MRS.A my blog my stori: Tips MRS.A my blog my stori: Tips
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

Salam Jumaat 8 Rabiulawal 1440 Hijrah dear readers. Amvoiii!!! mentang-mentang hari Jumaat kemahen lagi kauuu! Mrs. A berbulan hijrah gitew! hah! haii. Okaylah meh sini Mrs. A nak share tips membaca Al-Qur'an. Tips ni Mrs. A dapat dari WhatsApp, ialah kalau dari WhatsApp ni kadang-kadang kalau dah clear chat tak dapeklah nak ulang baca semula so ada baiknya Mrs. A share kat blog.

Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik-bisik dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu. Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya. [Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri, saat kita ingin membaca Al-Qur'an]

Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...

tips-membaca-Al-Quran
Tips membaca Al-Qur'an
[Google image]

1. Junjung; 

Letak atas kepala, niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. Cium;

Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasullullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu-satunya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. Peluk;

Letak didada dengan erat, Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita. Amalkan tips ini InshaAllah. Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Wallahu a'lam.

Selamat Tinggal Shout Box a.k.a Chat Box

Selamat Tinggal Shout Box a.k.a Chat Box

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tinggal Shout Box a.k.a Chat Box.

Today Mrs. A memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada shout box a.k.a Chat box Mrs. A. Actually dah lama Mrs. A nak ucapkan selamat tinggal drafnya pun dah lama tapi terasa sedikit bimbang kalau ada blogger yang hanya mahu menjerit di shout box.
Mrs. A
Selamat tinggal dear shout box semoga berjumpa lagi hew! hew! hew!
Terasa sayang pun ia juga cos ada-ada masa tertentu Mrs. A akan throwback semula shout box tu untuk menerjah sesiapa sahaja yang pernah menjerit di situ. Tetapi lately ini Mrs. A terasa geram apabila shout box tu jarang-jarang appear tak tahulah apa masalahnya. Mungkin juga masalah browser tapi shout box pula yang jadi mangsa ya! muahahhahaaaa....

Ha! lagi satu yang Mrs. A geram shout box tu telah menjadi mangsa spammer itu yang tambah menguatkan lagi semangat Mrs. A untuk mengucapkan selamat tinggal kepada shout box tu.

Lagipun shoutbox tu ada iframe di mana sedikit sebanyak akan memberatkan loading blog itu berdasarkan apa yang Mrs. A dapat review daripada segmen review blog tidak berapa lama dahulu. Walaupun ada cara-cara nak memperbetulkanya unfortunately Mrs. A ini sejenis yang fobia dengan code html muahahaaaaaa... so jalan mudah remove ajelah buat masa ini. Mana tahu esok lusa nak pasang balikkan..kan..kan...

Haish! mentang-mentanglah tengah geram dengan shout box habis semua ko tulis yang negatif aje Mrs. A ya!!! muahahhhaaaa.... Actually ada jer... kebaikkan shout box tu contoh seperti blogger yang jarang-jarang up-date blog [Mrs. A lettew!!] so bila reader datang takde entry baru tapi nak tinggalkan jejak mereka jeritlah dekat shout box tu kans... Tapi takpelah kalau betul-betul nak tinggal jejak tinggalkan ajelah kat mana-mana post tak kiralah lama ke baru.

Okay sekian Selamat Tinggal Shout Box a.k.a Chat Box.
8 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Sewaktu Memakai Perfume

8 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Sewaktu Memakai Perfume

As Salam and greetings to dear readers.

8 perkara yang anda perlu elakkan sewaktu memakai perfume. Ha! tetiba pulak Mrs. A nak share pasal tips ini. Actually Mrs. A terbaca ini kat wall FB kawan Mrs. A yang jual perfume De'Xandra. Al-maklumlah kat FB nanti susah nak cari balik kat blog senang taip aje label ha jumpalah kita post ni nanti walaupun beberapa tahun kemudian. In Sha Allah. 
8-perkara-yang-perlu-anda-elakkan
Chloe lepas ni Mrs. A tak gosok-gosok kau lagi ya...mana tau kot kuar jin pulak  muahhhaaaa
Okay!! jom baca 8 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Sewaktu Memakai Perfume:-

1. Jangan pakai perfume semasa tubuh masih basah 
Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan dah agak kering (lembap ye, bukan betul2 kering). Kerana pada waktu itu, kulit anda akan mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.

2. Jangan pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

3. Jangan pakai di tempat yang salah
Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

4. Jangan pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.

5. Jangan pakai perfume di baju.
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

6. Jangan menggosok perfume selepas pakai.
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

7. Jangan pakai perfume di tempat letak barang kemas/ perhiasan/ jam tangan.
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/ perhiasan/ jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

8. Jangan letak perfume di tempat terlalu panas/ terlalu sejuk.
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Perkara 4, 5 dan 6 tu Mrs. A selalu aje buat muaaahahhaaaa... lepas ini tak nak buat dah. Semoga tips ini bermanafaat dan readers semua wangi selalu. Itu saja nak share 8 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Sewaktu Memakai Perfume.


Kredit to Shilla Yaakob
Tips Minum 8 Gelas Air Sehari Di Bulan Puasa

Tips Minum 8 Gelas Air Sehari Di Bulan Puasa



As salam and greetings to dear readers.

Sempena bulan puasa ini kita memang tak dapatlah nak minum air di siang harikan??? Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita terkurang  minum air, ada caranya dan mudah untuk dipraktikkan. 

Tips Minum 8 Gelas Air Sehari Di Bulan Puasa dari KKM ini memang praktikal. Lepas buka nanti boleh mula ya...

tips.minum.8.gelas.sehari.di.bulan.puasa
Tips minum 8 gelas sehari di bulan puasa


Selamat menjalani ibadah puasa di hari yang ke lima kepada readers. Semoga puasa kita hari ini berkah dan lancar.


MRS.A my blog my stori ©