August 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: August 2017
LAZADA: MERDEKA! MERDEKA! SALE

LAZADA: MERDEKA! MERDEKA! SALE

As Salam and greetings to dear readers.

LAZADA: MERDEKA! MERDEKA! SALE

Yeay!!! Merdeka! Merdeka! Merdeka! "tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh, merdeka! merdeka! tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah" eh! ternyanyi la pula lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang sangat catchy dan malar hijau sepanjang zaman. 

Lagu tersebut bukan orang melayu aje yang nyanyi tau bangsa lain pun turut sama suka juga menyanyikan lagu itu. Ini berdasarkan pengalaman Mrs. A sendiri dengan kawan-kawan sekolah yang berbangsa cina dan india time sekolah dahulu bila masuk bulan kemerdekaan sahaja mesti we all akan nyanyi lagu tu sama-sama huh! meriah sesangat terasa keharmoniannya.

Bercerita tentang hari merdeka ini ha! Lazada juga turut mengadakan MERDEKA! MERDEKA! SALE yang akan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos dengan diskaun istimewa yang sangat menarik iaitu sehingga 80% diskaun.

Bersempena dengan Merdeka! Merdeka! Sale ini juga Lazada telah memberi peluang kepada para blogger untuk sama-sama turut serta dalam Merdeka! Merdeka! Blogger Contest.

Lazada blogger contest

Kenapa anda bangga menjadi rakyat Malaysia?

Mrs. A bangga menjadi rakyat Malaysia kerana rakyat di Malaysia mampu hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan berbeza ideologi politik. Sungguhpun terdapat anasir-anasir luar yang cuba memecah-belahkan perpaduan kaum di kalangan kita rakyat Malaysia namun kestabilan politik dan ekonomi dan setelah 60 tahun merdeka rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa "Malaysia Boleh" untuk hidup dalam keadaan harmoni, maju dan berdaya saing di dalam pelbagai bidang.

Oleh hal yang demikian kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan mempertahan apa yang kita ada sekarang dengan kestabilan politik dan taraf ekonomi yang baik  barulah kita bebas memilih serta memenuhi apa yang kita kehendaki dan hajati.

Kerana taraf ekonomi yang baik itulah kita rakyat Malaysia masih boleh tersenyum riang untuk shopping online. Terutamanya di Lazada online shopping iaitu salah satu laman web terbesar di Malaysia dan juga di beberapa buah negara Asia yang lain. Ha! meh! sini Mrs. A nak bagi tahu Local Malaysian Brands pilihan Mrs. A di Lazada online shopping adalah:-

SSF your home improvement store.


Dua barang jenama SSF yang Mrs. A inginkan adalah:-

1. SSF Skrivbord Laptop Desk




 
Kat rumah Mrs. A dah ada laptop. Tapikan laptop desknya tiada so agak kurang selesa kalau nak menggunakan laptop kat bilik ke, kat depan TV ke tanpa laptop desk yang foldable seperti dalam gambar di atas tu. Time survey kat Lazada online terjumpa pula laptop desk jenama SSF yang menarik dengan harga yang berbaloi-baloi ini teruslah Mrs. A teringin hendak membelinya.

2.  SSF Hjordis Kitchen Trolley with 1 Drawer

Oleh kerana ruangan di dapur Mrs. A agak limited tapi Mrs. A memang ada berkira-kira nak membeli satu lagi kitchen trolley yang kecil dan beroda supaya saki-baki barangan yang masih berselerak dapat disusun atur ke dalam trolley biar nampak lebih kemas dan menjimatkan ruang. Lagipun jika beroda senang nak ditolak ke sana ke mari.

Setelah beberapa ketika scroll di sana, sini, situ maka terjumpalah kitchen trolley SSF yang comel dan beroda ini memang sangat bertepatan dengan ciri-ciri yang Mrs. A mahukan. Bila tengok harga pula oklah agak berpatutan.

Di kesempatan ini juga Mrs. A ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun. Semoga rakyat Malaysia akan terus hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai sampai bila-bila.

Okay! apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang untuk shopping online di Lazada sempena LAZADA: MERDEKA! MERDEKA! SALE ini.


Selamat Pengantin Baru Ahmad Sharil

Selamat Pengantin Baru Ahmad Sharil

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baru Ahmad Sharil.

Selamat pengantin baru to my dear cousin brother Ahmad Sharil dan pasangannya Eila Talib. Sharil ataupun panggilan mesranya Abang adalah anak sulung kepada arwah bapa saudara Mrs. A iaitu Pakcik Latif yang juga adik kepada emak Mrs. A.

Sudah tersurat arwah pakcik pergi dahulu tidak sempat untuk melihat anak sulungnya berkahwin. Al-Fatihah buat arwah. Baca [SINI]

Sekejap sangat masa berlalu masih ingat lagi time Sharil kecil-kecil dulu Mrs. A dan adik-beradik yang lain suka sangat kalau family dia datang ke rumah we all rajin aje mendukung dan melayan karenahnya. Suddenly 26 Ogos 2017 Abang dah! kahwin, dah! bergelar suami orang fuh! macam tak percaya jerrr...

Actually cousin Mrs. A yang Sharil ini dekat-dekat aje rumah mereka dengan cousin Mrs. A yang baru aje kahwin pada bulan Februari yang lalu. Ceritanya tu di [SINI]. Macam berlumba-lumba pula kan hiks!

Jom layan gambar.

selamat pengantin baru
Berarak menuju ke pengantin perempuan dengan paluan kompang
selamat pengantin baru
Haruslah berposing bersama pengantin sebelum berarak tu....
selamat pengantin baru
Emak Mrs. A sewaktu merenjis dan tepung tawar mempelai
selamat pengantin baru
Turn Pakcik Jeff pula merenjis dan tepung tawar mempelai

selamat pengantin baru
Apalah yang emak dan anak buah serta menantunya borakkan tu!?
selamat pengantin baru
Pakcik Jeff suami isteri dan sepupu-sepapat dari K.L
Sharil dan pasangannya Eila Talib tu takdelah duk jauh mana pun. Nun duduk kat Jelai tu juga cuma blok aje yang berlainan. Huk! aloh dekat bebenor, bagus lettew nanti balik raya tak perlu ler... nak susah payah memikirkan nak balik mana dulu ya pi mai pimai tang tu juga.....

Majlis akad nikah dah dilangsungkan sehari sebelum hari langsung tu iaitu pada hari Jumaat petang selepas asar dan malamnya pula telah diadakan malam berinai. Unfortunately time tu Mrs. A dan family tidak dapat hadir al-maklumlah jauh dan masing-masing masih terikat dengan urusan kerja hakiki masing-masing.

Namun begitu syukur alhamdulillah di hari langsung iaitu pada hari Sabtu 26082017 we all sekeluarga dapat hadir memenuhi undangan. Terlebih happy bila mana dapat berjumpa dengan sedara-mara sebelah emak Mrs. A/ arwah pakcik Latif yang turut sama memeriahkan majlis anak sedara mereka.

selamat pengantin baru
Gambar beramai-ramai bersama sedara-mara, sepupu-sepapat sebelah pengantin lelaki
selamat pengantin baru
One with the brides
selamat pengantin baru
Inilah dia emak pengantin lelaki
Buat Sharil, kakcik doakan semoga menjadi suami yang baik, bertanggungjawab, selamat menempuh alam perkahwinan, semoga tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang dan yang paling penting sekali walaupun telah bergelar suami tetapi ibu tetap menjadi tanggungjawab awak yang paling utama. Ooopps!!! terpanjanglah pulok bebelan seorang kakak sepupu ha!!

Sudah! sudah! itu sahaja nak share kisah Selamat Pengantin Baru Ahmad Sharil semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.


AMARAN: Akibat Tampal Doa Di Dinding

AMARAN: Akibat Tampal Doa Di Dinding

As Salam and greetings to dear readers.

AMARAN: Akibat Tampal Doa Di Dinding.


Suatu hari ketika semua murid mengikuti pelajaran agama di kelas...!

USTAZAH: "Siapa tahu doa masuk tandas? Angkat tangan..!"

ZALI: "Saya ustaazah.."

USTAZAH: "Ok Zali, cuba baca..!"

ZALI: "Allahumma Inni A'uu dzubika minal khutbutsi wal khobaiz"
[Ya Allah, aku berlindung kepadamu daripada gangguan syaitan jantan & syatan betina]

USTAZAH: "Bagus Zali, siapa yang ajar kamu?

ZALI: "Ummi..., di rumah, ummi tampal dekat pintu bilik mandi. tiap hari kami baca".

USTAZAH: "Kalau doa hendak tengok cermin siapa tahu?"


Karim angkat tangan dengan lantang dia membaca: "Allahumma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqi"

[Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelok kejadianku, maka perelokkanlah akhlakku]

USTAZAH: "Betul hebat kamu Karim"

KARIM: "Kakak saya tampal kat cermin, tiap-tiap pagi bila tengok cermin kakak mesti baca..."

USTAZAH: "Hebat-hebat... Baiklah, siapa tahu doa ketika nak tidur?"

DIN BIN ZAHARI: "Saya tahu Ustazah..!"

USTAZAH: "Waaah, Din kamu tahu ya..."

DIN: "Bismillahi Allahumma Jannibnaas syaithaana wa Jannibis syaithaana maa razaqtanaa..."

USTAZAH: Terdiam... (dalam hati berkata, doa ini... doa sebelum berjunub di antara suami/isteri..!?

DIN: "Doa ini ayah saya yang tampal dekat tempat tidur... ustazah. Tiap malam ayah saya membacanya...!

USTAZAH: "..!!??.. haaaahhhh... tiap malam!.." sambil tepok dahi.

DIN: "Iya ustazah..! Malah kalau malam Jumaat, ayah baca sampai tiga kali."

USTAZAH: "Apaaaa... tiga kali! MasyaAllah... luarbiasa ayah kamu Din.."

๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

AMARAN: Akibat Tampal Doa Di Dinding.
Wordless Wednesday #108 - Noramirah Dayana Noor Azhar

Wordless Wednesday #108 - Noramirah Dayana Noor Azhar

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #108 - Noramirah Dayana Noor Azhar 

Walaupun Noramirah Dayana Noor Azhar tidak sepopular An Najwa Azizan ataupun Norasyikin Kamal Zaman tapi Mrs. A tetap minat dengan pemain bola jaring Malaysia KL 2017 yang seorang ini. Noramirah Dayana Noor Azhar adalah pemain pertahanan dalam skuad bola jaring Malaysia KL 2017 iaitu posisi Gold Defence aka GD. 

Date of birth beliau adalah pada 29 November 1994 dan memiliki ketinggian 1.83m fuyoh!!! tinggikan... sesssuai sangat untuk bermain bola jaring.  Ha! jangan tak tahu Noramirah Dayana Noor Azhar berasal dari Negeri Sembilan iaitu orang Kuala Pilah tekau!!! #waghih #warikh muahahhhaaaa....

Actually ini bukanlah pertama kali beliau mewakili skuad bola jaring Malaysia dalam kejohanan sukan terbesar Asia ini kerana dua tahun yang lalu iaitu ketika Singapura menjadi tuan rumah sukan Asia yang ke-28 Noramirah Dayana Noor Azhar telah juga turut sama mewakili skuad bola jaring Malaysia yang pada ketika itu hanya mampu meraih pingat perak. Berbeza dengan tahun ini, Alhamdulilah pingat emas milik Malaysia yeah!!! tumpang bangga.

Meh! sini Mrs. A share 7 gambar Noramirah Dayana Noor Azhar

noramirah dayana

noramirah dayana

noramirah dayana

noramirah dayana

noramirah dayana

noramirah dayana

noramirah dayana

Tahniah! diucapkan buat skuad bola jaring Malaysia KL 2017 kerana berjaya meraih pingat emas setelah 16 tahun penantian. #bangkitbersama

Wordless Wednesday #108 - Noramirah Dayana Noor Azhar

Credit : Instagram Noramirah_Dayana & Norashikin Kamal Zaman
Giveaway By LZ

Giveaway By LZ

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway By LZ

Jom sertai Giveaway by LZ. Actually Mrs. A dah perasan giveaway ini seawal ianya dilancarkan tetapi baru hari ini berkesempatan untuk turut serta. 

Okay tepek banner dulu.

giveaway
KLIK 
Syarat-syarat yang LZ kenakan untuk turut serta dalam giveaway by LZ ini sangatlah mudah itu menambahkan lagi keinginan Mrs. A untuk turut serta dalam giveaway beliau ini. In Sha Allah kalau bertuah boleh dapat hadiah yang ditawarkan kalau tiada rezeki. Mrs. A okay jer... ngeh! ngeh! ngeh!

Sebagai salah satu syarat untuk turut serta dalam Giveaway by LZ ini adalah peserta perlu memberikan pendapat ikhlas mengenai blog Lady In Red Planner. Berikut adalah pendapat ikhlas Mrs. A mengenai blog Lady In Red Planner:-

  • Blog Lady In Red Planner adalah personal blog yang menceritakan kisah-kisah seharian, tutorial dan fakta-fakta yang kita perlu tahu yang kebanyakkannya hal berkaitan undang-undang.
  • Template yang mesra SEO, loading yang agak cepat, menggunakan gambar yang berskala besar dan turut meletakkan slide photo gallery dibahagian bawah blog beliau yang menambahkan lagi daya penarik blog beliau.
  • Blog Lady In Red Planner juga adalah independence blog yang langsung tidak menyertai mana-mana kelab blogger. 
  • Dari segi font size pula rasanya sama font sizenya dengan blog Mrs. A cuma kalau boleh text color font tersebut dihitamkan lagi dan bukannya grey seperti sekarang.
Okay itu sahaja pendapat ikhlas Mrs. A mengenai blog Lady In Red Planner kalau ada terlanjur kata tersilap perkataan mohon dimaafkan. 

Jom sertai Giveaway By LZ untuk syarat-syarat lainnya sila KLIK banner di atas.
Netball: Training & Friendly Match

Netball: Training & Friendly Match

As Salam and greetings to dear readers.

Netball: Training & Friendly Match


Tetibalah pula Kelab Sukan & Rekreasi (KSR) company tempat Mrs. A kerja organize friendly match bersama Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan. Eh! dah lama stop bernetball takkanlah terus nak main aje haish!!! mana boleh jadi.... haruslah training dulu.

Eh! eh! tapi sebelum tu readers tengok tak SEA games team netball Malaysia vs. Singapore yesterday? Mrs. A tengok excited tau kat rumah dengan kids. Terbaiklah!!! awesome! semua players Tahniah! Tahniah! dan Tahniah! diucapkan buat team netball Malaysia they deserve it and they deserve the glory. #bangkitbersama

Eh! tetiba iklan daaa.... Okay back kisah netball training & friendly match, hurm... kalau nak ikutkan susah juga nak kumpul netballer yang pernah main bersama dahulu sewaktu Sukan Bekalan Air Semalaysia. Ada yang dah tak mahu mainlah, ada yang sibuk studylah, yang dah berhenti kerja pun ada juga, ada yang teringin nak main tu injuredlah pula kena berehat sampai tiga tahun.

Ha! macam-macam hal. Tapi itu semua tidak menjadi halangan kalau dah kapten dan netball managernya bersungguh nak wujudkan team. Maka terbentuklah juga team netball KSR yang kebanyakkan ahlinya terdiri daripada adik-adik intern. Tak kisahlah sementara pun okay jer... next time kita fikirkan kemudian.

Kekdahnya pada last Wednesday 16082017 we all pun turun training buat pertama kalinya bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KOMBES). Friendly match dengan Jabatan Perangkaan NS adalah pada hari Jumaat. So on Thursday tu sempat juga we all turun training sekali lagi.


netball
1st day training sparring dengan ex-STAD
Oleh kerana team netball ex-STAD pun ajak Mrs. A bernetball kekdahnya Mrs. A ajak aje depa join training bersama team netball KSR. So Mrs. A join team mana?? Actually dedua ada masa Mrs. A di pihak KSR dan separuh masa lagi di pihak ex-STAD. Hurm... nampak sangat tak setianya muahahhaaaa......

netball
Bib brown KSR. Bib biru ex-STAD time ni Mrs. A bib biru itu pasal GK tu bukan Mrs. A
netball
Team ex-STAD
netball
2nd day training hujan lebat gigih we all tunggu hujan berhenti
netball
Hati-hati ya! court licin tu al-maklumlah lepas hujan
netball
Saranghae!!! ini gambar selepas habis training 1st day
Finally hari yang ditunggu pun tiba. Team netball KSR sampai awal daripada pihak lawan. So kita bergambar dulu.

netball
Ten of us
Walaupun friendly match sahaja tapi umpire haruslah professional barulah terasa international ha! tak gitew. So KSR telah menjemput umpire yang memang ada sijil iaitu yang famous dengan panggilan Bond aka coach we all time SBAM dahulu. Walaupun pada mulanya nak ambil orang lain tetapi umpire tu cannot make it. Kekdahnya pada petang itu umpirenya adalah Bond yang memang tegas dan pro.

Acara wajib penutup haruslah bergambar bersama-sama
Alhamdulillah, Yeay!!!! KSR menang 11 mata berbalas 4 mata. Tak sia-sia we all training 2 hari itu. Menurut manager netball selepas ini KSR planning nak join pertandingan bola jaring Piala YDP MPS. Meh! sini Mrs. A share details:-

Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Jaring Piala YDP MPS (Tertutup Negeri Sembilan)

Tarikh : 16-17 September 2017
Tempat: Center Court, Paroi
Yuran Penyertaan: RM50.00
Tarikh Tutup Penyertaan: 12 Septemper 2017

Borang-borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Komuniti & Perhubungan Awam, MPS. (Pejabat Center Court, Paroi) atau hubungi talian 06-7667672/ 06-7667674/ 019-6551933/ 019-6176610 pada waktu pejabat.

Jom readers kita bernetball sambil beriadah. Okay itu sahaja nak share kisah Netball: Training & Friendly Match. Akhir kata majulah netball untuk KSR.
Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017

Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017.


Last Saturday 12082017 adalah hari Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship atau dalam bahasa melayunya Pertandingan Kriket Bawah 11 Tahun Peringkat Negeri Sembilan di mana Adik telah terlibat sama. Adik telah terpilih untuk mewakili team sekolahnya. Sekolah Adik iaitu SKKGV telah menghantar dua team iaitu team A dan team B. Adik adalah di dalam team B. 

Saturday morning tu kemain gigih lagi Adik pepagi lagi dah bangun tak payah susah-susah Mrs. A nak kejutkan. banyak kali betul malam tu dia ingatkan Mrs. A "ibu jangan lupa tau pukul 7.00 pagi semua mesti dah berkumpul kat sekolah, breakfast semua cikgu yang sediakan".

Punyalah bersemangat waja nak pi main kriket. Actually semua sekolah yang terlibat dalam pertandingan kriket tersebut adalah sekolah-sekolah dalam Daerah Seremban sahaja. Kenapa daerah-daerah lain dalam Negeri Sembilan tidak terlibat sama tidak pasti pula Mrs. A. Cuma sewaktu ucapan penutup pertandingan tersebut presiden kriket Negeri Sembilan ada menyebut yang mereka akan kembangkan lagi pertandingan berkenaan ke semua peringkat daerah di Negeri Sembilan.

cricket
Adik team B berjersi purple. Muka masing-masing dah hitam dek sun-burn
cricket
Team A SKKGV. Inilah dia sebahagian muka-muka JUARA pertandingan tersebut
Okay share sikit jadual pertandingan Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017 yang Mrs. A copy paste dari FB NS Cricket Association. Pertandingan tersebut telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyiur.

cricket

Walaupun pertandingan tersebut bermula di awal pagi tetapi Mrs. A dan Aryssa hanya datang di sebelah petang iaitu lebih kurang pukul 2.30 petang. Mr. A dan Along dah sempat singgah menjenguk Adik terlebih dahulu sementara menunggu masa nak fetching Aryssa dari sekolah. Kebetulan hari yang sama Aryssa ada kursus pengawas.

Setelah Aryssa balik dari sekolah, selepas lunch dan solat zohor barulah we both gerak. Time Mrs. A sampai tu team Adik tengah berehat. "Kejap lagi sambung" kata Adik sempatlah Mrs. A nonton Adik untuk satu perlawanan time tu nak tentukan tempat ketiga dan keempat. Team Adik iaitu team B SKKGV menang tempat ketiga. Jadilah Adik adat pertandingan begitulah dapat pingat gangsa pun syukur alhamdulillah.

Jom sambung lagi tengok gambar.

cricket
Hurm... camne kiraan matanya ni dik oiiii tak faham ibu kwang...kwang..kwang...
cricket
Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017
cricket
Presiden sedang memberi ucapan
cricket
Team Adik iaitu team B SKKGV sedang menerima pingat gangsa
cricket
Bergambar beramai-ramai
cricket
Tahniah! buat mereka yang berjaya kepada yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.
Tahniah sekali lagi diucapkan buat mereka yang berjaya meraih pingat. Kepada mereka yang lain syabas dan juga tahniah diucapkan kerana berjaya mewakili sekolah masing-masing di Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017. Akhir kata majulah sukan untuk negara.


Wordless Wednesday #107

Wordless Wednesday #107

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #107


wordless wednesday
Di sebalik kekurangan tersembunyi kelebihan

ATIEHILMI.COM ; FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH !!

ATIEHILMI.COM ; FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH !!

As Salam and greetings to dear readers.

ATIEHILMI.COM ; FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH !!

Tertarik nak join Atiehilmi.com first giveaway ukhwah kita kerana Allah!! ini because syarat-syarat dia yang mudah sahaja. Serupa dengan cik puan blog itu Mrs. A pun suka yang mudah-mudah juga. 

Okay tepek banner dulu.

KLIK for more details
KLIK for more details
Kalau bertuah boleh dapat hadiah seperti di bawah ini.

Giveaway
Hadiah untuk yang bertuah
Okay! sesiapa berminat nak join sila klik banner untuk ke sana. Jom ler... sesama kita support rakan blogger ATIEHILMI.COM ; FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH !!

ATIEHILMI.COM ; FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH !! dah mula dan akan berakhir pada 22.08.2017.
LAZADA VOUCHER - Beli apa tu?

LAZADA VOUCHER - Beli apa tu?

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada Voucher - Beli apa tu?


Sembilan barang yang Mrs. A beli di Lazada online sempena menang Lazada voucher dalam Ramadhan Raya Blogger contest pada Ramadhan 1438H yang lalu. Actually bukanlah kesemua sembilan barang tu Mrs. A yang punya tapi dikongsi bersama family ikut citarasa masing-masing. 

Jom tengok apakah barangannya itu.

1. Gulatis baju kurung lace chantilly grey
Lazada voucher
Takde pulak gambar Aryssa OOTD gambar ni pun boleh ler..
Apa kata Aryssa? Dia suka cantik dan muat-muat dia. Throwback kata-kata Aryssa "Thank you ibu, bestlah Lazada ni cepat sampai dapat Sha pakai untuk majlis jom ghayo kek sekolah esok". Pendapat Mrs. A tentang baju dia tu bukan jubah Mrs. A yang itu, sama macam dia tambah sikit lagi kualiti kain dan jahitan baju tersebut bagus. #puashati

2. Perfume Mini Powerbank

lazada voucher
Ceritanya tu di SINI
3. Supercat Jusz Plus

lazada voucher
Ini untuk kucing-kucing Mrs. A
Actually ini adalah repeat order punya barang. Mrs. A dah pernah beli Supercat Jusz Plus ini dulu. Time tu Mrs. A desperately nak cari supplement untuk Koko yang sedang sakit sporo. Cari-cari dan baca testimoni alhamdulillah terjumpa dengan Supercat Jusz Plus. Mrs. A usaha bagi Koko the mama cat consume dan sapu kat tempat kudis-kudis dia setiap hari consistently pagi dan petang tengok nampak perkembangan positif. 

Walaupun Koko makan ubat dari klinik vet tapi untuk external kudis-kudis dia tu vet kata tiada sebarang ubat tapi Mrs. A derhaka kepada vet tetap juga bagi Koko Supercat Jusz Plus. Alhamdulillah dengan izinNYA Koko sembuh dan sihat seperti biasa.

4. Men's Boxer

lazada voucher
Calvin Klein boxer untuk Adik
Boxer ini Mrs. A terlupa pula nak snap gambar so copy paste gambar Lazada aje. Walaupun Adik nak baju aje tapi voucher yang Mrs. A menang tu masih cukup lagi amountnya untuk belikan Adik boxer ini. Actually Mrs. A yang suka dengan color-color blok boxer ni harga pun berbaloi-baloi tapi bila Mrs. A bagi pada Adik dia pun suka katanya best sama macam boxer dia yang brand lain-lain tu selesa dipakai.

5. Women Sneakers

lazada voucher
Dah color pun pink dah tentu Aryssa yang punya
Sneakers ni size EU37 Aryssa yang request. Memula Mrs. A tengok macam kecil aje untuk kaki Aryssa tetapi bila Aryssa try dan menggayakannya just nice size tu. Aryssa pun dah pernah pakai time movie day out hari tu. Comfortable.. ini barulah hipster katanya.

6. Baseball Cap

lazada voucher
Cap untuk Along
Punyalah banyak pilihan tapi cap yang ini Along berkenan. Cap ini dari oversea so time deliver agak lambat. Lambatnya itu dalam seminggu lebih cenggitu. Bila Mrs. A tunjuk pada Along petang time balik kerja tu terus aje dia pakai hahhhaha... Along suka "just as Along expectation rupa cap ini ibu" katanya.

7. Long Sleeve T-shirt Men's

lazada voucher
T-shirt ini Adik yang pilih sendiri tapi katanya tengok gambar lain 
T-shirt ini adalah yang paling akhir sekali deliver dan paling lambat Mrs. A pernah terima sepanjang bersama Lazada. Ini all the way from China Taobao collection. Walaupun ada angin bertiup mengatakan kualiti barangan Taobao kurenng... tapi alhamdulillah T-shirt Adik ini berkualiti takdelah sampai tahap malu nak pakai huhuuhu. Okay aje we all tengok.

8. Rania Adeeba Kurung

lazada voucher
Ini satu aje Mrs. A yang punya
Rania Adeeba Kurung ini barangan dalam negara tapi delivernya agak lambat.  Setelah Mrs. A try fitting unfortunatlely not meet my expectation. Sungguhpun materialnya berkualiti tetapi finishing jahitannya haish!! nantilah Mrs. A OOTD. 

9. Tesco Mackerel Flavour Adult Cat Food 7kg

lazada voucher
Tak perlu tunggu lagi kucing-kucing ku sayang
Ini pengalaman tak berapa nak manis yang pertama Mrs. A sepanjang membeli di Lazada. Order closed ntah apo ko bondo ea tu mulanya Mrs. A tak faham tunggu punya tunggu sampai estimated time delivery tamat Mrs. A pun contact Lazada. Notednya Tesco tak dapat nak memenuhi order tersebut dan telah memulangkan semula credit. 

Pihak Lazada email Mrs. A dalam email tersebut dinyatakan beberapa cara mereka akan pulangkan semula credit. Dalam kes Mrs. A akan dipulangkan secara store credit kerana ianya pembelian secara voucer. Apa yang Mrs. A faham mereka akan bagi voucher juga dalam amount yang sama. Proses mengambil masa dalam 1 - 3 hari. As at to-date masih belum ada lagi. Tapi takpelah think positif kalau ada rezeki adalah kalau tiada Mrs. A pasrah ececewahh... macam dialog ombak rindu la pulak.

Thats all kisah LAZADA VOUCHER - Beli apa tu?
MRS.A my blog my stori ©