Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

24 Mac 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H. Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 4 Syawal 😊😍 Mrs.A pun dah mula kerja hari ini. Sunyi je office sebabnya masih ramai lagi yang bercuti. Sudah agak lama Mrs. A tidak bermonolog di my blog my stori huhuuu sedih!! tebal sawang kat blog ni ha ngeh! ngeh!. Petang ni sengajalah Mrs. A memaksa diri nak menulis ucapan raya kepada readers dan rakan-rakan blogger.

Sebelum tu nak tanya juga uols! team raya Jumaat ke Sabtu sebelum pengumuman tu ahaks!? Terus terang Mrs. A cakap Mrs. A team raya Jumaat itu yang seawal hari Rabu dah bercuti. Kekdahnya kat department Mrs. A, Mrs. A adalah orang pertama yang dah cuti dulu, kebanyakkan officemate Khamis baharu mereka bercuti 😆😆😆 Masa penyimpan mohor besar nak umumkan tu Mrs. A tak dengar pun ntah apa Mrs. A sibukkan kat dapur pun tak ingat pulak. Emak, anak-anak sedara Mrs.A semua duk depan TV sekali depa kata raya hari Sabtu la... hah!haai! yeke ni tanya Mrs. A dua tiga kali lepas tu terus cakap uols! esok kita berpuasa lagi la... dah! malam ni kena pi tarawih ngeh! ngeh! ngeh! hampa seorang Mrs. A beria cakap raya hari Jumaat 😆

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H.

Selamat hari raya Aidilfitri
Tema tahun ini kuning macam sunflower 😍

Selamat hari raya Aidilfitri
Berempat saja anak sulung Mrs. A nun di kampung Mrs. A 😆

Selamat hari raya Aidilfitri kepada readers my blog my stori dan juga rakan-rakan blogger sekelian. Mohon maaf zahir dan batin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga amalan tradisi kunjung mengunjung kita di hari raya akan diamalkan sehingga bila-bila. Janganlah masa raya ni kita nak pergi bercuti pulak ya kurang helok begitu.

Okay nanti Mrs. A sambung lagilah kisah Ramadhan ada juga hajat nak share tu haish! macam-macam nak tulis tapi ntah bila tu tak tahu lagi ngeh! ngeh! ngeh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MRS.A my blog my stori ©