MRS.A my blog my stori: Ramadhan MRS.A my blog my stori: Ramadhan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pra-Raya Photo Shoot. Seminggu sebelum tamatnya bulan Ramadhan 1446H to be exact 21 Mac yang lalu Legal dept. telah berkesempatan untuk photo shoot di Masjid Seri Sendayan. Actually ini adalah tahun kedua Legal dept. beria berphoto shoot raya ngeh! ngeh! ngeh! Idea pra-raya photo shoot di Masjid Seri Sendayan ini tak lain dan tak bukan datangnya adalah dari En Boss sendiri. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ We all yang lain-lain ini layankan aje permintaan boss tu al-maklumlah boss pun dah nak hampir ke tahun persaraan.

Lagipun syarikat sendiri telah mengesyorkan setiap dept menyediakan video clip ucapan raya mengikut kreativiti dept masing-masing untuk dipaparkan di skrin TV besar di ruang lobby. Sebagai tanda support laju masing-masing menyahut saranan tersebut demi nak menonton diri-sendiri di skrin TV besar bila lalu-lalang di ruang lobby tersebut muahahaaaa....

Pada Pra-Raya photo shoot Legal dept tahun ini ahlinya telah berkurangan daripada tahun sebelum ini. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข SJA telah resign dan dua orang lagi kakitangan sementara telah tamat kontrak. Okaylah tanpa berlengah jom Mrs. A share gambar-gambar yang telah terakam semasa sesi photo shoot tersebut.

Pra-Raya Photo Shoot. 

Pra-Raya Photo Shoot
Kami tinggal 6 ketui, bos yang berbaju melayu tu,
Sandra tahun lepas takde (baju biru) maternity leave

Pra-Raya Photo Shoot.
Posing di bangku free style ๐Ÿ˜Š

Pra-Raya Photo Shoot
Lagi posing duduk ๐Ÿ˜

Setelah begitu banyak take untuk shooting video dan kemudian bergambar sepuasnya bos pulang dahulu sebabnya dia perlu bergegas ke Hospital Putrajaya di mana bapanya sedang dirawat. Manakala we all meneruskan lagi sesi photo shoot sampai lebam gittewww ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Okaylah setelah Mrs. A mencari-cari posting untuk Pra-Raya Photo Shoot untuk tahun lepas iaitu 2024 tiada uols! haish sesal dan sedih rasanya. Tapi takpe Mrs. A share jugalah seketul dua gambar untuk sesi tahun 2024.

Pra-Raya Photo Shoot 2024
Pra-Raya Photo Shoot
Masa ini ada 8 orang kecuali Sandra (maternity leave)

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot

Pra-Raya Photo Shoot
Secretarial, Boss, Advisory, Litigation

Pra-Raya Photo Shoot
Sorang lagi yang sebelah boss isteri beliau 

Pada tahun ini sesi photo shoot we all tu menggunakan khidmat tripod Aryssa anak Mrs.A sahaja berbanding tahun lepas we all minta tolong isteri boss jadi photographer ngeh! ngeh! ngeh! Bila megenang semula sesi photo shoot ini happy pun ada sedih pun ada betapa dalam masa setahun banyak perubahan boleh terjadi. Sebab itulah bila diminta bergambar itu layankan aje kerana moments tersebut tak mungkin sama berulang lagi.


Salam Ramadhan 1446H

Salam Ramadhan 1446H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Ramadhan 1446H. Pejam celik pejam celik dah 16 hari kita berpuasa. Dari awal Ramadhan Mrs. A dah membuat percubaan untuk mencoret kisah berpuasa tahun ini tapi tulah asyik gagal sajo huhuuhuu sedihhh! Tapi hari ini macam free sikit so Mrs. A gigihkan diri untuk mencoret sepatah dua kata demi my blog my stori supaya tidak bersawang sangat dan demi readers ๐Ÿ˜Š eh! over ko Mrs. A oii!

Sehingga Ramadhan ke 14 Mrs. A masih lagi cukup berpuasa setakat hari ini pula dah ada hari yang tak boleh berpuasa. Sehari sebelum berpuasa iaitu pada Sabtu 01032025 yang lalu sempat Mrs.A balik kampung. Sajalah nak ziarah mak Mrs.A dan juga mak-mak sedara dan belikan mereka barang-barang keperluan dapur. Alhamdulillah dapat lunch dan dinner bersama emak ku sayang. Mulanya emak ingat kami nak berpuasa di kampung tapi tulah plannya bukan begitu. Selepas solat maghrib kami gerak pulang ke Seremban daaa... So kekdahnya pada satu Ramadhan tu tetaplah kami berpuasa di rumah sendiri.

Juadah sahur hari pertama tu rendang daging yang di masak oleh sister in-law tapi daging tu Mr. A yang belikan untuk family Jiboi. Ada juga dia belikan daging dan tulang untuk emak Mrs. A tapi emak Mrs. A belum masak lagi daging tu sewaktu kami balik kampung lagipun macam buruk siku pula nak tapau ๐Ÿ˜ƒ

Salam Ramadhan 1446H.

Ramadhan
Menu berbuka 1 Ramadhan

Oleh sebab 1 Ramadhan bersamaan Ahad cuti hujung minggu kekdahnya Mrs. A pun diminta memasak. Mrs. A masak gulai udang masak lemak bersama kacang dan juga rendang ayam. Menu tambahan yang dibeli oleh Mr. A cencaru sumbat dan kuih onde-onde. Ada juga rendang daging left over sahur.

Dari awal  Ramadhan hingga hari ini masih belum ada berbuka di luar lagi. Adapun pada Sabtu 08032025, 7 Ramadhan berbuka di Jiboi. Kebanyakkan menu waktu tu haruslah sil yang masak provided bahan mentah by Mr. A as usual. Lain-lain menu potluck pun ada. Kaklong bawa gulai ikan parang, Mrs. A bawa pengat ubi, Lala/ Ateh bawa roti john. Family Alang/ Nija datang lambat sebabnya mereka ada program berbuka di Melaka.

Salam Ramadhan 1446H.

Ramadhan
Anak-anak sedara sedang menyendok nasi.

Selepas berbuka masing-masing solat maghrib ikut time sendiri. As for Mrs. A tak sempat join jemaah kekdahnya solat sendirian berhad. Selepas itu baharulah solat isyak berjemaah dan seterusnya solat sunat tarawih pula. Fil yang menjadi imam dia bawa solat tarawih 8 rakaat, 3 rakaat  witir (1+2). Selepas settle solat tarawih tu sambung lepak-lepak dan minum-minum lagi

Ramadhan
Sempat Tokbah bergambar dengan cucunda

Sajalah nak tanya uols! selalu sahur makan apa? Kalau family Mrs. A akan makan nasi walaupun sedikit tapi masing-masing mesti nak jamah nasi juga. Kalau tak makan nasi ketika bersahur macam tak lengkap bersahur tu ngeh! ngeh! ngeh!

Ramadhan
Masa ni pukul 4.30 pagi dia ekor pun sibuk nak bersahur juga๐Ÿ˜ป

Jumaat lepas Mrs. A dan Aryssa bercuti. Aryssa yang planning cuti hari Jumaat 14032025 dan ajak balik kampung sebab nak berbuka dengan nenek katanya. The boys tak balik sekali Along dan Mr. A kerja Adik pula ada tuisyen pagi Sabtu. Petang Jumaat on the way pulang ke kampung tu sempatlah Mrs. A dan Aryssa singgah bazar Ramadhan di Rembau. Inilah kali pertama Mrs. A dan Aryssa ke bazar ramadhan untuk tahun ini. Beli itu ini terbang RM94 terasa macam mahalnyo harga makanan sekarang ini. Kena beli dengan berhemah supaya tak membazir rezeki. Ikut nafsu mahu haru-biru dompet huhuhuu...

Salam Ramadhan 1446H.
Ramadhan
Girls otw balik kampung

Ramadhan
Menu berbuka di kampung 13 Ramadhan. 2 menu masak sendiri.
Pegaga crispy, gulai tempoyak daun, ayam percik, kambing bakar, murtabak,
 kuih popia, mee kari, laksa dan air teh macha hasil tunjuk di bazar Ramadhan Rembau

Ramadhan
Pagi Sabtu ke pekan Lubok China emak minta Mrs. A beli barang basah

Ramadhan
Menu berbuka di kampung 14 Ramadhan

Pada hari Sabtu tu the boys balik juga kampung. Balik semata nak berbuka sahaja malam tu pulang  ke Seremban berkereta-kereta sendiri gittewww... Alhamdulillah tercapai hajat nak berbuka bersama emak dan mak-mak sedara.

Baju raya sedondon family we all tahun ini macam tahun sudah juga ditentukan oleh Mr. A. Punyalah Mrs. A dan anak-anak berdiskusi nak color hitam tapi tulah bapaknya belikan color lain. Dia pegi Jakel sorang buat video call tunjuk kain ni dan tanya berapa meter terus dibelinya. Haish! bersyukur sajalah udah dibelikan. Mrs. A dan anak-anak follow sajo.

Ramadhan
Girls dah selamat tempah di Yimei Tailor. The boys di G.T.C

Lain-lain persiapan raya Mrs. A sederhana sahaja. Kuih-muih beli aje serba sedikit sekadar perlu. Okay itu sahaja yang mampu dicoretkan setakat ini. Semoga ibadah puasa dan amalan kita dilipat gandakan pahala dan diterima oleh Allah SWT. Amin... YRA.






Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa

Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa. Kisah campak belakang 27 Februari yang lalu ๐Ÿ˜œ baru sekarang datang rajin nak up-entry. Sewaktu preview ini diadakan tempatnya adalah di Selera Coffee House, Klana Resort Seremban (KRS). Pada bulan Ramadan sebenar Mrs. A difahamkan KRS akan buka area buffet sehingga ke Grand Ball Room wow! luas betulkan memang sesuailah temanya 1001 rasa tu. 

Terlampau excited sangat makan-makan pada masa tu tiada pulak Mrs. A snap gambar makanan. Kekdahnya Mrs. A pinjamlah gambar-gambar dari FB Klana Resort Seremban.

Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa.

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Kredit photo FB page Klana Resort Seremban

Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa.

Sebelum tetamu menikmati hidangan pada malam itu ada teaser nyanyian lagu P. Ramlee terhibur  jugaklah we all dengan lagu dan lakonan mereka (kakitangan KRS). Menjamu selera di dalam nostalgia filem melayu lama gittewww... Okay yang bawah ni gambar yang Mrs. A snap sendiri.

Klana Resort Seremban
Seketul gambar bersama LZ ๐Ÿ˜

Klana Resort Seremban
Hidangan pertama Mrs.A ermm yummy!

Klana Resort Seremban
ooo! ot td

Mohon jangan ketawakan Mrs. A tau dah buffet sebenar hampir berakhir baru nak buat post preview ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ

Salam 24 Ramadan 1445H
Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H

Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H. Ha! tu dia orang dah nak sambut raya Mrs. A masih nak up kisah menu berbuka puasa ngeh! ngeh! ngeh! sambung kisah  imbas kembali menu berbuka [SINI]

Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H.

8 Ramadhan 1444H/ 30032023

Wordless Wednesday
Dua lauk Mrs. A beli yang lain-lain Mr. A beli ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

9 Ramadhan 1444H/ 31032023.

9 Ramadhan Mrs. A berbuka di luar ada majlis berbuka puasa anjuran syarikat. Mr.A pun sama berbuka di luar for business katanya. Kekdahnya tinggallah adik berbuka seorang diri di rumah. Hidangan berbuka untuk Adik babah/ibu dah sediakan tapi tak teringat pulak nak snap gambar menu di rumah petang tu. 

Wordless Wednesday
Menu berbuka di majlis berbuka puasa SAINS bersama YAB MBNS

Wordless Wednesday
Salam 500 katanya Alhamdulillah dapat saguhati hariraya ๐Ÿ˜˜

10 Ramadhan 1444H/ 01042023.

Wordless Wednesday
10 Ramadhan menu masak sendiri gambar snap selepas berbuka
itu yang portion dah susut

11 Ramadhan 1444H/ 02042023.

Wordless Wednesday
11 Ramadhan menu as usual pilihan hati Mr.A

12 Ramadhan 1444H/ 03042023.

Wordless Wednesday
Menu beli di restoran Nelayan 

13 Ramadhan 1444H/ 04042023.

Wordless Wednesday


14 Ramadhan 1444H/ 05042023.

Wordless Wednesday
Cencaru sumbat selalu ada sebabnya favorite Mr. A ๐Ÿ˜‹
Adik dan Mrs. A okay jerrr....

15 Ramadhan 1444H/ 06042023.

Pada 15 Ramadhan Mr. A sponsor family Jiboi berbuka puasa bersama-sama di Hotel Royal Chulan. Alhamdulillah rezeki hampir semua family hadir. Untuk family Mrs. A sendiri Along dan Aryssa takde depa nun sorang di Penang dan Sorang lagi di Alor Gajah menuntut ilmu.

Wordless Wednesday
Ada macam-macam menu cuma ini aje yang Mrs. A sempat snap

Wordless Wednesday
Mr. A jemput jugak besan-besan f.i.l  Dua orang hadir dan dua orang lagi tak hadir
sorang yang tak hadir tu emak Mrs. A ler... dan sorang lagi bapa mertua Ateh sebab kurang sihat

Wordless Wednesday
Adik #antisosial

Wordless Wednesday
๐Ÿ’•

16 Ramadhan 1444H/ 07042023.

Wordless Wednesday
Menu berbuka beli di restoren Man Tomyam kecuali gulai telor itik.
Pulut mangganya sedap ๐Ÿ‘

17 Ramadhan 1444H/ 08042023.
Wordless Wednesday
Menu Mrs. A masak kecuali ayam gunting

18 Ramadhan 1444H/ 09042023.
Wordless Wednesday
Menu Mrs. A yang masak.
Kebiasaannya bila hari cuti Mrs. A akan main masak-masak ๐Ÿ˜

19 Ramadhan 1444H/ 11042023.
Wordless Wednesday
Time ni ada menu T20 muahhhahhaa gulai ikan krai masak tempoyak
 from Restoren Nelayan

20 Ramadhan 1444H/ 12042023.

Pada 20 Ramadhan Mrs. A dan beberapa orang officemate yang berkaitan sahaja dapat jemputan berbuka puasa dari syarikat MRSB. Alhamdulillah dengan izin Mr. A dan rezekiNYA dapat memenuhi undangan.

Wordless Wednesday
Mrs.A snap gambar dengan girls only ๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday
Perasan tak tempat ni hiks! betullah tu this is Royal Chulan Seremban.
Kali kedua Mrs. A berbuka di sini pada Ramadhan tahun ini.

21 Ramadhan 1444H/ 13042023.
Wordless Wednesday


22 Ramadhan 1444H/ 14042023.
Wordless Wednesday
Menu terlebih-lebih time ni huhuhuuu.

Disebabkan communication breakdown itulah jadinya Mrs. A membeli dah tu pulak Mr. A pun membeli. Pagi tu sebelum pergi kerja Mr. A bagitahu suruh beli lauk untuk berbuka sebabnya dia kena pergi mindef ada kerja mungkin tak sempat nak beli lauk berbuka. Bila balik petang tu Mrs. A masuk bilik tengok dia dah balik tapi sedang tidur. 

Mrs. A pulak tak cakap pun yang dah beli lauk. Selepas solat asar dia turun boleh pulak dia tak check bawah tudung saji tu dah tersedia lauk-pauk. Di perginya membeli lauk adoila... poning masing-masing. Nak bagi jiran sebelah takde rumah pulak. Sudahnya makan yolah sampai lebam.

23 Ramadhan 1444H/ 14042023.
Wordless Wednesday
Waktu berbuka terlupa snap ini gambar waktu bersahur ๐Ÿ˜„


24 Ramadhan 1444H/ 15042023.
Wordless Wednesday
Kalu setakat 2 ke 3 lauk aje tu maknanya Mrs. A yang masak ๐Ÿ™ˆ


25 Ramadhan 1444H/ 16042023.
Wordless Wednesday
Masak kari sardin dan sayur buncis. Ayam Mr. A beli

26 Ramadhan 1444H/ 17042023.
Wordless Wednesday
Murtabak cheese sedap banyak isi.
Waktu ni Aryssa dah berbuka sama-sama dah sampai dari Penang petang tu 

27 Ramadhan 1444H/ 18042023.
Wordless Wednesday
Menu berbuka 27 Ramadhan ada cempedak goreng ๐Ÿ˜˜

Okay itu sahaja kisah Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H.

Up-dated post menu 28 Ramadhan hingga 30 Ramadhan di sini aje, tak best pulak feeling ni bila tak habiskan kisah hingga ke akhirnya ngeh! ngeh! ngeh! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

28 Ramadhan 1444H/ 19042023.
Wordless Wednesday
28 Ramadhan Along pun dah balik alhamdulillah cukup kuorom. Menu special gulai udang masak lomak cili api from Nelayan Restoren ๐Ÿ˜

29 Ramadhan 1444H/ 20042023.
Wordless Wednesday
Bunga api merdeka showtime ๐Ÿ˜œ

20 April Khamis tu Mrs. A dah mula bercuti. So pergi shopping last minutes bersama Aryssa. Tiba-tiba baca kat group WhatsApp s.i.l ajak semua adik-beradiknya berbuka di Jiboi. Mr. A pun siap reminder suruh pergi berbuka ramai-ramai di Jiboi kekdahnya Aryssa dan Mrs. A sampai ngam-ngam waktu azan berkumandang terus aje berbuka sebab dah kena sound buka dulu, buka dulu huhuuu...

30 Ramadhan 1444H/ 21042023.
Wordless Wednesday
Dah habis berbuka baru teringat nak snap gambar.
Time ni Mrs. A dah repeat makan nasi impit kuah kacang emak yang baru siap masak ๐Ÿ˜‹

21 April tu Mrs. A dah sampai kampung. Alhamdulillah pada 30 Ramadhan tu dapat berbuka bersama-sama emak di kampung. Semoga dapat bersua lagi dengan bulan Ramadhan di tahun akan datang InsyaAllah.
MRS.A my blog my stori ©