LiSUS Peringkat Daerah Seremban 2018

March 20, 2018

As Salam and greetings to dear readers.

LiSUS Peringkat Daerah Seremban 2018.

Kepada peminat netball mesti tahu apakah itu LiSUS? LiSUS adalah singkatan daripada Liga Sukan Untuk Semua. LiSUS ini anjuran bersama KBS dan PBJ negeri masing-masing. Setakat yang Mrs. A ingat LiSUS diadakan pada setiap tahun iaitu setahun sekali. Sekarang ini adalah musim LiSUS kekdahnya tak peliklah kat wall-wall FB banyak negeri-negeri akan up-date cerita LiSUS masing-masing termasuklah Mrs. A muahahaaaaaaaa....

Kali pertama Mrs. A turut serta dalam LiSUS adalah pada tahun 2014 bersama team ex-STAD kemudian pada tahun 2016 bersama team office. Yeayy!!! pada tahun ini Mrs. A dan team office telah berkesempatan join LiSUS peringkat Daerah Seremban sekali lagi. Walaupun player office ada yang tidak dapat turut serta almaklumlah dah commit dengan hal masing-masing tapi mujurlah we all manage to get player import.

LiSUS peringkat Daerah Seremban pada tahun ini telah diadakan di Politeknik Nilai.

Liga sukan untuk semua
Timbalan Pengarah Politeknik Nilai sedang memberi ucapan perasmian
Team yang bertanding ada 8 team sahaja. Ntah! kenapa tak sampai pun 10 team maybe tempat pertandingan tu luar kawasan Seremban kot tu yang tak ramai [eh! tu assumption Mrs. A aje]. Lagipun pada hari yang sama LiSUS Daerah Port Dickson pun turut dijalankan.

Group terbahagi kepada group A dan group B. Mujur sewaktu cabut undi SAINS tak sama grup dengan Sweeties. Fuh! kalau dengan Sweeties haruslah berliku-liku perjalanan we all nak ke separuh akhir.

Perlawanan pertama SAINS adalah vs. Pitch NS. Alhamdulillah menang. Kemudian SAINS vs.    Politeknik Nilai. Dipendekkan cerita SAINS naib johan grup. Adoiii la hai! puaslah nak buatkan johan grup tapi masih belum berjaya lagi. Bukannya apa we all seboleh-bolehnya nak elak crossed naib johan bertemu johan kumpulan di peringkat separuh akhir nanti. Apakan daya mimpi ngeri tetap terjadi huhuhuuh.... peringkat separuh akhir SAINS bertemu jugak dengan Sweeties tekau!!!

So biarlah gambar bicara.

liga sukan untuk semua
Sempat posing time orang tengah berucap
liga sukan untuk semua
Bergambar sebelum mula 
liga sukan untuk semua
Pagi-pagi berkumpul kat office then konvoi tu Politeknik Nilai. Belakang dua yang muda lagi tu player import adik-adik KV yang we all selalu training bersama.
liga sukan untuk semua
Adik dan Aryssa ikut ibu ;-)
Oleh kerana tempat ke-3 dan ke-4 hadiahnya sama nilai RM so tak perlulah nak berlawan lagi ikut aja kiraan mata dan terus terima hadiah. Hurmmm... team we all lettew. SAINS dan Politeknik Nilai. Final adalah di antara team Kirana dan Sweeties. Wow! fight habis perlawanan tu. Namun seperti dijangka Sweeties telah mengekalkan kemenangan mereka untuk kali yang keberapa ntah! banyak kali jugak dah depa menang. Apa-apa pun tahniah diucapkan. Apa yang lebih penting adalah semangat kesukanan masing-masing itu yang terbaik.

liga sukan untuk semua
Bergambar beramai-ramai sebelum games
liga sukan untuk semua
Gambar atas: SAINS terima hadiah untuk tempat ke-4
Gambar bawah: Semua team yang menang bergambar kenangan
liga sukan untuk semua
Ha! tu dia bannernya
Oh! ya ingat tak Mrs. A ada posted pasal Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) yang dijangka diadakan pada hujung April 2018. Unfortunately nak bagi tahu readers ni SBAM tersebut telah ditangguhhkan ke bulan Julai 2018. Huwaa..waa..waaa... anti-klimaks betullah pihak penganjur ni. 

Tahu tak apa alasan mereka jeng...jeng..jeng... katanya bimbang clash dengan PRU14 uols. Okaylah tidak mengapa we all ngerti itu.

Okay itu sahaja kisah LiSUS Peringkat Daerah Seremban 2018 akhir kata majulah sukan netball untuk negara.


You Might Also Like

8 comments

  1. Laaaa kat seremban pun ada ke? Huhuu kami terlepas pandang. Klau tak blh main netball skli. Ruginya...

    ReplyDelete
  2. nama LiSus sangat unik...

    kalau dibuat jenama HP bagus juga tu ..

    hehehehe

    ReplyDelete
  3. 1st time dengan nama lisus
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Aktiviti riadah yang dapat menyihatkan badan

    ReplyDelete
  5. memula sy baca linus hehehe... kalah mng adat pertandingan yg penting semangat nk berlawan tu..

    ReplyDelete
  6. bersemangat Mrs A tulah janji happening

    ReplyDelete
  7. Aktif sungguhlah awak MA....Tak sakit badan ke lepas main tu

    ReplyDelete

TOP COMENTERS