Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H. Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 4 Syawal ๐๐ Mrs.A pun dah mula kerja hari ini. Sunyi je office sebabnya masih ramai lagi yang bercuti. Sudah agak lama Mrs. A tidak bermonolog di my blog my stori huhuuu sedih!! tebal sawang kat blog ni ha ngeh! ngeh!. Petang ni sengajalah Mrs. A memaksa diri nak menulis ucapan raya kepada readers dan rakan-rakan blogger.
Sebelum tu nak tanya juga uols! team raya Jumaat ke Sabtu sebelum pengumuman tu ahaks!? Terus terang Mrs. A cakap Mrs. A team raya Jumaat itu yang seawal hari Rabu dah bercuti. Kekdahnya kat department Mrs. A, Mrs. A adalah orang pertama yang dah cuti dulu, kebanyakkan officemate Khamis baharu mereka bercuti ๐๐๐ Masa penyimpan mohor besar nak umumkan tu Mrs. A tak dengar pun ntah apa Mrs. A sibukkan kat dapur pun tak ingat pulak. Emak, anak-anak sedara Mrs.A semua duk depan TV sekali depa kata raya hari Sabtu la... hah!haai! yeke ni tanya Mrs. A dua tiga kali lepas tu terus cakap uols! esok kita berpuasa lagi la... dah! malam ni kena pi tarawih ngeh! ngeh! ngeh! hampa seorang Mrs. A beria cakap raya hari Jumaat ๐
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H.
![]() |
| Tema tahun ini kuning macam sunflower ๐ |
![]() |
| Berempat saja anak sulung Mrs. A nun di kampung Mrs. A ๐ |
Selamat hari raya Aidilfitri kepada readers my blog my stori dan juga rakan-rakan blogger sekelian. Mohon maaf zahir dan batin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga amalan tradisi kunjung mengunjung kita di hari raya akan diamalkan sehingga bila-bila. Janganlah masa raya ni kita nak pergi bercuti pulak ya kurang helok begitu.
Okay nanti Mrs. A sambung lagilah kisah Ramadhan ada juga hajat nak share tu haish! macam-macam nak tulis tapi ntah bila tu tak tahu lagi ngeh! ngeh! ngeh!












