Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah

17 Mei 2020

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah. Last weekend Monday selepas Mrs. A dan Aryssa balik kampung tu Mr. A tiba-tiba bagitahu yang dia nak jemput mak/pak dia berbuka kat rumah we all. Ait! dah cakap dengan mem dan bos ke tanya Mrs. A. Dah katanya time yang Aryssa dan Mrs. A balik kampung tu dia dan Along pulak pi berbuka kat Jiboi time tulah dia bagitahu. m.i.l dengan f.i.l pun dah setuju.

So on Monday tu awal dari biasa Mrs. A dah masuk dapur masak-masak bersama Aryssa. Mujur jugaklah Aryssa tak boleh puasa so bolehlah minta dia jadi tukang rasa masakan tu cukup ke tak garamnya eh!

Menu adalah sebagaimana yang diarahkan oleh Mr. A iaitu gulai masak lemak cili api udang dengan rebung, ikan talapia goreng, ayam goreng berlada, pucuk ubi rebus, sambal belacan dan ikan masin jeruk. M.i.l pun ada bawa buah tangan jugak iaitu sekaya labu makanan orang dulu-dulu katanya. Tapi ntah kenapa time tu satu gambar pun Mrs. A tak snap busy sangat duk chit-chat dengan m.i.l kot muahhhaaaa... ialah sejak PKP ni baru dapat berjumpa. Ada gambar pulak blurrr...

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah.
Selain m.i.l dan f.i.l ada juga seorang anak sedara yang join. Ini gambar yang along snap ntah apsallah boleh blurrr cenggini.
Selepas berbuka tu tak rushing pun cause f.i.l cakap kita solat maghrib sendiri-sendiri ajelah ya....nanti Isyak baru jemaah pastu Terawih sesama. Kekdahnya Mrs. A solat kat dalam bilik, yang lain-lain kat bawah. Sementara menunggu Isyak tu lepak-lepak tengok 'buletin utama' aka bu.

Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah.
Ni pulak gambar yang Aryssa snap pun blurrr jugek!
Kemudian we all pun solat Isyak berjemaah dan seterusnya Terawih yang diimamkan oleh f.i.l. Alhamdulillah f.i.l biasa buat terawih 10 rakaat dan witir 3 rakaat so sama jugaklah malam tu masih sama 13 rakaat. Mrs. A ingatkan f.i.l dah kurangkan jumlah rakaat al-maklumlah dia pun dah tua dan tak berapa kuat lagi tapi masih sama sebagaimana beberapa tahun sebelum ini. Semoga f.i.l dan m.i.l  sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik hendakNYA. Lebih kurang pukul 10 macam tu we all pun selesai solat Terawih selepas itu sambung makan semula iaitu makan sekaya labu yang m.i.l bawak tu.

Yang tengah tulah anak sedara yang join tu kebetulan dia lepak kat Jiboi 
Alhamdulillah tercapai jugaklah hajat Mr. A nak jemput mak/pak dia berbuka kat rumah we all dan solat terawih sesama. Lebih kurang pukul 11 malam barulah Mr. A hantar m.i.l dengan f.i.l balik Jiboi. Memandangkan lauk-pauk time berbuka tu ada banyak lagi so Mrs. A pun tapaukan sikit-sikit so sahur nanti bolehlah depa makan lauk tu cuma kena panaskan ajelah.

Walaupun pada mulanya Adik nak ikut pergi Jiboi dan lepak sana cause ada Im tapi Mrs. A tak bagi. Memang taklah Mrs.A nak bagi dia baru aje balik dari kampung homework bersusun-susun lagi nak pergi berfoya-foya gittew chet! manyak cantik muka. Tapi Mrs. A cadangkan supaya Im yang lepak rumah we all so bolehlah mereka buat homework together-gether mujurlah Im setuju m.i.l dengan f.i.l pun okay je takde masalah. Kekdahnya Im pun lepak rumah we all sehingga hari Jumaat setelah mama dia pun bebel suruh balik rumah dan jemput sendiri ngeh! ngeh! ngeh!

Okay itu sahaja nak citer kisah Jemput Emak Dan Abah Mertua Berbuka Di Rumah.



Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera. 

15 ulasan:

  1. meriah lauk2 menantu masak utk mertua tu

    BalasPadam
  2. Nampak solat dalam kelam tapi seronok solat dalam gelap ni.
    Kitorang tak boleh. Kena rentas negeri. Jadi tahun ni takde buka dengan Uwan.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Syok kan dapat berbuka dengan family kan. Meriah.. Kami semalam dpt meraikan berbuka dengan FIL MIL (mereka uzur dan tak puasa, tapi kami amik peluang buka sama2, sbb ms PKP xdpt g jenguk, bila start PKPB dapat la g jenguk walaupun dalam daerah sama). Orangtua sendiri di negeri lain, tak dapat la berbuka sekali

    BalasPadam
  4. Nikmatnya,sesekali itu yang indah terakam kenangannya.

    BalasPadam
  5. Masak lemak udang tu terliur walaupun takde gambar.

    BalasPadam
  6. Thn ni x ada majlis berbuka dgn mak ayah mentua lg.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  8. alhamdulillah dapt kumpul ramai2 makan berbuka..
    seronok part trawih le meriah sikit kan..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah seronok dapat berbuka dgn ibu ayah kan :)

    BalasPadam
  10. seronok dapat berbuka sesama keluarga. saya tahun ni nampaknya berbuka seorang jer selama sebulan... sedey

    BalasPadam
  11. bestnya kak, umah mertua dan parents akak dekat... bolehla jamput datang di bulan puasa ini

    BalasPadam
  12. meriah kan.. Fi Hifzillah.. semoga semuanya dimudahkan. seronok berbuka ramai gini..

    BalasPadam
  13. syok berbuka puasa dan berterawikh ramai2.

    BalasPadam
  14. sodap2 menu berbuka..

    haha..adik kena grounded, dah lama rileks di kpg nenek..

    BalasPadam
  15. mudah2an virus ni akan nyah dan kita boleh berkumpul ramai2 lagi..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©