March 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: March 2018
#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

As Salam and greetings to dear readers.

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!


Sepuluh hari yang lalu Mrs. A dah terbaca pasal segmen ni. Tapi tulah pilih last day juga baru nak buat post muahahahaaa.... Kalau nak dikira kisah aku seorang blogger. Kisah Mrs. A sebagai seorang blogger biasa-biasa aje. Mrs. A jadikan blog lebih kepada diari bergambar untuk kenangan di masa hadapan dan supaya dapat dibaca oleh anak-anak Mrs. A. Disamping itu dengan berblog dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger a.k.a rakan alam maya. Eh! panjang pula intronya ha! Okay back on trek, menjawab kepada persoalan:-
segmen

Bila blog ditubuhkan?  

Actually Mrs. A dah ada blog sejak tahun 2009 lagi tapi time tu buat-buat entry tapi malu sesangat nak publish to public. So simpan untuk dibaca oleh diri sendiri, lama-lama terus aje deleted blog tu. Tapi pada tahun 2013 barulah Mrs. A berani nak publish entry itupun sebab officemates yang sekarang ini memang ramai yang ada blog compare dengan officemates time Mrs. A kerja di K.L. 

First entry Mrs. A adalah pada 22 Ogos 2013. Bila baca semula entry tu okay lorrr.. tapi dah banyak juga perubahan dari segi ganti nama diri daripada aku dan bertukar kepada Mrs. A. Gambar daripada takde watermark dah ada watermark. Haish! banyak juga penambahbaikkan yang Mrs. A dah buat sebenarnya. Errrceceeece #tolongjangankecam.

Maksud tersendiri nama blog dan url blog.

Pada awalnya sewaktu Mrs. A wujudkan blog ini nama blog Mrs. A adalah nama sendiri iaitu mymaziah.blogspot.my tetapi ada member tegur nama tu skema sangat muahhhaahaaaa.... dan setelah ditegur gitew dan bila Mrs. A fikir punya fikir punya fikir itu yang Mrs. A tukar nama blog ini kepada mrsablogstori.blogspot.my walaupun yang sebenarnya Mrs. A nak tukar kepada Mrs. A sahaja tapi sayang nama itu dah ada orang lain yang punya. 

Idea timbul kenapa Mrs. A pilih A sudah tentulah nama hubby memang ada huruf A dan juga nama arwah Abah Mrs. A memang bermula dengan A. Kids Mrs. A pun nama mereka semua bermula dengan A. Kekdahnya itulah kisah disebalik nama blog Mrs. A

Ceritakan Pahit Manis Sebagai Seorang Blogger.

Alhamdulillah kisah Mrs. A setakat hari ini sebagai seorang blogger hampir kesemuanya manis-manis belaka. Paling seronok dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang baik hati. Excited bila blog dapat review daripada segmen review blog oleh yang pakar.

Ada tu ada jugalah yang pahit tapi Mrs. A tak ambil kisah tersebut serius sangat. Contohnya macam pernah menang giveaway tapi hadiah yang dijanjikan tak dapat. Pernah join segmen blogger yang nak review blog tapi sampai ke sudah dah bertahun pun takde pun blog Mrs. A direviewnya. Mrs. A paling suka join segmen blog review dan dua tiga kali jugalah Mrs.A join itu pasal Mrs. A paling ingat ada sejenis blogger ni yang ada anjurkan segmen review blog tapi none hado reviewnya.

Nasihat kepada blogger lain.

Nasihat kepada blogger lain dan juga nasihat untuk diri sendiri. Jadilah blogger yang ada identiti tersendiri janganlah copycat penulisan orang lain, copycat identiti orang lain, hari ini nak jadi Hanis Zalika esok nak jadi cik Epal lusa nak jadi Red Mummy adoiiii susahlah macam tu.

Lagi satu sebagai seorang blogger kita kena rajin terjah blog orang lain dan bacalah entry mereka. Kalau terjah dan singgah blogwalking sekadar tinggalkan jejak pun not nice, kesian tau penat ha! tulis panjang lebar tapi uols touch n go la pulok!!!

Okay done menjawab semua soalan #SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

Farewell Lunch Di Hardwood Cafe

Farewell Lunch Di Hardwood Cafe

As Salam and greetings to dear readers.

Farewell Lunch Di Hardwood Cafe.

Yesterday Mrs. A dan LZ tidak keluar lunch bersama "gang lunch". Ha!! "yesterday lunch" Encik Bos nak belanja lunch sempena farewell seorang adik yang dah habis tempoh practical di department Mrs. A. Rasanya ini intern yang agak panjang tempoh practicalnya, biasa dalam 3 bulan aje tapi dia nih sampai 6 bulan. Bukanlah tak pernah ada yang sampai 6 bulan tapi dah lama takde tu yang terasa lamalah hai muahahhaahaaa....

Tempat farewell kali ini Encik Boss sendiri yang pilih kalau sebelum ini dia serahkan kepada we all tetapi kali ini tidak. Bertambah surprise di farewell kali ini ada Big Boss of the company. Oleh sebab Encik Boss yang pilih maka tempatnya pun ikutlah selera dia iaitu di Harwood Cafe.

Hardwood cafe ini terletak di belakang office Mrs. A hari-hari bekerja Mrs. A memang lalu pun depan Hardwood cafe ni. Kedudukan Hardwood Cafe ini agak terpencil hanya mereka yang dah biasa aje tahu di sini kekdahnya ada tempat makan yang ala-ala resort bali gitew.

Moh! lerr... kita layan gambar pula ya....

Hardwood Cafe
Menu lunch pun pilihan Encik Boss sendiri. Time we all sampai semuanya dah sedia terhidang
Hardwood Cafe
Mrs. A seat hujung sekali bertentangan dengan Big Boss so dapatlah snap seketul dua gambar curi muahahaaaaa
Hardwood cafe
Ayam kampung goreng
Harwood cafe
Pengat pisang dessert selepas lunch
Hardwood cafe
Kenyang perut suka hati
Menu lunch yang Encik Boss pilih adalah menu fofular kat Hardwood cafe tu iaitu kepala ikan jenahak masam asam pedas, udang sambal dan ayam goreng kampung. Sayur tak lain tak bukan kailan ikan masin hehehe... Kalau sesiapa nak makan authentic food Negeri Sembilan ha! ini adalah salah satu tempat yang uols wajib cuba.

Okay itu sahaja kisah Farewell Lunch Di Hardwood Cafe. Buat si intern cantik manis Mrs. A wish you success in all your future endeavors. 

Yesterday Mrs. A tak sempat nak snap gambar luar Hardwood Cafe, so Mrs. A share aje dari Mr. google.
[sumber]

[sumber]

WONDERFUL MARCH GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI

WONDERFUL MARCH GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI

As Salam and greetings to dear readers.

WONDERFUL MARCH GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI.


Hurm... rupanya masih belum terlambat lagi untuk Mrs. A join Wonderful March Giveaway By Raydah Alhabsyi. Mrs. A memang teringin nak join sewaktu pertama kali Raydah invited tu tapi busy dan terleka terus ingatkan dah closing date.

Giveaway
KLIK
Kekdahnya belum lagi uols cos dapat sekali lagi invitation daripada Raydah to join her giveaway. Alhamdulillah dengan senang hatinya Mrs. A pun join. Cuma itulah Mrs. A takde you tube channel acaner tu nak follow you tube Raydah. Anyway lain-lain syarat tu Mrs. A done follow.

Okay buat readers yang nak join juga Wonderful March Giveaway By Raydah Alhabsyi boleh klik banner kat atas tu for more details.
Wordless Wednesday #112 - LRA Sawah Raja

Wordless Wednesday #112 - LRA Sawah Raja

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #112 - LRA Sawah Raja

Kalau nak tahu cerita klik [SINI] Apa!!! tak nak tahu!!? It's okay ada aku kisah muaahahaaahahaa...

LRA Sawah Raja
Sejenis yang tak tahu camera mana yang patut dipandang
Sebelum hantar print check dulu beratus kali supaya jangan salah lagi
Register la dulu boleh dapat goodies ngeh! ngeh! ngeh!
Eh! macam konal la #orangkgden
What!!?? uols bergambar tak ajak Mrs. A 
Tak kira... tak kira... nak bergambar jugak dengan uols
Alahai!!! spoil la nampak longkang
Okay yang ini unik. cos phone terbalik muahahhaaaaa.... #vivov7plus
Wordless Wednesday #112. Memori bergambar sewaktu Perasmian LRA Sawah Raja Fasa 2.

LiSUS Peringkat Daerah Seremban 2018

LiSUS Peringkat Daerah Seremban 2018

As Salam and greetings to dear readers.

LiSUS Peringkat Daerah Seremban 2018.

Kepada peminat netball mesti tahu apakah itu LiSUS? LiSUS adalah singkatan daripada Liga Sukan Untuk Semua. LiSUS ini anjuran bersama KBS dan PBJ negeri masing-masing. Setakat yang Mrs. A ingat LiSUS diadakan pada setiap tahun iaitu setahun sekali. Sekarang ini adalah musim LiSUS kekdahnya tak peliklah kat wall-wall FB banyak negeri-negeri akan up-date cerita LiSUS masing-masing termasuklah Mrs. A muahahaaaaaaaa....

Kali pertama Mrs. A turut serta dalam LiSUS adalah pada tahun 2014 bersama team ex-STAD kemudian pada tahun 2016 bersama team office. Yeayy!!! pada tahun ini Mrs. A dan team office telah berkesempatan join LiSUS peringkat Daerah Seremban sekali lagi. Walaupun player office ada yang tidak dapat turut serta almaklumlah dah commit dengan hal masing-masing tapi mujurlah we all manage to get player import.

LiSUS peringkat Daerah Seremban pada tahun ini telah diadakan di Politeknik Nilai.

Liga sukan untuk semua
Timbalan Pengarah Politeknik Nilai sedang memberi ucapan perasmian
Team yang bertanding ada 8 team sahaja. Ntah! kenapa tak sampai pun 10 team maybe tempat pertandingan tu luar kawasan Seremban kot tu yang tak ramai [eh! tu assumption Mrs. A aje]. Lagipun pada hari yang sama LiSUS Daerah Port Dickson pun turut dijalankan.

Group terbahagi kepada group A dan group B. Mujur sewaktu cabut undi SAINS tak sama grup dengan Sweeties. Fuh! kalau dengan Sweeties haruslah berliku-liku perjalanan we all nak ke separuh akhir.

Perlawanan pertama SAINS adalah vs. Pitch NS. Alhamdulillah menang. Kemudian SAINS vs.    Politeknik Nilai. Dipendekkan cerita SAINS naib johan grup. Adoiii la hai! puaslah nak buatkan johan grup tapi masih belum berjaya lagi. Bukannya apa we all seboleh-bolehnya nak elak crossed naib johan bertemu johan kumpulan di peringkat separuh akhir nanti. Apakan daya mimpi ngeri tetap terjadi huhuhuuh.... peringkat separuh akhir SAINS bertemu jugak dengan Sweeties tekau!!!

So biarlah gambar bicara.

liga sukan untuk semua
Sempat posing time orang tengah berucap
liga sukan untuk semua
Bergambar sebelum mula 
liga sukan untuk semua
Pagi-pagi berkumpul kat office then konvoi tu Politeknik Nilai. Belakang dua yang muda lagi tu player import adik-adik KV yang we all selalu training bersama.
liga sukan untuk semua
Adik dan Aryssa ikut ibu ;-)
Oleh kerana tempat ke-3 dan ke-4 hadiahnya sama nilai RM so tak perlulah nak berlawan lagi ikut aja kiraan mata dan terus terima hadiah. Hurmmm... team we all lettew. SAINS dan Politeknik Nilai. Final adalah di antara team Kirana dan Sweeties. Wow! fight habis perlawanan tu. Namun seperti dijangka Sweeties telah mengekalkan kemenangan mereka untuk kali yang keberapa ntah! banyak kali jugak dah depa menang. Apa-apa pun tahniah diucapkan. Apa yang lebih penting adalah semangat kesukanan masing-masing itu yang terbaik.

liga sukan untuk semua
Bergambar beramai-ramai sebelum games
liga sukan untuk semua
Gambar atas: SAINS terima hadiah untuk tempat ke-4
Gambar bawah: Semua team yang menang bergambar kenangan
liga sukan untuk semua
Ha! tu dia bannernya
Oh! ya ingat tak Mrs. A ada posted pasal Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) yang dijangka diadakan pada hujung April 2018. Unfortunately nak bagi tahu readers ni SBAM tersebut telah ditangguhhkan ke bulan Julai 2018. Huwaa..waa..waaa... anti-klimaks betullah pihak penganjur ni. 

Tahu tak apa alasan mereka jeng...jeng..jeng... katanya bimbang clash dengan PRU14 uols. Okaylah tidak mengapa we all ngerti itu.

Okay itu sahaja kisah LiSUS Peringkat Daerah Seremban 2018 akhir kata majulah sukan netball untuk negara.


Travel Totebag Dah Sampai.

Travel Totebag Dah Sampai.

As Salam and greetings to dear readers.

Travel Totebag Dah Sampai.


Alhamdulillah hadiah menang Giveaway Travel Totebag by Ana Suhana telah selamat Mrs. A terima. Thank you Ana Suhana. Tapikan ada pula terselit extra hadiah yang tidak disangka-sangka hehehehe... senyum sensorang sampai ke tinge.

Kepada blogger Ana Suhana janganlah risau Mrs. A suka ke tidak? Mrs. A ini sejenis yang tak cerewet dah nama pun giveaway terima sahajalah apa yang penganjur nak bagi kan..kan..kan... rasanya tak manislah kalau nak demand dan banyak songeh. #syukurselalu

Ha! meh sini Mrs. A belanja gambar.

giveaway
Inilah dia travel totebag tu 
giveaway
errmmmm...ini dia hadiah yang terselit tu I likes these smell
Sekali lagi Mrs. A nak ucapkan thank you to blogger Ana Suhana semoga dikurniakan rezeki yang lebih banyak lagi dan berterusan bak air sungai yang mengalir. Terima kasih ukhwah dan harapnya berkekalan hingga ke Jannah. In Sha Allah.

Buat blogger yang belum pernah singgah di blog Ana Suhana apa kata terjah from now onward hehehe...

Alhamdulillah. Travel Totebag Dah Sampai.
Semoga Mendapat Umrah Yang Maqbul

Semoga Mendapat Umrah Yang Maqbul

As Salam and greetings to dear readers.

Semoga Mendapat Umrah Yang Maqbul.


Alhamdulillah. Semoga mendapat umrah yang maqbul. Eh! siapa yang pergi umrah tu? Ngeh! ngeh! ngeh! yang pasti belumlah Mrs. A lagi In Sha Allah suatu hari nanti. Actually yang pergi menunaikan ibadah umrah tu adalah s.i.l dan hubbynya. Mereka follow pakej Travel Agensi Andalusia 13 hari 10 malam.

Time pergi pada 28022018 tu Mrs. A sekeluarga diberi kesempatan olehNYA untuk hantar s.i.l dan rombongannya ke KLIA termasuklah m.i.l dan dua family adik-beradik Mr. A yang lain. Sakan habis bergambar 'gang biras masuk air' time tu muahhhaaaaa...

Umrah
Yang pergi dua orang je tukang hantar kemahen... over
Pakej yang s.i.l follow ini fly dengan Turkish-Air mereka akan transit di Istanbul terlebih dahulu. Time s.i.l dah sampai Istanbul tu musim salji fuh! bestlah sempat dia merasa bersalji di Istanbul aku datang. Paling rezeki s.i.l dan hubby dapat jugak solat di Blue Mosque alhamdulillah I is jelezsss hokeh! sambil tunjuk gambar yang s.i.l kongsi kat Mr. A sambil cakap nanti saya pun nak pergi juga tau! amik pakej macam adik awak ni muahhhaaaa terkebil-kebil Mr. A dengar.

umrah
S.i.l bersama in-laws side hubbynya
umrah
Time ni 'gang biras masuk air' pi ladiz 
umrah
Tu dia 'gang biras masuk air' cia..cia..cia..
Umrah
Yang duduk tu mem besar 
Umrah
The cousins bergambar bersama Opah

Umrah
My dear S.i.l
Umrah
Eh! eh! nak jugakkk...
Alhamdulillah sekejap aje 13 hari 10 malam telah berlalu petang semalam s.i.l, hubby dan rombongan umrahnya telah selamat sampai ke tanah air. Time ni yang fetching s.i.l Alang dan isterinya dan juga adik ipar s.i.l. Yang lain-lain busy dengan kerja da... 

Tapi malam tadi juga Mrs. A sekeluarga ke Jiboi. Haruslah nak ambil berkat peluk cium orang baru balik dari Mekah kansss... Lagipun  m.i.l memang ada invite dia masak banyak suruh semua anak cucunya makan kat Jiboi. 

Alhamdulillah s.i.l dan hubbynya sihat-sihat sahaja memacam ole-ole dari Mekah depa belikan untuk family. Mrs. A sekeluarga pun tak terkecuali gitew.

umrah
Yang bergulung tu shawl Mrs. A. Aryssa punya tak sempat snap dah terbarai tak sabar nak try
Terima kasil s.i.l dan Mi semoga rezeki kalian bertambah melimpah-ruah. Semoga segala yang kalian berdua doakan termakbul. Semoga Mendapat Umrah Yang Maqbul. In Sha Allah 

Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja Fasa II

Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja Fasa II

As Salam and greetings to dear readers.

Perasmian Loji Rawatan Air Sawah Raja Fasa II.


Semalam 8 Mac 2018 Mrs. A kena bertugas di luar daerah. Hah! ke Ghombau kito ngeh! ngeh! ngeh! sempena Perasmian LRA Sawah Raja Fasa II. Pepagi lagi committee yang nak naik kenderaan office kena berkumpul di office seawal jam 7.30 pagi. Fuh! gigih tau Mrs. A pepagi dah keluar dari rumah. time Mrs. A thumb print tu tengok kat menda alah tu 7.37am ermmm... ok lettew kira 7.30 pagi la  tu kan....

Walaupun Mrs. A dan dua yang lain tu awal tapi disebabkan sorang lagi tak berapa nak awal so kesudahannya time we all gerak telah pun sedikit delayed cos kenalah tunggu yang lambat tu kesian pulak kat dia. Sabar yolah!. Mujurlah driver memahami kalau dia nak gerak jugak sharp on time hah! pepandailah yang lambat tu pergi sendiri kot. On the way tu phewww!! berdesup-desup WhatsApp masuk kat group mana committee pendaftaran ni sorang pun tak nampak batang hidung lagi termasuk ler... leadernya. Uikss!! yang dari Rembau pun tak sampai lagi apa kes!? Cenggitu yang dari Seremban selamat le sikit.

Tapi alhamdulillah we all selamat sampai takdelah lewat mana sajalah yang awal tu nak bikin panas.

Jom layanzzz... gambar.

LRA Sawah Raja
Time depa busy dengan PC. Committee pun busy juga wefie muahahhaaaa... 
Most of the seats penuh
Seketul gambar ni jer... dapat snap. Nak ajak wefie serammm....
Sewaktu perasmian Fasa I dulupun Mrs. A pergi juga tapi dah tak ingat la... lama dah. Bila cari kat blog takde pula blog postnya huhuuhu tak blogkan lettew! [padan muka ko Mrs. A takde memorinya].

Okay berbalik kepada cerita LRA Sawah Raja Fasa II ini. Loji ini berkapasiti 10 juta gelen sehari (mgd). Keperluan air bersih di Daerah Rembau cuma 4 mgd . So ada simpanan air lagi 6 juta gelen sehari. Bak kata YABDSU baki 6 juta gelen lagi tu dah boleh tampung hingga 30 tahun akan datang. In Sha Allah. Ha! 30 tahun akan datang uols!!! hebat tak? Ok sepp sikit #teamtokmat eh! tetiba muahhaaaaa....

Oklah nanti Mrs. A sambung lagi tungguuu....

MRS.A my blog my stori ©