Hari Raya Aidil Adha 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hari Raya Aidil Adha 2020

7 Ogos 2020

Hari Raya Aidil Adha 2020

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Raya Aidil Adha 2020. Dah hampir seminggu hari raya Aidil Adha ataupun hari raya korban berlalu Mrs. A baru nak up entry ha. Takpe kan better late then never eh! hahahhaa... Sehari sebelum hari raya Aidil Adha tu Mrs. A dah balik kampung ambil annual leave 1 hari gitttewww.

Mrs. A gerak dari Seremban lebih kurang pukul 12.00 tengahari drive santai-santai jer... alhamdulillah jalan pun elok je clear sampai kampung lebih kurang pukul 1.00 petang. Sesampai di kampung hanya ada emak dan mak-mak sedara sebelah rumah je. Adik bongsu aka Maksu dah selamat sampai Kelantan depa raya sana ialah time raya Aidil Fitri tak lepas balik al-maklumlah PKP. Family KakNgah sampai malam raya, Along sampai pagi raya, family Alang pulak raya kat rumah mak mertua takde rezeki nak balik kampung katanya.

Solat hari raya kat kampung Mrs. A by invitation only. Imam dah siap-siap pesan kat mak-mak sedara Mrs. A orang pompuan tak yah solat raya kat masjid katanya huhuhuhu. Mr. A tak sempat pun nak solat raya di masjid haish! sadis sungguh tulah ingatkan solat macam biasa pukul 9.00 pagi. Dia sampai dalam pukul 8.20 pagi kariah masjid dah baca khutbah katanya. Along Mrs. A mujurlah sempat itu pun nyaris-nyaris je tak dibenarkan masuk cause dah sampai keluar masjid jugak had untuk yang boleh solat hanya 60 orang sahaja.

Hari Raya Aidil Adha 2020.


Hari Raya Aidil Adha 2020
Seketul je gambar juadah raya yang Mrs. A snap hahahaa... Lemang orang kampung jual. Emak Mrs. A memang regular customer cause memang dah tahu sedap gittewww....
Hari Raya Aidil Adha 2020
Time ni dah petang dah on the way nak balik kampung semula dari Jiboi
Hari Raya Aidil Adha 2020
Satu-satunya gambar berdua yang ada
Hari Raya Aidil Adha 2020
Dengan emak pun sama mujurlah ada satu gambar buat kenangan hari raya Aidil Adha 2020
Time balik raya side Mr. A di Jiboi lagilah ralat!!! satu gambar pun takde. Langsung tak teringat nak bergambar huhhuhuu.... Mrs. A sekeluarga beraya di Jiboi dalam tengahari pada 10 Zulhijjah tu. Aryssa tak ikut sekali cause dia nak ikut MakNgah dia pergi mana ntah. Mr. A kata biarkan ajelah tak koser! nak melayan perangai dia meroyan nanti. Along dengan Adik okay je katanya lagi elok lapang tempat duduk belakang keta muahahhaaaa.... End of story 10 Zulhijjah 1441H.

Pada 11 Zulhijjah 1441H (01082020) pagi-pagi lagi emak minta anak sulong Mrs. A temankan dia pergi masjid untuk serahkan kambing korban pada Imam. Tapi Mrs. A cakap takpelah biar Mrs. A aje yang pergi pastu BangNgah cakap dia pun nak join sekali. Adik pun ikut juga tapi dia naik motor sendiri. Tahun ini emak buat korban seekor biri-biri untuk arwah ayahnya kiranya Atok Mrs. A lah. Mak cakap sebelum Atok meninggal dia ada bernazar nak korban seekor kambing tapi hajatnya tak kesampaian ketika hayat. Alhamdulillah mak Mrs. A dikurniakan rezeki olehNYA untuk buat korban tu pada tahun ini. Jom layan gambar sekitar majlis korban kariah masjid kampung Mrs. A.

Hari Raya Aidil Adha 2020

Hari Raya Aidil Adha 2020
Inilah biri-biri tu pandai dia pandang camera time Mrs. A snap.
Ya Allah terimalah ibadah korban kami
Hari Raya Aidil Adha 2020
Alhamdulillah dipermudahkan tak payah ikat-ikat pun kaki bebiri tu
Hari Raya Aidil Adha 2020
Ada dua ekor biri-biri dikorban pada pagi tu
Hari Raya Aidil Adha 2020
Emak duduk al-maklumlah warga emas
Hari Raya Aidil Adha 2020
 Mula-mula sembelih biri-biri dulu kemudian baru lembu. Itu biri-biri yang seekor lagi tu. Actually dia yang mula-mula sekali disembelih.
Hari Raya Aidil Adha 2020
Sedang tunggu turn biri-biri korban untuk arwah Atok Mrs. A disembelih. Sempat Mrs. A record untuk tontonan adik-beradik Mrs. A yang tak dapat hadir.
Hari Raya Aidil Adha 2020
Time ni Imam baru sampai
Hari Raya Aidil Adha 2020
Kariah masjid yang hadir tak boleh ramai pun ada hadnya
Hari Raya Aidil Adha 2020
Abam pulis dengan askar pun ado... melawat kawasan ngeh! ngeh! ngeh! Alhamdulillah kami patuh S.O.P
Majlis korban di kampung Mrs. A berlangsung sehari sahaja iaitu pada 11 Zulhijjah tu. Ada dua ekor biri-biri dan 3 ekor lembu korban. Dah selamat pun daging-daging korban tu sampai ke rumah dan dimasak gulai hiks!

Hari Raya Aidil Adha 2020.

Sambil tu Mrs. A nak share jugak ganjaran dan sunnah berkaitan ibadah korban.




Kredit: Ikhlasdotcom

Okay itu sahaja kisah Hari Raya Aidil Adha 2020 Mrs. A my blog my stori. Ya Allah terimalah ibadah korban hambaMu. Semoga ibadah korban kita semua diterima olehNYA. InSyaAllah.





13 ulasan:

  1. Mak pun ada buat korban tahun ini.
    Alhamdulillah dapat perhati bintang dikorbankan depan mata.

    BalasPadam
  2. lemang tu menggoda betul, terserlah kelembutannya...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, tercapai hajat arwah atok Mrs A...semoga Allah menerima ibadah korban kita..

    BalasPadam
  4. Salam aidil adha 1441 H
    Selamat menjalani ibadah qurban

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. rezeki dapat buat ibadah korban. Comel pulak kambing tu ha pandang kamera. Entry raya Fiza pun tak update lagi. Tak ada cerita nak diceritakan sebab duduk rumah je :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.Nikmat yang kita kecapi kan MrsA.

    BalasPadam
  7. Selamat hari raya aidiladha wat mrs. A sekeluarga. Meriah nampaknya sambutan raya tu...

    BalasPadam
  8. lemang tu nmpk sedap laaa... acu buat review sket😊😊

    alhamdulillah tertunai jg hajatnya itk berkorban..

    BalasPadam
  9. Ibadah korban tak dijalankan open thn ni semua di tempat korban tanpa org luar.. lama xmkn lemang

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut SOP..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©