MRS.A my blog my stori: kursus MRS.A my blog my stori: kursus
Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson

Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers.

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson. Balik dari berkursus macam semangat terus Mrs. A nak up-date kisah menghadiri kursus Ahsan Madani. ๐Ÿ˜Š Walaupun terima Memo short notice sahaja tapi bila check jadual Mrs. A macam available tiada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mahupun Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan dalam minggu tersebut itu yang Mrs. A laju aje menyatakan kesanggupan untuk hadir gittewww.... Kursus ini seakan sama macam yang [INI]

Untuk kursus yang dinamakan Ahsan Madani Bekerja Dengan Hati Dan Minda pada 14 & 15 Julai 2025 ini Mrs. A adalah kumpulan Sesi 1/2025. Makna kata selepas ini akan ada sesi seterusnya sepertimana amalan syarikat sebelum ini. So macam mana kau nak elak pun akan tetap perlu hadir juga muahahaaahaa... So kekdahnya baiklah Mrs. A layankan aje sementara tengah available gittewww...

Mengikut peraturan sebenar semua kakitangan yang telah tersenarai semasa berkursus mestilah bermalam di sana. Sebabnya pada sebelah malam juga ada aktiviti dijalankan dan begitu juga pada waktu subuh hari kedua perlu berjemaah di surau. Tapi itulah ada juga kakitangan yang pulang dan esoknya datang semula atas alasan-alasan tertentu hurmmm... ini tidak adil eh! tiberrr....๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ tapi yang pasti Mrs. A bermalam di sana hokeh! Jom layan gambar walaupun tak banyak gambar yang Mrs. A snap.

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.

Kursus Ahsan Madani
Satu bilik berdua. Nama bilik Mrs. A Kesidang

Pada hari pertama kursus dijangka bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi lewat satu jam kerana menunggu para peserta yang masih ramai belum hadir. Oleh itu yang dah sampai awal diminta terus menghantar luggage ke bilik dan kemudian terus sahaja bersarapan.

Pada hari pertama slot satu hingga slot 3 semuanya berkisar dengan kerja menurut perspektif Tauhid. Slot keempat sepatutnya outdoor tetapi cuaca panas sangat kekdahnya game aplikasi nilai tersebut di adakan di dalam dewan sahaja. Game itupun tak berat sangat santai-santai sahaja.

Kursus Ahsan Madani
Tiga dari HQ yang belakang tu roomate Mrs.A waktu kursus ni dari pejabat Nilai

Kursus Ahsan Madani
Nama team Mrs. A adalah Think Tankers

Kursus Ahsan Madani
Game atas kiri berpasukan transfer bola ping pong menggunakan kertas tanpa sentuh bola.
Game atas kanan berpasukan lelaki kena tutup mata dengar arahan yang perempuan untuk kutip gula-gula
Gambar bawah berpasukan keluarkan bola menggunakan sembilan batang lidi dari dalam bakul

Selesai slot keempat. Minum petang balik ke bilik bersiap untuk ke surau. Slot 5 membina pengalaman kerohanian secara berpasukan iaitu solat maghrib sementara menunggu waktu isyak berzikir Mathurat Sugra, memahami Al-Fatihah, aktiviti guru murid dan seterusnya solat isyak berjemaah. Kemudian minum malam dan masuk bilik istirehat (aktiviti sendiri) 

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson - Hari Kedua

Slot 6 (sambung) membina pengalaman kerohanian secara berpasukan. Solat subuh berjemaah di surau, zikir Mathurat Sugra dan seterusnya memahami solat. Kepada setiap ahli pasukan yang hadir berjemaah subuh akan diberikan seorang 2 mata. Rugi yang tak hadir tiada mata untuk pasukan dan rugi jugalah ilmu untuk kerohanian huhuhuuu...

Slot 7 game aplikasi nilai (outdoor). Semua peserta diminta berpakaian sukan. Punyalah gigih team Mrs. A join unfortunately satu gambar pun tiada sedih! ๐Ÿ˜ข

Seterusnya slot ke 8 hingga ke sebelas semua diadakan di dalam dewan sahaja.

Kursus Ahsan Madani
Pagi hari kedua Mrs. A dan girls lain antara yang awal masuk ke dewan
so kita bergambar dahulu ๐Ÿ˜

Kursus Ahsan Madani
Kata-kata penghargaan kepada fasilator tapiiii... biarlah rahsia hanya peserta di dewan yang tahu

Kursus Ahsan Madani
Secara keseluruhan team Think Tankers dapat tempat kedua

Kursus Ahsan Madani
Sebelum pulang haruslah bergambar kumpulan beramai-ramai ๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ’—

Pada pukul lebih kurang 3.30 petang majlis penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah program tamat lebih kurang pukul 4.00 petang. Selepas minum petang masing-masing gerak balik. Rasanya paling last balik adalah Mrs. A dan Y hehehee... Y dan Mrs. A kongsi naik satu kereta. On the way balik chit-chat ajelah kami berdua. Alhamdulillah selamat sampai ke Seremban dalam pukul 5.00 petang.

Kesimpulan kursus pada pendapat Mrs. A sangat mengesankan kerohanian. Rasanya macam tak sesuai untuk yang belum muslim sebabnya intipati kursus adalah memahami surah Al-Fatihah. Okay itu sahaja nak share kisah Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.



Team Building a.k.a Bina Wadah

Team Building a.k.a Bina Wadah

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Team Building a.k.a Bina Wadah. Kisah team building Mrs. A pada 14 dan 15 Disember yang lalu. Dah beberapa kali Mrs. A berjaya mengelak untuk pergi team building anjuran office ini. Tapi akhirnya tewas ngeh! ngeh! ngeh! lagipun kena pergi jugak untuk tahun 2022 ini bagi mencukupkan training hours ataupun kpi gittewww... Team building ini juga dikenali dengan nama Program Bina Wadah oleh syarikat. 

Kumpulan pertama Program Bina Wadah bermula pada bulan September 2022 yang lalu dan seterusnyalah setiap minggu ada program yang disertai oleh kakitangan dari kesemua pejabat, HQ, daerah dan juga loji-loji syarikat. Sampailah giliran Mrs. A dah kumpulan 8 tempatnya di DRB Hicom Port Dickson. Syarikat Perunding/ penceramah yang dilantik adalah Bina Wadah dan juga Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan a.k.a KAYNS.

Oleh kerana syarikat mahu berjimat cermat (#yolahtu) kekdahnya kakitangan dibenarkan car pool kenderaan sendiri ataupun menggunakan kenderaan syarikat ha! pepandailah kau arrange cari kenderaan syarikat yang available untuk diguna. Mereka yang guna kenderaan sendiri dibenarkan claim mileage dengan syarat mesti car pool. Sewaktu batch pertama dahulu memang ada disediakan bas itu yang syarikat kata mahal sewa bas berbanding kenderaan sendiri. Kekdahnya batch kedua dan seterusnya tiada bas disediakan lagi huhuhuu... Okay jom Mrs. A sambung cerita bergambar ๐Ÿ˜Š

Team Building a.k.a Bina Wadah
Team Building
One for the memory

Team Building
Gang car pool kenderaan akak baju purple๐Ÿ˜

Team building
Yeay! berjaya merebut katil bawah sebab sampai awal ngeh! ngeh! ngeh!

Team Building
Gambar candid! ๐Ÿ˜ yang sampai awal boleh sarapan dulu yeszaaa...

Team Building
Rembau dan HQ bertemu di sini gitttewww... #gangnetball

Walaupun dalam tentative program hari pertama dijadualkan pukul 9.00 pagi tetapi ramai juga yang tak sempat sampai pada masa yang ditetapkan al-maklumlah ada dari daerah Jempol, Jelebu mereka semua tu jauh-jauh belaka. Sis okay je faham tu eh! hahahaa... Lebih kurang pukul 10.00 pagi cenggitu barulah semua peserta sampai. 

Alhamdulillah semua selamat sampai kurang lebih 47 orang hadir. Paling ramai setakat ini dan paling happening kata fasilitator. ๐Ÿ˜ Setelah selesai sesi ice-breaking. Semua diminta berdiri di depan stage kemudian acara nyanyi-nyanyian uols! Adeh!!! lama betul dah tinggalkan aktiviti nyanyi beramai ni muahhaaaa...

Team Building
Kemahen! semua bernyanyi riang ๐Ÿ˜‚

Team Building
Setelah beberapa kali mendapat kumpulan lain akhirnya inilah kumpulan Mrs. A sehingga ke akhir program. Kumpulan Bunga Kertas nama diberi

Team Building
8 orang dari HQ 2 orang dari daerah. Aktiviti sebelah pagi dalam dewan sahaja

Team Building
Sebelah petang sebelum aktiviti luar bergambar bersama logo kumpulan Bunga Kertas
Aktivit luar explorace cari klu dan selesaikan soalan yang diberi.

Team Building
Gigih ha! masing-masing mencari klu untuk kumpulan masing-masing

Team Building
Dah jumpa klu  kena menjawab daa....

Team Building
Dah settle semua check point masuk semula ke dewan untuk tentukan jawapan dan markah setiap kumpulan

Team Building
Sementara tunggu waktu isyak kita selfie-selpot ๐Ÿ˜

Team Building
Persembahan tarian Din Din Badindin oleh Kumpulan Bunga Kertas 

Team Building
Selain itu kumpulan bunga kertas sepakat pilih Mrs.A jadi juri persembahan

Team Building
Susah rupanya jadi juri bila komen mudah lupa diri muahhaaahhaaa... #macampro

Aktiviti sebelah malam tu setiap kumpulan kena buat persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan kena pilih satu persembahan tak kisahlah tarian, nyanyian, lakonan, puisi dan lain-lain asalkan berkaitan dengan kebudayaan. Ada 5 kumpulan kesemuanya. Ketika kumpulan lain buat persembahan juri-juri dari kumpulan lawan yang bagi markah ikut kategori markah yang telah di tentukan oleh penganjur iaitu 30% untuk persembahan, 30% untuk penglibatan kumpulan, 30% isi dan 10% markah bonus.

Esoknya tu sambung lagi aktiviti. Sebelah pagi selepas sarapan aktiviti senamrobik. Selebihnya tu sehinggalah program berakhir aktiviti di dalam dewan sahaja.

Team Building
Ketika aktiviti meletop belon pihak lawan 2 orang dari kumpulan bunga kertas berjaya mempertahankan belon mereka.

Team Building
Adeh!! ini aktiviti paling susah cita-cita kerjaya 5 tahun akan datang 

Team Building
Dapat souvenir ๐Ÿ˜

Team Building
Akhir sekali sebagai acara penutup haruslah bergambar beramai-ramai

Alhamdulillah tamat akhirnya sesi team building 2 hari sahaja. Alhamdulillah hari pertama paling seronok tapi ntah kenapa hari kedua tu macam tak best sangat huhuhuuu...


MRS.A my blog my stori ©