September 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2017
Salam Jumaat - Tiada Kebetulan Ianya Adalah Ketentuan

Salam Jumaat - Tiada Kebetulan Ianya Adalah Ketentuan

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Tiada Kebetulan Ianya Adalah Ketentuan


salam Jumaat

"Jangan biasakan berkata sesuatu peristiwa/ kelakuan itu 'kebetulan' tetapi katakan ianya adalah 'ketentuan' dan 'takdir' Allah. Kerana tiada perkara di dunia ini yang berlaku secara kebetulan... Semuanya di dalam ketentuan dan kehendak Allah Ta'ala".

- TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki -


Menang Giveaway By LZ

Menang Giveaway By LZ

As Salam and greetings to dear readers.

Menang Giveaway By LZ

Rasa macam dah lama sangat tak menulis dan memerah idea di blog. Huh! memang teruk sangat rekodnya untuk bulan ini muahahhaaaaaa... alasan cliche yang dah basi kot penyakit M dan tiada masa. Anyway last week memang busy dengan kerja yang perlu mengejar date line. Time cuti pula walaupun duduk aje di rumah penyakit M pula menebal ha cenggitulah adanya. 

Okay back on track kisah menang Giveaway By LZ. Alhamdulillah Mrs. A terpilih sebagai salah seorang pemenang Giveaway By LZ. [SINI] Hadiah giveaway pun dah selamat Mrs. A terima. Yang sebenarnya dari last week Thursday lagi LZ dah bagi cuma Mrs. A aje tak sempat nak up-date story.

giveaway
Hadiahnya adalah jam digital dan juga cash RM10
Terima kasih Mrs. A ucapkan buat blogger LZ kerana telah memilih Mrs. A sebagai salah seorang pemenangnya. Tahniah juga Mrs. A ucapkan kepada buat rakan-rakan blogger yang turut sama menang. Buat yang tak menang syabas kerana sama-sama turut serta sambil support rakan blogger.

Alhamdulillah Menang Giveaway By LZ.

Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS

Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS 

Setelah beberapa minggu menjalani training dan juga beberapa kali friendly match akhirnya semalam 17092017 tibalah hari pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS yang ditunggu-tunggu. Huhuhu... ditunggu-tunggulah sangattt...

Walaupun pelbagai karenah dan halangan namun berjaya juga team netball company menghantar senarai nama pemain, memang last minutes sesangat. Tak kisahlah janji dapat turut serta lagipun tujuan utamanya adalah untuk memberi peluang kepada netballers baru yang belum pernah sertai mana-mana pertandingan merasai pengalaman bertanding.

Al-maklumlah team netball company ini bukannya maintain pun playersnya sekejap meriah sekejap suram kalau pun yang maintain adalah dalam empat kelima orang. Eh! sempat pula Mrs. A belbel masalah dalaman ni ngeh!ngeh!ngeh.

Okay back on track, pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS tersebut diadakan di Kompleks Sukan Negeri, Paroi a.k.a Centre Court, Paroi. Penyertaan terbuka kepada pemain-pemain Kad Pengenalan 05 dan 59 (Negeri Sembilan) ataupun yang bekerja dan beralamat di Negeri Sembilan juga diterima. Terdapat juga beberapa lagi syarat penyertaan yang perlu dipatuhi. Yuran penyertaan adalah 50 hengget per team.

Pasukan Bola Jaring SAINS
Players bergambar bersama team manager
Sistem pertandingan, di peringkat awal dijalankan secara liga. Menang 2 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata. Kemudian johan dan naib johan kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya (suku akhir) yang akan dijalankan secara kalah mati.

Dalam Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS kali ini terdapat empat kumpulan kesemuanya iaitu kumpulan A, B, C dan D. Team Mrs. A kumpulan B.

Ref aka coach we all sedang check result.

Pasukan Bola Jaring SAINS
Hah! korang jumpa saper ni suku akhir!?
Pasukan Bola Jaring SAINS
Huwaaaaaaa.... jumpa Sweeties terus punah-ranah harapan we all. Sweeties tu memang seantero NS dah tahu mana-mana pun depa bertanding pasti Johan
Harung ajelah tak maulah mengaku kalah sebelum berjuang kanssss.... jom layan gambar lagi.

pasukan bola jaring SAINS
Selain netball turut diadakan kejohanan sepak takraw
pasukan bola jaring SAINS
Hurm... berpeluh muka, wajah setelah menang games pertama
pasukan bola jaring SAINS
Masing-masing happy menang 1st game

pasukan bolajaring SAINS
Wefie [credit photo to Aini]
Kesemua ada tiga games 2 menang dan 1 dikalahkan oleh team bibs oren yang ini
Actually apa yang Mrs. A dan dua tiga orang gang netball predict untuk 4 tempat teratas dan johan itu semuanya benar belaka muahhaaaaaa.... nampak sangat ini semua memang kaki netball.

Hadiah-hadiah yang penganjur sediakan agak menarik :-

Johan - RM1000 + Piala Pusingan + Medal
Naib Johan - RM750.00 + Medal
Ketiga - RM500 + Medal
Keempat - RM400 + Medal

Saguhati - Kelima hingga kelapan RM200 x 4 team

Alhamdulillah Yeay!!! tempat ke 6 daripada 16 team yang bertanding itupun jomblo happy ha! [credit photo to Nana]
Nak tahu siapa Johan???

Siapa lagi kalau team yang kalahkan we all di peringkat suku akhir tu tak lain tak bukan adalah team Sweeties, Naib Johan PSKPP, ketiga MPS dan keempat PDRM. Tahniah diucapkan buat keempat-empat team tersebut. Uols memang hebat

Tahniah juga buat 8 team yang berjaya mendapat saguhati termasukalah team Mrs. A ngeh!ngeh!ngeh!

Buat yang tidak berjaya syabas diucapkan di atas semangat kesukanan masing-masing. In Sha Allah jumpa lagi di Pertandingan Bola Jaring Piala YDP MPS di masa-masa akan datang.


Baca Surah Yasin Sempena UPSR

Baca Surah Yasin Sempena UPSR

As Salam and greetings to dear readers.

Bacaan Surah Yasin Sempena UPSR

Seakan suatu tradisi family side Mr. A jika ada sesiapa dalam family nak menghadapi peperiksaan ke, baru mendapat tawaran kerja ke, baru nak masuk universiti ke, apa-apalah yang berkenaan kami akan mengadakan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat.

Alhamdulillah di samping itu adalah juga acara makan-makannya ngeh!ngeh!ngeh! Seperti last Saturday 09092017 bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat tersebut diadakan sempena anak sedara Mr. A nak menghadapi peperiksaan UPSR. Bukan seorang tau dua orang anak sedara dan seorang lagi anak biras dia.

Baca Yasin, tahlil dan doa selamat tu diadakan selepas solat maghrib. Seperti biasa orang yang bawa baca Yasin, tahlil dan doa selamat tersebut tak lain dan tak bukan adalah F.I.L Mrs. A. Walaupun ini sekadar majlis keluarga tapi Abah akan tetap memberi sepatah dua kata. Selalunya dia akan menerangkan tujuan kami membaca Yasin itu contoh macam time ni katanya kita nak minta hajat supaya Aidil, Imran dan Sumayah diberi ingatan yang baik sewaktu nak jawab UPSR tu, diberi kesihatan yang baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dan tak lupa juga kita bertahlil untuk arwah-arwah yang terlebih dahulu meninggalkan kita ha! cenggitulah lebih kurang sepatah dua kata Abah.

UPSR
Anak cucu, menantu, biras dan besan pun ada
UPSR

UPSR
Telekong oren salah seorang calon UPSR
UPSR
Kelakarnya muka yang pakai glasses tu cia..cia..cia..
Dari apa yang Mrs. A baca dan faham membaca Surah Yasin memang banyak manfaatnya dan di antara tujuannya adalah ketika kita hendak meminta kepada Allah supaya dimurahkan rezeki, bertemu jodoh, sembuh dari penyakit, diberi kekuatan ketika menghadapi dugaan dan pelbagai hajat yang kita inginkan. [Wallahualam]

Semoga Aidil, Imran, Sumayah dan anak-anak calon UPSR yang lain memperoleh keputusan yang baik dan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR tersebut.

Seandainya keputusan tidak seperti yang diharapkan terimalah seadanya pasti ada hikmah disebaliknya.

Secebis kisah Baca Surah Yasin Sempena UPSR.
Giveaway Blog Bycikrenex

Giveaway Blog Bycikrenex

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway Blog Bycikrenex

Sewaktu sedang blogwalking tadi Mrs. A terjumpa dengan GA Blog Bycikrenex ini. Macam menarik aje nak joinlah terus ke blog cik Renex cos nak tengok syarat-syaratnya mudah ke, susah ke? ngeh! ngeh!ngeh! 

Yesza... mudah untuk dipenuhi syarat-syaratnya apa lagi teruslah Mrs. A join. 

Giveaway
KLIK
Tarikh tutup penyertaan Giveaway Blog Bycikrenex adalah pada 24 September 2017.

Readers doa-doakan Mrs. A bertuah ya... Kalau berminat nak join juga macam Mrs. A sila klik banner di atas for more details.

Jom sama-sama kita support rakan blogger.
Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS

Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS

As Salam and greetings to dear readers.

Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS

Tahun ini ibadah korban kami sekeluarga sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Jika tahun sebelum ini korban secara personal tetapi tahun ini Mr. A telah dijemput untuk turut serta dalam Program Ibadah Korban Bersama anjuran Badan Kebajikan Islam (BAKI MPS) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). BAKI adalah badan kebajikan islam untuk staff MPS terutamanya untuk pekerja-pekerja awam MPS.

Ibadah Korban bersama BAKI dan MPS tersebut telah diadakan pada hari Tasyrik terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah 1438H. Hari Tasyrik adalah hari-hari yang diharamkan berpuasa bagi umat Islam iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah yang juga merupakan Hari Raya Aidiladha yang umat islam sambut setiap tahun dan juga hari-hari untuk melakukan ibadah korban.

Tercetusnya ibadah korban yang memerlukan umat islam melaksanakan ibadah sembelihan adalah demi memperingati peristiwa dan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menjalankan perintah Allah S.W.T. dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintahNYA. [kisah ini terdapat dalam Surah As-Saffat ayat 100-107]

Walaupun pada 4 September tu Mrs. A serta kids dah berada di rumah sendiri iaitu di Seremban tetapi pada pagi 4 September tersebut hanya Mr. A sahaja yang pergi ke tempat kejadian iaitu di Lake Garden, Seremban. Hurm... seperti biasalah alasan Mr. A tu tak mau bawa we all nanti susah-susah jer... katanya. Iyolah!!! Mrs. A okay jer...


Jom layan gambar yang Mrs. A ambil dari FB Mr. A

ibadah korban
Semoga ibadah korban kami diterima olehNYA
 ibadah korban

ibadah korban

ibadah korban
Alhamdulillah selesai
ibadah korban

Sebanyak 5 ekor lembu telah berjaya dikorban dalam program tersebut dan daging korban tersebut telah diagih-agihkan dengan sebaiknya.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato' Abdul Halim [YDP MPS) dan juga YBhg Tuan Iskandar [Pengarah Perlesenan MPS] kerana sudi menjemput kami untuk turut serta dalam Program Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS tersebut.

Semoga ibadah korban kami serta kesemua mereka juga diterima Allah SWT jua hendakNYA. In Sha Allah.

Alhamdulillah #syukurselalu Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS

 
Kredit: [SINI]
Kisah Hari Raya Korban 2017

Kisah Hari Raya Korban 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah Hari Raya Korban 2017.


As usual bila hari raya samada hari raya korban ataupun hari raya puasa Mrs. A akan balik ke kampung Mrs. A dahulu ngeh! ngeh! ngeh! mujurlah Mr. A dah tak kisah dah tak koser kot bak kata orang. Ialah tiap-tiap hari di Seremban kalau balik ke Jiboi dah tak cukup nak bilang dengan jari tangan dan kaki dalam sebulan tu ha! gitu. Lagipun Jiboi dengan Lubok China tu takdelah jauh mana lebih kurang 70km jer kalau kira pergi dan balik.

Mrs. A balik seorang diri petang hari Merdeka. Mr. A esoknya selepas Subuh. Kids dah lama berkampung di Lubok China since cousin Mrs. A kahwin hari tu dari Jelai singgah kampung terus tak ikut mak paknya balik dah.

Huh! jangan tanya pasal jalan raya kerana jawapannya mesti semua dah sedia maklum macet bak kata orang Jakarta kata orang Rembau traffic jam muahhahhaa... Mujur juga Mrs. A ikut exit Seremban so bolehlah riki jalan dulu. Maksudnya dari rumah Mrs. A boleh terus ikut exit Senawang ataupun ikut exit Seremban.  Kalau ikut exit Seremban in betwwen nak ke exit Senawang tu kita bolehlah riki macam mana keadaan di highway pada ketika itu. Hurm... traffic jam so kekdahnya Mrs. A pun exit ler... tol Senawang untuk keluar ke jalan lama ikut Sg Gadut. Alhamdulillah jalan Sg Gadut clear percaturan yang berbaloi-baloi kerana ada ketikanya jalan Sg Gadut ini pun sama naik traffic jamnya.

Mrs. A hometown
Inilah pokok ceri kampung satu-satunya yang ada semoga terus hidup subur dan berbakti pada tuannya
Selamat sampai di kampung lebih kurang pukul 5.00 petang. Adik-beradik Mrs. A yang dah ada di kampung cuma family Alang dan adik bongsu sahaja lelain belum sampai. Aryssa pula dah ikut Mak Ngahnya balik Melaka sehari sebelum Merdeka katanya nak teman Mak Ngah jemput kakak Ekin. Anak sedara Mrs. A tu study di KUIM. Sebelum fetching dia Angah singgah kampung tu yang Aryssa ikut. Raya nanti baru mereka balik katanya.

Gambar dari group WA family.
KFC
Aryssa & Ekin berbuka puasa di KFC. Puasa sunat Arafah. Alhamdulillah
Di pagi hari raya korban itu sementara menunggu Aryssa kerana A's family nak gerak balik ke Jiboi pula sempat juga Mrs. A snap-snap dulu.

hari raya
Bergambar bersama anak-anak sedara dan adik Mrs. A. (anak-anak Alang)
Tunggu punya tunggu Aryssa tak muncul-muncul time tu dah pukul 10.30 pagi kesudahannya we all gerak ke Jiboi without Aryssa. Otw tu Mrs. A call tanya kat mana katanya otw on the highway hurm takpelah Sya good bye yolah Ibu dah gerak dah ni. Berhuhuhu ler... si Aryssa tu.



Sampai Jiboi makan-makan lagi juadah raya seperti biasa nasi himpit rendang ayam, lemang dan ada extra menu lain daripada kebiasaan iaitu fish/meat/chicken ball celup-celup made by m.i.l. Ketika A's family sampai cuma ada s.i.l family aje tak lama kemudian family Ateh dan Alang pun sampai. Julung-julung kalinya tiada family Along kali ini mereka beraya di side kaklong iaitu di Serting Ulu.

Yuuuuhuuuu.... nak pi mana tu??

hari raya
Nak pi solat Jumaat la... hari ini kan ke hari Jumaat
hari raya
Eh! eh! sempat dia makan lagi cepatlah babah dah gerak tu
Hari raya korban Mrs. A hanya beraya di Jiboi sahaja ialah sambutannya tidak semeriah hari raya puasa. Lepaking di Jiboi sampai lebam kemudian di sebelah petang pulang semula ke kampung.

Tak sangka time we all lepaking tu ada mamarazi snap gambar #mil

hari raya
Gambar kiri sekali biras Mrs. A iaitu Lala wife Ateh
Gambar tengah Adik dan Pakteh sedang main games
Gambar kanan sedang duduk atas kerusi roda #lufikirlasendiri
Sebelum balik tu sempat pekena laksa dulu. Laksa tu baru aje s.i.l buat masih panas-panas lagi. Sedap sangat laksa s.i.l patut ler... laku keras.

hari raya
Walaupun semua side dish ada tapi Mrs. A amik timun jer.. sikit. Cos I dont like cecili mentah, telor etc bagai tu dimakan bersama nanti hilang nikmat laksanya
Lebih kurang pukul 4.00 petang cenggitu we all pun gerak balik ke kampung semula sebelum tu singgah rumah sendiri dulu cos nak bagi kekucing makan. Walaupun meriah beraya family berbulu itu wajib juga dipelihara. Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa itulah kasih messera sejati dan mulia [sila nyanyi ikut lagu P.Ramlee tau]

Okay itu sahaja secebis Kisah Hari Raya Korban 2017.

Wordless Wednesday #109 - #ootd

Wordless Wednesday #109 - #ootd

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #109 

Sempena entry wordless hari ini bolehlah Mrs. A post seketul gambar dengan confidentnya #tolongjangankecamsaya

Sebelum ini Mrs. A dah pernah uar-uarkan nak #ootd baju yang Mrs. A beli di Lazada [SINI] sempena menang voucher Lazada dalam bulan Ramadhan yang lalu.

Ha! janji mesti ditepati jangan dicapati.

Wordless Wednesday #109 - #ootd
Tu dia!!! sempat bergambar seketul sebelum pulang berhari raya ke Jiboi 
Baju tu brand Rania Adeeba beli di Lazada online. Tengok dalam gambar lain tapi bila dah sampai tidak seperti yang Mrs. A visualkan. Size: L Material: Berkualiti tapikan Mrs. A rasa potongan bawahnya itu tidak sekata. #kaurasa

Wordless Wednesday #109 - #ootd
MRS.A my blog my stori ©