Movie Day Out : Kau Yang Satu & War For The Planet Of The Apes - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Movie Day Out : Kau Yang Satu & War For The Planet Of The Apes

1 Ogos 2017

Movie Day Out : Kau Yang Satu & War For The Planet Of The Apes

As Salam and greetings to dear readers.

Movie Day Out : Kau Yang Satu & War For The Planet Of The Apes

Hah! tengok tu sampai dua movie sekali we all tengok. Satu 'Kau Yang Satu' dan satu lagi 'War For The Planet Of The Apes'. Apa kes sampai 2 movie sekali nak tengok. Actually memang betul tak tipu tapi 'Kau Yang Satu' tu kan..kan..kan... Mrs. A seorang aje yang tengok.

Manakala 'War For The Planet Of The Apes' itu pula Along, Aryssa dan Adik yang pakat-pakat tengok. Babahnya jangan ditanya dia pi tengok cukur jambul anak kawan dia. (huh! tak ngajak tau!) Tetapi kids and Mrs. A happy jer... dapat pi tengok movie dan makan-makan kat luar lagi best. We all pasrah muahahhaaaaaa...

Movie day out

Mrs. A memang sedari awal tayangan movie 'Kau Yang Satu' iaitu pada 27072017 dah canang kat Mr. A nak pi tengok movie Kau Yang Satu ni tau!!! memang excited tahap kronik ialah Mrs. A nikan... kan fan setia Aaron Aziz #setiaker

Bila Mrs. A tanya kat kids depa nak tak tengok movie Kau Yang Satu huh! depa tak mau... "choiii citer romantik cenggitu geli arrr.... Along" ibu katanya. Huhuhuu... sabar yolah. Okay takpe you all tengok citer lain ibu tengok Kau Yang Satu. Walaupun pada mulanya kids nak tengok Spiderman: Homecoming tetapi di saat-sat akhir time we all nak membeli tiket tu mereka ubah fikiran la pula nak tengok 'War for the planet of the Apes'.

Kekdahnya Mrs. A tengok 'Kau Yang Satu' sensorang. The three kiddos tengok  'War for the planet of the Apes'.

Tiket 'Kau Yang Satu' for Mrs. A
3 tiket War for the planet of the Apes for Along, Aryssa and Adik
We all masuk berlainan cinema tetapi masa yang sama iaitu both movie start at 3.20 petang. Berjalanlah Mrs. A seorang diri ke cinema 4 manakala kids pula ke cinema 7. Berjanji akan berjumpa semula di luar selepas habis movie dan dengan segala bentuk pesanan dan ingatan yang selayaknya seorang ibu bebelkan. Macamlah nak berpisah 2 tahun walhal 2 jam jer pun muahhhaaaaa drama sangatttt...

Cerita 'Kau Yang Satu' ini adalah adaptasi daripada novel 'Kau Yang Satu' karya penulis Nia Azalea. Mrs. A tak pernah pun baca novel tu so tak bolehlah nak komen mana lagi best novel ke movie. Actually movie Kau Yang Satu ini sesuai untuk mereka yang minat love story kalau tak suka tu dinasihatkan jangan pi tengok ya takut muntah hijau.

Ceritanya mengisahkan Taufik (Aaron Aziz) yang terpaksa berkahwin kerana dipaksa oleh Ayah dan ibunya dengan Salina (Izara Aishah). Datuk Mustaza (Zaidi Omar) iaitu ayah Taufik berasa terhutang budi dengan Sulaiman (Wan Hanafi Su) ayah Salina seorang nelayan kerana telah menyelamatkannya daripada mati lemas ketika memancing sewaktu bot peribadinya karam.

Pada mulanya Taufik berkeras tak nak kahwin sebab dia dah ada kekasih iaitu Isabella (Soo Wincci). Tetapi Ayah dia ugut kalau tak nak kahwin dia kena bayar semula wang syarikat RM10 juta yang dia dah salah guna, kemudian resign. Adooiii mengelabahlah Taufik mana dia ada duit banyak tu kemudian dia pun pi slow talk dengan Isabella katanya dia kahwin lepas tu nanti dia cerailah.

Sementara Salina pula dia pun ada juga boyfriend nama Zulkifli (Hisham Hamid) iaitu anak ketua kampung yang masih study kat universiti. Tapi terpaksa putus sebab Zul tu ler... slow bangat lambat sangat nak bagitau yang dia tu cintakan Salina ececewah....cliche tau hahahhaha...

kau yang satu
Scene Taufik pertama kali bersua muka dengan Salina.
Kau betul ke nak kahwin dengan aku ni,? Ini semua kerja gila katanya

Kemudian setelah berkahwin Salina pun ikutlah Taufik tinggal kat rumah dia. Salina ini punyalah baik dan polos elok aje melayan si Taufik tu. Si Taufik ini kalau Ayah dan ibu dia ada bukan main romantik lagi melayan Salina tapi bila ayah dan ibu takde garang kemain. Taufik ni walaupun dah kahwin dengan Salina dia tetap juga berhubung dengan Isabella. Salina pun tahu hubungan Taufik dengan Isabella tu tapi dia pasrah ajelah.

Suatu malam tu Taufik dan Salina bergaduh pastu Taufik merajuk dia pun lari pi terjah rumah Isabella Suddenly jeng..jeng..jeng.... ternampak pula Isabella dengan Rico kat atas katil terus ler... Taufik mengamuk dan putuskan hubungan dengan Isabella.

Bila Taufik dah nak berbaik dengan Salina, Zul pula muncul, macam-macam konflik kejadian lepas tu. Mana dengan Isabella yang asyiklah mengganggu Taufik. Kemudian Zul pula banyak kali bump with Salina yang buatkan Taufik jealous. Kata tak suka tapi jealous... jealous jugak haish! ego seorang lelaki.

Hah! kalau  nak tahu ending gi ler... tengok sendiri ya. Sesiapa yang minat filem 'Ombak Rindu' filem arahan Osman Ali yang dulu tu mesti suka juga dengan 'Kau Yang Satu' arahan terbaru Osman Ali yang ini. Semua pelakon pun best berjaya membawakan watak lakonan masing-masing dengan sangat bagus dan berkesan. Aaron Aziz tak pernah mengecewakan. Walaupun Mrs. A so-so aje dengan lakonan Izara Aishah sebelum ini tetapi dalam filem 'Kau Yang Satu' IA berjaya membawakan watak Salina dengan baik mau taknya asyiklah Mrs. A duk bergenang air mata tau hah! memang kena bawa tisu bebanyak. Mrs. A bagi 5 bintang untuk Kau Yang Satu.

Hurm... filem War For The Planet Of The Apes tu tak dapatlah Mrs. A nak komen best ke idok cos Mrs. A belum tengok lagi tetapi berdasarkan komen daripada Along, Aryssa dan Adik mereka kata ceritanya sangat menarik sampaikan Along sanggup tahan kencing sampai cerita habis dek tak mau terlepas walau satu scene pun. Hah! begitu sekali dia nak menggambarkan tu betapa dia sangat menyukai War For The Planet Of The Apes.

Kids happy! ibu happy! kemudian we all pun pergi dinner kat tempat tak lain dan tak bukan iaitu di Restoran Black Canyon. Kids suka sangat tempat ini cos depa suka minuman cookie & cream frappe Mrs. A pun layankan aje lagipun Mrs. A pun suka hot mocha di Black Canyon ni.

movie day out
This time Mrs.A order Hot Mocha tak mau derhaka lagi muaahahhaaaa
movie day out
Order set untuk 4 orang makan - Set D kalau tak silap
movie day out
Babah! we all dinner dulu. Peace yo! called ya!
Alhamdulillah syukur selalu. The end kisah Movie Day Out : Kau Yang Satu & War For The Planet Of The Apes.

15 ulasan:

  1. ANAK2 DAN IBU MEMILIH TONTON FILM YG DISUKAI DGN HAPPY

    BalasPadam
  2. Cerita melayu memang cliche. Tapi dah tahu ending pun kita nak jugak tengok lagi �� Thanks share review War of Planet Apes. Boleh cari pasni. Dah lupa jalan cerira Planet Apes dulu-dulu.

    BalasPadam
  3. lamanya tak tengok wayang....best x citer ni?

    BalasPadam
  4. Kalau Osman Ali nyer citer sure tangkap leleh punya..tapi kalau nak pi tgok samada tgok sorang atau dengan DAnia..kalau ajak cik abe i..mmg sampai ke sudah takkan dapat...org lelaki mana minat tgok citer syahdu2 ni

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat keluar Dan makan2 dgn anak2. Mujur tayangan waktu sama so takdelah riso budak2 tu kan

    BalasPadam
  6. Meriahnya makanan
    Macam dah beratus tahun WP tak masuk pawagam (panggung wayang gambar)

    BalasPadam
  7. Okey, rasa boleh agak ending Kau Yang Satu tu..mesti happy ending, kan kan kan..hehe..Taufiq & Salina bersama bergumbira..hehe

    BalasPadam
  8. Saya ni dah lama tak masuk panggong. Entah berapa lama tak ingat. Tambah pulak bila hidup sorang begini lagilah malas nak keluar.

    Hubby mrs a bagus. Dia jaga silaturahim dgn kawan.

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. A'ah tapi yang ni kena kahwin paksa dengan anak orang miskin hehehe...

      Padam
  10. Weyh i pun peminat Aaron Aziz tau. hihi... kalau ikut story line tu mcm filem lepas lepas jugaklah. Org kaya kawen kawen org miskin pas tu terseksa jiwa raga. Gitulah cite melayu. Tp syok jugak kalau dpt layan tu MA hihi...

    Antara kenduri dgn movie haruslah pilih yg nangis nangis MA....tak majuk pun tak ajak hihi

    BalasPadam
  11. filem ni kan yg diorg kata ada buat fb live tu? sian penerbit kita... br jengah wayang dah ada org buat xbaik...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©