Ogos 2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Ogos 2023
Wordless Wednesday - #roadtosbamkedah2023

Wordless Wednesday - #roadtosbamkedah2023

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - #roadtosbamkedah2023. Dah tak sempat nak bercerita kisah training netball so Mrs. A post cerita bergambar ajelah sebabnya pagi ini kontigen SAINS akan bergerak ke Kedah sudah!

Wordless Wednesday - #roadtosbamkedah2023. 

WW
Officially training selepas pemilihan pada 20.06.2023

Kamilah 12 orang itu

Training kali kedua 22.06.2023 ada pulak photographer rajin nak snap photo 




Bila coach suruh Mrs. A diganti dengan orang lain amik kesempatanlah selfie-selpot

Hampir sebulan training coach dah confident untuk adakan friendly match

FM lagi

FM bersama Bomba dan adik-adik KV

Time ini ada photographer snapkan photo

Last day training pada Isnin 21.08.2023

Wordless Wednesday - #roadtosbamkedah2023. Okay itulah sebahagian kisah training netball dan friendly match team netball. Ada suka ada duka yang duka yang sampai kena injured masuk hospital tu tak payah ceritalah yang penting semuanya dah sihat dan bersedia InsyaAllah. Mohon readers doakan kejayaan kontigen SAINS ya terutamanya team netball hiks!


#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling

#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling. Pada mulanya jadual permainan yang telah dikeluarkan oleh pihak penganjur iaitu Syarikat Air Darul Aman (SADA) di antara permainan bowling dan netball tidak bertindih/ sama. Di dalam syarat-syarat dan terma juga pemain dibolehkan untuk bermain lebih dari satu jenis permainan. Tidak berapa lama kemudian setelah mereka mengemaskini jadual ditakdirkan pula jadual pertandingan netball dan bowling adalah sama tarikh iaitu pada 26082023. 

Okay berbalik kepada kisah netball, pada hari Sabtu 17062023 Mrs. A pergi selection netball untuk kali yang kedua. Setelah selesai sesi pemilihan pada hari itu manager netball dan coach telah memanggil Mrs. A dan bertanyakan dari hati ke hati eeecewahhh! hati ke hatilah! sangat! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Mrs. A sebenarnya pilih netball atau bowling. Sejujurnya Mrs. A memang berat hati ke arah netball seandainya terpilihlah. Kemudian coach pun cakap dari pemerhatian, kita memamg pilih akak sebabnya dikalangan veteren akak memang bagus. 

Wow! hahaha.. suka Mrs. A mendengarnya ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–. Kemudian manager netball pulak bagitahu dia pernah berborak dengan manager bowling minta tanya betul-betul dengan Mrs.A nak main netball ke bowling. Kalau Mrs. A pilih netball dia okay je dan faham sebabnya team netball memang perlukan veteren sepertimana yang terdapat di dalam terma dan syarat-syarat penyertaan wajib ada dua orang veteren yang sentiasa bermain ketika satu-satu perlawanan berlangsung. Alhamdulillah bila dengar macam tu kurang sikit rasa serba salah Mrs. A terus masa tu 17062023 Mrs. A decided pilih netball.

#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling.

#roadtosbamkedah2023
#netballismypassion ๐Ÿ˜œ

Setelah pulang ke rumah pada Sabtu malam tu berkira-kira menyusun ayat camne nak bagitahu kat  group WhatsApp bowling ni ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ. Susun punya susun, karang punya karang tapi malam tu masih tiada kekuatan lagi nak bagitahu. Terbeban betul jiwa dan perasaan masa tu. Sampailah selepas subuh pagi esok tu barulah Mrs. A maklumkan di dalam group bowling. Intipatinya haruslah mohon maaf kerana menyusahkan. Mrs. A tak terus left group pun tunggu dalam 10 minit tapi sorang pun takde reply mungkin mereka masih lena dibuai mimpi almaklumlah masih awal lagi lebih kurang pukul 6.30 pagi 18062023 ketika itu. 

Ada juga seorang dari team bowling yang sentap dengan Mrs. A langsung tak bertegur sape selepas Mrs. A left group tu huhuuu... tapi alhamdulillah setelah sebulan berlalu dan Mrs. A mula tegur dia dulu dia pun dah okay sepertimana sebelum ini. Mrs. A risik jugalah siapa yang ganti Mrs. A katanya takde siapa yang ganti. Perempuan tetaplah 3 orang cumanya seorang perempuan kena bermain dua ketegori single lelaki perempuan, duo lelaki perempuan atau group 4 orang lelaki perempuan belum diputuskan lagi. Alhamdulillah lega Mrs. A dengar problem soft.

Kekdahnya selepas Mrs. A terpilih dan group WhatsApp netball road to SBAM wujud Mrs. A pun busy training bersama-sama netballers yang terpilih.

#roadtosbamkedah2023
Yang ini sewaktu selection kedua lagi seorang tiada dalam gambar

Jadual training netball boleh sama pulak harinya dengan bowling ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ iaitu setiap Selasa dan Khamis. Tempat latihan adalah di Sekolah Perempuan Tuanku Ampuan Rohani (SGS) di Sikamat a.k.a TKC lama. Masa latihan 5-7 petang. Tetapi bukanlah semua yang dirancang menjadi ada juga hari-hari tertentu tempat dan masa latihan berubah bergantung kepada keadaan semasa.

Sebelum selection tu team netball telah adakan sesi suai kenal bersama coach dan training suka-suka bersama mereka yang berminat.

#roadtosbamkedah2023
Training suka-suka bersama coach to be @ 30.05.2023

#roadtosbamkedah2023
Memori pada selection pertama netball 10.06.2023

#roadtosbamkedah2023 - Netball atau Bowling. Setelah berfikir semasak-masaknya tanpa paksaan mana-mana pihak akhirnya Mrs. A masih berminat dan gembira untuk memilih bermain netball. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A pergi selection bowling - pt.2

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A pergi selection bowling - pt.2

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A pergi selection bowling - pt.2. Lama betul nak up kisah pt 2 ni ya hahahhaa... sampai dah nak pergi dah ke Kedah ha! kisah sebelumnya [SINI] Gigih jugalah Mrs. A pergi pada selection kali kedua tu 10 Jun 2023 kalau tak silap. Mulanya macam malas nak pergi sebabnya pagi 10 Jun tu Mrs. A dah pergi selection untuk netball. Memang seronok bersama team netball cumanya ketika itu belum pasti lagi terpilih atau tidak huhuhuu...

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A pergi selection bowling - pt.2. 

#roadtosbamkedah2023

Pada selection yang kedua tu tak ramai perempuan hadir hurmmm... dah tentulah terpilih cenggini gayanya muahahhaaaa.... Pada selection yang kedua ini pointer Mrs. A tidak begitu menjadi huhuuu... setelah printout pointer pemilihan pada petang itu nampaklah nama Mrs. A di akhir sekali adeh! sedih ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข tapi dah namanya rezeki tersenarailah juga sebagai peserta wanita untuk ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia di Kedah gittewww...

Manager bowling memang pantas dah laju pada hari Isnin dia dah siap setting group WhatsApp bowling roadtosbam. Di awal - awal itu time training telah ditetapkan pada setiap hari Selasa dan Khamis pukul 5 - 7 petang. Mereka yang terpilih telah mendapat kebenaran untuk keluar awal sejam dari waktu bekerja sebagai persediaan untuk ke tempat training.

#roadtosbamkedah2023 - Mrs. A pergi selection bowling - pt.2. 
#roadtosbamkedah2023
Selfie-selpot bersama otai bowling
13062023 training pertama kali setelah terpilih

Sewaktu pertama kali training bersama team bowling yang kebanyakkan mereka adalah dari edisi SBAM 2018 Mrs. A terasa kerdil dan feelingnya adalah bowling is not my passion gittewww.... Dah tu pulak kena main 5 frame lagilah Mrs. A punya balingan ke laut dalam muahahhaaa...

Pada training kali kedua 15062023 Mrs. A tidak hadir lagipun Mrs. A bercuti ketika itu memang dah planning awal sebab ada family matters yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah bila Mrs. A maklumkan manager bowling dia okay je dan  memahami.

Okay itu sahajalah kisah Mrs. A bersama team bowling. Maafkan Mrs. A team bowling InsyaAllah panjang umur next SBAM ya...



International Cat Day 2023

International Cat Day 2023

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

International Cat Day 2023. Selamat Hari Kucing Antarabangsa Mrs. A ucapkan kepada rakan blogger yang juga cat parents. Nak ucap pada majikan tak faham pulak dia ekor muahahhaaa.... International cat day disambut pada 8 Ogos setiap tahun iaitu jatuh pada hari ini Selasa 8 Ogos 2023. Last Mrs. A share kisah kekucing Mrs. A [SINI] dan [SINI].

International Cat Day 2023.
International cat day 2023
Sempena International Cat Day hari ini sengajalah Mrs. A nak share gambar majikan sekor per sekor ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

International cat day 2023
Gambar terbaharu Marble kucing Mrs. A yang paling senior a.k.a veteren ๐Ÿ˜

International cat day 2023
Upin si paling penakut dengan strangers dan tak kisah pun nak keluar rumah
 
International cat day 2023
Takde pulak gambar Ipin sekor yang ini Ipin, Upin dan Ciki si three colors

International cat day 2023
Bobot paling ganjil hehehe...lahir sehari kemudian selepas Ciko, Ciki dan Simba

International cat day 2023
Ciko pakar menyelinap masuk bilik ibu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

International cat day 2023
Terpaling suka merayap, mulut bising nak keluar jalan-jalan makan rumput.
 Ini gambar terpaling penat setelah Simba #theoyen balik dari merayap keluar
 
Okay itulah dia tujuh ekor rupa wajah majikan-majikan bulus Mrs. A hehehhee... Balik nanti sempena nak meraikan international cat day haruslah bibik bagi wetput ni muahahhaaa.... Any woman can be a mother but it takes someone special to be a cat mom ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† 


MRS.A my blog my stori ©