Hyper Pets Centre Seremban 2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hyper Pets Centre Seremban 2

14 Februari 2023

Hyper Pets Centre Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hyper Pets Centre Seremban 2. Hari Jumaat lepas selepas habis waktu kerja terus Mrs. A teringat nak beli makanan kucing yang dah hampir nak kehabisan stok. Actually dah minta tolong Along belikan sewaktu Mrs. A ke Penang 2 minggu lepas, tapi boleh pulak ketiga-tiga petshop yang Mrs. A suruh dia pergi tu 2 tempat takde stok yang satu lagi pulak telah berpindah. Sewaktu Mrs. A ke Penang tu Along pulak dibenarkan balik bermalam tapi timing tak syncronise so tak dapatlah dia ikut sekali menghantar Aryssa masuk semester 2.

Along balik sendiri dengan kawan dia yang dari Johor (drive kereta sendiri dengan kebenaran IKTBN). Katanya kawan Johor tu tak nak balik Johor sebab cuti 2 hari sahaja penat nak drive kekdahnya dia ajak balik Seremban gittewww... Eh! panjang pulak iklan 😛okay sambung balik citer beli makanan kucing di Hyper Pets Centre Seremban 2.

Sudah agak lama Mrs. A tak beli makanan kucing di Hyper Pets S2 ni sehinggakan shop lot depa dah berubah tempat pun Mrs. A tak tahu. Mula-mula sampai di NSK S2 petang tu 10022023 Mrs. A terus ajelah menuju ke tempat biasa sebabnya signboard masih ada di tempat lama. Tapi bila Mrs. A mendekat petshop tu sudah bertukar menjadi kedai talipon dan kedai jajan derrrr.... Haish! tak puashati betul Mrs. A time tu pusing keliling keluar masuk NSK bila nak tanya orang tiba-tiba terpandang 👇 terus tersenyum sensorang dan laju menuju ke situ.

Hyper Pets Centre Seremban 2.

I love all time low price

Sambil bercakap dalam hati tak sia-sia aku mundar-mandir macam orang pandir tadi muahahaaa.... berdoa jugak yang catfood jenama Button and Bow akan adalah di sini. Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam Hyper Pets tersebut terkagum Mrs. A uols! besar gedabak sungguh dan begitu banyak sekali catfood pelbagai jenama tersusun seakan gaya ikea fuhhh! heaven sangat. Alhamdulillah jenama kesukaan anak-anak bulus Mrs. A pun ada. 

Hyper Pets
Ada 3 lorong susunan cenggini ha besarkan macam warehouse

Hyper Pets
Cattree dan macam-macam keperluan kucing ada

Setahun dua kebelakangan ini jenama yang Mrs. A belikan untuk anak-anak bulus yang 7 ekor tu adalah Button and Bows. Alhamdulillah diaekor suka dan takde masalah so far.

Hyper Pets
Jenama premium mampu beli 😘

Berdasarkan nasihat vet kalau nak pilih makanan kucing, bagus yang kandungannya mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus protein yang fat, omega dan lain-lain tu tak kisah lagi berapa peratus tapi yang penting sekali proteinnya kena 30 peratus kalau lebih lagi elok. Actually dan banyak jenama catfoods yang Mrs. A cuba awal-awal dulu Powercat yang hijau yang biru tapi tulah kadang bila nak beli kat petshop jenama tu takde susah nak cari.

Lepas tu tukar Reflex, Blackwood, Me-O, Ali-Cat yang ini bulus-bulus kurang suka. Ada juga bagi Prodiet dan Friskies 2 jenama ni colorful dari apa yang Mrs. A baca banyak pewarna tak bagus untuk kucing. Pernah juga bagi jenama Greens, 6 ekor okay je suka takde masalah tapi si Upin tak sesuai dapat cirit-birit sampai melecet montot dia asyik berak jer... huhuhuuu... Selepas tu Mrs. A tukar ke Royal Canin (Indoor) yang ni memang bagus semua pun okay tapi yang tak okaynya bibik dia nih! rabak poket apa cerrr harga RC 4.3 kg lagi mahal dari harga beras 5kg Basmathi cap Rambutan. So akhirnya dan sehingga sekarang setia bersama Buttons and Bows. Walaupun bukan semua petshop yang dekat dengan rumah Mrs. A ada jual jenama ni tapi Mrs. A akan usaha cari juga walaupun terpaksa drive jauh dari taman. Kadang tu bila dah jumpa takde pulak yang 8 kg ada 18 kg jerr hah! Mrs. A rembat jugak 18 kg dont care muahahaaaa.... 

Okay itu sahaja nak share kisah seorang Mrs. A si catlover ke Hyper Pets Centre Seremban 2



13 ulasan:

  1. besar betul kedainya puas hati sebab banyak barang pilihan mcm ni

    BalasPadam
  2. berbudi kepada si bulus akan memurahkan rezeki in shaa Allah...lagi pun kucing boleh jadi haiwan terapi minda

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki untuk bulus kesayangan

    BalasPadam
  4. Oooo... Mrs. A beli sekali yang besar. Bagus juga, tak perlu beli selalu, tahan lama. Kucing-kucing saya makan semua, jadi beli makanan kucing di pasaraya je, atau kedai runcit.

    BalasPadam
  5. haha 2ekor yang dekat rumah ni pun sama makan memilih nak RC je melecet purse bibik

    BalasPadam
  6. Macam pasaraya untuk manusia. Murah ke?
    Saya beli Power cats di Mydin sahaja.

    BalasPadam
  7. nak beli royal canin kalau 7 ekor berapa ratusla sebulan ye dak kak...

    BalasPadam
  8. wahh bestt pet besauu mcm pasaraya. Kwsn umah byk dah skrg kedai kucing ni, senang buat pilihan.Penah jga try brand ni tp ank bulus ciknur x suka. Jenuh jgaa mcm2 try. Tp kalu yg mahal rc uninary semua suka adoiiii pening . Rabakk tuannya kena diet x mkn sb nk belikan dorang he hee

    BalasPadam
  9. tu la bila dicari tak jumpa, hehe

    BalasPadam
  10. Beruntung kekdahnya jadi majikan si bulus ni
    Kalau ternak ayam ke lembu ke tunggu masa nak kena sembelih

    BalasPadam
  11. diaekor..hehe...besarnya kedai, ala-ala kedai borong...byknya kucing, sampai 7 ekor, Alhamdulillah, depa suka jenama tu..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©