October 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: October 2014
Mesyuarat Pembahagian Tugas

Mesyuarat Pembahagian Tugas

Macam serius sangat tajuk tu, mesyuarat uuolls... iya.... jangan tak caya apa ingat TMJ kahwin jer.. ke ada mesyuarat protokol. Mrs. A punya Sil nak kahwin pun ada mesyuarat gak tau. Kejap aje dah nak kahwin rasa baru jer lagi bertunangnya (cerita bertunang baca sini)

Mesyuarat tu berlangsung malam tadi kat Jiboi rumah my parents in-laws. Since minggu lepas lagi dah dijemput adik-beradik ipar-duai side my hubby supaya hadir mesyuarat ni. Last week Mil  dengan konvoinya iaitu anak-anak dan menantu-menantunya kecuali family Mrs. A & family Ateh telah pergi menjemput sedara-mara sebelah Mil kat area kampung Mrs. A kiranya kampung tu berjiran jer... dengan kampung Mrs. A otw nak balik semula ke Seremban Mil & konvoi tu singgah rumah Mrs. A kat kampung besan nak mengajak besan kekdahnya.

Kebetulan pulak Mrs. A balik kampung time tu, so we all bumped kat kampung time ni...Sil cakap Kakngah Thursday (30102014) sebelah malam ada Mesyuarat tau semua kena datang Jiboi. Mesyuarat pembahagian tugas semua wajib hadir no excuse. Amboi! cenggitu stricknya hah! kenala.... menghadirkan diri. Tapi bukan Mesyuarat semata aje sebelum tu solat Maghrib dulu kemudian baca doa selamat dan Isyak berjemaah. Selepas tu kita makan dulu.... dah kenyang perut barulah buat Mesyuarat tu. Hurmm.. lupa lak nak amik gambar time tengah makan-makan tu. My Mil masak sedap-sedap semua lauknya.

Sampai time nak meeting tu amboi siap diedarkan agenda tu dasat-dasat bebudak zaman sekarang ni. Mesyuarat dimulai dengan kata-kata aluan daripada chairman tak lain tak bukan my Fil. Tugas bermula dari Friday (07112014) lepas Jumaat kena rebus telur. Banyak telor nak rebus 1 ribu tak silap. Ketua rebus telor yang dilantik adalah my bil yang sulung Along. So sowwi Along ur sil ni datang lambat nanti ya.. coz kerja da... ngeh!ngeh!ngeh! uikss... macam-macam pendapat dan cadangan telah dibincangkan ermmm...baru malam tadi meeting dah mula blurr.. tu pasal ler ada baiknya my Sil suh noted tu.

Pastu si Bobo ni pun nak joint meeting jugak. [Iklan jap]

Tugas saya apa?

Ha! bila blurr-blurrr tu datang. Sila tengok note nih! [apaler...yang Mrs. A noted tu]



Agenda Saturday hinggalah agenda Sunday. Macam-macam ada al-maklumlah my Sil ni anak bongsu dah tu the only doter so parents pun layanz...jer. Kahwin bukan selalu kalau boleh sekali jer seumur hidup. Story -mory hari kejadian wedding tu In Sha Allah Mrs. A akan up-post tunggguuuu....

Sebahagian ahli Mesyuarat top gun - top gun tak nampak muka la pulak.

Apala...yang seyes sangat time ni 

Ahli  Mesyuarat paling junior suh adjourned segera

Ni dia Photographernya.
Sempat selfie lagi tu.




Lebih kurang pukul 10.30pm cenggitu berakhirlah Mesyuaratnya. Pesanan my parents in-laws nanti masa kenduri jaga perangai masing-masing jangan nak naik-naik angin. Kita nak meraikan tetamu. Banyak-banyak bersabar masing-masing ingat tu. Iya... ingat Abah & Mak. In Sha Allah.

Harapan dan doa kami sekeluarga semoga majlis berjalan lancar dan diberkati hendakNya.


Sihat dah!

Sihat dah!

Sihat dah!

Alhamdulillah today Mrs. A dah feeling better takde flu dan bersin-bersin lagi. Tapi yang kelakarnya bos Mrs. A pulak yang tak sihat semalam dia SMS kata pagi ni (semalam) dia gi klinik dulu tak lama lepas tu dia message kata dia MC ngeh!ngeh!ngeh! orang lain yang plan nak MC orang lain pullloks yang MC. 

Ok tunjuk muka sikit.
Dah ceria. ngeh!ngeh!ngeh!


Come pun dah sembuh sikit tapi belum sepenuhnyalah. Mata dia dah tak berair walaupun masih sakit. Pastu bersin dia dah kurang cuma flu dia masih ada. Kesian tau merah hidung dia pastu kaki depan sebelah kiri dia comot sangat maybe dia duk asyik lap hidung dia tu huhuuuhuuu... haru betul bila nak bagi dia ubat dan letak ubat kat mata dia tu. Sampai bahu Along kena cakarlah dengan si Come. Sabar yolah Come punya pasal kena berkorban ler... tuler... ingat senang ke nak bela kucing Along hoi! bila sakit kena rawat, time makan kena bagi makan ha! faham tu...

Nota: Come tu kucing we all.

Wordless Wednesday #19

Wordless Wednesday #19

CPUV still on-going

Not Feeling Well

Not Feeling Well

Not Feeling Well

Huhuuuuhuu... dah 3 hari takde update. Nothing interesting to share. Tapi Sifu blogger kata kita kena update blog setiap hari cerita-ceriti apa-apa sahaja. Ha! ni yang Mrs. A gagahkan juga wat entry ni. Sebenarnya today Mrs. A tak berapa sihat sangat flu dan rasa macam nak demam. Tapi tetap gi kerja juger... coz Mrs. A kena kejar date line, paperwork kena settle by this week. Abaikan sajalah apa-apa orang nak kata nak tunjuk rajin ker... tak produktif ker... yang penting niat kita. Allah know best.


Officemate kata gi la klinik huhuuuuhu... dah sampai office nak gi klinik rugiler.. esok aje aku gi klinik terus pastu sure doc. bagi MC muaahhhaahhaaaaaa boleh cenggitu...Positif-positif tak teruk sangat pun cuma flu & bersin ni aje yang mengganggu sikit.




mrs.a-not-feeling-well
Flu...flu...please go away...  (Internet image)

Actually bukan Mrs. A aje yang ada flu & bersin-bersin ni. Si Come pun sama kesian lak hai! dengan si Come tu dah dekat seminggu demam kot mata berair, hingus leleh pastu bersin-bersin tapi mujur masih ada selera makan. Bila la nak bawa Come gi klinik hurmmm... nak kena cuti tu. Tapi mujurlah Come masih ada selera nak makan, dia still bising-bising time Mrs. A nak sediakan makanan depa tu, walaupun tak beria sangat cuma bekas makan dia asing-asing dengan adik-beradik yang lelain tu coz dia selalu terbersin walaupun time dia tengah makan.

comethecat
Sleeping cat
Dear readers tolong doakan semoga Come cepat sembuh dan ceria seperti sediakala ya. Kesian dia demam, sakit mata, flu & bersin-bersin. Kalau ada petua nak share lagi....ok.
Bowling santai with Ex-STADIAN Batch 1992

Bowling santai with Ex-STADIAN Batch 1992

Aktiviti bersama ex-Stadian lagi.... this time batch SPM 1992 aje. Organizer memang muka-muka yang rajin wat event itu jugak. Timbul idea ni selepas event Moh Ghayo kek Sekolah 2014 last time. So batch 1992 yang happening telah merealisasikan event bowling santai ni pulak.

Ini dia 3 orang organizer tu. Terima kasih daun keladi next time boleh buat lagi.

Credit photo to FB Kuch Kay Kuchai

Event ni time cuti Deepavali di Mydin Mall S2.


As usual Mrs. A pergi ditemani oleh my only doter. Pepagi lagi dia dah bangun. Terlebih excited pun ya coz kawan dia pun datang dah pakat-pakat dah. Mrs. A gerak dari rumah lebih kurang pukul 9.00am cenggitu coz registration pukul 9.30am. Just nice aje time sampainya takdelah ramai sangat lagi dan takdelah sedikit sangat. Lepas registration amik goody bag dan tukar T-shirt yang disediakan huk... aloh... purple lagiks. hurrmmm abih camno dah organizer tu suka purple. Team Mrs. A yang sorang tu pun dah jumpa so we all gi breakfast dulu. Breakfast kat Medan Selera Mydin S2 ni banyak choice ada tapi nak ke mamak jugak pekena roti canai & Nes tarik.

Aryssa & Sumaiyah suka jumpa gang

  Ayu  (one of my team) 
Lebih kurang pukul sepuluh lebih barulah event mula. Team Mrs. A namanya BFF (Bowling For Fun)     Mrs. A ikut jer... tak pasti siapa yang letak nama tu Jaizan ke Ayu ke??? Mrs. A ok jer... cara mainya tiga frames all together mujurlah tak empat coz itupun dah sakit-sakit jari-jemari dan tangan memasing. Lane Mrs. A dan lane sebelah memang takde ong, bak kata orang cina. Pin asyik sangkut, bola tak datang balik, banyak kali juger pin rongak kena reset berkali-kali haish... choi betullah. Banyak team yang dah habis main, team BFF & team Pak Dot tak gak habis-habis lagi huh! nasib badan.

BFF peace yo!

Sesambil tunggu lane clear tu, Mrs. A amik kesempatan gi intai-intai Aryssa, ghupernya dia pun play games patut arrr... senyap jer...

Aryssa tengah membaling hiks..hiks..hiks...

Pastu singgah snap-snap memana sempat.



Sempat snap bapak-bapak orang nih! all dah berubah 360.



Lebih kurang nak dekat pukul 12.00pm macam tu... the boys pun sampai. Kiranya games pun dah nak habis tengah kira-kira point dan almost time untuk penyampaian hadiah.




Point BFF
Eh! nape Mr. A pun ada sekali... jangan salah sangka dia tak main pun cuma diberi penghormatan untuk sampaikan hadiah pada pemenang. ngeh!ngeh!ngeh!...

Team BFF is no 4 out of 11

Team Maduku - Champion

Okeh! jom layan gambar pulak...

Gambar reramai sebelum games

Mrs. A pun diminta sampaikan hadiah, pastu setelah beberapa ketika siap bisik kat organizer minta pas baton kat orang lain coz dah letih senyum.



Ibu-ibu jom bergambar
 
Ada gak acara potong kek for those yang celebrate birthday bulan Oktober. Thank to Ayu yang sponsor kek merangkap taukeh! kek.

Happy birthday !to you all

Tadaaa.... last sekali ni ler...dia adik photographer.
Dalam setiap event Ex-Stadian most of the photo dia yang amik.
Thanks a lot ya... Kuch Kay Kuchai. You terbaik...
[Credit photos to FB KKK kecuali yang dinyatakan sebaliknya]


Peace yo!
Semoga silaturrahim yang terjalin sesama kita akan berkekalan hingga ke Jannah. Amin...



Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1436 H

Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1436 H

Esok Sabtu, 25 Oktober 2014 adalah bersamaan dengan 1 Muharram 1436 H dalam kiraan kalendar Islam iaitu tahun baru Hijrah bagi mereka yang beragama Islam. 
Mrs. A pun nak amik kesempatan ni nak ucapkan selamat tahun baru hijrah to all readers. Semoga kita semua akan berhijrah dari apa saja yang kurang baik kepada yang lebih baik. 
Tak tahu nak sharing apa tetiba Mrs A teringat lagu ni... So jom kita sesama nyanyi dan hayati liriknya yang penuh makna iaitu sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Lagu Maal Hijrah ( 1 Muharram) - Al Ajiba
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

[Chorus]
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

[Ulang chorus]
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

[Ulang chorus 2x]
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman



9 Awesome Blogs of the Month

9 Awesome Blogs of the Month

Bismillahhirrahmannirahim...
Jom.... memeriahkan segmen ni.


Sesiapa berminat leh terjah ke blog Su AK Go Geous untuk langkah-langkah selanjutnya.



Wordless Wednessday #18

Wordless Wednessday #18

Come&Kitiki
Shout Me

Shout Me

Shout Me

Tidak berapa lama dahulu Mrs. A dah pernah letak Cbox ni... Tapi ntah kenapa setelah beberapa ketika Mrs. A removekan. Biasalahkan sedangkan pantai lagi berubah inikan pulak hati manusia ngeh!ngeh!ngeh! siap bermadah la pulak. 

Tau tak kenapa Mrs. A rasa nak letak semula tempat nak jerit-jerit ni? Jerit ker...??? whatever yang kita gelarkanlah. Ini berdasarkan pengalaman sendirilah, bila Mrs. A blogwalking or blogrunning tu kekadang tak tau nak comment apa so bila cari tempat nak shout takdelah pulak so berlalu pergi ajelah tanpa ada jejak kasih. [perasan orang nak jejak la pulak].

So that is why Mrs. A pasang semula menda ni. Dear readers rerajin ler... shout kat situ ya.
First time dapat CPC dari Nuffnang

First time dapat CPC dari Nuffnang

Semalam log in Nuffnang tengok-tengok dapat CPC pulak.. apo bondo eaaa ni??? Anyway happylahkan. Senyum sampai ke telinga ngeh!ngeh!ngeh!
Alhamdulillah.



Thank you






Netball Ex-Stadian update

Netball Ex-Stadian update

Semalam telah pun berlalu tetapi sesuatu yang tak best untuk dikenang. So takde apalah nak share sangat pasal pertandingan netball bagi merebut Piala YDP MPS semalam. Tunjuk seketul 2 gambar ajelah sebagai signature makna kata ada pergi pertandingan tu. 

Supporter setia Ex-Stadian netball team
Kalah atau menang adat pertandingan tapi motto Ex-Stadian netball team gaya harus menang


Jersi baru 1st time dirasmikan (credit photo to FB Nizam Shahabudin)

Bila dah sedia nanti Mrs. A akan share story-morynya hokeh! thats all for now.

Jom! Support

Jom! Support

Sebagaimana yang Mrs. A dah pernah post sebelum ni, so esok adalah hari pertandingan bola jaring tersebut. Pertandingan bagi merebut piala YDP MPS.

Tempat: Centre Court, Paroi (Kompleks Sukan Negeri)

Masa: 8.00 pagi sehingga tamat pertandingan (lebih kurang 12.00 tengahari kot)

Kepada sesiapa yang berdekatan tu dah! tu pulak tak tau nak gi mana. Ha! jomler...datang support.


Internet photo

Nak buat lain yang keluar lain

Nak buat lain yang keluar lain

Kononnya this morning nak joint satu segmen tu. Walaupun banyak segmen lain-lain lagi tapi Mrs. A bolehkan pulak berminat kat segmen puan blog ni. Tapi tak jadilah huh! ntah! apa-apa ntah! puan blog tu... wat segmen tapi bila Mrs. A tanya tak reply. Actually dah tanya soalan tu 2 hari lepas lagi bila tengok dateline lambat lagi sehingga 30 Oktober so ingat hari ni paling sesuai nak up entry segmen tu. Maklumlah kat draf pun dah nan hado! most of the story dah publish. Positif lagi ni bersangka baik gi check kat email mana tau dia reply kat email nan hado! jugak so tak dapat jawapan maknanya ko tak payah ler...nak beria bagai joint segmen tu Mrs. A ramai lagi orang lain yang dah joint dan nak joint. Hurrrmmmmmmmm...yolah. Bukannya Mrs. A tak pernah joint segmen sebelum ni tapi yang sebelum-sebelum ni tu elok aje menjawab soalan yang Mrs. A tanya.

Harrrr.. arrhgh... apalah yang si Mrs. A meroyan ni.. ngantuk aku dibuatnya
Tak kiralah nak kongsi-kongsi rasa gak kat sini. [ko mana paham Come ko takde perasan] Iklan jap.

Kepada sesiapa yang buat segmen tu so pleaselah sila jawab pertanyaan orang-orang yang berminat nak joint hokeh! If agak-agak malas nak layan lebih baik tak yah wat segmen. Actually bukan nak sangat pun hadiahnya tu... hadiahnya pun takdelah gah sangat pun tapi sajalah niat hati nak support tapi lain pulak yang jadi.

Peringatan untuk diri sendiri jugak. Suatu hari nanti kalau buat segmen jangan buat orang meluat.

Training Netball

Training Netball

Malam tadi 15102014 ada training netball kat Center Court Paroi. Finally aku dapat joint setelah 2 training sebelum ni aku tak joint. Pertandingan yang Ex-Stadian nak sertai itu, this weekend (Sunday 19102014). Pertandingan ni adalah bagi merebut piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Petang sebelum tu cabutan undi telah diadakan biasalah aku tak gi serahkan pada yang senior mereka yang lebih layak yang aku tahu main jer... Sebanyak 20 group bertanding setiap group dibahagi kepada 5. As for Ex-Stadian masuk group B huhuuuu...sama group dengan Sweeties iaitu group yang we all pernah kalah dalam pertandingan sebelum ini. Dutches pun sama group gak, dedua ni team kuat da... lelain MAB & Rembau B yang 2 ni tak tahu camne kekuatan they all coz we all tak pernah berjumpa.

Training start pukul 8.30 malam otw aku gerak hujan turun renyai-renyai tapi tak perlu risau coz Center Court adalah stadium tertutup. Aku diescort oleh Adik & Aryssa. Along tak nak ikut dia tinggal dengan babahnya. Walaupun aku tak bagi Adik & Aryssa ikut tapi they both berkeras nak jugak ikut so layankan ajelah.

Ibu bz trainig. Anak bz posseing

Aku ingat aku paling awal coz tepat 8.30 malam aku sampai, ghupernya Zilla & the KL gang dah sampai dulu. This time lebih teratur coz Ex-Stadian dah ada coach. Actually dia player import we all [player import tu tak boleh blah!] tapi dia buat coaching jugak, ni yang aku nak. Cara ni barulah pro sama kekdahnya dengan aku main dengan company aku sebelum ni coz company amik coach berbayar. Time aku games last time dialah salah seorang pengadil pertandingan. Walaupun Sebelum ni Ex-Stadian ada berkira-kira nak amik coach tapi we all cannot bare the cost. Tapi takpe sekarang Ex-Stadian dah ada coach harapan we all semoga akan terus maju jaya.

Jom layan gambar pulak.


Setelah warm-up sesi training pun bermula.
Ramai dari biasa coz ada 3 team semuanya time ni.
Satu team KL bebudak U coach punya anak didik.
Satu team lagi Dutches joint training sambil friendly match.


Buat diamond..buat diamond kata coach. Ewah takkan tak ingat dah kot baru 3 hari lepas katanya.


Kecik jer...saiz coach tu. Tepi sekali all black sebelah kanan


Cecari Mrs. A mana satu?

Huhuuuhuuu...rileks jap.
Habis lenjun bermandi peluh.
Time ni lepas dah lepas friendly game yang kedua.


Adik & Aryssa siap bawak tikar nanti senang nak baring-baring katanya.
Memang Aryssa baring pun.


Ha.... lega training dah habis dah pukul 10.30 malam pun, cooling down pun dah buat so time makan pulak.
Kuih bakar dibawa oleh Kak Kay T-shirt putih



Ini gambar dari FB kak Hamidah [akak jangan minta royalti ya].
Gembiranya we all. All black yang kecik comel jer tu.. dialah yang coaching.
Yang belakang tepi dinding lelaki tu pun main netball gak team KL tu ada campur lelaki. 3 lelaki.
Memang tak terkejor yop... sambil aku siap pesan adik hoi! you all tak yah main beria ok akak ni dah tahap makcik-makcik ni.

Okaylah dear readers doakan we all menang yer... if not pun at least lepas peringkat kumpulan. In Sha Allah
EX-Stadian boleh!

Ada tak sesiapa sudi sponsor head to toe? [perasan cam player international]


Wordless Wednesday #17

Wordless Wednesday #17


Kehilangan

Kehilangan

Kehilangan

Tajuk macam tajuk lagu jer.. yelah tajuk lagu Firman "Kehilangan". Tapi ni citer kehilangan sesuatu yang disayangi. Pagi ni terasa nak share perasaan kehilangan la pulak... Sedih plus tertanya-tanya manala perginya si Midnite dan Tam ni??? Midnite ni dah lama dah pergi tak balik-baliknya semenjak raya aidilfitri dulu. 

We all seminggu takde kat rumah time raya tu tapi in between tu adalah balik rumah but then we all dah pakat dengan jiran sebelah minta tolong dia tengok-tengokkan Midnite plus Whiskas dia dah bagi sekali. Jiran sebelah Mrs. A ni kalau balik kampung pun tak bertungku-bertangga pagi balik petang dah balik semula rumah sendiri. Takler... macam Mrs. A ni bila balik raya tu memang ikut time cutinya tu berapa hari if seminggu kekdahnya seminggu la kat kampung ngalahkan balik jauh ke Sabah/Sarawak nun.. padahal almost every week tu balik kampung. Ngeh!ngeh!ngeh! 

cat
Midnite
Minggu ni dah Tam pulak  pergi tak balik-balik lagi. Kiranya dah 2 hari tapi rasa lama sangat coz weekend tak jumpa dia. Biasanya dari simpang lagi bila they all nampak keta Mrs. A dah berlari-lari dah menuju ke rumah bila nak open gate pun they all tergolek-golek suh angkat ler...tu nak manja-manja. Bila tengok mata memasing alahai belas sangat. Memang tak sampai hati tengok. Tapi kekadang Mrs. A pelik dan hairan giler... dengan sesetengah manusia yang sanggup pukul kucing ni camne tuh!?? If tak suka pun halau ajelah simbah ajer...air ni tergamak manusia tu pukul. Huhuuuhuuu... tak tercapai  dek akal.

cat
TAM yang depan termenug melayan perasaan kot. Kat belakang tengah jejilat badan tu COME
Actually we all sekeluarga dah usaha dah cari Midnite tu.. at one day tu we all cari keliling-keliling taman sambil jerit-jerit Midnite-midnite tapi tak juger berjumpanya. Yang best pasal Midnite ni bila pangil nama dia dia akan sahut tu yang cute sangat. Kekdah!nya dia tahu nama dia Midnite. Tam dengan Come tak pandai sangat tapi bila dengar bunyi periuk nasi atau bekas makan dia memang dia berlari laju menuju terus ke dapur kekadang terlangsung lelanggar kaki Mrs. A tak sempat brek.

Tuan sebenar-benarnya kekucing ni Mrs. A pun tak pasti siapa. Kekucing ni semua kucing datang. Walaupun bukan kucing Mrs. A mula asalnya tapi we all sekeluarga dah layan macam kucing sendiri. Memula memang tak nak bela tak layan pun kekucing ni tapi anak-anak Mrs. A bukannya boleh dihalang. So layankan ajelah as times goes by dah sayang la pulak.

Huhuuu.huu.. Tam & Midnite kemana agaknya adakah telah jumpa tuan baru atau dilanggar keta??? Walau kat mana pun mereka masih berharap yang mereka akan pulang. Kalau dah jumpa tuan yang lebih baik takpelah we all redho ajelah. Seandainya sebaliknya yang buruk-buruk terjadi biarlah Mrs. A tak tahu coz tak sanggup nak tahu.

MRS.A my blog my stori ©