Mac 2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mac 2023
Wordless Wednesday - Lukisan Grafik Blogger Cuya

Wordless Wednesday - Lukisan Grafik Blogger Cuya

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Lukisan Grafik Blogger Cuya. 

Mrs. A berikan gambar family untuk dilukis secara grafik oleh blogger Cuya. Actually 18 Mac hari tu Cuya dah whatsapp pada Mrs. A tapi baru hari ini berkesempatan buat posting di blog.

Grafik family photo

Kalau nak tengok gambar sebenar SINI

Terima kasih Cuya sudi lukiskan juga untuk Mrs. A.


Potluck Pra-Ramadhan 1444H

Potluck Pra-Ramadhan 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Potluck Pra-Ramadhan 1444H. Alhamdulillah hari ini potluck pra-ramadhan yang dirancang oleh beberapa orang officemate telah berjaya direalisasikan. Sewaktu officemate yang sorang ni bertanyakan Mrs. A mengenai planning nak adakan potluck pra Ramadhan ini Mrs. A okay jerrr... layannn.... 

Bila berbincang menu masing-masing nak bawa apa ditakdirkan pula masih belum ada yang membawa buah-buahan kekdahnya Mrs. A pun cop untuk membawa buah sahaja. Haish! orang terlampau rajin cengginilah bawak buah aje senang gittewww...

Kekdahnya petang semalam selepas habis waktu kerja Mrs. A pun singgahlah ke kedai buah di Jalan Rahang. Mrs. A beli buah tembikai dan tembikai susu. Tembikai tu Mrs. A pilih yang besar bila timbang beratnya dalam 7 kg. Pusing keliling cari tembikai susu kat kedai tu tak nampak Apek tu tanya nak apa lagi? Mrs. A  pun tanya tembikai susu takde ke? Ada kat dalam sekejap ya saya check sudah masak ke belum? La patutlah tak display sebab belum banyak yang masak lagi huhuhuuu... Tapi alhamdulillah rezeki officemate ada 3 biji yang dah masak. 😊😊😊 Manis ke tidak ni tanya Mrs. A? Apek kata manis la...

Potluck Pra-Ramadhan 1444H.

Potluck
Penganjur Pra-Ramadhan we-fie sebelum majlis bermula 😍

Untuk potluck pra-Ramadhan yang ini penganjurnya adalah cubicle sebelah Mrs. A dari hujung ke hujung ini sahaja dan seorang akak PA cubicle front door. Kekdahnya mereka yang dari cubicle lain tu we all jemput mana yang rapat dan dekat-dekat sahaja sebagai tetamu. Ideanya tak mahu menyusahkan dan juga tak mahu ganggu tugas yang lain.

Potluck
Pulut kuning rendang ayam by FF πŸ˜‹

Potluck
Station makanan berat

Potluck
Station kuih-muih

Potluck
Station buah, kek & minuman

Tembikai merah dan tembikai susu tu je yang Mrs. A bawa tembikai susu tu pun tak habis potong. Itulah sape suruh potong pagi-pagi tadi tu yang tak sempat tu tengok masa dah pukul 6.40 pagi haish! cukuplah kot tiga bekas tu. Ok last sekali nak tunjuk jugaklah gambar bebuah sebelum di potong 😝😝

Potluck
Alhamdulillah dedua buah ni manis isinya

Alhamdulillah potluck Pra-Ramadhan 1444H berjalan lancar dan meriah ramai tetamu dari cubicle lain yang sudi hadir. Makanan pun cukup dapat makan sehingga ke lunch hour. Okay itu sahaja nak share kisah Potluck Pra-Ramadhan 1444H.
Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi. Kisah awal bulan Mac hari tu 05032023. Mula-mula Mr. A ajak pegi KL lepas tu dah lewat sangat so tukar plan jalan-jalan cari makan baung salai ajelah di Warung Dayang Salai D'Linggi. Saja nak bagitahu Linggi ini sebenarnya dekat aje dengan kampung Mrs. A 😊😊😊

Actually Mrs. A dah beberapa kali makan baung salai Warung Dayang ni tapi sekadar yang tapau ajelah. Dine in belum pernah lagi kiranya ini yang pertama kali. Kalau Mr. A tu tak payah cakaplah memang dah banyak kali makan-makan di situ bersama kawan-kawan dia.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi.

Jalan-jalan cari makan
Baung salai bahagian kepala signature dish a.k.a hero di Warung Dayang Salai D'Linggi

Jalan-jalan cari makan
Selain baung salai Mrs. A amik juga pajeri nenas dan ulam-ulaman

Kalau readers tak suka baung salai masak lomak cili api jangan risau ada aje pelbagai pilihan lauk-pauk yang lain. Kalau ikutkan Mrs. A bukannya suka sangat ikan sungai tapi bila dah cuba baung salai di Warung Dayang Salai D'Linggi ini errmm... so yummy! lebih sedap lagi bila makan di kedai beza sangat sedapnya dari yang tapau tu ngeh! ngeh! ngeh!

Pada masa we all lunch di situ cari juga gulai udang galah tapi takde rezeki. Kadang-kadang kalau musim udang galah ada juga gulai udang galah disediakan. Mrs. A ada dengar juga udang galah boleh juga disediakan atas permintaan pelanggan. Kiranya macam pre-order gittewww...

Dari pemerhatian Mrs. A pelanggan yang datang ke Warung Dayang Salai D'Linggi ini kebanyakannya adalah orang dari luar daerah agaknya orang kampung tak heran dah kot depa boleh aje masak lomak cili api di rumah sendiri. Lagipun harganya agak mahal bak kato omak Mrs. A mahal tekau sekotol yo... 2x hengget πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Bagi Mrs. A pula sekali-sekala apa salahnya lagipun rasanya sedap kira berbaloilah dengan harga.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi.

Jalan-jalan cari makan
Selfie seketul 😍

jalan-jalan cari makan
Patriotik sungguh

Jalan-jalan cari makan
Alhamdulillah craving satisfied

Okay itu sahaja kisah Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi



Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia. Kisah 28022023 Selasa yang lalu tugas Mrs. A sebagai sekretariat [SINI] telah membawa Mrs. A sampai ke Parlimen Malaysia πŸ’ƒ. Jika mengikut takwim tempat MLP adalah di Klana Resort Seremban. Tetapi disebabkan pada tarikh tersebut YAB Pengerusi syarikat dan salah seorang lagi ALP yang juga merupakan Ahli Parlimen ada sidang Parlimen kekdahnya tempat mesyuarat pun ditukar ke sana supaya MLP dapat diteruskan juga.

Mrs. A ingatkan MLP yang akan ditunda tapi none hado ha! MLP diteruskan juga tempat yang bertukar huhuuhuuu... Kalau tanya apa perasaan Mrs. A hurmm... bercampur-baur uols risau + excited. Risau disebabkan macam manalah nak uruskan bilik mesyuarat dan refreshment di Parlimen tu dah tentu-tentu bukan tempat permainan seorang Mrs. A 😟. Excited pun ia juga dapat pergi ke Parlimen Malaysia bukan semua orang boleh pergi pun gittewww...

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.

Tugas sekretariat
Untuk ke tingkat 3 kena guna pas Aras 3

Actually yang request tukar tempat ke Parlimen adalah ALP yang juga Ahli Parlimen a.k.a YB C sebabnya dia tak boleh nak confirm samada dapat hadir MLP atau tidak disebabkan sidang Parlimen tu sama tarikh dengan MLP. Kehadiran YB C adalah penting untuk mencukupkan kuorom mesyuarat jika tidak MLP tidak dapat dijalankan. Dipendekkan cerita setelah mendapat persetujuan daripada YAB Pengerusi syarikat, pihak Pengurusan setuju dengan cadangan YB C tempat mesyuarat ditukar ke Parlimen. YB C akan uruskan dengan pihak parlimen cumanya semua yang akan hadir ke MLP tersebut Mrs. A kena maklumkan nama penuh dan juga No K/P masing-masing kepada pihak YB C. Pihak YB C perlu buat surat rasmi permohonan kebenaran untuk hadir ke Parlimen kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. 

As for Mrs. A pula urusan ke Parlimen pergi dengan kenderaan syarikat bersama driver dan dua orang lagi Ketua Jabatan yang perempuan. MLP dijadualkan pukul 3.30 petang iaitu selepas YAB Pengerusi selesai berucap di sidang Parlimen. We all gerak dari office lebih kurang pukul 1.00 petang biar cepat takpe manalah tahu dibuatnya traffic jam teruk naya Pak Karim 😝. Alhamdulillah sempat singgah lunch di Kampung Baharu ngeh!ngeh! ngeh! selesai lunch terus gerak ke Bangunan Parlimen.

Kawalan nak memasuki Bangunan Parlimen agak ketat juga. Nak masuk tu wajiblah stop di guard post duluan untuk dapatkan pas masuk sambil tunjukkan surat permohonan kebenaran tersebut dan juga diminta tinggalkan K/P masing-masing untuk mereka yang terlibat di dalam MLP tersebut driver tak perlu sebabnya driver hanya drop passenger. Selepas itu we all pun dibenarkan ke Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran. Dah sampai di situ kena scan bar code yang terdapat di pas masuk tadi isi detail di website kemudian scanning muka pulak dah settle scanning tu kena tukar pas masuk tadi dengan pas untuk ke aras 3 yang macam gambar kat atas πŸ‘† tu. Ingatkan dah settle rupanya ada lagi kena scan yang macam kat airport tu pulak adehhh! hazab nau nak masuk ke aras 3 tu muahahahahaa...

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.

Tugas Sekretariat
Sementara menunggu Mr. Chairman kita selfie dulu 😊

Ketika Mrs. A sampai di Bilik Mesyuarat tersebut terasa bersalah pulak sebabnya sekretariat sampai kemudian daripada Pengurusan Tertinggi Syarikat (PTS). Company secretary pun dah sampai dulu dari Mrs. A tak seperti MLP sebelum ini selalunya orang pertama sampai adalah Mrs. A tapi mujurlah PTS takde komplen apa-apa agaknya mereka faham Mrs. A datang bersama yang lain-lain lagipun pada waktu tu YAB Pengerusi belum masuk lagi. Bila Mrs. A masuk aje ke bilik mesyuarat tengok refreshment dah tersedia, biliknya agak luas PC dan projektor juga lengkap tersedia cuma tinggal cucuk pen drive aje untuk slide presentation. Haish! nyesal bawak laptop office tu dah lah berat mujur tak hangkut projector sekali eh! poyo jerrr... πŸ˜†

Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3.30 petang tertunda sedikit ke pukul 3.50 petang. Namun begitu mesyuarat berjalan lancar, pembentangan daripada pihak pengurusan juga smooth and steady eeecewahhh! Alhamdulillah mesyuarat ditangguh lebih kurang pukul 6.00 petang. Selepas mesyuarat ada makan-makan di Restoran Chakri KLCC tapi Mrs. A yang naik sekereta tu tak join pun sebabnya nak pulang awal ke Seremban. Sebelum pulang tu haruslah bergambar di Parlimen Malaysia ntah! bila lagi dapat datang kan..kan..kan..

Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.

Tugas Sekretariat
Sebelum Chairman masuk kita bergambar dulu 😊

Tugas Sekretariat
Dalam lif pun jadi

Tugas Sekretariat
Tunjuk pas katanya

Tugas Sekretariat
Ini sewaktu dah nak gerak balik we all parking kereta then bergambar

Tugas Sekretariat

Tugas Sekretariat

Okay itu sahaja nak share kisah Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.
Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys. Kisah Sabtu lepas 25022023 memenuhi tiga jemputan kenduri alhamdulillah. Kenduri pertama adalah kenduri tahlil arwah dan doa selamat di rumah parents inlaw cousin Mr. A iaitu di Taman Bukti. We all sampai sewaktu jemputan sedang berdoa kira lambat jugaklah tu πŸ˜“. 

Sewaktu sampai tu Mrs. A ternampak ada yang kenal iaitu adik kaklong biras Mrs. A si U so terus join dia duduk sama-sama di khemah sementara Mr. A, Along dan Adik dah ke tempat lelaki. Walaupun ada pelbagai juadah Mrs. A makan light aje iaitu laksa sebab masih kenyang makan breakfast nasi goreng di rumah sendiri πŸ˜€ Lagipun simpan perut nak makan kenduri di rumah kedua eh! πŸ˜† Lebih kurang 45 minit cenggitu we all pun minta diri nak ke kenduri kahwin pulak. U dan husbandnya DA gerak sekali sama - sama ke rumah kedua. 

Rumah kedua ini pulak di Rumah Rakyat Panchor, yang kahwin ini adalah s.i.l Mrs. A punya b.i.l kahwin pulak dengan bff s.i.l hahahaa.... pi.. mai... pi.. mai.. tang tu jugak. Okay yang ini ada gambar jom layan...

Pergi Kenduri

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
S.i.l, Along dan pasangan pengantin sementara Adik & babah tak nak bergambar

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
Okay! free style 😍

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
Bumped into Hajar ex-officemate terus Mrs. A ajak bergambar πŸ˜†

Pergi Kenduri & tempah baju raya
Terjumpa jugak gang satu sekolah #exstadian

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
πŸ˜‚apa ntah Mrs. A cakap kat Along masa dia snap tu

Selepas itu kami semua pun minta diri untuk gerak ke destinasi masing-masing sebabnya masing-masing masih ada lagi jemputan kenduri di tempat lain. As for Mrs. A sekeluarga nak ke Daerah Rembau pula. Memenuhi jemputan kahwin anak kawan Mr. A. Siapa ntah Mrs. A tak tahu pun ngeh! ngeh! ngeh!

Kawan Mr. A ini buat kenduri kahwin di Beringin Resort, Pedas, Rembau. Kawasan ini memang pedalaman hanya yang tahu aje tahu di situ ada resort terpencil. Kawasan ini dekat dengan Empangan Beringin, Pedas Rembau iaitu empangan syarikat tempat Mrs. A kerja 😝. 

Beberapa tahun yang lalu Mrs. A dah pernah sampai di Beringin Resort ini menghadiri majlis kenduri kahwin juga unfortunately tak ingat tahun bila. Bila cari di blog tak jumpa pula. Pada waktu itu Mrs. A ada snap gambar di Empangan Beringin tu cari-cari di IG tak jumpa pulakπŸ˜–πŸ˜–πŸ˜– Empangan ini kecik aje kalau nak dibandingkan dengan empangan-empangan yang lain. Untuk yang kali ini kononnya nak jugalah bergambar lagi di kawasan empangan tu haish! memang taklah uols laluan untuk ke empangan yang view cantik tu dah semak-samun naya ja kalau ada haiwan-haiwan tak diundang mampuih! den muahahaaa...

Ketika Mrs. A sampai tak nampak pun pengantinnya sebab dah agak lewat. Rasanya pengantin dah pi photo shoot yang tinggal hanyalah pelamin depa πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† so snap gambar makanan ajelah

Pergi kenduri
Ambil sikit aje sebab masih kenyang. Lauk-pauk semua so yummy!

Lebih kurang satu jam di situ we all pun minta diri untuk pulang. Memandangkan Along ada pulang bercuti waktu tu so Mr. A planning nak tempah baju raya sekali sementara masih awal. Nanti tak tahulah bila pulak Along balik bercuti lagi.

Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Pergi Kenduri & tempah baju raya
Adik sedang diambil ukuran badan 😊

Adik paling banyak perubahan bentuk badan. Size dada dengan pingang banyak beza kata tailor. Hurmmm... patutlah baju melayu tahun-tahun sudah semua tak muat huhuhuuu...

Pergi kenduri dan tempah baju raya
Ukur jangan tak ukur

Beberapa tahun sebelum ini Mr. A suka tempah di Lanwin tapi sudah tukar derrr... Tak pasti sebab utama kenapa Mr. A dah beralih arah ke GTC Tailor ada kemungkinan juga sebab harga di GTC Tailor lebih reasonable berbanding Lanwin. Lagipun GTC Tailor ni dekat aje dengan office Mrs. A so senang bila dah siap Mrs. A aje yang pergi amik gittewww.... Cumanya GTC Tailor ini tak buat baju untuk perempuan. Kekdahnya Aryssa dan Mrs. A kenalah menempah ke tempat lain iaitu di Senawang. Actually Mrs. A boleh aje beli siap lagi murah cuma baju tema ajelah selalunya tempah. Kalau Aryssa pulak lebih selesa tempah almaklumlah siapa suruh size tu comel kan..kan..kan...

Jarang-jarang we all tempah baju awal Alhamdulillah tahun ini rezeki dapat tempah awal semoga baju tempahan handsome kejadiannya.




 
Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu

Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu. Selepas menghadiri majlis jemputan kahwin cousin Mrs. A di Felda Jelai 1 tu, [SINI] Mr. A ajak pulak ke Masjid Kampung Hulu eh! I likes muahahaaaa.... sambil tu Mrs. A pun cakap nanti bolehlah singgah minum cendol jugak ngeh! ngeh! ngeh! 

Sesiapa yang suka jalan-jalan cari makan mesti tahu tempat makan Cendol Kampung Hulu ni kan..kan..kan... Cendol Kampung Hulu dengan Masjid Kampung Hulu ini dekat-dekat aje walking distance kekdahnya. Dari Felda Jelai 1 nak ke Masjid Kampung Hulu pulak takdelah jauh sangat, perjalanan kurang lebih dalam satu jam.

Sampai di Masjid Kampung Hulu dalam pukul 3.00 petang. MasyaAllah ditakdirkan dapat parking betul-betul depan masjid syukur dipermudahkanNYA. Keluar kereta terus melintas jalan depan masjid tercangak-cangak cari pintu nak masuk tiba-tiba ada pakcik tu lambai sini katanya sini pintu masuk  Allahu macam tahu-tahu aje we all nak ke masjid mungkin jugak sebab dia nampak Mrs. A bawa beg telekung ngeh! ngeh! ngeh! pakcik tu rupanya dia memang penjaga kat situ. Sampai depan masjid terus dia cakap bahagian lelaki sini perempuan ikut sana ke ruang solat perempuan sebelah belakang. So berpecahlah Mrs. A ke bahagian perempuan sementara Adik dan babahnya ke bahagian lelaki.

Ke Masjid Kampung Hulu 

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Sempat dia bergambar di sini 😊

Dari apa yang Mrs. A baca Masjid Kampung Hulu ini adalah masjid yang tertua di negeri Melaka. Ianya dibina sewaktu zaman pemerintahan Belanda oleh seorang mualaf yang berasal dari cina. Mungkin disebabkan itu jugak binaan masjid ini ada ciri-ciri seni bina cina.

Ke Masjid Kampung Hulu 
Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Pintu masuk ke ruang solat perempuan di bahagian belakang

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Depan pintu masuk masjid atasnya ada tabuh #yeketabuh kalau salah mohon betulkan

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Kolah di bahagian depan masjid

Kolah ini agak besar juga boleh guna untuk ambil air sembahyang. Kolah ini dipercayai kolah asal yang telah wujud sejak dahulu lagi. Pelik ada yang ambil air kolah masuk dalam botol depa simpan untuk buat ubat. Siapa pernah dengar cerita orang ambil air kolah masjid untuk berubat? Mrs.A  pernah dengar ambil air kolah dari 7 masjid berbeza untuk dijadikan ubat. Kenapa air kolah bukan air paip sebabnya sifat air yang boleh merakam. 

So air kolah itu dipercayai mungkin telah merakam doa-doa/zikir/wirid ataupun bacaan wali-wali Allah atau sesiapalah alim ulamak yang singgah bersolat di situ oleh kerana mereka itu wali ataupun alim ulamak kekdahnya doa mereka senang diangkat atau diterima. Wallahualam. Hanya Allah yang maha mengetahui. Sebagai salah satu ikhtiar dan usaha tak salah tapi tetaplah percaya hanya Allah yang mampu menyembuh sesuatu penyakit itu.

Setelah selesai bersolat Zohor kita minum dulu....so we all pun gerak ke Cendol Kampung Hulu.

Cendol Kampung Hulu.

Kampung Hulu
Adik sedang menikmati cendol buah kabong πŸ˜‹RM9.50

Kampung Hulu
Mrs. A pilih cendol tapai pulut RM9.50. Mr. A cendol durian RM18.50

Kampung Hulu
Bergambar atas tangga river belakang tu adalah laluan Melaka Rivercruise

Selain daripada cendol ada pelbagai jenis makanan lagi yang terdapat di Makan Avenue Kampung Hulu ini. Sewaktu Mrs. A pergi kali kedua ini alhamdulillah tak ramai sangat orang selesa nak membeli dan duduk-duduk lepak. 

Pertama kali pergi dahulu adalah pada bulan September tahun lalu. Pergi bersama-sama emak dan family adik-beradik side Mrs. A. Ketika itu ramai betul umat manusia mungkin waktu tu ramai excited dapat makan-makan di luar almaklumlah no more PKP. Okay nak share jugaklah gambar sewaktu bulan September 2022 yang lalu ehsan dari phone Angah.

Kampung Hulu
Portion cendol ni besar kalau budak-budak susah nak habiskan

Kampung Hulu


Kampung Hulu
Time ni Mrs. A order cendol original jer... untuk semua 😁




MRS.A my blog my stori ©