MRS.A my blog my stori: Qurban MRS.A my blog my stori: Qurban
Memaparkan catatan dengan label Qurban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Qurban. Papar semua catatan
Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini. Alhamdulillah pada tahun ini 1444H rezeki Mrs. A sekeluarga dapat melakukan ibadah korban seekor lembu. Segala perancangan korban ini adalah usaha suami terchenta  a.k.a. Mr. A πŸ’–Mrs. A tak tahu menahu pun. Pada pagi Jumaat 30062023 sewaktu Mrs. A sedang berada di office dapat whatsapp dari Mr. A, "bu...besok pagi saya ada bagi sekor lembu untuk korban..." sambil whatsapp sekali gambar lembunya πŸ‘‡

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini.
Buat Korban Seekor Lembu
Mr. A sedang nak berkenalan dengan lembu korban we all😊

Mrs. A pun reply "Alhamdulillah... pergi tengok ke besok?" Iyo... jawab beliau ringkas. Pada pagi Sabtu 01072023 bersamaan 12 Zulhijjah 1444H kekdahnya Mrs. A sekeluarga pun pergilah ke tempat melaksanakan ibadah korban tersebut iaitu di Taman Tasik Jaya Murni. Sajalah Mrs. A dan anak-anak nak melihat lembu korban we all lagipun sunat hukumnya untuk melihat haiwan korban yang akan dikorban tu.

Kepada mereka yang hendak melaksanakan ibadah korban perkara sunnah yang sangat dituntut sebelum, semasa dan selepas korban adalah baca [SINI]. Dari apa yang Mrs. A baca sekiranya kita melakukan perkara yang dilarang seperti menggunting rambut dan memotong kuku setelah masuk 1 Zulhijjah ianya dianggap "makruh tanzih" iaitu tindakan yang tidak baik dan melanggar etika tetapi tidak dianggap dosa.

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini.

Rezeki Buat Korban
Dah sedia untuk sembelih, baca nama peserta korban dan takbir raya

Rezeki Buat Korban
Waktu ini dah lepas sembelih tapi masih bernyawa lagi Mr. A pun usap-usap kepala lembu tu
Mrs. A tengok dari jauh je sebak pulak rasa.

Rezeki Buat Korban
Gotong -royong melapah kulit

Rezeki Buat Korban
Gantungkan kaki biar senang kerja-kerja melapah daging





Rezeki Buat Korban
Along duduk jauh je sebab dia penakut tengok darah banyak πŸ˜„

Rezeki Buat Korban
Aryssa ✌

Rezeki Buat Korban
πŸ’–πŸ˜

Rezeki Buat Korban
Dah! dah! jom balik huhuu... Mr. A suruh we all pulang dulu

Along, Aryssa, Adik dan Mrs. A balik setelah selesai tengok lembu tu disembelih dan dilapah. Mr. A aje yang tinggal bergotong-royong melapah dan membahagi-bahagikan daging korban kepada penduduk di situ sehingga selesai.

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini.

Rezeki Buat Korban
Mr. A sedang agih-agihkan daging

Rezeki Buat Korban

Rezeki Buat Korban

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini. Alhamdulillah Ya Allah terimalah ibadah korban kami.




Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439 H

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439 H

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439 H

Selamat hari raya Aidil Adha a.k.a hari raya Korban buat readers My Blog My Stori, tak lupa juga rakan-rakan blogger sekalian. Kepada yang melakukan ibadah korban alhamdulillah semoga ibadah korban kalian diterima hendakNYA.

Selamat bercuti juga Mrs. A ucapkan kepada mereka yang ambil peluang sambung cecuti tu. Kalau drive pulang ke kampung atau pergi bercuti ke mana-mana tu berhati-hati di jalan raya ingatlah orang-orang yang tersayang. #pesananuntukdirisendirijuga Mrs. A memang ambil cuti extra 2 hari iaitu Thursday & Friday cos ikut planning side Mr. A nak pergi wedding invitation konvoi konon-kononnya. Haraplah dipermudahkan. Kalau ikutkan Mrs. A tak plan pun nak amik cuti extra tapi ini last minutes punya plan. Amik jugalah dan mujurlah boss dah approve.

Kebiasaanya hari raya Aidil Adha Mrs. A pergi beraya rumah mak dan parents in-laws je tak lupa juga ziarah kubur. Kalau ada buat korban ataupun join korban barulah join sekaki itupun jarang yang pompuan pergi biasanya Mr. A aje yang turut serta part nak menolong sembelih-sembelih tu.

Dikesempatan ini juga Mrs. A nak minta maaf di atas segala salah dan silap dari segala segilah iaitu samada tutur kata yang menyinggung perasaan mahupun penulisan yang membuatkan readers mahupun rakan blogger berkecil hati.
Ramainya umat manusia di padang Arafah.
Macam manalah di padang Mahsyar nanti pasti lebih ramaikan?
Melihat lautan manusia di padang Arafah tu [dapat dari grup WA] terfikir-fikir juga di Padang Mahsyar nanti tak mampu rasanya Mrs. A nak mencari orang yang perlu untuk Mrs. A minta maaf. Jadinya Mrs. A sekali lagi mohon maaf zahir dan batin DAN sesungguhnya tak perlu cari Mrs. A cos dengan ikhlasnya Mrs. A dah maafkan semua orang. 😊😊😊

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439 H a.k.a hari raya Haji a.k.a. hari raya Korban. "berkorban apa saja harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia". eh! ternyanyi pulak!
Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS

Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS

As Salam and greetings to dear readers.

Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS

Tahun ini ibadah korban kami sekeluarga sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Jika tahun sebelum ini korban secara personal tetapi tahun ini Mr. A telah dijemput untuk turut serta dalam Program Ibadah Korban Bersama anjuran Badan Kebajikan Islam (BAKI MPS) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). BAKI adalah badan kebajikan islam untuk staff MPS terutamanya untuk pekerja-pekerja awam MPS.

Ibadah Korban bersama BAKI dan MPS tersebut telah diadakan pada hari Tasyrik terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah 1438H. Hari Tasyrik adalah hari-hari yang diharamkan berpuasa bagi umat Islam iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah yang juga merupakan Hari Raya Aidiladha yang umat islam sambut setiap tahun dan juga hari-hari untuk melakukan ibadah korban.

Tercetusnya ibadah korban yang memerlukan umat islam melaksanakan ibadah sembelihan adalah demi memperingati peristiwa dan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menjalankan perintah Allah S.W.T. dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintahNYA. [kisah ini terdapat dalam Surah As-Saffat ayat 100-107]

Walaupun pada 4 September tu Mrs. A serta kids dah berada di rumah sendiri iaitu di Seremban tetapi pada pagi 4 September tersebut hanya Mr. A sahaja yang pergi ke tempat kejadian iaitu di Lake Garden, Seremban. Hurm... seperti biasalah alasan Mr. A tu tak mau bawa we all nanti susah-susah jer... katanya. Iyolah!!! Mrs. A okay jer...

Jom layan gambar yang Mrs. A ambil dari FB Mr. A

Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS
ibadah korban
Semoga ibadah korban kami diterima olehNYA
 ibadah korban

ibadah korban

ibadah korban
Alhamdulillah selesai
ibadah korban

Sebanyak 5 ekor lembu telah berjaya dikorban dalam program tersebut dan daging korban tersebut telah diagih-agihkan dengan sebaiknya.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato' Abdul Halim [YDP MPS) dan juga YBhg Tuan Iskandar [Pengarah Perlesenan MPS] kerana sudi menjemput kami untuk turut serta dalam Program Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS tersebut.

Semoga ibadah korban kami serta kesemua mereka juga diterima Allah SWT jua hendakNYA. In Sha Allah.

Alhamdulillah #syukurselalu Ibadah Korban Bersama BAKI dan MPS

Kredit: tazkirah.net
MRS.A my blog my stori ©