Mei 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mei 2020
Masuk Ke Pasaraya Di Era Normal Baharu

Masuk Ke Pasaraya Di Era Normal Baharu

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Masuk Ke Pasaraya Di Era Normal Baharu. Apa yang anda perlu tahu? Salam Ramadhan ke 30 1441H dear readers. Today hari terakhir kita berpuasa semoga kita akan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang InSyaAllah. Sambutan hariraya tahun ini berbeza sangat dari tahun-tahun sebelumnya. Persiapan Mrs. A sekeluarga ala kadar sahaja sangat-sangat minima. Sekarang ini kalau kita hendak keluar rumah benda yang mesti ada adalah face mask. Nak tak nak kena pakai jugak huhuhuu... walaupun rimas kena jugaklah biasakan sebagai usaha dan tawakal untuk mengelakkan dari Covid19 kan....

Actually Mrs. A nak share kisah pertama kali Mrs. A ke pasaraya or shopping mall to be exact ke Aeon S2 setelah sekian lama PKP campur tolak lebih kurang 2 bulan gittewww... Kejadian ini adalah last Friday time tu turn Mrs. A kena pergi office. Lunch hour tu sajalah ajak seorang officemate Mrs. A ni ke Aoen macam dahulu kala tu, tengok-tengok dia pun setuju al-maklumlah dia pun sama tak pernah keluar shopping since PKP. Selalu we all berjalan kaki aje tapi hari tu malaslah cause pakai face mask dan jugak bulan puasa kot. Berdasarkan pengalaman kalau tiada PKP parking lot forever full di sebelah bawah Aeon S2 ni tapi alhamdulillah hari tu banyak tempat kosong uols! Sampai depan pintu masuk sebelah supermarket tu tengok queue panjang der... huhuhu...

Masuk Ke Pasaraya Di Era Normal Baharu.
Normal Baharu
Normal baharu 1st thing 1st kena ambil suhu badan
Bila tengok queue panjang macam tu sabar yolah, tapi mujurlah acik guard tu bagitahu itu pintu untuk mereka yang nak ke supermarket sahaja, kalau nak pergi tempat lain sila ikut pintu masuk sebelah Starbuck. Bila dengar macam tu Mrs. A dengan Kak N lega sikit gigih tau we all jalan ke pintu masuk kat area Starbuck tu.

Tapi sampai-sampai aje tengok semua orang asyiklah duk membelek phone masing-masing, ada jugak yang scan QR code yang pihak Aeon sediakan tu. Adoiii! apo ko bondo ea ni? Kak N dengan Mrs. A pun blurr-blurr je sambil tanya kat staff tu kena buat apa? Kekdahnya kena log in sendiri ke website aeonmall kemudian isi detail yang diminta.

Adehhh! time tulah pulak website kat phone Mrs. A tu pergi ntah ke Aeon mana-mana bukannya Aeon S2. Nyesal pulak rasa dah delete apps QR code reader kat dalam phone ni. Eeieihaii! angin je Mrs. A dengan Kak N time tu, apalah salahnya depa sediakan alternative lain tulis aje kat buku log. Ini tak! terkial-kial jugaklah Mrs.A dan Kak N lebih kurang 10 ke 15 minit gittew tapi mujurlah berjaya jugak masuk akhirnya. Hazabnya rasa nak masuk Aeon S2 pada ketika itu, sabar yolah. Dah lepas masuk tu baharulah staff aeon tu tembak dahi kita untuk suhu badan dan tulis sendiri di phone yang bahagian details kat website tadi.

Masuk Ke Pasaraya Di Era Normal Baharu

Normal baharu
Ait! queue lagi
Ingatkan dah lepas masuk pintu utama bebas nak ke mana-mana shop lot none hado uols every single shoplot kena ulang benda yang sama iaitu ambil suhu dan tulis nama serta phone nombor tapi lebih complicated lagi kena ambil nombor. Time Mrs. A dengan Kak N nak masuk ladies department level dua tu nombor habis so kena tunggu nombor dulu iaitu sampai ada orang yang keluar dan pulangkan nombor depa. Mulanya Mrs. A tak boleh nak hadam apa motif nombor-nombor tu muahahaaa... kemudian baru boleh relate apa yang Tuan menteri kata hadkan jumlah pengunjung pada satu-satu masa tu. So tolonglah! yang shopping tu jangan pentingkan diri sangat dah dapat beli apa yang diingini tu keluarlah segera kesianlah kat orang yang tengah queue ni we all nak shopping jugak.

Normal baharu
Tiada nombor tak boleh masuk, jangan sampai ada yang bawa nombor dari rumah sudah hehehee...
Normal baharu
Ha! besar tanda penjarakan sosial tu tak faham jugak tak dapek nak koba an
Tak lama pun Mrs. A dengan Kak Nora kat situ dah dapat apa yang dihajati, we all pun turun nak ke Watson pulak. Di Watson pun samalah amik suhu dulu, tapi senang sikit tulis kat log book aje nama dan no phone kemudian nak masuk kena amik nombor. Adoiii time tu satu je nombor yang berbaki so Kak N masuk dulu. Mrs. A kena tunggu nombor sampai ke masa Kak N dah keluar Mrs. A tak dapat nombor lagi. Kalau ada pun nombor Kak N yang dah keluar tu tapi tak dapeklah nak nolong cause time rehat pun dah nak tamat kekdahnya tangguhkan ajelah hajat nak membeli di Watson tu.

Ingatkan dah lega dari bab-bab tunggu menunggu ni tak jugakkkk! time nak bayar parking pun kena queue lagiii... kiranya pengalaman pertama kali Mrs. A dan Kak N Masuk Ke Pasaraya Di Era Normal Baharu penuh dengan kejadian tunggu-menunggu dalam queue uols huhuhuuuu... So next time kalau nak pergi ke pasaraya lagi kena bersedia dengan sifat-sifat SABAR yang sangat-sangat tinggi gittewww....


Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk melalui hari-hari mendatang dengan tenang dan aman sebagaimana sediakala sebelum kedatanganmu. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan kadar segera. 

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah. Last weekend Monday selepas Mrs. A dan Aryssa balik kampung tu Mr. A tiba-tiba bagitahu yang dia nak jemput mak/pak dia berbuka kat rumah we all. Ait! dah cakap dengan mem dan bos ke tanya Mrs. A. Dah katanya time yang Aryssa dan Mrs. A balik kampung tu dia dan Along pulak pi berbuka kat Jiboi time tulah dia bagitahu. m.i.l dengan f.i.l pun dah setuju.

So on Monday tu awal dari biasa Mrs. A dah masuk dapur masak-masak bersama Aryssa. Mujur jugaklah Aryssa tak boleh puasa so bolehlah minta dia jadi tukang rasa masakan tu cukup ke tak garamnya eh!

Menu adalah sebagaimana yang diarahkan oleh Mr. A iaitu gulai masak lemak cili api udang dengan rebung, ikan talapia goreng, ayam goreng berlada, pucuk ubi rebus, sambal belacan dan ikan masin jeruk. M.i.l pun ada bawa buah tangan jugak iaitu sekaya labu makanan orang dulu-dulu katanya. Tapi ntah kenapa time tu satu gambar pun Mrs. A tak snap busy sangat duk chit-chat dengan m.i.l kot muahhhaaaa... ialah sejak PKP ni baru dapat berjumpa. Ada gambar pulak blurrr...

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah.
Selain m.i.l dan f.i.l ada juga seorang anak sedara yang join. Ini gambar yang along snap ntah apsallah boleh blurrr cenggini.
Selepas berbuka tu tak rushing pun cause f.i.l cakap kita solat maghrib sendiri-sendiri ajelah ya....nanti Isyak baru jemaah pastu Terawih sesama. Kekdahnya Mrs. A solat kat dalam bilik, yang lain-lain kat bawah. Sementara menunggu Isyak tu lepak-lepak tengok 'buletin utama' aka bu.

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah.
Ni pulak gambar yang Aryssa snap pun blurrr jugek!
Kemudian we all pun solat Isyak berjemaah dan seterusnya Terawih yang diimamkan oleh f.i.l. Alhamdulillah f.i.l biasa buat terawih 10 rakaat dan witir 3 rakaat so sama jugaklah malam tu masih sama 13 rakaat. Mrs. A ingatkan f.i.l dah kurangkan jumlah rakaat al-maklumlah dia pun dah tua dan tak berapa kuat lagi tapi masih sama sebagaimana beberapa tahun sebelum ini. Semoga f.i.l dan m.i.l  sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik hendakNYA. Lebih kurang pukul 10 macam tu we all pun selesai solat Terawih selepas itu sambung makan semula iaitu makan sekaya labu yang m.i.l bawak tu.

Yang tengah tulah anak sedara yang join tu kebetulan dia lepak kat Jiboi 
Alhamdulillah tercapai jugaklah hajat Mr. A nak jemput mak/pak dia berbuka kat rumah we all dan solat terawih sesama. Lebih kurang pukul 11 malam barulah Mr. A hantar m.i.l dengan f.i.l balik Jiboi. Memandangkan lauk-pauk time berbuka tu ada banyak lagi so Mrs. A pun tapaukan sikit-sikit so sahur nanti bolehlah depa makan lauk tu cuma kena panaskan ajelah.

Walaupun pada mulanya Adik nak ikut pergi Jiboi dan lepak sana cause ada Im tapi Mrs. A tak bagi. Memang taklah Mrs.A nak bagi dia baru aje balik dari kampung homework bersusun-susun lagi nak pergi berfoya-foya gittew chet! manyak cantik muka. Tapi Mrs. A cadangkan supaya Im yang lepak rumah we all so bolehlah mereka buat homework together-gether mujurlah Im setuju m.i.l dengan f.i.l pun okay je takde masalah. Kekdahnya Im pun lepak rumah we all sehingga hari Jumaat setelah mama dia pun bebel suruh balik rumah dan jemput sendiri ngeh! ngeh! ngeh!

Okay itu sahaja nak citer kisah Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah.



Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera. 
PKPB: Seremban - Kampung - Seremban

PKPB: Seremban - Kampung - Seremban

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

PKPB: Seremban - Kampung - Seremban. Setelah 53 hari PKP Mrs. A akhirnya dapat balik ke kampung. Alhamdulillah ada baiknya juga kampung dalam negeri yang sama cuma berlainan daerah je,  kampung Mrs.A di dalam daerah Rembau jarak lebih kurang 30 ke 40 kilometer dari rumah sendiri di Seremban ni.

Selepas PKPB diumumkan memang Mrs. A cakap dengan Mr. A nak balik kampung on Saturday nak ziarah emak dan juga kaum keluarga yang ada kat kampung dan lagi satu tujuannya dah tentulah nak ambil Adik bawa balik Seremban. Adik kemahen seronok duduk kampung seronok bukan hape tu banyak home work dia tak buat al-maklumlah ibu takde nak pantau. Dia pun dah ambil jalan selamat cakap dengan cikgu-cikgu dia terperangkap kat kampung. Kat kampung line internet hazab dan takde wifi, takde laptop. Huh! banyak betul alasan kalau nak seribu daya tak nak tu yang krik..krik..

PKPB: Seremban - Kampung - Seremban.
New normal ka new abnormal huhuhuuu...
Kononnya nak gerak dari Seremban dalam pukul 10.00 pagi plan nak singgah Giant Senawang none hado ha dalam pukul 11.30 cenggitu baru gerak. Aryssa nak beli toiletries lagipun dah lama tak keluar membeli. Tapi tak jadi la pulok we all pergi Speed Mart kat area rumah ni je cause Mr. A tak bagi "tak payah nak pergi tempat ramai orang sangatlah" katanya huhuhuuu... ialah kami yang menurut perintah gittewww... so pergi Speed Mart aje pastu baru gerak balik kampung.

Time Mrs. A balik tu tak ikut highway exit Pedas ataupun jalan lama yang tempoh area kilang ayam Pedas tu al-maklumlah kawasan tu red zone kes positif Covid 19. Risau pun ia jugak takut nanti balik kampung lepas nak balik Seremban tak lepas, tapi mujurlah belum sampai tahap itu lagi yang dikawal ketat hanyalah laluan keluar masuk ke kilang ayam tersebut sahaja.

Syukur alhamdulillah selamat sampai kampung sebelum zohor dah sampai. Sampai-sampai aje Adik anak bongsu Mrs. A tu memang dah sedia menunggu kat porch hahaha... kelakarnya tengok rambut dia. Petang tu Adik bakar ikan dan ayam sensorang, sebelum ni dengan Paksu dia, tapi Paksu dah balik K.L selepas PKPB diumumkan.

PKPB: Seremban - Kampung - Seremban. 

Adik sedang prepare nak bakar ikan dan ayam untuk berbuka
Sempatlah snap-snap area rumah yang dirindui.

Pokok rambutan dan pulasan sedang berputik
Mrs. A je yang lepas balik adik-beradik yang lain tak lepas #rentasnegeritidakdibenarkan
Rambutan belakang pun lebat putik dia selalu kongsi dengan monyet-monyet hahahaha...
Niece ku sayang dah lama kita tak wefie kan...
Saturday petang tu sempat jugaklah Mrs. A ke pekan Lubok China belikan barang-barang keperluan untuk emak. Time tu ada roadblock sebelum jambatan iaitu di sebelah area Negeri Sembilan abam polis tu stop keta Mrs. A time tu Mrs. A berdua dengan Adik.
Abam polis: Kak dari mana nak ke mana ni? 
Mrs. A jawablah dari kampung Hj S nak pergi pekan beli barang-barang dapur. 
Abam polis: Okay petang ni saya lepas kak ea, esok tak boleh dah, akak kena pergi Linggi atau Rembau sebab rentas negeri tak bolehkan, lagipun Rembau red zone katanya. 
Mrs.A: Alahai cikgu jauhlah nak ke pekan Linggi tu Rembau lagilah jauh.
Abam polis: Sambil tersenyum ialah saya faham tu sambil suruh Mrs. A gerak dalam hati dia tak koser kot nak layan hahaha...

Dah settle beli-beli barang time nak balik sekali lagi ada roadblock kat tempat tadi jugaklah tapi laluan yang bertentangan kali ni abam polis tu slang Sabahan pulok.
Abam polis: Kak nak pergi mana?
Mrs. A: Nak balik rumah Kg Hj S dari beli barang-barang dapur ni.
Abam polis: Hari ini sahaja boleh rentas negeri ye kakak mulai esok kami tak benarkan dah!
Mrs. A tetap kugaklah menjawab uols dialog yang sama lebih kurang macam nak pergi tadi muahaha.
Tapi abam polis yang ni tegas dan garang sikit. Tak boleh kakak kami pun ikut arahan juga katanya.
Hurm.... iyolah sabar yolah. Okaylah pengalaman pertama Mrs. A ditahan roadblock ketika PKP eh! tiberrr...

Dua hari di kampung rasa macam tak puas aje tapi syukurlah dapat jugak berbuka dan bersahur dengan emak. Paling best dapat makan masakan emak ku sayang hehheeehe... Kekdahnya Sunday tu sebelah malam selepas berbuka barulah Mrs. A, Aryssa dan Adik gerak pulang ke Seremban. Alhamdulillah perjalanan pulang ke Seremban lancar tiada sebarang roadblock selamat sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Sekarang Adik dah kembali ke Seremban so memang masaklah dia kena buat home work yang masa awal-awal PKP cikgu bagi dulu tu. Stress ibu dia nih! memantau dan mengingatkan buat home work, buat home work, buat home work aduila anak bertuah.

Okay itu sahaja nak citer kisah PKPB: Seremban - Kampung - Seremban.


Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera. 

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan. Setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan oleh kerajaan pelbagai reaksi rakyat Malaysia dapat kita lihat. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Siap ada petisyen jugak tu "teruskan PKP. Batalkan PKP Bersyarat" heheheee... Mrs. A sign jugak petisyen tu kah! kah! kah!

Pada 2 Mei, bos ada WhatsApp Mrs. A dengan soalan bahasa nogorinya "Isnin ni dah boleh kojo lum?" Mrs. A pun jawablah "I ikut arahan la bos. Kalau kena kojo pegilah huhuhu... [krik! krik! dalam hati] "haish! malasnya dah le bulan puasa, biarlah sampai habis PKP". Panjang lebar jugaklah chit-chat dengan bos last sekali message dia paling win "probably lopeh rayo kut" dengan emoji  ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sekali. Mrs. A pun balaslah dengan emoji dancing kegumbiraan gitteww...

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan. 
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan
SOP Sektor Bekalan Air (operator air)
Sajalah Mrs. A nak share SOP untuk operator air. Sementelah sekarang ni sikit-sikit SOP, SOP, SOP huhuhuuuu... kalau Shopee okay lagi eh!

Al-kisahnya on Monday 4 Mei tu staff tak perlu datang office lagi atas arahan Pengarah yang kena datang Head of department dan kesemua Pengurus Air Daerah sahaja. Pengarah nak adakan meeting untuk tindakan selanjutnya. Oh! ya staff HR memang kena datanglah cause depa kena set up segala mak nenek SOP yang KKM arahkan. Monday tu Mrs. A tertunggu-tunggulah juga WhatsApp dari bos apakah keputusan meeting tersebut. Jeng..jeng..jeng... lebih kurang pukul 12.00 tengahari cenggitu dapat message dari bos, minutes [meeting pagi tadi memutuskan tarikh mula bekerja adalah pada Rabu 6 Mei 2020. Sila pakai face mask ketika berada di pejabat].

Sejujurnya perasaan Mrs. A pada ketika itu adalah down. Walaupun rindu nak masuk office tapi tak naklah ketika di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini ha boleh! cenggitu. Memang taklah kan... Nak ke tak nak ke haruslah kena pergi juga dah namanya ko bekerja Mrs. A hoi! kenalah ikut arahan. Tak nak kalu bukaklah syarikat sendiri muahhahaaa....So kekdahnya Mrs. A pun war-warkanlah pada Mr. A, Along dan Aryssa yang Mrs. A akan mula kerja Rabu. Pastu minta Mr. A tolong belikan face mask yang jenis bertali kat rumah ni stok face mask yang ada hanyalah yang sangkut kat tinge tu aje.

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan. 
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan
Jenis macam ni kena beli satu kotak terus nak beli satu-satu takde jual #sabaryolah
Disebabkan dah 49 hari PKP so persiapan nak pergi bekerja tu Mrs. A memang prepare awal-awal. Baju, tudung malam tu dah siap iron kalau sebelum ni pagi-pagi nak pergi kerja tu baru terhegeh-hegeh nak iron, face mask dah get ready kat dalam keta, kasut semua dah cek okay mana tahu kot-kot kasut dah berkulat ke hahahaa... handbag dah siap pilih,  ID kad cek, make - up cek haish! dahsyat vetul penangan PKP 49 hari tu. Alhamdulillah pagi Rabu 6 hari bulan tu selepas sahur tengok jam awal lagi baru pukul 5 pagi so sempat tidur semula dalam 1 jam. Lebih kurang pukul 6 pagi baru bangun semula mandi, solat subuh macam-macam doa punyalah paranoid. Kemudian time nak drive tu punyalah kekok hahahaaa... al-maklumlah dah 49 hari tak memandu. Mrs. A sampai office lebih kurang pukul 7.30 pagi. Memula macam pelik je nak kena pakai face mask ni tapi bila tengok sekeliling semua staff pakai mask so takde mana peliknya.

Kemudian stop kat tempat check suhu okay ke tak? Siap kena tulis kat dalam kad kedatangan bacaan suhu tu Mrs. A punya suhu normal so lepaslah naik ke office. Kad tu pulak kena bawa setiap pagi kalau datang office.

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan.
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan
Banyak incoming atas meja 
1st day bekerja tu perasaan pelik-pelik je.. sampai aje Mrs. A letak barang pergi basuh tangan dulu hahahaa... sanitizer ada tapi ntah lebih selesa basuh tangan. Buat kerja kat cubicle tu bukak jugaklah face mask tu haish! rimas uols tu baru sekejap je dah hazab terbayang frontliners tu forever kena pakai. Allahu bersyukurnya rasa.

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan.
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan
Selfie seketul. Table calendar pun masih bulan Mac daaa...
Department Mrs. A 6 Mei tu memang semua 1st day baru datang office so blurr-blurr aje arahan HR. Berbeza dengan department lain memang ada yang dah kerja sebelum tu, lagipun bos takde message apa-apa. Mrs. A dengan LZ plan nak jumpa bos dulu nak clarify apa yang patut. Dapat makluman dari department lain depa kerja secara rotation ialah company pun memang dah sedia maklum beroperasi secara minima sahaja ketika di dalam tempoh PKPB ni. Seorang lagi staff department Mrs. A tak dapat hadir belum dapat kebenaran merentas negeri dan kat area dia katanya ada kes positif covid19 so kena mendapatkan surat arahan majikan dan pergi balai polis untuk mohon kebenaran.

Dipendekkan cerita setelah discuss dengan bos, department Mrs. A pun akan hadir kerja di office ikut rotation selebihnya work from home kecuali boslah kena datang office selalu. Time kerja waktu PKPB di bulan Ramadhan ini pun dipendekkan dari biasa iaitu 4.30 petang and subject to bos masing-masing ada bos yang bagi kelonggaran dah settle kerja boleh balik ha gittewww...

Setakat di hari pertama bekerja tu alhamdulillah semua SOP company ikut dan staff pun semua patuh SOP ke mana-mana pakai face mask, penjarakan sosial pun we all ikut, time solat pun sama semeter-semeter jauhnya.

Petang lepas habis kerja tu Mrs. A terus aje balik rumah. Oh! ada singgah gerai kat area rumah beli kuih-muih untuk juadah berbuka jadi singgah tu cause tengok takde orang kalau ramai memang tak singgahlah kot. Sampai rumah aje 1st thing 1st kena basuh tangan dengan sabun dahulu kat paip luar. Dah settle basuh tangan barulah angkut handbag masuk dalam rumah dan terus pergi mandi, baju yang pakai tadi pun terus asingkan dan letak satu sudut bila rajin nanti baru nak basuh ngeh! ngeh! ngeh! Mujurlah tak payah nak masak untuk berbuka puasa cause Mr. A dah masak siap-siap. Alhamdulillah thank you Mr. A memahami sangat eh! tiberr...

Okay itu sahaja kisah Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan. Alhamdulillah 1st day datang office dilalui dengan perasaan yang bercampur-aduk. Bersyukur, paranoid, risau haish macam-macam rasa. Semoga semuanya dipermudahkan dan norma baharu akan dapat diadaptasi dengan positif dan istiqamah. #Allahjagakami.

Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera. 

Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020

Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020. Banyak lalulalang kat reading list Mrs. A blogger-blogger join segmen SYM ni since SYM pun ada jemput untuk join so Mrs. A pun tertarik nak join ha gittewww...

Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020.
Mrs. A join segmen bloglist
KLIK banner untuk ke blog penganjur
Syarat-syarat segmen pun sangat mudah itu yang membuat Mrs. A bertambah tertarik untuk join.

Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020 ini akan tamat pada 09 Mei 2020; 11.59pm waktu Malaysia.



Sambutan Birthday Bulan April Di Musim PKP

Sambutan Birthday Bulan April Di Musim PKP

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Sambutan Birthday Bulan April Di Musim PKP. Di bulan April setiap tahun memang ramai ahli keluarga Mrs. A yang sambut birthday tapi tahun ini memang sangat berbeza dan sendu aje huhuhuu... Kalau tahun lepas Aryssa dan Adik ada small family celebration [SINI] tapi tahun ini Aryssa seorang aje ada makan-makan KFC huwaaa..wa...waaa... kesian Adik cause dia masih di kampung sekadar mendapat ucapan birthday di dalam whatsApp aje.

Sambutan Birthday Bulan April Di Musim PKP.
Musim PKP
22 April 2020 Aryssa turned sixteen
Walaupun sekadar makan-makan KFC alhamdulillah Aryssa tetap happy. Actually untuk Adik Mrs. A plan nak minta tolong b.i.l keluar ke KFC Masjid Tanah belikan Adik set barrel unfortunately boleh pulak time tu kereta dia rosak. Bila Mrs. A check untuk delivery service none hado haish! al-maklumlah kampung area kekdahnya gitulah. Adik pun redho ajelah, dia tetap happy tolong neneknya nak buat rendang daging tengahari 22 April 2020 tu.

Sambutan Birthday Bulan April Di Musim PKP.
Musim PKP
Huhuhuu... sedih kebiasaannya dapat makan rendang air tangan mak menjelang Ramadhan.Tahun ni rendang buat sendiri je
Time birthday Mr. A pulak pada 29 April tu lagilah takde buat apa-apa pun sekadar wish di waktu we all berbuka puasa pada 6 Ramadhan tu. Sorry my dear half tiada cake birthday buat awak tahun ini, sabar yolah. Walaupun Mrs. A dan Aryssa plan nak beli cake Secret Recipe flavor Coklat Indulgence gittew... unfortunately kat Seremban ni pun sama jugak SR tiada delivery service gigihlah order kat website SR online delivery service berjam-jam try tak lepas-lepas. Calling-calling SR Aoen S2 sampai naik kontot jari pun takde berjawab. Bila DM kat SR IG baharulah ada reply no delivery service adeh! sabar yolah there goes our kek coklat Indulgence Aryssa hoi!!! muahhhaaaa...

Pada 30 April pula birthday Maksu iaitu adik Mrs. A yang bongsu we all kat Seremban ni langsung tak ingat sehari selepas tu baru ingat so wishing her happy belated birthday ajelah.

Sambutan Birthday Bulan April Di Musim PKP
Musim PKP
Happy belated birthday Maksu
VC boleh 4 je (now dah boleh 8)

Sambutan Birthday Bulan April Di Musim PKP yang sendu huhuhuu... takpelah yang penting kalian semua selalu di dalam  ingatan dan sentiasa di dalam doa kudus ibu eh! tiberrr...

Tak tahulah kenapa sekarang ni penyakit M menjadi-jadi itu yang dah lama tak up-date blog kesayangan tu. Lepas ni kita semua dah di dalam fasa PKPB lah pulek tak tahulah what to expect? Doa yang baik-baik sahaja InSyaAllah akan datang yang baik-baik juga. Salam 10 Ramadhan buat readers blog Mrs. A semoga puasa kita hari ini lebih baik dari semalam.


Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera. 



MRS.A my blog my stori ©