Mac 2024 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mac 2024
Salam Nuzul Quran 2024

Salam Nuzul Quran 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 


As Salam and greetings to dear readers.

Salam Nuzul Quran 2024 serta selamat berpuasa kepada semua rakan blogger. Lamanya tak memblog rindu...

Salam Nuzul Quran


Pejam celik pejam celik dah 17 Ramadan sekejap sangat rasanya masa berlalu. Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa membaca Al-Quran. 


Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan

Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan. Salam Jumaat Mrs.A ucapkan buat readers my blog my stori. Alhamdulillah majlis bacaan Yasin online mingguan pada 01 Mac 2024 ini telah dihoskan dari surau Ibupejabat. Kiranya ini adalah kali kedua pada tahun ini Ibupejabat menjadi hos, sebelum itu [SINI]. Majlis pada pagi tadi telah dipimpin oleh saudara Mohamad Idzhar dari Jabatan ICT yang mesra di sapa Idzhar oleh kawan-kawan di Ibupejabat. 

Actually hari ini adalah hari terakhir Idzhar bertugas di SAINS ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Mrs. A difahamkan Idzhar telah mendapat kerja di operator air lain dan akan memulakan tugas pada minggu hadapan. Sempat jugalah Mrs. A bermaafan dengan Idzhar tadi didoakan beliau bertambah maju jaya di tempat baharu. 

Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan.

Salam Jumaat
Alhamdulillah selesai sudah

Salam Jumaat
Jemaah lelaki nun di sebelah tirai

Salam Jumaat
Idzhar sedang mengucapkan sepatah dua kata sempena hari terakhir beliau di sini

Selepas majlis bacaan Yasin tadi turut diadakan jamuan ringkas merangkap farewell untuk Idzhar ๐Ÿ˜Š

Salam Jumaat

Salam Jumaat

Jamuan ringkas tersebut adalah hasil potluck daripada kakitangan yang ingin menyumbang dan juga bersedekah memang begitulah tradisinya di Ibupejabat tempat Mrs. A bekerja ini. Semoga Allah memberkati majlis bacaan Yasin dan jamuan tersebut.

Okay itu sahaja nak share Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu dear readers.





MRS.A my blog my stori ©