MRS.A my blog my stori: Salam Jumaat MRS.A my blog my stori: Salam Jumaat
Memaparkan catatan dengan label Salam Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salam Jumaat. Papar semua catatan
Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan

Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan. Salam Jumaat Mrs.A ucapkan buat readers my blog my stori. Alhamdulillah majlis bacaan Yasin online mingguan pada 01 Mac 2024 ini telah dihoskan dari surau Ibupejabat. Kiranya ini adalah kali kedua pada tahun ini Ibupejabat menjadi hos, sebelum itu [SINI]. Majlis pada pagi tadi telah dipimpin oleh saudara Mohamad Idzhar dari Jabatan ICT yang mesra di sapa Idzhar oleh kawan-kawan di Ibupejabat. 

Actually hari ini adalah hari terakhir Idzhar bertugas di SAINS ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Mrs. A difahamkan Idzhar telah mendapat kerja di operator air lain dan akan memulakan tugas pada minggu hadapan. Sempat jugalah Mrs. A bermaafan dengan Idzhar tadi didoakan beliau bertambah maju jaya di tempat baharu. 

Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan.

Salam Jumaat
Alhamdulillah selesai sudah

Salam Jumaat
Jemaah lelaki nun di sebelah tirai

Salam Jumaat
Idzhar sedang mengucapkan sepatah dua kata sempena hari terakhir beliau di sini

Selepas majlis bacaan Yasin tadi turut diadakan jamuan ringkas merangkap farewell untuk Idzhar ๐Ÿ˜Š

Salam Jumaat

Salam Jumaat

Jamuan ringkas tersebut adalah hasil potluck daripada kakitangan yang ingin menyumbang dan juga bersedekah memang begitulah tradisinya di Ibupejabat tempat Mrs. A bekerja ini. Semoga Allah memberkati majlis bacaan Yasin dan jamuan tersebut.

Okay itu sahaja nak share Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu dear readers.





Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil. Jumaat 05012024 penghulu segala hari yang pertama di tahun 2024. Alhamdulillah pagi tadi dikurniakan rezeki masa olehNYA dapat Mrs. A turut sama di dalam majlis bacaan Yasin dan tahlil di surau ibu pejabat. Sudah agak lama Mrs. A tidak menyertai bacaan yasin serta tahlil secara fizikal di surau kerana pada kebanyakkan masa majlis bacaan yasin diadakan secara online.

Seingat Mrs. A sejak PKP bermula seiring dengan itu majlis bacaan yasin di syarikat diadakan pada kebanyakkan masanya secara online pada setiap Jumaat. Syarikat pula telah menetapkan mereka yang mengetuai bacaan yasin tersebut di pilih secara bergilir-gilir mengikut setiap daerah, unit dan juga jabatan.

Alhamdulillah pada pagi Jumaat pertama di tahun 2024 ini giliran bacaan yasin diketuai oleh seorang kakitangan di ibu pejabat. Majlis bacaan Yasin dan tahlil di surau ibu pejabat pagi tadi boleh dikuti secara fizikal kepada mereka yang berkelapangan mahupun secara online kepada mereka yang berada di luar ibu pejabat dan juga di daerah-daerah. 

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil.

Salam Jumaat
Sebelum mula harus snap gambar dahulu ๐Ÿ˜Š

Salam Jumaat
Jemaah wanita yang hadir di surau

Salam Jumaat
Nun di sana jemaah lelaki yang hadir di surau

Semoga Allah memberkati majlis bacaan yasin dan tahlil kami pagi tadi. Alhamdulillah setelah selesai majlis turut diadakan jamuan ringkas secara pot luck. Tapi sayang terlupa pula seorang Mrs. A nak snap gambar tadi ngeh! ngeh! ngeh!

Salam Jumaat dear readers dan selamat berhujung minggu.



Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah

Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah. Dah lama tak buat posting Salam Jumaat sajalah nak share 10 amalan yang boleh diamalkan pada awal bulan Zulhijjah yang Mrs. A baca dari perkongsian Ustazah Asma' Harun.
  1. Anjuran untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku ke atas orang yang melakukan ibadah korban.
  2. Berpuasa pada hari Arafah.
  3. Perbanyakkan berdoa dan saling mendoakan antara satu sama lain.
  4. Menghidupkan suasana hari raya dengan takbir.
  5. Perbanyakkan berzikir.
  6. Perbanyakkan sedekah dan menghubungkan silaturrahim.
  7. Mentadabbur ayat al-Quran.
  8. Mendirikan solat sunat hari raya Aidiladha dan tidak menjamah makanan sebelumnya.
  9. Melakukan ibadah korban bagi yang mampu.
  10. Makan dagingkorban dan berikan kepada asnah fakir miskin.
Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah
Salam Jumaat - Kita Jaga Allah, Allah Jaga Kita

Salam Jumaat - Kita Jaga Allah, Allah Jaga Kita

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Kita Jaga Allah, Allah Jaga Kita

salam jumaat

Kredit : @noumanalikhanofficial

Salam Jumaat - Baldi Bocor

Salam Jumaat - Baldi Bocor

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat -  Baldi Bocor

salam jumaat


Salam Jumaat selamat berpuasa 4 Ramadhan 1442H.
Salam Jumaat :  Cara Mudah Bertasbih

Salam Jumaat : Cara Mudah Bertasbih

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Cara Mudah Bertasbih.

Salam Jumaat

Ikut cara mudah bertasbih ni ngam-ngam aje 33 kali. Sebelum ni Mrs. A kira guna jari juga tapi tak ikut kiri kanan sekali kira 15 + 15 + 3 hiks! 

Takpe selepas ini boleh ikut cara mudah bertasbih kira macam kat atas nih! Salam Jumaat:Cara Mudah Bertasbih. Selamat beramal.



Salam Jumaat

Salam Jumaat

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat. Hari ini hari Jumaat kedua di tahun 2021. Sempena hari Jumaat penghulu segala hari ini Mrs. A terasa nak berkongsi quote yang agak menarik perhatian (bagi Mrs. A la...). Quote ini Mrs. A jumpa sewaktu scroll-scroll IG. Sajalah nak kongsikan di blog sebab bukan semua readers/ blogger ada IG tak gittewww.

Salam Jumaat.

salam Jumaat
Credit @noumanalikhanofficial


Salam Jumaat semoga bermanfaat.



SALAM JUMAAT: Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

SALAM JUMAAT: Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

SALAM JUMAAT: Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat.

Sudah agak lama Mrs. A tak buat post Salam Jumaat. Last [SINI] bila diulang baca semula post tu terasa betapa kerdilnya diri ini sebagai manusia yang hanya mampu merancang tanpa izinNYA maka tidak berlakulah ia. Eh! panjang pula intro ha!

Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat.

salam jumaat
Kredit image

SALAM JUMAAT: Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat. Semoga bermanafaat.



Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar"

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar"

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar". Alhamdulillah pagi tadi Mrs. A dengan izinNYA dapat hadir ke Kuliah Dhuha yang pertama di tahun 2020. Telah menjadi rutin syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengadakan kuliah Dhuha percuma untuk kakitangan yang berkelapangan dan yang sudi hadir. #tiadapaksaan

Kuliah Dhuha anjuran office ni kebiasaannya diadakan pada hari Jumaat samada sekali ataupun dua kali sebulan. Mrs. A dah pernah post entry berkenaan kuliah Dhuha anjuran office ni dahulu [SINI]
tapi tu jelah sekali kot muahahhaaa... walaupun dah berkali-kali kuliah Dhuha dan macam-macam tajuk ustaz kongsikan tapi tulah fiil malas Mrs. A nak memblog tu amat sukar nak diubati. Tetapi sempena tahun 2020 ini Mrs. A berazam setiap kali kuliah Dhuha yang Mrs. A dapat join InSyaAllah Mrs. A nak kongsi di blog picisan Mrs. A ini. [oppsss! jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah ya Mrs. A ooiii!]

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar".

salam-jumaat
Penceramah jemputan masih sama iaitu YBhg. Dato' Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid
Adoiiila dah nak habis Jumaat dah pun muahhhaaaaa... lunch hour tadi draft tapi tak sempat post. Okay takpe sambung citer kuliah Dhuha tajuk "Sabar" secara ringkas ajelah yang Mrs. A ingat menurut ustaz sabar itu adalah salah satu sifat mahmudah yang wajib ada dalam setiap diri umat Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kenapa kita perlu bersabar itu memang ada dinyatakan dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah: ayat 153).

Dalam setiap ujian yang Allah berikan kepada kita wajib kita bersabar dan redho. Contoh kata ustaz sekiranya kita diuji dengan ditimpa sakit hendaklah berbanyak-banyak istighifar dan redho kerana ia telah ditakdirkan. Dengan sifat sabar menerima takdir itulah kita akan mendapat pahala tapi sekiranya kita marah-marah dan tidak dapat menerima dengan redho takdir tetap berlaku, telah berlaku dan sedang berlaku,kita pulak langsung tak dapat apa-apa pahala ada kemungkinan pulak menambah dosa lagi katanya. Kita juga hendaklah istiqamah dalam bersabar selagi ianya tidak menyalahi hukum islam.

Tetapi kata ustaz ada juga sesetengah perkara kita tak perlu bersabar dah, contohnya macam bila kita tahu ada orang yang menghina islam ataupun menghina Nabi kita wajib kita pertahankan dengan apa cara sekalipun. Pastu sempat pulak ustaz melawak bagi contoh yang tak perlu sabar tu iaitu kalau orang peluk bini kita ha! takkan kita nak bersabar jugak kot. Apa lagi kita ajarlah cukup-cukup biar padan muka orang yang kurang ajar tu ehh! hahahaaa....

Okay itulah antara yang Mrs. A ingat ceramah ustaz berkenaan tajuk "Sabar". So dear readers sabar yolah dah tengah malam baru Mrs. A nak publish kisah Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar".



Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya. Salam Jumaat barokah! dear readers. Sudah agak lama Mrs. A tak share post Salam Jumaat Mrs. A last adalah bulan Mac aritu [SINI]

Pagi ini terasa nak share post ni cos dapat dua jemputan kahwin ni ehh! hiks! iaitu salah satu daripada 6 hak tersebut. Sajalah nak mengingatkan diri sendiri yang jemputan kahwin itu wajip kita hadiri seandainya tiada sebarang aral melintang, yang kategori "malas pergi" tu tak dikira aral ya ooopppsss...

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya.

6-kewajipan-seorang-muslim-kepada-muslim-lainnya

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya.
Kredit : Sumber
Salam Jumaat : Beware Of The Leaking Bucket

Salam Jumaat : Beware Of The Leaking Bucket

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Actually ada banyak jenis leaking bucket tapi Mrs. A tertarik nak share yang ini. Terasa sangat terkesan dengan diri sendiri.

1. You wear abaya and hijab but with perfume and makeup (A leaking bucket)

2. You're following Sunnah and have a beard but you don't lower your gaze (A leaking bucket)

3. You pray all of your prayers on time but you have no khu'shu at all (A leaking bucket)

4. You're very kind to people and speak with them gently but with your family you're always harsh (A leaking bucket)

5. You honour and treat your guests well but when they leave, you gossip about them and talk about their flaws (A leaking bucket)
beware-of-the-leaking-bucket


6. You give alot of sadaqah to the poor but you humiliate them and hurt them(A leaking bucket)

7. You stand up for tahajjud at night, fast and reads Qur'an everyday but you cut your family ties 
(A leaking bucket)

8. You fast and have sabr for the pangs of hunger and thirst but you swear, insult, curse (A leaking bucket)

9. You help others but you're doing it to gain something from them and not doing those acts of kindness for the sake pf Allah's Glory (A leaking bucket)

10. You post reminders and have thousands of followers on facebook and instagram but you're doing it for the fame, not to please ALLAH. Do not gather all your good deeds in a leaking bucket. You struggle to fill it whilst it easily runs out through the leaking holes.


Credit: The Ideal Muslimah
SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

Salam Jumaat 8 Rabiulawal 1440 Hijrah dear readers. Amvoiii!!! mentang-mentang hari Jumaat kemahen lagi kauuu! Mrs. A berbulan hijrah gitew! hah! haii. Okaylah meh sini Mrs. A nak share tips membaca Al-Qur'an. Tips ni Mrs. A dapat dari WhatsApp, ialah kalau dari WhatsApp ni kadang-kadang kalau dah clear chat tak dapeklah nak ulang baca semula so ada baiknya Mrs. A share kat blog.

Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik-bisik dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu. Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya. [Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri, saat kita ingin membaca Al-Qur'an]

Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...

tips-membaca-Al-Quran
Tips membaca Al-Qur'an
[Google image]

1. Junjung; 

Letak atas kepala, niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. Cium;

Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasullullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu-satunya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. Peluk;

Letak didada dengan erat, Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita. Amalkan tips ini InshaAllah. Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Wallahu a'lam.

Salam Jumaat : SAHABAT

Salam Jumaat : SAHABAT

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : SAHABAT

sahabat
Google image

Adakala kita bersalah...
Allah datangkan sahabat untuk menegur.

Adakala kita betul...
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur.

Adakala kita diuji...
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita.

Adakala sahabat kita diuji...
Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia.

Jadi, HARGAILAH sahabat...
Mungkin kerana dia, kita ke syurga.


Kredit - HAMKA -
Salam Jumaat

Salam Jumaat

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat.



"Orang mukmin yang hebat ialah, dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang ke masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal".

Al-Fatihah buat Al-Marhum Dr Haron Din.
SALAM JUMAAT - MELAYU KATA vs. ISLAM KATA

SALAM JUMAAT - MELAYU KATA vs. ISLAM KATA

As Salam and greetings to dear readers.

SALAM JUMAAT - MELAYU KATA vs. ISLAM KATA

Orang Melayu Kata Kalau
Ada Rezeki Baru Kahwin,
Tapi Islam Kata Nak Dapat 
Rezeki Kena Kahwin

Orang Melayu Kata Nak
Senang Kena Simpan Duit,
Tapi Islam Kata Nak Senang
Kena Banyak Keluar Sedekah

Orang Melayu Kata Dah Kaya
Baru Bantu Orang Miskin,
Tapi Islam Kata Kalau Nak
Kaya Bantu Orang Miskin.

Orang Melayu Kata
Makan Sampai Kenyang,
Tapi Islam Kata Berhenti
Sebelum Kenyang.

Orang Melayu Kata
Sakit Itu Bala,
Tapi Islam Kata
Sakit Itu Penghapus Dosa.

Inilah Keindahan Islam Yang Sentiasa Positif Dalam Kehidupan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

SALAM JUMAAT - MELAYU KATA vs. ISLAM KATA
Salam Jumaat - Tiada Kebetulan Ianya Adalah Ketentuan

Salam Jumaat - Tiada Kebetulan Ianya Adalah Ketentuan

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Tiada Kebetulan Ianya Adalah Ketentuan


salam Jumaat

"Jangan biasakan berkata sesuatu peristiwa/ kelakuan itu 'kebetulan' tetapi katakan ianya adalah 'ketentuan' dan 'takdir' Allah. Kerana tiada perkara di dunia ini yang berlaku secara kebetulan... Semuanya di dalam ketentuan dan kehendak Allah Ta'ala".

- TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki -


AMARAN: Akibat Tampal Doa Di Dinding

AMARAN: Akibat Tampal Doa Di Dinding

As Salam and greetings to dear readers.

AMARAN: Akibat Tampal Doa Di Dinding.


Suatu hari ketika semua murid mengikuti pelajaran agama di kelas...!

USTAZAH: "Siapa tahu doa masuk tandas? Angkat tangan..!"

ZALI: "Saya ustaazah.."

USTAZAH: "Ok Zali, cuba baca..!"

ZALI: "Allahumma Inni A'uu dzubika minal khutbutsi wal khobaiz"
[Ya Allah, aku berlindung kepadamu daripada gangguan syaitan jantan & syatan betina]

USTAZAH: "Bagus Zali, siapa yang ajar kamu?

ZALI: "Ummi..., di rumah, ummi tampal dekat pintu bilik mandi. tiap hari kami baca".

USTAZAH: "Kalau doa hendak tengok cermin siapa tahu?"


Karim angkat tangan dengan lantang dia membaca: "Allahumma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqi"

[Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelok kejadianku, maka perelokkanlah akhlakku]

USTAZAH: "Betul hebat kamu Karim"

KARIM: "Kakak saya tampal kat cermin, tiap-tiap pagi bila tengok cermin kakak mesti baca..."

USTAZAH: "Hebat-hebat... Baiklah, siapa tahu doa ketika nak tidur?"

DIN BIN ZAHARI: "Saya tahu Ustazah..!"

USTAZAH: "Waaah, Din kamu tahu ya..."

DIN: "Bismillahi Allahumma Jannibnaas syaithaana wa Jannibis syaithaana maa razaqtanaa..."

USTAZAH: Terdiam... (dalam hati berkata, doa ini... doa sebelum berjunub di antara suami/isteri..!?

DIN: "Doa ini ayah saya yang tampal dekat tempat tidur... ustazah. Tiap malam ayah saya membacanya...!

USTAZAH: "..!!??.. haaaahhhh... tiap malam!.." sambil tepok dahi.

DIN: "Iya ustazah..! Malah kalau malam Jumaat, ayah baca sampai tiga kali."

USTAZAH: "Apaaaa... tiga kali! MasyaAllah... luarbiasa ayah kamu Din.."

๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

AMARAN: Akibat Tampal Doa Di Dinding.
Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan

Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan. Sempena Ramadhan esok Mrs. A tertarik untuk berkongsi cara sambut Ramadhan dari Ustazah Norhafizah di IKIM.

Ramadhan Kareem

  • Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur... tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini.
  • Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem dan orang yang mendengar menjawab "Allahu Akram". 
Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapanya "Allah lebih Mulia".

  • Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau di dalam hati.

Contohnya... Ya Allah aku berpuasa ya Allah... terimalah puasaku ini... aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

  • Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.
  • Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu... hiasilah diri dengan AMALAN dan TAQWA.

Ramadhan Kareem buat dear readers my blog my stori. Mrs. A juga mohon MAAF ZAHIR BATIN.

Salam Jumaat dan selamat berpuasa.


Salam Jumaat - NAZAR

Salam Jumaat - NAZAR

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - NAZAR

NAZAR. "Kalau aku lulus exam, aku bernazar untuk puasa sunat dua hari"

Tatkala terdesak, baru kamu ingin mencari DIA
Itu pun jika dapat yang kamu minta.
Jika tidak dapat?
Maka tidak jadi untuk beramal.
Kenapa mesti bersyarat dengan Tuhan?

Sabda Rasullullah S.A.W.
Ini cara orang bakhil.
Kata ulama, nazar seperti ini makhruh.

Jadilah orang yang ikhlas.
Sama ada dapat atau tidak niat tetap ikhlas untuk beramal.

"Nazar hanyalah dikeluarkan daripada orang yang bakhil."

Wallahualam.

(Riwayat Muslim)


Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat

Istiqomah dalam mengamalkannya dan rasai keajaiban rezekiNYA. In Sha Allah.

Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

Wallahualam.
Credit : TAZKIRAHJUMAAT.COM

MRS.A my blog my stori ©