MRS.A my blog my stori: Masak MRS.A my blog my stori: Masak
Memaparkan catatan dengan label Masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak. Papar semua catatan
Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas

Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas

Tajuk mengundang hahahhaa... adehhh! dah bersawang blog kesayangan Mrs. A ni ha! so moh le paksa diri up-date gittewww... Sempena stay at home sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan boleh dikatakan setiap hari Mrs. A memasak tapi sorry to say cooking is not my passion muahhahaaaa...

Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas

aku-yang-masak-kau-yang-panas
Tengahari semalam terlebih rajin nak possing cause Mr. A keluar ngeh! ngeh! ngeh!
nak buat daging masak kicap as requested.
Kata daging masak kicap?! muahahahaa daging tu terlupa nak snap, ni time ikan masak kicap #stayhome day ke berapa tak ingat dah.
Mee goreng basah nanti nak buat blog post resepinyerrr...
Ikan kerisi masak tauchu as requested rasanya sepanjang #stayhome ni dah 4 kali masak tauchu tapi ikan yang berbeza
Ayam masak rendang dah 2 kali kot
Ayam masak lemak cili api + kentang
Masak lemak cili api telor itik + belimbing buluh
Hurmm.. ini di antara sebahagian menu yang Mrs. A sempat snap time aku yang masak kau yang panas ada masa tak ingat pun nak snap-snap huhuhuu...

Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas.

Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...

Buat Kuih Gunting

Buat Kuih Gunting

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Buat Kuih Gunting. Last weekend Mrs. A tak ke mana-mana pun sama macam a week before mereput kat rumah. Kalau kat rumah selalunya akan ada aktiviti masak-masak. Saturday Mrs. A yang masak bersama Aryssa dan Sunday pulak Mr. A yang masak bersama Aryssa jugak. Tapi since tajuk buat kuih gunting so kita citer kisah buat kuih guntinglah.

Sunday after lunch tu ntah macam mana Mrs. A tiba-tiba teringin nak buat kuih gunting bila cakap dengan Aryssa dengan Adik depa pun beria la pulak hahahaaa...Mrs. A pun suruh Aryssa calling-calling nenek (mak Mrs. A) mintak resipi kuih gunting. [Itulah bila mak ko buat ko tak salin resepi Mrs. A hoiiii!!! ha padan muka]. Walaupun pakcik google ada tapi Mrs. A nih! memang sejenis suka resepi kuih mak sendiri.

Time Aryssa dan Adik calling-calling nenek depa mintak resepi dan cara buat tu Mrs. A tak dengar pun cause pi buat yang wajib jap. Bila tanya balik haish! depa dua tu boleh pulak tak sepakat itu yang Mrs. A tersilap sikit dan telah durhaka pada resepi Mak Limah huhuhuuu....

Buat Kuih Gunting.

resepi Buat Kuih Gunting
Bahan-bahan untuk buat kuih gunting versi Mak Limah
Kuih gunting versi mak Mrs. A ni simple sangat bahan-bahan nak buatnya itu yang Mrs. A suka tuh!

1. Tepung gandum 1 kg
2. Jintan manis 2 sudu besar nak lebih sikit pun boleh
3. Marjerin 4 sudu besar
4. Garam halus 2 sudu besar nak kurang sikit pun boleh
5. Daun saderi 2 cekak nak kurang pun boleh
6. Air agak-agak

Resepi buar kuih gunting
Campurkan kesemua bahan pastu uli kecuali air masukkan sedikit demi sedikit (garam tu masukkan dalam air)
Mrs. A silap pergi cairkan marjerin tu kalau ikut resepi sebenar mak Mrs. A tak perlu cairkan marjerin, itu yang agaknya bila uli dohnya melekat-lekat kat tangan huhuhuu... tapi takpe kita yang buat dia so adjust ikut common sense bagi tambah tepung sikit. Alhamdulillah mujur lepas tu okay doh tu sesuai untuk dicanai dan digunting.

Adehhh! time nak canai ni haru-biru sedikit baru teringat pencanai takde tertinggal kat rumah lama time pindah dulu tak bawak hahahaaa.... so kekdahnya terpaksalah menggunakan alternative iaitu canai kat atas dulang dengan menggunakan pencanai botol kicap cap kipas udang yang kebetulan ada sebotol yang dah habis mujur tak buang lagi. Jadinya Sunday petang tu kecohlah dapur Mrs. A dengan projek buat kuih gunting tu, si Adik tukang mencanai, Aryssa pulang tukang menggunting Mrs. A pulak tukang guide dan tukang menggoreng.

Buat Kuih Gunting.


Resepi Buat Kuih Gunting
Besar-besar si Aryssa ni gunting
Resepi Buat Kuih Gunting
Alhamdulillah menjadi akhirnya kuih gunting tiba-tiba we all petang tu
1 kg tepung tu dapatlah dalam dua bekas tupperware empat segi yang kurus tunggi botol air tu haish! lupa pulak nak snap gambar. Bila Mrs.A goreng okaylah masaknya cantik kuning bila suruh Aryssa yang goreng rasanya tak payahlah kot jadi hangus sedikit hitam geram aje Mrs. A tengok. Anyway dah habis dah pun kuih gunting tiba-tiba rajin nak buat tu ngeh! ngeh! ngeh! InSyaAllah plan macam nak buat lagi minggu ni nak ikut resepi yang betul-betul macam mak Mrs. A tak mahu durhaka lagi dah. Okay itu sahaja nak share kisah buat kuih gunting.


MRS.A my blog my stori ©