Jom Ghayo Kek Sekolah 2017

July 28, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Jom Ghayo Kek Sekolah 2017

Tahun ini Jom Ghayo Kek Sekolah diadakan pada 28 Syawal 1438H bersamaan dengan Sabtu 22 Julai. Tempat adalah seperti biasa iaitu di Dewan Besar SMK Tunku Ampuan Durah (STAD). Selain daripada bowling, satu lagi annual event Alumni STAD yang Mrs. A tidak mahu ketinggalan adalah jom ghayo kek sekolah. Alhamdulillah tahun ini Mrs. A sekeluarga diberi kelapangan lagi olehNYA untuk menghadirkan diri seperti tahun-tahun sebelumnya. 2016; 2015; 2014.

STAD
Jom berhari raya ke sekolah
Di sebelah paginya telah bersidang terlebih dahulu Mesyuarat Agung Alumni kali ke-10 dan pada tahun ini telah diadakan pemilihan semula AJK untuk sesi 2017-2019. Untuk sesi lagi dua tahun itu YBhg Prof. Dato' Dr. Sufian bin Azirun masih lagi kekal sebagai YDP Alumni. Begitu juga dua orang kawan Mrs. A yang sama batch 1992 tu masih kekal sebagai AJK. Tahniah diucapkan.

Mrs. A dah pernah share bagaimana nak jadi ahli alumni dan bayarannya so untuk post tahun ini tak perlu dah kot kerana cara-cara dan bayarannya adalah masih sama.

Ha! tanpa berlengah lagi biarlah gambar bercerita.

STAD
Ini table batch '92 dah booked
STAD
Tema tahun ini adalah 'grey' tapi suka hati kaulah nak ikut tema ke tidak! 
Yang tengah tu Zila AJK dari batch '92 yang masih mengekalkan jawatannya sebelah dia Shiela we all sama batch. Aturcara majlis tak banyak yang berubah masih sama iaitu ada lucky draw, persembahan kepada sesiapa yang berminat, pakaian ikut tema, dan batch paling ramai hadir. Tahun ini Mrs. A sekeluarga pulang awal cos Mr. A ada event lain pula so walaupun nama Mrs. A naik untuk lucky draw tapi sayang dah pulang awal maknanya rezeki orang lain lettew. 

Meh! sini Mrs. A kongsi pemenang-pemenang ikut kategori masing-masing Jom Ghayo Kek Sekolah 2017 (kredit photo FB pages Alumni STAD).

STAD
Pemenang kategori batch paling ramai hadir - Batch SPM 1977
STAD
Persembahan Terbaik - Batch SPM 1994
STAD
Pemenang - Pasangan Sedondon
STAD
Pemenang Pakaian Ikut Tema - Lelaki
STAD
Pemenang Pakaian Ikut Tema - Perempuan
Tahun ini ramai batch '92 tidak dapat hadir walaupun pada mulanya macam ramai yang akan hadir kononnya dah plan nak rampas semula kategori batch paling ramai hadir tu daripada batch 1977 tapi di saat-saat akhir masing-masing ada hal yang tidak dapat dielakkan. Takpelah tahun depan In Sha Allah kita cuba ya... ngeh! ngeh! ngeh!

STAD
Batch Mrs. A (SPM 1992) yang berkesempatan hadir
Sebagai penutup Mrs. A kongsikan gambar Aryssa bersama astis yang diminatinya. Asyiklah duk tanya aunty Marisa datang ke tidak? Haish!!! manalah ibu tahu Sha hoi!!!

STAD
Hah! tu dia aunty Marisa datang la katanya
Okay lepas ini janji dah takde cerita raya lagi muahhhahhaaaa. Itu sahaja kisah Jom Ghayo Kek Sekolah 2017. In Sha Allah semoga bertemu lagi Syawal di tahun hadapan.

You Might Also Like

9 comments

  1. Wah bestnya ada program macam ni. Walaupun da lama tinggalkn sklh still keep in touch kan.

    Wahhh CR pun suka Marissa tu berlakon.

    ReplyDelete
  2. Seronokny dapat jumpa kawan-kawan lama..

    ReplyDelete
  3. rajin Mrs.A join alumni sekolah ek..

    ReplyDelete
  4. Amboi meriah sambutan raya alumni sek. Rajin Mrs Pip atttend ye. Mesti seronok dpt jumpa rakan2 lama kan.

    ReplyDelete
  5. bestnya reunion..dapat jumpa kawan-kawan sekolah dulu..

    ReplyDelete
  6. waahhhhh meriahnya ! aunty marissa pon hado? hehehe
    bila baca tajuk entry Mrs A : "Jom Ghayo Kek Sekolah" ,
    terus teringat lagu AC Mizal dgn Dato' Hattan tu sbb dilek nogori hehe

    ReplyDelete
  7. Kira sambutan reunionlah nie ek.
    meriah sungguh.

    ReplyDelete
  8. Ohhh satu sekolah dgn Marisa ye MA. Suka gak tengok dia berlakon.

    ReplyDelete
  9. best nyer ada majlis mcm ni dpt gosip2 dgn kwn2 lama...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me