Mei 2019 - MRS.A MRS.A : Mei 2019
Happy Birthday To Me

Happy Birthday To Me

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday To Me. Semalam 30 Mei genaplah usia Mrs. A nak tau kena baca 'About Me' ngeh! ngeh! ngeh!. Pada tahun ini 2019 sekali lagi birthday Mrs. A jatuh pada bulan Ramadhan 1440H. Kalau tak silap ini dah tahun yang ketiga birthday jatuh pada bulan Ramadhan.  Mungkin tahun depan InSyaAllah kalau dikurniakan lagi umur circle ini akan berubah.

Tahun ini takde potong-potong kek pun sobs..sobs..sobs... Along, Aryssa dan Adik ada kat kampung so takde sape nak celebrate ada pun Mr. A jer.. tak seronoklah lagipun bulan puasa takde mood nak potong-potong kek tu. #yeke

Anyway ganglunch as usual tetaplah ada sesi bergambar dan memberi hadiahnya.

Happy birthday to me.
Happy Birthday To Me
Tumpang bergambar di prop hariraya dept lain ngeh! ngeh! ngeh!
Tahun ini gang lunch yang prepare tu buat untuk dua orang sekali maybe because bulan puasa kot lagipun kebetulan we both May babies. Actually Mrs. A tak perasan pun depa nak celebrate untuk Mrs. A sekali. Lagipun time LZ datang kat cubicle Mrs. A tu katanya nak celebrate birthday Y kat cubicle Mrs. A. Mrs. A okay jer cuma time tu sedikit meleka up-date instagram. Bila Y sampai Mrs. A pun suruhlah  Y duduk untuk bergambar. Eh! akak pun sekali la... hah! sedikit terkejut di situ. So far belum pernah lagi gang lunch celebrate birthday dua orang sekali. Pandai depa ni cover line tau.

Happy birthday to me.
Happy Birthday To Me
Happy birthday to Y and me
Alhamdulillah terima kasih gang lunch kerana selalu saling faham-memahami. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang wish dan yang mendoakan Mrs. A samada di media sosial mahupun face to face. Tak lupa juga berbanyak-banyak terima kasih Mrs. A ucapkan buat rakan-rakan blogger yang wish Mrs. A semoga ukhwah sentiasa diberkati olehNYA.

Ucapan untuk diri sendiri "Semoga dengan meningkatnya usia ini akan lebih istiqamah dalam menunaikan suruhanNYA" InSyaAllah.



Wordless Wednesday #123 - Rezeki jangan ditolak

Wordless Wednesday #123 - Rezeki jangan ditolak

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #123 - Rezeki jangan ditolak. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Tapi ada jugak orang yang menolak. Hurmm... suka hatilah. Setiap tahun di tempat Mrs. A kerja ini kira-kira dah sedekad gittew menjelang hari raya pasti ex-CEO iaitu Dato' R akan memberi kuih raya kepada setiap kakitangan yang masih berkhidmat.

Kuih raya tahun ini adalah...

 Wordless Wednesday #123 - Rezeki jangan ditolak.
Biskut Mazola
Jejari Udang/ Bilis
Seorang dapat satu bekas jerr... apa!? nak lebih. Nak lebih kalu beli sendiri laa...

Terima kasih banyak-banyak Dato' R kerana masih mengingati we all di sini. Semoga Dato' R dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.


Balik Kampung & Jalan-jalan Cari Baju Raya

Balik Kampung & Jalan-jalan Cari Baju Raya

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Ba...lik kampung... ho! ho! ho! ba...lik kampung eh! tetiba pulak ternyanyi ha..ha..ha.. Setelah dua minggu berpuasa barulah last weekend Mrs. A dapat balik kampung. Along, Aryssa dan Adik masing-masing excited habis nak berbuka di kampung dengan nenek.

Lagipun dah mula cuti sekolah depa plan nak duduk terus kat kampung sehingga raya tapi babahnya kurang setuju. Tapi Mrs. A kata biarlah seminggu ni depa duduk kampung tolong-tolong nenek apa yang patut next Saturday baliklah Seremban semula setelah psycho baik punya Mr. A pun setuju. Bersyukur betul mereka bertiga tu dapat berfoya-foya kat kampung Lubok China tu.

Balik-kampung
Safely arrived at kampung. Princess Talia and Adik missed you too katanya. 
Bila sampai kat kampung aje we all tengok eh! verandah nenek dah cat baharu la. Amvoiii!!! kemahen nenek aaarrr... senyap-senyap rumah dia dah tukar color. Hurm... cantik dan menarik color baby blue gittew... Kerja-kerja mengecat tu BangNgah yang buat. Upah harga kasih-sayang kata mak Mrs. A. Time we all sampai tu family Angah dah balik Melaka esoknya tu baru dia akan balik semula kampung kiranya on Sunday la.

balik-kampung
Ramadhan tahun ini 20 Ramadhan barulah dapat berbuka di kampung
Sunday tu pagi-pagi lagi nenek dah minta Aryssa dan Aqil turunkan langsir dan bersihkan cermin tingkap. Hai!!! lah nenek semua nak di rayakannya hahahaaa... cecucu pun excited aje melayan...

balik-kampung
Si princess ni pun nak tolong jugak. Pandai ke cabut cangkuk tu? 
Time tu Mrs. A pulak kena pergi pekan Lubok China membeli barang-barang yang telah disenaraikan oleh neneknya. Bila balik semula kat rumah Angah sekeluaraga dah sampai. Cos BangNgah nak sambung semula mengecat. Angah pulak rupanya dah plan dengan Ekin dan Aryssa nak pergi jalan-jalan membeli baju raya to be exact nak ke butik Peace di Pekan Rembau. Mulanya Mrs. A tak tahu tapi bila dia ajak eh! Mrs. A pun terjebak sekali daaa....

jalan-jalan-cari-baju-raya
Girls day out katanya
Actually ini pertama kali Mrs. A pergi ke butik Peace yang di Rembau. Mrs. A jarang sangat jalan-jalan kat pekan Rembau ni compare dengan Angah Mrs. A ni, dia selalu pergi pekan Rembau dengan mak. As for Mrs. A lebih suka ke pekan Masjid Tanah maybe time sekolah menengah rendah dulu selalu ke MT kot sebab tuisyenkan tu yang jiwa lebih ke MT dari ke Rembau muahhaaaaa.... Unfortunately di butik Peace tu baju untuk size Angah takde la pulok! Aryssa pun takde yang berkenan yang berhasil memancing hanyalah niece Mrs. A yang seorang tu jer... pastu dah depa tu buat gila tiba-tiba mengajak nak ke Melaka city pulok doh!

So baliklah ke rumah dulu tukar kereta, Angah cakap nanti kalau kita lambat balik takut BangNgah nak pakai kereta. Bila we all sampai semula kat rumah ait! apsal kejap sangat kata depa. We all pun tersengeh sambil cakap nak tukar kereta la.. nak pegi Melaka pulak! hahha Hai!!! macam-macamlah suka hati koranglah kata BangNgah. So kekdahnya we all pun gerak ke Mydin Melaka plannya nak sopping kat butik-butik seberang jalan depan Mydin Mall tu. kat situ ada banyak butik di antaranya Gene Martino, Peace dan macam-macam lagilah.

jalan-jalan-cari-baju-raya
Hurm... mana satulah nak pilih ni
jalan-jalan-cari-baju-raya
Wefie jap sementara menunggu Angah & Ekin try fitting
Habis dah semua butik sepanjang jalan tu we all survey hanya Aryssa yang berjaya mendapat baju pilihannya. Angah, Ekin dan Mrs. A tak jumpa lagi. Angah dan Ekin tu ada yang depa dah berkenan tapi bila fitting saiz tak ngamlah pulak. Kemudian we all pun decided nak masuk kat dalam Mydin Mall jalan-jalan lagi kat booth yang banyak dalam Mydin tu kat situ alhamdulillah Mrs. A dapat membeli sepasang baju kurung dengan harga yang berbaloi-baloi hehehe suka tau. 

Ekin dan Angah dah give-up so finally Ekin decided nak pergi beli baju jalan-jalan dia kat tingkat 1 ntah apa ke nama kedai tu sebelah Padini. Mrs. A pulak terjumpa Vincci nak cari kasut yang sama serupa macam kat Vincci Aeon S2 tu seabab hari tu nak beli dah takde. Puaslah duk perati satu persatu tapi takde pulak paten yang Mrs. A cari tu so berhuhuhu ajelah nampak gayanya.

Haish! puas betul berjalan time ni al-maklumlah girls day out kalau ada the boys memang ko tak merasalah nak survey sampai lebam macam ni. Dah nak sampai waktu berbuka dah pun tak sempat dah nak buka kat rumah so beli air je dulu. Nak berbuka kat Mydin Mall ni memang dah takde tempat kosong pun semua dah reserve. So drive ajelah nanti singgah mana-mana kedai otw balik.

jalan-jalan-cari-baju-raya
Finally we all singgah kedai tomyam ni untuk berbuka puasa.
Aryssa dan Mrs. A tu macam lah puasa ngeh! ngeh! ngeh!
Alhamdulillah lebih kurang pukul 9.00 malam macam tu we all selamat sampai semula ke kampung. Adik,  Along dan BangNgah takde depa pi Tarawih. Mrs. A pulak sesampai aje rilex kejap sambil makan bubur kacang dan tapau sekali bawak balik Seremban. Kena balik jugak Seremban cos esok kerja daa.. Time Mrs. A balik tu tak jumpa pun Adik dengan Along tak done nak tunggu dah! Nanti lelambat takut ngantuk. Perjalanan balik ke Seremban smooth and clear syukur alhamdulillah lebih kurang pukul 10.45 malam safely arrived.

Okay tu je kisahnya Balik Kampung & Jalan-jalan Cari Baju Raya.




Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Di Jiboi

Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Di Jiboi

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Di Jiboi. Pada hari Ahad lepas bersamaan 14 Ramadan 1440H family Jiboi buat berbuka puasa bersama-sama di Jiboi kemudian terus solat Tarawih sekali. Actually idea ni datang dari Along (b.i.l) kat dalam group WhatApps family mengajak, "mohhh... berbuka di Jiboi. Sesiapa yang ada kelapangan esok hari Ahad kita beramai-ramai berbuka dan bertarawih. Stail potluck satu family satu menu".

Bila Mrs. A baca tu fuh! mujurlah time ni tak balik kampung so bolehlah join sekali. Kalau tak semedanglah tak dapat join family event side Jiboi mau tak terasa depa kalau dah asyik tak join jer kan..kan..kan... Along dengan Adik sedari pagi lagi dah pergi ke Jiboi seronoklah tu lepak reramai dengan sepupu-sepapat.

As for Mrs. A, Aryssa dan Mr. A dah dekat-dekat nak berbuka barulah terhegeh-hegeh nak pergi ngeh! ngeh! ngeh! Alhamdulillah berbuka puasa kali ini Mrs. A dapat berjumpa dengan kesemua biras dan juga ipar-duai cuma anak-anak buah jer... tak cukup korum ada yang buka kat luar, ada yang kerja dan ada yang buka kat rumah pengasuh. Menu malam tu adalah masak lemak tempoyak ikan parang, masak lemak ayam campur kentang, sayur kangkung, ayam roasted (KR), ikan kembong, sambal bilis, buah-buah, bubur dan kuih-muih. Unfortunately Mrs. A langsung tak teringat nak snap gambar huhuhuuu... itulah gara-gara sampai lambat. Sesampai aje terus dah masuk waktu buka abis tu takkan ko nak snap gambar pulakkan (choiii!!! mau kena maki nanti muaahhahaa)

Tapi selepas maghrib tu sementara nak tunggu Isyak dan solat Tarawih sempatlah jugak Mrs. A selfie-selpot.

|Yang lelaki Ateh je dah masuk yang lain-lain semua kat luar lagi
Captured by mamarazi hahahaa.... sorang yang belakang tu cecuti
Kaklong and Cuna
M.i.l, Cuna and Kakngah Anis
Seperti biasa yang mengimamkan solat adalah f.i.l dan Tarawih kami buat 13 rakaat 10 tarawih dan 3 witir. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul bersama keluarga itulah moment yang tidak ternilai harganya.




Selamat Hari Guru 2019

Selamat Hari Guru 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Guru 2019. Selamat 'Hari Guru' Mrs. A ucapkan buat semua warga pendidik. Seperti yang kita sedia maklum 16 Mei setiap tahun adalah hari mengenang jasa guru di Malaysia. Tema Hari Guru pada tahun ini Mrs. A rasakan sangat unik iaitu "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi" tinggi bahasanya susah sikit nak hadam ngeh! ngeh! ngeh!

Bila 'Hari Guru' ni Mrs. A memang ingat  selalunyalah, beza sikit dengan hari-hari lain yang diraikan contoh macam Hari Jururawat baru-baru ni. Langsung tak hengat! sedar pun lepas tengok status kawan Mrs. A yang seorang nurse tu. Eh! Mrs. A jer... kot orang lain Mrs. A tak pasti hehehheee... Kenapa bila 'Hari Guru' jer... yang selalu Mrs. A alert walaupun Mrs. A ni bukan berkerjaya seorang guru sebenar?

Teachers' Day 2019
Selamat Hari Guru 2019. Pinjam Google punya image suka tengok sotong tu ngajar senang je sebab tangan dia banyak muahahahaa....
Ntahlah alasan konkritnya  tu Mrs. A pun tak pasti maybe sebab apabila bercakap tentang guru ni ada macam-macam guru adanya, di antaranya guru silat la, guru mengaji la, cikgu tuisyen, coach netball, cikgu-cikgu anak-anak Mrs. A, cikgu-cikgu Mrs. A, kawan-kawan Mrs. A yang memang cikgu-cikgi eh! macam-macam guru la yang membuatkan mereka selalu diingatan ini dan seorang lagi guru yang tiada galang-gantinya adalah guru pertama Mrs. A iaitu EMAK ku sayang.  Kekdahnya itu yang bila 16 Mei jer... ingat sangat 'Hari Guru' uols!

Dari pembacaan Mrs. A hari guru ini yang sebenarnya berbeza-beza mengikut negara masing-masing. Contoh di Indonesia hari guru adalah pada 25 November, Brunei pula 23 September, Thailand 16 Januari eh! cukuplah tu contoh-contohnya, kalau nak tahu banyak lagi sila tanya pakcik Google ya muahahhaaaa.... Oh! ya tarikh Hari Guru Sedunia pula adalah pada 5 Oktober setiap tahun.

Okaylah sekali lagi Mrs. A nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada rakan-rakan blogger yang bergelar warga pendidik. Semoga dapat menjalankan amanah mendidik anak-anak dengan tulus ikhlas dan sabar kerana kami sedia maklum kerjaya seorang guru pada masa kini memang banyak cabarannya.

Buat guru-guru yang pernah mengajar Mrs. A suatu ketika dahulu terima kasih yang tidak terhingga diucapkan mohon halalkanlah ilmu-ilmu yang telah diberikan itu.

Teacher's Day 2019
Selamat Hari Guru



Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kejadian ini adalah pada 30 April yang lalu. Bos dan Mrs. A berserta seorang lagi staff dari unit lain kena pergi kursus Corporate Governance (CG) rasanya sesiapa yang kerja kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan mesti tahu pasal kursus ni. Kursus CG ni actually Mrs. A dipaksa pergi oleh bos, malas nak banyak citer Mrs. A pun layan ajelah. Lagipun kursus ini memang ada berkaitan dengan nature of work Mrs. A. Okaylah tu lagipun sudah agak lama Mrs. A tak pergi external course.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri ini telah diadakan di Klana Resort, Seremban. Kursus ni adalah kursus sehari dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 4.30 petang. Ianya adalah anjuran bersama KESANS dan HYPE9 Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan. Peserta kursus bukan setakat dari Negeri Sembilan sahaja ada juga yang dari Negeri Melaka. Pagi tu sebelum kursus bermula kita bergambar dulu ngeh! ngeh! ngeh!

Kursus Corporate Governance (CG)
Peserta-peserta kursus, tetamu jemputan dan speakers diminta bergambar bersama sebelum kursus bermula
Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Objektif kursus yang pertamanya adalah untuk memberi pendedahan kepada syarikat Kerajaan Negeri berkenaan amalan Tadbir Urus Korporat yang baik. Keduanya untuk memberi kesedaran kepada syarikat Kerajaan Negeri mengenai tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat, selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Akta SPRM 2009.

Dari apa yang Mrs. A faham CG atau amalan tadbir urus korporat yang baik ini hanyalah sebagai garis panduan sesebuah syarikat untuk mentadbir syarikat mengikut acuan syarikat masing-masing supaya lebih sistematik. Contoh macam Piagam Lembaga Pengarah. Bila syarikat telah mewujudkan sejenis piagam ini takdelah seseorang Ahli Lembaga Pengarah tu boleh buat sesuka hati sahaja haruslah mereka merujuk piagam tersebut dalam membuat sesuatu keputusan untuk kepentingan syarikat bukan untuk diri sendiri. Adeh!!! seriusnya muahhhaaaa....

Meh! sini Mrs. A belanja gambar lagi.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Kami SAINS
Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Seating arrangement macam classroom
Kursus ni terbahagi kepada 4 Slot:-

Slot 1 - Tanggungjawab ALP dan Pihak Pengurusan Syarikat
(Speaker - En Mohd Suffian b. Mohd Mokhtar - Ketua Seksyen Bah. Perundangan SSM KL Centre)

Slot 2 - Risiko Penyalahgunaan Kuasa ALP dan Pihak Pengurusan Syarikat
(Speaker - Tuan Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim - Pengarah SPRM cawangan N.S.)

Slot 3 - Malaysian Code of CG - Jawatankuasa yang perlu ada dalam sesebuah syarikat.
(Speaker - En Saiful Anuar b. Zakaria - Pengarah Audit Negeri, JAN, Melaka)

Slot 4 - Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat dan isu-isu penemuan audit.
(Speaker - Pn Salwani bt Muhammad - Pengarah Bahagian 1, Sektor Tadbir urus, JAN, Malaysia)

Mrs. A bagi title ajelah ya, sejenis tak rajin nak ulas details muahahaaaaa.... Pendapat Mrs. A secara keseluruhannya kursus yang sangat menarik dan banyak ilmu baharu dapat dicedok. Lagipun speaker semua hebat-hebat. Mereka relate bahan kursus dengan pengalaman masing-masing yang terlibat secara langsung dengan kes-kes high-profile negara yang sedang dan telah berlaku sedikit masa dahulu. Lagi yang best kalau berkursus ni tak lain dan tak bukan dapat makan sedap dari breakfast, lunch sampailah ke high-tea ngeh! ngeh! ngeh!

Finally sebelum kurus ditamatkan secara rasmi, peserta-peserta pun diberi sijil penghargaan.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Dan lagi dapat sijil tamat kusus
Readers ada ke yang dah pernah pergi kursus CG ni? eh! ada.... kalau macam tu kita gang, sep sikit.




Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Ramadhan Kareem dear readers dan lebih afdal kalau readers menjawab dengan Allahu akram. Dari apa yang Mrs. A baca Ramadhan Kareem tu maksudnya Ramadhan mulia dan Allahu akram tu pulak maksudnya Allah lebih mulia.

google image
Amvoiii! kemahen ha! intro Mrs. A dah macam poyo muahahaaaa... Actually Mrs. A tak tahu nak tulis apa tapi paksa jugaklah menulis ni. Rasa macam ada tak kena je... bila tengok blog dah lama tak up-date. Lagipun bila Mrs. A blogwalking tadi rata-rata rakan-rakan blogger bercerita kisah Ramadhan masing-masing so kekdahnya Mrs. A pun tak nak ketinggalan jugak. Belum terlambat lagikan... nak up-date kisah Ramadhan 1440H ni, lagipun hari ni baru dua Ramadhan ngeh! ngeh! ngeh!

First Ramadhan Mrs. A biasa-biasa aje terdampar kat rumah bersama family. Disebabkan Along, Aryssa dan Adik tak sekolah cos sekolah mereka ambil cuti peristiwa, kekdahnya Mrs. A pun apply cuti la jugekk... last minutes pun dont care. As long as boss approved.

Weekend sebelum puasa tu Mrs. A balik kampung cos dah janji dengan mak Mrs. A nak merendang. Lagipun memang sengaja nak balik kampung jumpa mak sebelum Ramadhan. Oleh kerana dah berjanji dengan mak so sekali lagi Mrs. A tak dapat menghadirkan diri ke kenduri di Jiboi. Kenduri tu Abang ipar a.k.a Along yang organize haish! last minutes punya arrangement. Time m.i.l bagitahu Mrs. A tu terus terang aje Mrs. A cakap kat M.i.l tak dapat nak datang sebab dah janji dengan mak nak balik kampung. M.i.l pun tak cakap apa-apa seolah-olah faham, tapi dalam hati siapa yang tahukan.... Dapat tengok gambar kejadian dari group WA family.

This time semua side Mr. A ada kecuali Mrs. A dan kids.
 Kenduri tahlil arwah dan sambut Ramadhan. Tak sanggup pulak nak kongsi menu depa al-maklumlah tengah puasa-puasa ni memang semuanya yummy!

Time kat kampung tu sempatlah jugak ke pekan Lubok China melayan si princess tu heboh nak beli ice-cream oren.

Girls only ngeh! ngeh! ngeh!
Hari Ahad tu pagi-pagi lagi mak Mrs. A dah bangun Mrs. A lambat sikitlah lepas subuh tidur balik muahhaaaaa... Tapi kena paksa bangun dengan Aryssa sebab nak kena mesin kelapa la pulak. Ha kata nak merendang haruslah santan dia lebih tu la pasal siapa suruh beli santan tak cukup. Mujurlah kat kampung ada kelapa sendiri.

Rendang daging in the making
Rendang daging tu Mrs. A bawaklah balik sedikit ke Seremban nak buat menu bersahur. Alhamdulillah memang itupun tujuannya. Walaupun Isnin tu Mrs. A dan kids bercuti tapi we all tetaplah balik pada hari Ahad selepas maghrib cos kesian pulak Mr. A nanti takkan nak biar dia bersahur sorang-sorang. Haish! tak bolehlah macam tu dia dah bagi izin balik kampung pun dah seribu rahmat.

Hari pertama Ramadhan we all berbuka puasa di rumah sahaja. Lagipun mood tak berapa nak ceria huhuhuhu... al-maklumlah 1st day puasa.

Alhamdulillah rezeki berbuka puasa di 1 Ramadhan 1440H yang masih berungkus tu ikan bakar, sekor ikan jaket dan sekor lagi ikan Terubuk
Eh! dalam takde-takde apa nak tulis tu panjang jugak rupanya kisah yang Mrs. A bebelkan ni ngeh! ngeh! ngeh! Okaylah itu sahaja nak share. Ramadhan Kareem. Allahu akram. Semoga puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga puasa kita sentiasa makbul dan diterima olehNYA. InSha Allah.



Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Sempena hari Jumaat yang penuh barokah ini Mrs. A mengambil kesempatan untuk join Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed. Semoga bertuahlah hendakNYA. Giveaway ini tak lama pun tempohnya so readers yang nak join moh! le kita join cepat-cepat ya. Lagipun syarat-syaratnya mudah sahaja.

Haruslah tepek banner dulu.

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed
Klik banner untuk ke blog penganjur
Syarat-syarat Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed adalah:-

1. Follow blog kasihkuamani
2. Follow Instagram Sha @kasih_shadz
3. Buat satu entry dengan tajuk "Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed"
4. Tepek banner seperti di atas dan backlink ke entry Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed di blog beliau
5. Jangan lupa tepek link entry penyertaan di ruangan komen

Tempoh Giveaway adalah dari 29.04.2019 sehingga 10.05.2019 

Pemenang bertuah akan dihadiahkan buku kumpulan cerpen Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa.



Happy Birthday Babah

Happy Birthday Babah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy birthday babah. As for month of April memang ramai yang celebrate birthday di kalangan family Mrs. A. April 22nd Aryssa dan Adik, April 29th babah dan April 30th Adik Mrs. A yang bongsu a.k.a Maksu. Fuh! meriah dengan cake birthday.

Pada 29 April tu Mrs. A dah pakat-pakat dengan Aryssa dan Adik lepas balik kerja nanti nak pergi beli kek birthday untuk Mr. A. Tapi Mrs. A cakap dengan Mr. A balik kerja petang tu nak pergi beli barang-barang dapur dengan Aryssa dan Adik takdelah bagi tahu nak pergi beli cake sekali. Kebetulanlah pulak malam tu Mr. A memang request nak makan pizza. Haish! lagilah senang kerja order je pizza delivery.

Happy Birthday Babah
Oppss! spoiled la pulak ice-cream kek tu susah nak potong hiks!
Sebagaimana celebration birthday Aryssa dan Adik begitu jugalah celebration birthday Mr. A we all  celebrate among us only. Ice-cream cake tu Adik yang pilih katanya babah suka ice-cream cake hurmm... iyolah dik ke kau yang nak ice-cream cake hahaha...

Happy Birthday Babah
Ice-cream cake Happy 44th birthday babah
Happy Birthday Babah
Potong jangan tak potong babah ya...
Time we all sampai rumah tu Mr. A belum balik lagi. Sempatlah bawa cake tu masuk rumah tanpa dia nampak. Bila pizza delivery dah sampai, Aryssa pun calling-calling babah. Babah on the way katanya. Aryssa pun dah get ready the table dengan pizza dan jugak piring/ cawan semua. Bila Mr. A masuk aje dalam rumah terus Mrs. A keluarkan cake sambil kids semua nyanyi lagu happy birthday hehehehe.... Alhamdulillah kira jadilah tu surprisenya tu.

Doa kami sekeluarga semoga babah dikurniakan umur yang berkat, sejahtera di dunia dan juga di akhirat kelak. Terima kasih atas segalanya we love you dalam susah mahupun senang. Happy birthday babah.




MRS.A ©