik suami tu ya! Kalau nak membeli handbags sale meh baca sama-sama.

Kaum-kaum ibu, gadis remaja, wanita berkerjaya senang kata sesiapa sahaja yang bernama perempuan pasti cukup menyukai handbag. Malah orang perempuan ni memang dah anggap handbag ini sebagai antara aksesori yang sangat penting. 

Terutamanya bagi wanita moden dan berkerjaya, handbag bukan sekadar untuk dijadikan aksesori yang dibawa ke mana-mana sahaja malah apa yang lebih penting ialah ianya digunakan untuk meletakkan pelbagai barangan keperluan seperti kunci kereta, kunci rumah, purse, cermin mata, perfume dan bermacam-macam lagi. 


tips-beli-handbags
Mrs. A suka kalau handbag jenis ini boleh sling dan jugak pegang ala-ala mak datin.
Size ini pun sesssssuai sangat banyak benda boleh letak
Mrs. A percaya orang perempuan ini bukan setakat ada satu handbag, dua pun jarang-jarang kot, biasanya memang ada banyak handbag biasalah perempuan punya style suka matchingkan colour baju dengan handbag tak pun dengan kasut, dengan tudung pun ia jugak. Itulah kadang-kadang pening jugak nak memilih handbag rambang mata dibuatnya. Okeh! takpe kalau cenggitu, jom kita lihat beberapa tips beli handbags sale yang anda harus tahu dan jenis-jenis beg yang anda perlu dapatkan. 


Handbags-sale
Think Big
Your ideal work bag might be larger than you expect it would. Find a style that can store your daily must-haves.
Hah! hitam itu menawan memang sesuai untuk bawak gi kerja nih! Lagipun colour hitam cenggini boleh match dengan semua colour baju, tudung dan juga kasut. Jalan selamat beli aje colour hitam.


mrsablogstori.blogspot.com
Shop during the right season.
The best time to scoop up a posh work bag might be during fall. The season offers a better selection of warmer, neutral tones which pair well with anything you wear year round.


tips-beli
Don’t neglect your personal style. 
Buy a bag that suits you rather than what is ‘in’ that season. Go and test a variety of different styles to know what actually works with your look.
top-handle-satchel
Top-handle Satchel.

Ha! yang ini sangat ladylike di antara kesemua bag ini. Lagipun bag ini versatile dan boleh sesuai digunapakai selalu bagi mereka yang malas nak tukar-tukar bag setiap hari contoh macam Mrs. A nih hiks!. Dari ofis terus nak gi event pun boleh senang kata dari siang ke malam pastu weekend semua boleh.


clutch
Clutch
Ada gak masa-masa kita tak perlu bawa segala macam dalam bag. Takdelah bag Doraemon sangat kannsss semua benda nak sumbat. Contoh time nak gi dinner kita hanya perlukan clutch sahaja. Macam yang kat atas ni simple but nice.


cross-body-bag
Cross-body Bag
Cross-body bag ini paling sesuai untuk ke mana sahaja senang tak payah pegang-pegang sling aje kat bahu selamat tak perlu risau tertinggal handbag la pulak. Perfect di mana sahaja berada dari siang hinggalah ke malam.

Okeh! semoga tips beli handbags sale ini sedikit sebanyak memberi idea kepada readers yang memang tengah survey-survey online tu ya! Beli online lebih mudah dan harga pun reasonable. Lagipun cepat aje dapatnya hari ini order besok dah sampai.




Fesyen Jubah Terkini ke Pejabat

Fesyen Jubah Terkini ke Pejabat

Kita semua sedia maklum bahawa semua pejabat tentunya mempunyai 'dress code' yang harus diikuti oleh setiap pekerja. Ada pejabat yang mengharuskan para pekerja memakai pakaian formal dan ada juga pejabat yang membolehkan para pekerja memakai pakaian smart casual. Bagi kaum wanita Muslimah khususnya, pakaian seperti baju kurung, dress labuh dan blouse merupakan beberapa jenis pakaian yang sering menjadi pilihan untuk hadir ke pejabat. 

Cuba bayangkan kalau pejabat kita cantik dan menawan seperti gambar di bawah. Ha..! semestinyalah fesyen kita ke pejabat pun harus seiringkan! kan..kan..?? Betul tak?

Mrs. A

Mrs. A pun selalu aje dilema di pagi hari, apalah aku nak pakai hari ini? Nak pakai yang ini ke nak pakai yang itu? Haish!! pening dibuatnya. Tapi sekarang ini dilema itu berjaya juga dikurangkan dengan menambah koleksi jubah moden untuk dipakai ke pejabat. Jika dahulu jubah hanya digayakan apabila ingin menghadiri majlis-majlis keagamaan, namun kini ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai pakaian ke pejabat.

Kenapa!! tak percaya? Cuba tengok ni...

mrsablogstori.blogspot.com

Jubah yang simple dengan rekaan yang modern. Contohnya seperti koleksi jubah berwarna kelabu di atas yang mempunyai rekaan batwing sleeve. Sungguh anggun dan menawan. Hurm... memang tinggi confident level bila jumpa customer dengan gaya jubah begini.

Mrs.A my blog my stori

Yang kedua, gayakan koleksi jubah yang direka dengan perincian lace seperti berikut. Koleksi jubah ini dikenali sebagai jubah lace modern. Ia juga mempunyai potongan yang menyerupai potongan dress Muslimah.

fesyen-jubah

Untuk fesyen jubah yang ketiga, anda juga boleh memadankan koleksi jubah moden tersebut dengan pemakaian outerwear seperti cardigan. Ia memberikan anda penampilan yang lebih ‘corporate’ dan ‘smart’.

Dan yang terakhir, tampil bergaya dengan fesyen jubah yang unik dan salah satunya adalah wrap jubah seperti berikut!

my blog my stori

Ha! sekarang ini dengan fesyen jubah moden dan minimalis seperti contoh-contoh di atas semestinya mampu mengurangkan dilema fesyen apa yang kita hendak pakai ke pejabat. Betul tak?? Actually Mrs. A pun bukanlah kaki jubah tapi dengan evolusi jubah moden sekarang pemakaian jubah sememangnya satu trend. 

Lagipun bila tengok kawan-kawan ofis Mrs. A yang sememangnya memakai jubah ke pejabat, jealous dibuatnya. Mujurlah fesyen jubah terkini seperti jubah-jubah di atas boleh di dapati di ZALORA Malaysia apa lagi cepat ajelah membelinya.


MRS.A my blog my stori ©