Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

8 Mei 2019

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kejadian ini adalah pada 30 April yang lalu. Bos dan Mrs. A berserta seorang lagi staff dari unit lain kena pergi kursus Corporate Governance (CG) rasanya sesiapa yang kerja kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan mesti tahu pasal kursus ni. Kursus CG ni actually Mrs. A dipaksa pergi oleh bos, malas nak banyak citer Mrs. A pun layan ajelah. Lagipun kursus ini memang ada berkaitan dengan nature of work Mrs. A. Okaylah tu lagipun sudah agak lama Mrs. A tak pergi external course.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri ini telah diadakan di Klana Resort, Seremban. Kursus ni adalah kursus sehari dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 4.30 petang. Ianya adalah anjuran bersama KESANS dan HYPE9 Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan. Peserta kursus bukan setakat dari Negeri Sembilan sahaja ada juga yang dari Negeri Melaka. Pagi tu sebelum kursus bermula kita bergambar dulu ngeh! ngeh! ngeh!

Kursus Corporate Governance (CG)
Peserta-peserta kursus, tetamu jemputan dan speakers diminta bergambar bersama sebelum kursus bermula
Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Objektif kursus yang pertamanya adalah untuk memberi pendedahan kepada syarikat Kerajaan Negeri berkenaan amalan Tadbir Urus Korporat yang baik. Keduanya untuk memberi kesedaran kepada syarikat Kerajaan Negeri mengenai tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat, selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Akta SPRM 2009.

Dari apa yang Mrs. A faham CG atau amalan tadbir urus korporat yang baik ini hanyalah sebagai garis panduan sesebuah syarikat untuk mentadbir syarikat mengikut acuan syarikat masing-masing supaya lebih sistematik. Contoh macam Piagam Lembaga Pengarah. Bila syarikat telah mewujudkan sejenis piagam ini takdelah seseorang Ahli Lembaga Pengarah tu boleh buat sesuka hati sahaja haruslah mereka merujuk piagam tersebut dalam membuat sesuatu keputusan untuk kepentingan syarikat bukan untuk diri sendiri. Adeh!!! seriusnya muahhhaaaa....

Meh! sini Mrs. A belanja gambar lagi.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Kami SAINS
Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Seating arrangement macam classroom
Kursus ni terbahagi kepada 4 Slot:-

Slot 1 - Tanggungjawab ALP dan Pihak Pengurusan Syarikat
(Speaker - En Mohd Suffian b. Mohd Mokhtar - Ketua Seksyen Bah. Perundangan SSM KL Centre)

Slot 2 - Risiko Penyalahgunaan Kuasa ALP dan Pihak Pengurusan Syarikat
(Speaker - Tuan Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim - Pengarah SPRM cawangan N.S.)

Slot 3 - Malaysian Code of CG - Jawatankuasa yang perlu ada dalam sesebuah syarikat.
(Speaker - En Saiful Anuar b. Zakaria - Pengarah Audit Negeri, JAN, Melaka)

Slot 4 - Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat dan isu-isu penemuan audit.
(Speaker - Pn Salwani bt Muhammad - Pengarah Bahagian 1, Sektor Tadbir urus, JAN, Malaysia)

Mrs. A bagi title ajelah ya, sejenis tak rajin nak ulas details muahahaaaaa.... Pendapat Mrs. A secara keseluruhannya kursus yang sangat menarik dan banyak ilmu baharu dapat dicedok. Lagipun speaker semua hebat-hebat. Mereka relate bahan kursus dengan pengalaman masing-masing yang terlibat secara langsung dengan kes-kes high-profile negara yang sedang dan telah berlaku sedikit masa dahulu. Lagi yang best kalau berkursus ni tak lain dan tak bukan dapat makan sedap dari breakfast, lunch sampailah ke high-tea ngeh! ngeh! ngeh!

Finally sebelum kurus ditamatkan secara rasmi, peserta-peserta pun diberi sijil penghargaan.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Dan lagi dapat sijil tamat kusus
Readers ada ke yang dah pernah pergi kursus CG ni? eh! ada.... kalau macam tu kita gang, sep sikit.




13 ulasan:

  1. Kursus ni baguskan..tak kisah kursus apa pun sebab boleh komunikasi dengan lebih ramai orang selain tambah input.

    BalasPadam
  2. suka attend kursus ni sbb byk dpt ilmu baru.. lately dah jarang sertai...

    BalasPadam
  3. Topik yg bagus Dom kursus Ni sure dot byk ilmu kan

    BalasPadam
  4. alhamdulillah syukur dah selesai ye ^_^

    BalasPadam
  5. Best jugak gi kursus. Salah satunya tak payah buat kerja hihi.... lepas tu dapat makan. Lauk sedap sedap pulak tu....Ni nak gi kursus ke nak gi makan ni sebenarnya hahahha

    Gambar tu.... org yg depan tu seiras MA pulak

    BalasPadam
  6. Tambah ilmu baru pergi kursus. Kalau xnak bosan masa kursus, speaker dia kena lah yg suka buat lawak n pandai tarik perhatian. Hehe. Kalau tak, tido lah jawabnya kan Mrs.A.

    BalasPadam
  7. tambah ilmu pengurusan, sangat ilmiah...makan2 pun best..hihi..

    BalasPadam
  8. Ingat lagi masa belajar subjek CG ni dulu. Kalau faham best sgt.

    BalasPadam
  9. best dpt join aktiviti mcm ni...

    BalasPadam
  10. Tentu banyak dapat banyak pengetahuan, by the way, cert tu untuk blog Mrs A :))

    BalasPadam
  11. Ala.. kursus tak cukup lagi ini.. huhuhu..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©