MRS.A my blog my stori: SAINS MRS.A my blog my stori: SAINS
Memaparkan catatan dengan label SAINS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAINS. Papar semua catatan
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson

Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers.

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson. Balik dari berkursus macam semangat terus Mrs. A nak up-date kisah menghadiri kursus Ahsan Madani. ๐Ÿ˜Š Walaupun terima Memo short notice sahaja tapi bila check jadual Mrs. A macam available tiada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mahupun Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan dalam minggu tersebut itu yang Mrs. A laju aje menyatakan kesanggupan untuk hadir gittewww.... Kursus ini seakan sama macam yang [INI]

Untuk kursus yang dinamakan Ahsan Madani Bekerja Dengan Hati Dan Minda pada 14 & 15 Julai 2025 ini Mrs. A adalah kumpulan Sesi 1/2025. Makna kata selepas ini akan ada sesi seterusnya sepertimana amalan syarikat sebelum ini. So macam mana kau nak elak pun akan tetap perlu hadir juga muahahaaahaa... So kekdahnya baiklah Mrs. A layankan aje sementara tengah available gittewww...

Mengikut peraturan sebenar semua kakitangan yang telah tersenarai semasa berkursus mestilah bermalam di sana. Sebabnya pada sebelah malam juga ada aktiviti dijalankan dan begitu juga pada waktu subuh hari kedua perlu berjemaah di surau. Tapi itulah ada juga kakitangan yang pulang dan esoknya datang semula atas alasan-alasan tertentu hurmmm... ini tidak adil eh! tiberrr....๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ tapi yang pasti Mrs. A bermalam di sana hokeh! Jom layan gambar walaupun tak banyak gambar yang Mrs. A snap.

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.

Kursus Ahsan Madani
Satu bilik berdua. Nama bilik Mrs. A Kesidang

Pada hari pertama kursus dijangka bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi lewat satu jam kerana menunggu para peserta yang masih ramai belum hadir. Oleh itu yang dah sampai awal diminta terus menghantar luggage ke bilik dan kemudian terus sahaja bersarapan.

Pada hari pertama slot satu hingga slot 3 semuanya berkisar dengan kerja menurut perspektif Tauhid. Slot keempat sepatutnya outdoor tetapi cuaca panas sangat kekdahnya game aplikasi nilai tersebut di adakan di dalam dewan sahaja. Game itupun tak berat sangat santai-santai sahaja.

Kursus Ahsan Madani
Tiga dari HQ yang belakang tu roomate Mrs.A waktu kursus ni dari pejabat Nilai

Kursus Ahsan Madani
Nama team Mrs. A adalah Think Tankers

Kursus Ahsan Madani
Game atas kiri berpasukan transfer bola ping pong menggunakan kertas tanpa sentuh bola.
Game atas kanan berpasukan lelaki kena tutup mata dengar arahan yang perempuan untuk kutip gula-gula
Gambar bawah berpasukan keluarkan bola menggunakan sembilan batang lidi dari dalam bakul

Selesai slot keempat. Minum petang balik ke bilik bersiap untuk ke surau. Slot 5 membina pengalaman kerohanian secara berpasukan iaitu solat maghrib sementara menunggu waktu isyak berzikir Mathurat Sugra, memahami Al-Fatihah, aktiviti guru murid dan seterusnya solat isyak berjemaah. Kemudian minum malam dan masuk bilik istirehat (aktiviti sendiri) 

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson - Hari Kedua

Slot 6 (sambung) membina pengalaman kerohanian secara berpasukan. Solat subuh berjemaah di surau, zikir Mathurat Sugra dan seterusnya memahami solat. Kepada setiap ahli pasukan yang hadir berjemaah subuh akan diberikan seorang 2 mata. Rugi yang tak hadir tiada mata untuk pasukan dan rugi jugalah ilmu untuk kerohanian huhuhuuu...

Slot 7 game aplikasi nilai (outdoor). Semua peserta diminta berpakaian sukan. Punyalah gigih team Mrs. A join unfortunately satu gambar pun tiada sedih! ๐Ÿ˜ข

Seterusnya slot ke 8 hingga ke sebelas semua diadakan di dalam dewan sahaja.

Kursus Ahsan Madani
Pagi hari kedua Mrs. A dan girls lain antara yang awal masuk ke dewan
so kita bergambar dahulu ๐Ÿ˜

Kursus Ahsan Madani
Kata-kata penghargaan kepada fasilator tapiiii... biarlah rahsia hanya peserta di dewan yang tahu

Kursus Ahsan Madani
Secara keseluruhan team Think Tankers dapat tempat kedua

Kursus Ahsan Madani
Sebelum pulang haruslah bergambar kumpulan beramai-ramai ๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ’—

Pada pukul lebih kurang 3.30 petang majlis penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah program tamat lebih kurang pukul 4.00 petang. Selepas minum petang masing-masing gerak balik. Rasanya paling last balik adalah Mrs. A dan Y hehehee... Y dan Mrs. A kongsi naik satu kereta. On the way balik chit-chat ajelah kami berdua. Alhamdulillah selamat sampai ke Seremban dalam pukul 5.00 petang.

Kesimpulan kursus pada pendapat Mrs. A sangat mengesankan kerohanian. Rasanya macam tak sesuai untuk yang belum muslim sebabnya intipati kursus adalah memahami surah Al-Fatihah. Okay itu sahaja nak share kisah Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.



Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pra-Raya Photo Shoot. Seminggu sebelum tamatnya bulan Ramadhan 1446H to be exact 21 Mac yang lalu Legal dept. telah berkesempatan untuk photo shoot di Masjid Seri Sendayan. Actually ini adalah tahun kedua Legal dept. beria berphoto shoot raya ngeh! ngeh! ngeh! Idea pra-raya photo shoot di Masjid Seri Sendayan ini tak lain dan tak bukan datangnya adalah dari En Boss sendiri. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ We all yang lain-lain ini layankan aje permintaan boss tu al-maklumlah boss pun dah nak hampir ke tahun persaraan.

Lagipun syarikat sendiri telah mengesyorkan setiap dept menyediakan video clip ucapan raya mengikut kreativiti dept masing-masing untuk dipaparkan di skrin TV besar di ruang lobby. Sebagai tanda support laju masing-masing menyahut saranan tersebut demi nak menonton diri-sendiri di skrin TV besar bila lalu-lalang di ruang lobby tersebut muahahaaaa....

Pada Pra-Raya photo shoot Legal dept tahun ini ahlinya telah berkurangan daripada tahun sebelum ini. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข SJA telah resign dan dua orang lagi kakitangan sementara telah tamat kontrak. Okaylah tanpa berlengah jom Mrs. A share gambar-gambar yang telah terakam semasa sesi photo shoot tersebut.

Pra-Raya Photo Shoot. 

Pra-Raya Photo Shoot
Kami tinggal 6 ketui, bos yang berbaju melayu tu,
Sandra tahun lepas takde (baju biru) maternity leave

Pra-Raya Photo Shoot.
Posing di bangku free style ๐Ÿ˜Š

Pra-Raya Photo Shoot
Lagi posing duduk ๐Ÿ˜

Setelah begitu banyak take untuk shooting video dan kemudian bergambar sepuasnya bos pulang dahulu sebabnya dia perlu bergegas ke Hospital Putrajaya di mana bapanya sedang dirawat. Manakala we all meneruskan lagi sesi photo shoot sampai lebam gittewww ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Okaylah setelah Mrs. A mencari-cari posting untuk Pra-Raya Photo Shoot untuk tahun lepas iaitu 2024 tiada uols! haish sesal dan sedih rasanya. Tapi takpe Mrs. A share jugalah seketul dua gambar untuk sesi tahun 2024.

Pra-Raya Photo Shoot 2024
Pra-Raya Photo Shoot
Masa ini ada 8 orang kecuali Sandra (maternity leave)

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot
Secretarial, Boss, Advisory, Litigation

Pra-Raya Photo Shoot
Sorang lagi yang sebelah boss isteri beliau 

Pada tahun ini sesi photo shoot we all tu menggunakan khidmat tripod Aryssa anak Mrs.A sahaja berbanding tahun lepas we all minta tolong isteri boss jadi photographer ngeh! ngeh! ngeh! Bila megenang semula sesi photo shoot ini happy pun ada sedih pun ada betapa dalam masa setahun banyak perubahan boleh terjadi. Sebab itulah bila diminta bergambar itu layankan aje kerana moments tersebut tak mungkin sama berulang lagi.


Pra-Ramadhan Potluck

Pra-Ramadhan Potluck

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pra-Ramadhan Potluck. Haish! dah hampir seminggu Ramadhan  baharu nak up-date kisah pra-Ramadhan potluck. Takpelah better late than never bak kata omputih ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ Alhamdulillah pada pagi Khamis 27022025 rezeki Mrs. A dapat turut sama berkongsi rezeki sempena Pra-Ramadhan Potluck. Pra-Ramadhan Potluck ini adalah planning beberapa orang di area cubicle hujung daripada Mrs. A. Sewaktu ditanya nak tak join pra-Ramadhan potlluck tersebut Mrs. A okay saja ON gittewww... 

Actually penganjur potluck ini tak mahu heboh-heboh sangat bimbang menjadi satu bebanan kepada mereka yang tidak berminat. Kekdahnya Pra-Ramadhan Potluck ini hanya yang tahu je tahu #ytjt. Menu-menu terserah nak bawa apa tiada paksaan. Cuba teka Mrs. A bawa apa?๐Ÿ˜Š

Pra-Ramadhan Pot-Luck. 

Potluck
Kamilah yang berusaha itu ✌

Walaupun kami bertujuh sahaja yang membawa menu-menu potluck tersebut tetapi tak sangka pulak begitu meriah rezeki dengan izinNYA. Alhamdulillah dapatlah berkongsi dengan menjemput kakitangan dari cubicle lorong belakang dan cubicle lorong sebelah-menyebelah. Havoc jugalah cubicle organiser pada pagi tu bila ramai tetamu yang sudi datang mengambil potluck we all.

Potluck
Menu berat ada bihun, nasi goreng dan juga spageti.
Menu ringan macam-macam kuih ada dan juga buah-buahan.

Potluck
Busy organiser ngeh! ngeh! ngeh!

Potluck
Jawapannya kek batik dan creampuff ๐Ÿ˜

Perasaan Mrs. A pada pagi tu tak sangka begitu banyak menu dan rasa terharu dapat gembirakan rakan-rakan lain yang sudi menjamu selera. Okaylah akhir sekali Mrs. A nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa semoga puasa kita semua diterima oleh Allah SWT.


Bid Farewell To SJA

Bid Farewell To SJA

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Bid Farewell To SJA. Takde ribut takde angin tiba-tiba SJA tender resignation. SJA tu adalah initial name kepada salah seorang eksekutif di department Mrs. A. Nama sebenar beliau, erm...biarlah rahsia ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Cerita SJA dah tender resignation tu En Bos yang maklumkan Mrs. A. Serius Mrs. A terkejut sangat.

Oh! patutlah ada satu hari tu minggu pertama Februari SJA ada surat nak bagi bos masa tu bos di luar dia minta Mrs. A register tapi surat tu dalam envelope. Kemudian SJA cakap takpelah kita letak sendiri kat meja bos. Mrs. A pun tak syak apa-apa. Esoknya tu bos datang kat tempat Mrs. A katanya SJA resign dah tender dah huhuhuu cuma tak cukup 2 bulan yang sebulan lagi tu company baharu SJA akan bayarkan sebabnya mereka nak guna staff ASAP. 

Alhamdulillah rezeki SJA berpindah ke tempat yang lebih baik InsyaAllah. Kekdahnya pada 13022025 department Mrs. A telah mengadakan farewell lunch di Restoren Casa Lagenda, City Park a.k.a Oriental Restoren S2.

Bid Farewell To SJA.

Farewell
Menu pilihan kami berempat Bos dengan SJA tak tahu pun ๐Ÿ˜

Farewell
Free style tunjuk SJA ๐Ÿ˜

Farewell
Bos wakil menyampaikan souvenir dari Legal Dept

Farewell
Lagi satu souvenir frame bersama gambar-gambar sepanjang kami bersama

Farewell
Ada potong-potong kek juga

Pada 17022025 adalah hari terakhir SJA datang ke office. Sewaktu dengan itu Mrs. A pulak nak kena bertugas di luar. Alhamdulillah rezeki dapat berjumpa dan bergambar kenangan berdua

Farewell
Ha! nampak tak tu betul-betul depan pintu nak keluar bergambarnya ๐Ÿ˜Š

SJA kata dia pindah tempat kerja sahaja rumah masih di Seremban kalau nak ajak makan-makan boleh saja ngeh! ngeh! ngeh! Semoga SJA bertambah maju jaya di tempat kerja yang baharu. InsyaAllah do keep in touch ya. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ‘Œ

Pagi esoknya tu bila Mrs. A sampai office kat atas meja Mrs. A ada kotak comel. Bila buka a scented candle. Cantik rasa macam nak makan pun ada hahaaaha...

Farewell
Thank you SJA



Santai-Santai Bowling

Santai-Santai Bowling

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Santai-Santai Bowling. Pada 24012025 yang lalu Mrs. A telah terjebak pulak di dalam santai-santai bowling a.k.a bowling sukahati. Pertandingan bowling ini dianjurkan secara suka rela oleh kakitangan Daerah Port Dickson yang diketuai oleh Pengurus Air Daerah mereka dan dibantu oleh bowlers yang pernah terlibat di dalam SBAM. Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhwah sesama rakan sekerja disamping persediaan awal untuk ke SBAM Selangor 2025.

Memang sesiapa yang aktif bersukan di syarikat ini akan kenal dengan Puan Z. Actually Puan Z bukan setakat aktif bersukan sahaja lain-lain aktiviti pun beliau aktif juga. Santai-santai bowling ini penyertaannya adalah terhad kepada sesiapa yang tahu sahaja #ytjt. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰ As for Mrs. A mendapat tahu daripada En H salah seorang bowler wakil SBAM dan kami pernah satu group dalam pertandingan bowling [SINI]

Santai-santai bowling ini diadakan di d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Kenapa dan mengapa di sini tiada pula Mrs. A bertanya, apa yang pasti Mrs. A tak ingat jalan ke situ walaupun dah 2 ke tiga kali ke situ muaahahaaa. Bak kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih so pandai-pandailah adjust lagipun waze kan ada eh! ๐Ÿ˜‡ Sewaktu pergi Mrs.A follow belakang kereta salah seorang ganglunch Gojes dan balik pula Mrs. A follow belakang kereta si N. Meh! Mrs. A share gambar dari phone Mrs. A dulu ya. 

Santai-Santai Bowling. 

Bowling
Sebelum bermula kita bergambar bersama-sama dulu

Bowling
Group 8 hasil dari cabutan undi

Bowling
N ๐Ÿ‘†
abaikan si photobomb belakang tu

Bowling
Rezeki dapat nombor 5 sahaja daripada 10 group yang bertanding

Santai-Santai Bowling.

Gambar-gambar dari phone Mrs. A tu Aryssa yang tolong snapkan. Aryssa follow Mrs. A ke santai-santai bowling ni sebabnya semenjak 6 Januari 2025 lalu Aryssa dah start internship di Maybank S2. Kekdahnya pergi dan balik setiap hari kerja we both go together-gether gittewww... syukur alhamdulillah dapat tempat internship sekangkang kera aje dari ofis ibu.

Eh! ada iklan pulok! okay sambung untuk santai-santai bowling ini penganjur hadkan kepada 40 orang yang awal sahaja boleh join sebabnya lane di d'Tempat Country Club tu hanya ada 10 sahaja. Setiap group pula terbahagi kepada 4 orang. Cara group dibentuk pula dengan cabutan undi. So tak dapeklah kau nak pilih-pilih siapa ahli group ngko ya Mrs. A hoi! muahahaaahaaa.... 

Cabutan undi diadakan sehari sebelum melalui kaedah online. Tukang cabut undinya adalah Puan Z so masa undian dijalankan we all nonton online melalui googlemeet. Laju aje Puan Z buat kerja tu kami semua yang terlibat pun berpuashati aje. Oh! ya selepas dah tahu ahli group tu Mrs. A adalah cadangkan supaya yang perempuan diberikan handicap. Hurmmm... tapi tulah cadangan Mrs. A tidak dilayan uols! sedih! ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Bukan apa berdasarkan pengalaman Mrs. A sebelum ini kebiasaanya peserta perempuan akan diberikan handicap. Tapi itulah, keputusan muktamad terserah kepada penganjur. Kekdahnya sebab itulah group Mrs. A mampu dapat nombor 5 aje ada dua orang pompuan hokeh! eh! tiberrr...

Okay jom Mrs. A belanja gambar dri group WhatsApp santai-santai bowling. Amaran ✋ jangan muntah gambarnya banyak uols! 

Johan Group dapat medal

Naib Johan Group dapat medal juga

Nombor 3 group pun dapat medal

Nombor 4 group dan ke bawah tiada medal ๐Ÿ˜

Nombor 6 group

Nombor 7 group

Nombor 8 group

Nombor 9 group

Gambar group nombor 10 tiada pula di dalam group WhatsApp santai-santai bowling, tak pasti sebab apa. Maybe masa tu photographer volunteer belum bersedia lagi kot. ✌

Santai-Santai Bowling.

Untuk pemenang individu hadiah disediakan sehingga tempat kelima. Ada juga hadiah sesiapa yang mendapat Turkey (3 kali strike berturut-turut).

Individu lelaki No 1

 No 2

No 3

No 4

Pemenang individu No 5 dari group 8 Mrs. A letteww

Pemenang individu wanita No 1

Nombor 2

Eh! Puan Z menang nombor 3

N nombor 4 individu berganda medal dia ha ๐Ÿ˜

Nombor 5

Fuh! baru Mrs. A perasan kesemua pemenang individu wanita tu kecuali N datangnya dari Daerah Port Dickson. Tahniah! patutlah depa suka sangat anjurkan games bowling ini sebabnya ya... #sisgurauje

Tak peliklah dia ni a.k.a Tok Rizz memang champion selalu, dapat turkey menang wang tunai

Peserta terpaling ceria menang wang tunai juga.

Finally Mrs. A nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat penganjur iaitu Daerah Port Dickson dalam menganjurkan pertandingan santai-santai bowling ini. Walaupun simple tapi tetap meriah dan berjaya mengumpulkan peminat bowling dari pelbagai daerah.

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang, yang tak menang tu boleh cuba lagi di lain masa ๐Ÿ‘Œ

Dah siap post baru Mrs. A perasan sepatutnya watermark tu kredit @nana group WhatsApp santai-santai bowling. Maafkan Mrs. A @nana.


MRS.A my blog my stori ©