Balik Kampung & Jalan-jalan Cari Baju Raya - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Balik Kampung & Jalan-jalan Cari Baju Raya

27 Mei 2019

Balik Kampung & Jalan-jalan Cari Baju Raya

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Ba...lik kampung... ho! ho! ho! ba...lik kampung eh! tetiba pulak ternyanyi ha..ha..ha.. Setelah dua minggu berpuasa barulah last weekend Mrs. A dapat balik kampung. Along, Aryssa dan Adik masing-masing excited habis nak berbuka di kampung dengan nenek.

Lagipun dah mula cuti sekolah depa plan nak duduk terus kat kampung sehingga raya tapi babahnya kurang setuju. Tapi Mrs. A kata biarlah seminggu ni depa duduk kampung tolong-tolong nenek apa yang patut next Saturday baliklah Seremban semula setelah psycho baik punya Mr. A pun setuju. Bersyukur betul mereka bertiga tu dapat berfoya-foya kat kampung Lubok China tu.

Balik-kampung
Safely arrived at kampung. Princess Talia and Adik missed you too katanya. 
Bila sampai kat kampung aje we all tengok eh! verandah nenek dah cat baharu la. Amvoiii!!! kemahen nenek aaarrr... senyap-senyap rumah dia dah tukar color. Hurm... cantik dan menarik color baby blue gittew... Kerja-kerja mengecat tu BangNgah yang buat. Upah harga kasih-sayang kata mak Mrs. A. Time we all sampai tu family Angah dah balik Melaka esoknya tu baru dia akan balik semula kampung kiranya on Sunday la.

balik-kampung
Ramadhan tahun ini 20 Ramadhan barulah dapat berbuka di kampung
Sunday tu pagi-pagi lagi nenek dah minta Aryssa dan Aqil turunkan langsir dan bersihkan cermin tingkap. Hai!!! lah nenek semua nak di rayakannya hahahaaa... cecucu pun excited aje melayan...

balik-kampung
Si princess ni pun nak tolong jugak. Pandai ke cabut cangkuk tu? 
Time tu Mrs. A pulak kena pergi pekan Lubok China membeli barang-barang yang telah disenaraikan oleh neneknya. Bila balik semula kat rumah Angah sekeluaraga dah sampai. Cos BangNgah nak sambung semula mengecat. Angah pulak rupanya dah plan dengan Ekin dan Aryssa nak pergi jalan-jalan membeli baju raya to be exact nak ke butik Peace di Pekan Rembau. Mulanya Mrs. A tak tahu tapi bila dia ajak eh! Mrs. A pun terjebak sekali daaa....

jalan-jalan-cari-baju-raya
Girls day out katanya
Actually ini pertama kali Mrs. A pergi ke butik Peace yang di Rembau. Mrs. A jarang sangat jalan-jalan kat pekan Rembau ni compare dengan Angah Mrs. A ni, dia selalu pergi pekan Rembau dengan mak. As for Mrs. A lebih suka ke pekan Masjid Tanah maybe time sekolah menengah rendah dulu selalu ke MT kot sebab tuisyenkan tu yang jiwa lebih ke MT dari ke Rembau muahhaaaaa.... Unfortunately di butik Peace tu baju untuk size Angah takde la pulok! Aryssa pun takde yang berkenan yang berhasil memancing hanyalah niece Mrs. A yang seorang tu jer... pastu dah depa tu buat gila tiba-tiba mengajak nak ke Melaka city pulok doh!

So baliklah ke rumah dulu tukar kereta, Angah cakap nanti kalau kita lambat balik takut BangNgah nak pakai kereta. Bila we all sampai semula kat rumah ait! apsal kejap sangat kata depa. We all pun tersengeh sambil cakap nak tukar kereta la.. nak pegi Melaka pulak! hahha Hai!!! macam-macamlah suka hati koranglah kata BangNgah. So kekdahnya we all pun gerak ke Mydin Melaka plannya nak sopping kat butik-butik seberang jalan depan Mydin Mall tu. kat situ ada banyak butik di antaranya Gene Martino, Peace dan macam-macam lagilah.

jalan-jalan-cari-baju-raya
Hurm... mana satulah nak pilih ni
jalan-jalan-cari-baju-raya
Wefie jap sementara menunggu Angah & Ekin try fitting
Habis dah semua butik sepanjang jalan tu we all survey hanya Aryssa yang berjaya mendapat baju pilihannya. Angah, Ekin dan Mrs. A tak jumpa lagi. Angah dan Ekin tu ada yang depa dah berkenan tapi bila fitting saiz tak ngamlah pulak. Kemudian we all pun decided nak masuk kat dalam Mydin Mall jalan-jalan lagi kat booth yang banyak dalam Mydin tu kat situ alhamdulillah Mrs. A dapat membeli sepasang baju kurung dengan harga yang berbaloi-baloi hehehe suka tau. 

Ekin dan Angah dah give-up so finally Ekin decided nak pergi beli baju jalan-jalan dia kat tingkat 1 ntah apa ke nama kedai tu sebelah Padini. Mrs. A pulak terjumpa Vincci nak cari kasut yang sama serupa macam kat Vincci Aeon S2 tu seabab hari tu nak beli dah takde. Puaslah duk perati satu persatu tapi takde pulak paten yang Mrs. A cari tu so berhuhuhu ajelah nampak gayanya.

Haish! puas betul berjalan time ni al-maklumlah girls day out kalau ada the boys memang ko tak merasalah nak survey sampai lebam macam ni. Dah nak sampai waktu berbuka dah pun tak sempat dah nak buka kat rumah so beli air je dulu. Nak berbuka kat Mydin Mall ni memang dah takde tempat kosong pun semua dah reserve. So drive ajelah nanti singgah mana-mana kedai otw balik.

jalan-jalan-cari-baju-raya
Finally we all singgah kedai tomyam ni untuk berbuka puasa.
Aryssa dan Mrs. A tu macam lah puasa ngeh! ngeh! ngeh!
Alhamdulillah lebih kurang pukul 9.00 malam macam tu we all selamat sampai semula ke kampung. Adik,  Along dan BangNgah takde depa pi Tarawih. Mrs. A pulak sesampai aje rilex kejap sambil makan bubur kacang dan tapau sekali bawak balik Seremban. Kena balik jugak Seremban cos esok kerja daa.. Time Mrs. A balik tu tak jumpa pun Adik dengan Along tak done nak tunggu dah! Nanti lelambat takut ngantuk. Perjalanan balik ke Seremban smooth and clear syukur alhamdulillah lebih kurang pukul 10.45 malam safely arrived.

Okay tu je kisahnya Balik Kampung & Jalan-jalan Cari Baju Raya.




13 ulasan:

  1. wow..bestnya dah bli bju raya..kita org sponser kain pasang thun ni..:)

    BalasPadam
  2. happy la cucu2 cuti sekolah nk blk kampung berbuka ngan nenek..kalo shopping better pi geng gegurl ..kan bw geng laki mau nk blk cpt hehe

    BalasPadam
  3. bila balik kg tu, semua seronok jadinya...
    bestnya kuar pi beli brg ngn geng2 wanita je... masa tu masing2 tak ingat tgh puasa ye heheheh... tak rasa penat heeheh

    BalasPadam
  4. bestnye. I should be home by now but still ade kelas sobs

    BalasPadam
  5. seronokny girl day out tu.. Berjalan sampai lebam mencari.. kikiki..

    BalasPadam
  6. Bestnyer shopping Raya hehe. Hmm buah melaka Tu terliur lah huhu

    BalasPadam
  7. kena gi lagilah nampaknya,kasut raya tk dapat lagi...bestnya shopping raya..

    BalasPadam
  8. Cuti sekolah nilah pelang berlama-lamaan kat kampung ya anak-anak..pulak dah dekat raya..best berganda-ganda gitu.

    BalasPadam
  9. Dulu2 masa kecik2 paling suka raya kat rumah atuk.
    Kami sebut 'balik bandar' sebab atuk duduk di bandar, kami duduk di kampung.

    BalasPadam
  10. seronok betul kalau part balik kg. Meriah kalau ramai2. Hehe

    BalasPadam
  11. mood raya sudah mari nampaknya, hihihi

    BalasPadam
  12. org pompuan kalu dah bershopping mmg x hengat dunia hahaha

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©