Jun 2019 - MRS.A MRS.A : Jun 2019
Georgian Charity Run 2019 - Finally!

Georgian Charity Run 2019 - Finally!

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Georgian Charity Run 2019 - Finally! akan diadakan esok 22 Jun 2019. Setelah tertunda daripada perancangan awalnya iaitu pada tarikh 13 April 2019. Finally esok Georgian Charity Run 2019 akan dilangsungkan juga InSyaAllah.

Apa yang Mrs. A dimaklumkan, pihak penganjur terpaksa menunda tarikh 13 April 2019 tersebut kerana tarikh berkenaan sama dengan tarikh PRK DUN Rantau. Menurut penganjur pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban yang telah diarahkan menumpukan sepenuh perhatian kepada PRK DUN Rantau mencadangkan tarikh berkenaan ditunda ke suatu tarikh yang lain. Lagipun seperti yang kita semua sedia maklum prosedur keselamatan bagi penganjuran acara larian mestilah dipatuhi sepenuhnya kerana ianya melibatkan orang awam terutamanya pelajar sekolah.

Kekdahnya ha! amik kau berbulan lamanya tarikh penundaan tu dibuat ialah tak lama selepas PRK DUN Rantau tu dah masuk bulan puasalah pulak itu pasallah kot penganjur pilih tarikh 22 Jun 2019 selepas bulan puasa. Setelah penundaan tarikh tu Mrs. A pun takde pulak up-date entry kisah Georgian Charity Run 2019 ataupun cerita lari jangan tak lari Mrs. A yang sebanyak tiga episod tu [Ep-1] [Ep-2] [Ep-3] muahahhaaaaa.... apa punya blogger da...

Okay takpe ini Mrs. A nak up-date la nih! meh tunjuk gambar T-shirt yang Adik dah collect tu.

Georgian Charity Run 2019 - Finally!
Georgian Charity Run 2019
T-shirt Georgian Charity Run 2019 - Front
Georgian Charity Run 2019
T-shirt Georgian Charity Run 2019 - Back.
Nombor tu boleh je tampal kat depan atau belakang ataupun dedua depan/belakang tapi Mrs. A pilih nak tampal kat belakang je
Actually penganjur telah memaklumkan penangguhan tarikh Georgian Charity Run 2019 itu seawal Satu April 2019 lagi. Selain daripada di group WhatsApp sekolah Mrs. A juga telah terima e-mail daripada penganjur ini termasuklah detail registration dan tarikh baharu untuk collect race kit atau race pack. Tempat collect je tak berubah iaitu tetap di Georgian Green a.k.a Padang Sekolah SMK KGV. Mrs. A share serba sedikit tentative untuk Georgian Charity Run 2019 esok ya tapi kalau nak tahu details silalah ke Facebook GeorgianRun.

Georgian Charity Run 2019 - Tentative

Flag Off

Terbuka: 5km (pindaan dari 7km) - 8.00am
Keluarga: 3km - 8.10am
B12 L: 3km - 8.20am
B12 P: 3km - 8.40am
B15 L: 3km - 8.50am
B15 P: 3km - 9.00am
B18 L: 5km - 9.10am
B18 P: 5km - 9.20am

Tarikh: 22 Jun 2019
6.30am: Berkumpul di Georgian Green (Padang SMK KGV)
7.00am: Ucapan VVIP
7.15am: Zumba
7.45am: Panggilan Kategori Terbuka dan seterusnya mengikut turutan
8.00am: Pelepasan Kategori Terbuka dan seterusnya mengikut turutan
10.30am: Majlis Penutup
10.30am: Agihan Sijil Penyertaan bagi kategori sekolah

7.00am - 12.00pm:
Pelbagai Gerai Jualan Makanan dan Minuman
Persembahan Live Band
Pemeriksaan kesihatan percuma

Georgian Charity Run 2019
Georgian Charity Run 2019
Georgian Charity Run 2019
Georgian Charity Run 2019 - Kedudukan khemah


Georgian Charity Run 2019
Georgian Charity Run 2019 - peta laluan
Georgian Charity Run 2019 - Finally! Aduhaii!!! berdebar-debar pulak Mrs. A rasa ngalahkan macam peserta olimpiklah pulak muahhaaaaaa... wal-hal setakat charity run jer... tak perlulah nak beria-ria sangatkan santai-santai sudah. Mrs. A yang sebenarnya risau pun ya jugak ni ialah dah lama tak training berlari-larian semenjak bulan puasa hari tu terus stop training lari. Plan tu ada tapi tulah maciam-maciam halangannya hujanlah, demamlah, sakit kepalalah haish! alasan sangatkan.

Harapan Mrs. A cuma dikurniakan kesihatan yang baik esok so fit untuk berlari-larian bersama Adik dan Aryssa serta bersama-sama dengan pelari semualah yang turut serta esok. Harapnya cuaca baik serta dapatlah Mrs. A yang masuk kategori keluarga ni menamatkan larian dan seterusnya dapat sijil yeay!!! eh! tetiba... hahahaaa... Readers pun doa-doakanlah ya untuk Mrs. A sekeluarga. Go! go! go! Georgian Charity Run 2019.


Credit: Facebook GeorgianRun
Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin

Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin. Pada 8 Syawal yang lalu kelas Adik iaitu kelas 1 Izzudin telah sepakat untuk membuat jamuan hari raya mereka. Konsep jamuan adalah pot luck. Rata-rata sekarang ini ramai yang suka akan konsep pot luck ni termasuklah Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!

Tarikh 8 Syawal tu dah di plan awal oleh guru kelas dan anak-anak murid kelas Izzudin mahu taknya sebelum cuti sekolah tu awal-awal lagi Adik dah sound Mrs. A. "Ibu nanti jamuan raya kelas setiap orang kena bawak pot luck tau." "Okay! Adik nak bawak apa tanya Mrs. A? Aqil pilih bawa pinggan, sudu, garpu, cawan polistren dan plastik sampah je... jawab Adik. Hahhahhaa ketawa besar Mrs. A dengar, sambil cakap good boy. Macam tahu-tahu jer... ibu dia ni sejenis tak rajin nak membawa makanan. Kekdahnya tu pada Selasa petang [12062019] Mrs. A dan Adik pun gigihlah pi membeli segala jenis barang-barang yang perlu dibawanya tu beli dalam 50 ketul setiap satu. Lagipun Kelas 1 Izzudin ada dalam 25 orang je campur cikgu-cikgi cukuplah tu just nice.

Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin. Jom layan gambar yang cikgu depa share dalam group WhatsApp.

Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin
Tudung pink cair tu (sebelah anak murid tudung biru) adalah guru kelas 1 Izzudin tapi dah nampak macam anak murid pun ya jugak hiks!
Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin
Macam-macam juadah ada
Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin
Konsep potluck 1 murid 1 hidangan
Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin
Kelas potret katanya #1izzudinsmkkgv
Pagi time Mrs. A hantar Adik sekolah tu sempatlah Mrs. A tengok kemahen ha! cikgu-cikgi semua meriah berbaju raya termasuklah anak-anak murid yang terlibat semua pada hari tu berbaju raya. Betapa zaman berubah! sekolah sekarang ini kalau ada apa-apa occasion aje mereka bebas nak pakai baju ikut suka, beza dengan zaman Mrs. A sekolah dahulu kala ko pakai yolah uniform sekolah tu in- your-dream kalau nak pakai baju selain uniform muahhaaaaa....

Lain sekolah lain cara mereka begitu jugalah dengan sekolah Aryssa dan Along mereka tak guna konsep pot luck ni. Satu sekolah buat sekali jalan setiap murid kena bayar sedikit sumbangan untuk hidangan yang konsep kiosk. Tapi sekolah Aryssa dan Along belum buat lagi kalau tak salah Mrs. A dalam minggu ni.

 Jamuan Raya Kelas Adik - Tingkatan 1 Izzudin semoga silaturrahim dan ukhwah terjalin mesra sentiasa.


Cerita 1 Syawal 1440H

Cerita 1 Syawal 1440H

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Cerita 1 Syawal 1440H. Rasanya tak lengkaplah entry blog kalau tak bercerita kisah raya masing-masing di musim raya ini iya tak? Cerita 1 Syawal 1440H Mrs. A lebih kurang sama aje macam cerita tahun lepas [SINI]

Cumanya pada tahun ini kat kampung di pagi raya tu tiada sesi bergambar-gambar bersama adik-beradik Mrs. A depa semua pada tahun ini beraya at "others side" lah pulok! Abang sulung Mrs. A memang payahlah sikit nak diajak bergambar dia suka jadi photogrpaher je... Emak pulak takde mood nak bergambar cos dia tak berapa sihat. Jadinya selepas bersalaman-salaman dan bermaaf-maafan Mrs. A sekeluarga aje yang bergambar sebelum gerak ke Jiboi. Macam entry 13 gambar warna-warni Lebaran Mrs. A sebelum ni hiks!

Ini gambar depa yang beraya di others side tu yang di forward dalam group WhatsApp family.

Cerita 1 Syawal 1440H.
Cerita 1 Syawal 1440H
Adik Mrs. A a.k.a Maksu raya side husband kat Kelantan
Cerita 1 Syawal 1440H
Family Angah raya kat Melaka petang raya baru balik kampung
Cerita 1 Syawal 1440H
Family Alang 2 syawal malam baru sampai kampung
Pada 1 Syawal 1440H time Mrs. A sampai di rumah parents in-law tu @ di Kampung Baru Jiboi biras Mrs. A yang dua orang tu belum gerak lagi ke kampung masing-masing so sempatlah we all selfie-selpot ha gitteww...

Cerita 1 Syawal 1440H
The biras bergambar bersama S.I.L (baju merah) #takcukupkorum 
Cerita 1 Syawal 1440H
Time ni Mrs. A belum sampai lagi pinjam hashtag biras Mrs. A yang baju biru #kakngahtakdo
Cerita 1 Syawal 1440H
Gegirls yang tinggal haruslah bergambar
Selalunya di side Mr. A ni semua adik-beradik, anak-cucu dan juga parents in-law Mrs. A tu sporting dan terbaik tau kalau bab-bab bergambar ni memang happening.

Cerita 1 Syawal 1440H
F.i.l and M.i.l bergambar bersama anak-anak dan menantu tapi the A family takdelah sebab tak sampai lagi muahhaaaaa...
Cerita 1 Syawal 1440H
yang ini campur the cecucu semua sekali agains without the A family
Seperti tahun-tahun sebelum setelah bertungku-bertangga di Jiboi. Kononnya the A family nak pi beraya rumah Pakteh on the way balik ke Lubok China tu unfortunately satu rumah pun we all tak singgah cos hujan melebat giler... tak gigihlah nak berpayung-payung bagai nak pi beraya muahahaa.. kesudahannya terus je balik semula ke kampung. Lepak-lepak bersihkan diri, makan-makan, malam tu main bunga api dengan kids dan anak-anak buah pastu yang lelaki semua ni sembang politiklah pulak huhuhuhuu....end of 1 Syawal 1440H
Itu sahaja al-kisah cerita 1 Syawal 1440H Mrs. A.

13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A

13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A. Dah petang-petang tetiba teringin nak up date blog ngeh! ngeh! ngeh! tapi tulah idea tak berapa nak banyak. Kebetulanlah pulak today is Wednesday so apa kata Mrs. A buat post bergambar aje.

Hari raya seperti biasa banyak snap-snap gambar, ferfeeling retis sket! jom layan 13 gambar warna warni lebaran Mrs. A. (kenapa pilih 13? sebab Mrs. A suka nombor ganjil) lagipun 13 just nice kot tak begitu banyak dan tidak begitu sedikit gittewww....

 13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A.


13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Di pagi 1 Syawal 1440H wefei sebelum gerak ke Jiboi
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Family potret tapi tulah gambar tak berapa nak cantik. Along Mrs. A yang tolong snapkan. Punyalah lama dia adjust tapi gambar sabarrr... yolah
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Dah sampai Jiboi sambung bergambar lagi
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Along - Ferfeeling big bos katanya
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Adik - Si paling cerewet bergambar banyak gambar gak dia ni delete
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A.
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
 2 Syawal 1440H nak pi beraya rumah kawan Mr. A kat Taman Sri Rahang. Adoiii! time ni jalan jem teroks!

13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Aryssa dan
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
ibu #ootd 2 Syawal 1440H
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
4 Syawal 1440H nak pi beraya rumah Angah di Taman Sri Kerubong, Melaka
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Along #ootd
Malam 4 Syawal 1440H dah balik Seremban pergi open house cousin Mr. A
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Adik pun nak jugak #ootd berlatar belakangkan masjid Taman Paroi Jaya
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A.
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
5 Syawal 1440H konvoi raya bersama family side Mr. A 
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A
Gambar yang ke 13 haruslah gambar Mr. and Mrs. A gittew
13 Gambar Warna Warni Lebaran Mrs. A. Okay dah cukup dulu 13 gambar jer... nanti Mrs. A cerita kisah 1 Syawal 1440H pula ya. Selamat hari raya Aidil Fitri. Salam kosong-kosong.



Doll Tomyam

Doll Tomyam

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Doll Tomyam. Actually ini adalah kisah sebelum hari raya. Hari-hari terakhir di bulan Ramadhan 1440H sempat Mrs. A sekeluarga berbuka puasa di luar iaitu di Doll Tomyam. Sebagaimana yang telah di plan bersama Along, Aryssa dan Adik sebelum ini, bahawa pada Saturday 1 Jun nanti ibu dan babah akan ambil mereka di kampung untuk membeli persiapan raya mereka yang masih belum selesai. Alhamdulillah dengan izinNya plan berjalan lancar.

Along, Aryssa dan Adik pun happy aje nak balik Seremban dan berbuka di luar takdelah banyak drama, kalau tak mesti lotih den nak melayan drama hahahaa...

Memandang ini bulan Ramadhan so we both dah boleh agak mana-mana tempat kalau tak booking dulu mesti full house time berbuka nanti. So sebelum amik kids kat kampung tu we both singgah dulu kat Doll Tomyam yang di Bukit Emas tu cos sini adalah laluan jalan yang sama untuk pergi dan balik ke rumah. (psssttt Doll Tomyam ada dua lagi cawangan lain tau, nak tau pi google).

Doll Tomyam.
Doll Tomyam
Doll Tomyam, Bukit Emas
Doll Tomyam
Ha! kan dah kata ramai yang booking a.k.a. reserved
Dari tengahari tu Mrs. A dah pesan pada kids nanti petang ibu/babah datang amik make sure dah get ready dalam pukul 6.00 macam tu. Huh! nan hado ha time Mrs. A sampai tu Along dan Adik je dah siap Aryssa masih ketiduran lagi. Kekdahnya terpaksalah menunggu anak dara tu bersiap. Sesambil tu Mr. A dan mak Mrs. A sempatlah membawang dulu ngeh! ngeh! ngeh!

Menu yang Mr. A order untuk berbuka pada petang tu.........

Doll Tomyam
Siakap steam
Doll Tomyam
Sambal udang petai
Doll Tomyam
Sotong goreng
Ada satu menu lagi favorite si Adik ayam masak kunyit tapi terlupa nak buat sekali so lambatlah sikit time dapatnya dah separuh jalan berbuka barulah ayam goreng kunyit tu sampai. Anyway mujurlah sampai ya Adik kalau tak dia punya bebel tu berhari-hari pun payah nak stop.

Doll Tomyam
Sementara menunggu beberapa minit lagi nak berbuka babah tolong sendukkan nasi

Doll Tomyam
Team merah selfie seketul
Doll Tomyam
Adik muka spoil menunggu ayam goreng kunyit nya.
Along ntah apalah yang dicarinya tu
Tahun ini tak banyak kesempatan pun untuk we all berbuka sekeluarga lengkap rasanya ini adalah yang kali kedua. Syukurlah ada juga sekali. Haish! mujurlah dari takde langsung Mrs. A hoi!

Okay itu sahaja kisah berbuka di Doll Tomyam.





Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440H

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440H

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440H. Selamat hari raya Mrs. A sekeluarga ucapkan buat readers tak lupa juga nak mohon maaf zahir dan batin.

Selamat hari raya Aidilfitri dari Mrs. A serta keluarga 
Apa tema raya uols tahun ni ? ngeh! ngeh! ngeh. Kalau tahun lepas tema raya Mrs. A pink macam gambar kat atas tu, tahun ni pulak pink belacan rasanya. Actually Mrs. A pun tak pasti exactly nama color tema we all tu cos Mr. A yang belikan kids dan Mrs. A follow jer... apa king nak.

Tahun ni Mrs. A amik cuti raya, direct cuti seminggu ni kiranya today Monday dah start cuti lagipun sekolah cuti lagi so followlah cuti sekolah kids tu. Seperti tahun-tahun sudah raya pertama adalah di kampung Mrs. A hehehhe... selepas solat raya 1 Syawal tu barulah gerak balik ke Jiboi. Alhamdulillah we all punya kampung tak jauh mana pun. So pergi balik, pergi balik tu adalah perkara biasa. Persiapan raya alhamdulillah rasanya semua dah ready dan segalanya sederhana bak kata tagline kat tv tahun ni sempurna seadanya ha gitteww...

Ha sebelum blog bercuti ni Mrs. A nak ucapkan selamat hariraya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin buat readers blog picisan Mrs. A ini. Kalau ada komen-komen yang mengguris hati tu mohon diampun. Salam kosong-kosong ya... Buat mereka yang jauh perjalanan pulang ke kampung tu berhati-hati di jalan raya Mrs. A doakan semoga kalian sampai ke destinasi dengan selamat.

Okay itu sahaja kot nak pesan, rasanya macam dah panjang sangat Mrs. A membebel. Akhir kalam Selamat hariraya Aidilfitri maaf zahir dan batin.







MRS.A ©