Januari 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Januari 2017
Cerita Cuti Tahun Baru Cina 2017

Cerita Cuti Tahun Baru Cina 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Sebelum bercuti sempena cuti tahun baru cina last week Mrs. A dah bagitau nak pergi wedding invitation. Alhamdulillah planning nak pergi kedua-dua invitation itu dimakbulkan olehNYA. Ini nak shared cerita cuti tahun baru cina 2017 Mrs. A and family.

Actually kedua-dua wedding tu bertempat di kampung Mrs. A iaitu area Lubok China. Oleh kerana orang kampung dah tentulah emak Mrs A pun saling kenal dan dijemput sama. Kekdahnya Mrs. A and family pergi bersama-sama dengan emak.

cuti tahun baru cina
Sama tak muka "emak" dengan Mrs. A? ngeh! ngeh! ngeh!
Saturday 28.01.2017 tu Mrs. A gerak dari Seremban agak lewat jugaklah lebih kurang pukul 11.00 pagi. Walaupun janji dengan emak pukul 11.00 tu sepatutunya dah sampai kampung tapi itulah janji capati nampak gayanya. Hurm... itulah banyak benda remeh-temeh yang dibuat terlebih dahulu itulah jadinya. Nak mesin kainlah, kids nak basuh kasutlah haish! patutnya itu hari lain aje buat.

Di awal perjalanan agak down jugak bila mana exit sahaja tol Seremban lalu terlihatlah barisan kereta yang berdedai-dedai. Huhuhuuu...nangis sekejap dalam hati. Alamak jalan jem hah! pukul berapalah baru kita sampai kampung nanti nih!? anak-anak oii!! Itulah siapa suruh ibu lambat kata Aryssa. 

Lalu Along mencadangkan we all ikut jalan lama. Mrs. A pun ikut jugaklah cadangan Along tu. Keluar semula ikut exit Senawang untuk ikut jalan lama. Sambil we all berdoa supaya janganlah jalan lama pun jem jugak. Alhamdulillah thank you Allah jalan lama okay lancar dan selamat sampai ke kampung lebih kurang pukul 12.15 tengahari. Ambil emak Mrs. A yang memang dah bersiap dan terus gerak ke Kampung Semin rumah kawan Mrs. A  dan jugak emak dia kawan emak Mrs. A sempena wedding adik perempuan dia.

Okay jom layan gambar.

CNY
Kiri dan kanan Mrs. A tulah kawan-kawan sekolah rendah Mrs. A they both cousin.
Yang kahwin ni adik perempuan yang baju merah
 Eh! apsal outfit ko lain dari gambar yang 1st tu Mrs. A oiii!!?? Muahhahhaahhaaa.... actually gambar 1st tu adalah gambar Sunday punya wedding invitation.

CNY
Bergambar bersama pengantin yang berbusana merah. Selamat Pengantin baru ya...
CNY
Food time ni sedap nak tambah lagi tapi malu kah..kah..kah...
CNY
Along dah makan awal sebab tunggu ibu lama benar boraknya.
Apa yang membuatkan Mrs. A excited nak pergi wedding ini tujuannya adalah nak jumpa kawan-kawan lama sebab we all planning nak jumpa kat sini. Ambil kesempatan sempena CNY ramai yang balik bercuti di kampung. Unfortunately time Mrs. A sampai kawan-kawan Mrs. A tu tak sampai-sampai lagi. Haish! lama iol tunggu kekdahnya takde rezeki nak jumpa lettew.

CNY
Mereka datang lambat time nih! Mrs. A dah balik [kredit photo WA group]
End of story on Saturday. On Sunday 29.01.2017 pulak ada lagi satu wedding invitation yang ini memang sekampung punya wedding. Semalam tu kampung sebelah. 

Oleh kerana majlis diadakan secara catering kekdahnya tetamu datang makan aje sambil salam cangkuklah kans!! Emak Mrs. A kata pukul 11.30 nanti barulah kita gerak ya... Inipun sama jugak Mrs. A over excited cos nak jumpa kawan-kawan lama. Yang kahwin ini adalah anak saudara lelaki kepada kawan Mrs. A dan jugak cucu kepada kawan emak Mrs. A.

CNY
Sukanya mak-mak orang tu. Pengantin belum sampai katanya jom arrr kita jadi pengantin.
CNY
Happy sangat dapat jumpa dua orang nih! tuan rumah nih! dah lama giler tak jumpa.
Tudung merah adalah mak saudara kepada tudung hitam but we all sebaya.
CNY
Tudung merah itu adik kepada tudung hitam. Time dia kata akak ini kitalah Ina. Hah! apa???  Ya Allah akak dah tak boleh cam muka ko dah lain sangat. Tepi sekali tudung biru cair anak Liza tu (tudung hitam) huhuuuhu  dah anak dara. Lagi dua tu emak dan Aryssa
CNY
Jumpa orang kampung yang Mrs. A kira rapat time kekecik dulu Kngah Laili
Pada mulanya nak tengok pengantin berarak tapi bila Liza kata lepas Zohor terus tak jadi. Emak Mrs. A tak mau tunggu der... nak pergi pasar Lubok ni katanya. Kekdahnya tak dapatlah Mrs. A nak tengok macam manalah rupa pengantin tu.

Eh! mana Adik dan Along? Hurm... dah besarlah katakan mereka datang sendiri bersama kawan-kawan kampung tak mau arrr... join ibu dengan nenek tu. Wedding yang ini best sangat cos dapat jumpa ramai abang-abang dan kakak-kakak time kecik-kecik dulu masing-masing dah beranak-pinak ada jugak yang dah ada cucu. Muka memanglah dah tak berapa nak cam tapi mujurlah masing-masing main tegur aje itulah yang seronoknya tiada istilah sombong dan poyo gitew...

Okay itu sahaja Mrs. A nak shared Cerita Cuti Tahun Baru Cina 2017 semoga ukhwah yang terjalin akan berterusan hingga ke Jannah.
Selamat Tahun Baru Cina 2017

Selamat Tahun Baru Cina 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan buat kaum Tionghua yang jatuh pada 28 Januari 2017. Selamat bercuti buat readers blog dan juga rakan-rakan blogger. Bercuti ke mana tu? Berhati-hati di jalan raya ya! 

Sempena cuti Selamat Tahun Baru Cina 2017 ini Mrs. A balik kampung aje. Planning nak pergi wedding invitation ada dua pulak tu wedding invitationnya mujurlah satu on Saturday dan satu lagi on Sunday In Sha Allah nak pergi kedua-dua tu.

Nak share sikit kisah ayam. Anak ayam bertanya kepada ibunya, "Mak, kita semua kenapa namanya sama, semua dipanggil ayam. Tak serupa manusia, masih kecil lagi sudah punya nama Ali lah, Ah Chong lah, Ayappan lah?"

Ibu ayam: "Nak, manusia yang masih hidup namanya memang banyak, tapi nanti kalau sudah mati namanya satu, iaitu Mayat."

Beza dengan kita. Bila mati, baru namanya banyak. Ada yang namanya Ayam Goreng, Ayam Bakar, Ayam Percik, Ayam Panggang, Sate Ayam, Kari Ayam, Rendang Ayam, Ayam Penyek, Banyak lagi Nakkk... Nama orang putih pun ada Kentucky!

Muahhhaaaaa... lawak sempena tahun ayam. Nah! kasi gambar satu.

Year of Rooster 2017
Year of Rooster 2017 [Google Image]
Seperti yang kita sedia maklum tahun ini adalah merupakan tahun Ayam Api bagi masyarakat Cina. Dari apa yang Mrs. A baca Tahun Ayam Api adalah merupakan tahun yang penuh kehangatan kerana elemen Yin (api) merupakan unsur dominan dalam tahun ayam. Salah satu kelebihan tahun ayam api ini katanya tahun yang sesuai untuk mereka merancang kehamilan. Lain-lain kelebihan silalah google sendiri ya...

Okay itu sahaja nak citer sekali lagi Mrs. A nak ucapkan  Selamat Tahun Baru Cina 2017 dan jugak selamat bercuti.
1st Giveaway By Bajetciputselerabesar

1st Giveaway By Bajetciputselerabesar

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A dah baca berkenaan 1st Giveaway By Bajetciputselerabesar ini sedari awal ianya di post cuma waktu di awal-awal tu tak berkesempatan nak join.

Yezza... finally today dapat jugak join cos masih belum sampai closing date lagiks! Ucapan untuk diri sendiri "semoga bertuah ya Mrs. A" dapat menang Korea punya souvenir ngeh! ngeh! ngeh!

giveaway
KLIK for more detail
1st Giveaway By Bajetciputselerabesar akan tamat untuk penyertaan pada 31 Januari 2017.
Velocifero MAD

Velocifero MAD

As Salam and greetings to dear readers.

Velocifero MAD!! apo ko bondo ea tu? Itulah persoalan yang keluar dari mulut Mrs. A apabila Adik sebut nak beli benda tuh!  Rupanya benda tu adalah electric scooter, "tengah trending sekarang ibu katanya". Hurm... sorrylah Dik ibu tak layanz... Haish! anak-anak zaman sekarang advance sungguh. 

Tetapi dah rezeki Adik mendapat jugak dia Velocifero MAD tu cos Mr. A a.k.a babah dia melayan. Velocifero MAD tu atau lebih dikenali oleh penggemar-penggemarnya dengan panggilan MAD nama panjangnya Mobility Adventure Design.

Share sikit gambar MAD500 Adik.

Velocifero Malaysia
Sedang charged. Oopps the three kitty pun nak enter frame jugak
MAD500
Sebelum beli tu katanya senang Adik nak gi mengaji lepas ni. Kemain lagi janji manisnya.
Kebetulan sungguh Velocifero MAD tu dealernya memang ada di Seremban haish!!! lagilah cepat depa dua beranak pakat meng ordernya. Cerita nak beli Velocifero ini timbul sewaktu bercuti di Langkawi tu. Time tu Adik tengah syok melayan naik motor kecik di Skycab. Ntah macam mana Mr. A tu terjumpa pulak FB pages Cervello Tres iaitu distributor for Velocifero Malaysia. Diam-diam order tetiba dah sampai.

Pada mulanya Mrs. A bebel jugaklah tetapi apabila difikirkan semula ada jugak kebaikkanya pada Mrs. A. Contoh senang untuk Mrs. A pi kedai mamak beli kicap apabila tetiba tengok stok kicap dah habis di kala tiada sesiapa pun di rumah untuk disuruh. Nanti kalau banyak bunyi tak dapatlak Mrs.A nak naik velocifero tu.

Untuk orang Nogori Semilan dan Melaka kalau berminat nak beli boleh check it out instagram @cervellotresn9 for more info. Yang sebenarnya Velocifero MAD tu ada lain-lain specification yang Adik punya tu MAD500 jer... cos itu je yang paling murah. 

cervellotresn9
Velocifero punya specification
Mr. A beli di sini Maison Moments Sdn Bhd, No 15, Jalan  KU 1 Pusat Komersial Universiti, 70300 Seremban (City), Negeri Sembilan Darul Khusus. Contact No.: 0174007800/ 0109005870.         Email: cervellotresn9@gmail.com. Social Media: cervellotresn9 / cervellotresmelaka.

Oh! ya ni nak habaq Mrs. A sekadar share aje janganlah ingat ada udang disebalik batu pula ya.... dan pada mereka yang tak tahu tu janganlah berlagak serba tahu bagi ajaran sesat kat orang yang tak tahu. Besar sikitlah tempat duduk dia, itulah, inilah choi!!! mujur Tipah dah bijak tidak mahu tertipu lagiks!. So kekdahnya tanyalah sendiri pada yang pakar.

Mrs.A velocifero
Okaylah bai!! Mrs. A nak pi beli pisang goreng jap
Itu sahaja nak share citer Velocifero MAD. 




Salam Jumaat : Rahsia Rezeki

Salam Jumaat : Rahsia Rezeki

As Salam and greetings to dear readers.

Rahsia rezeki. Mrs. A dapat message ini dari WhatsApp terpanggil pula untuk share di blog.

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasullullah S.A.W lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

rahsia rezeki
Google Image
Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata, "Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi S.A.W, lalu mereka (para sahabat) berkata, "Wahai Rasullullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami". [Riwayat Abu Dawud]

Peritiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar, Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasullullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah S.W.T dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta". [Sahih, Riwayat Abu Dawud].

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah S.W.T. "Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki". (Al-Ra'd: 26)

Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat". (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi S.A.W. "Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram". [Sahih. Riwayat Al-Hakim].

"Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya". [Riwayat Muslim]

Rahsia Rezeki. Jangan Risau... Allah S.W.T yang memberi rezeki, bukannya makhluk.

Rahsia Rezeki ingatan untuk diri sendiri.

Menang Giveaway Planner 2017 By @Paperplanner

Menang Giveaway Planner 2017 By @Paperplanner

As Salam and greetings to dear readers.

Yeay!!! Alhamdulillah Mrs. A menang lagi.... Giveaway.

Kali ini Mrs. A menang Giveaway Planner 2017 By @Paperplanner terima kasih berbanyak-banyak buat pemilik blog Whatever Apa-Apa Sahaja kerana telah menganjurkan GA ini.

Meh! sini nak tunjuk camne rupanya planner yang Mrs. A dapat tu.

By @Paperplanner
Ini rupa bahagian luarnya cover oren tu Mrs. A yang pilih
dan di bahagian-bahagian seterusnya ini untuk wallet planner
Monthly planner
Weekly planner
Syabas juga Mrs. A ucapkan buat LZ kerana success dan berani menganjurkan GA. Mrs. A ntah! bilalah nak keluar dari kepompong takut nak buat GA atau segmen, bukan apa bimbang tak mampu nak mengendalikannya.

Okay! itu sahaja nak share kisah menang Giveaway Planner 2017 By @Paperplanner

R.I.P : Comot

R.I.P : Comot

As Salam and greetings to dear readers.

Akhirnya Comot pergi juga. Rest in peace dear Comot. Bak kata emak Mrs. A "dah sampai hukumnya mungkin mati itu adalah yang terbaik buat dia." Lagipun ko kan dah usaha ubatkan sakit buasir Comot tu". 

Itulah Comot dah cergas selepas surgery buasir [SINI] dia tu, dah aktif tapi tiba-tiba satu petang tu Mrs. A tengok dia dah monyok dan tak nak makan. Belum sempat Mrs. A nak bawa semula ke klinik pagi esoknya time nak bagi makan tengok Comot dah terbujur kaku tak bernyawa. Sob..sob..sob...

Comot the cat
Tinggal kenangan Comot time gurau-gurau dengan Mrs. A
Comot the cat
Tinggal Kenangan
Tapi Adik ada kata mungkin sebab telinga dia sakit sebab kat dedua belah telinga dia macam ada jangkitan. Comot tak sempat balik kampung semula, Comot tak sempat buka jahitan lagi. Comot rest in peace 6 Januari 2017.

R.I.P : Comot.

Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai

Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai

As Salam and greetings to dear readers.

Sebelum ini Mrs. A dah share homestay tempat Mrs. A sekeluarga tinggal sepanjang empat hari bercuti ke Langkawi tu. [SINI] Okay sambung lagi kisah Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai. Ha! apa kes sampai boleh jadi macam tu? Ini semua salah Ah Jib eh! tetiba muaahaaaaa....

Ntahlah tak tahu siapa yang nak disalahkan mungkin kedua-duanya Mr. and Mrs. A jugak. Menurut Mr. A flight we all last check-in pukul 3.20 petang. Gerak dari rumah lebih kurang dalam pukul 1.00 petang macam tu hurmm... lambat jugaklah kiranya tu.

Dah tu pulak Mr. A pagi tu dia keluar dalam tengahari baru dia balik pastu balik muka ada sedikit tak puashati cos tengok Mrs. A dan kids tak berapa nak siap lagi. Dipendekkan cerita bersiap jugaklah we all tanpa berkata-kata gitew.

Hurmm... patutlah on the way to KLIA tu Mrs. A rasa macam ada benda tak kena dah tu pulak tak excited pun nak buat trademark selfie-selpot dalam kereta as usual. Boleh pulak Mrs. A ketiduran ha!! gitew. Jalan pulak tak berapa lancar ada tempat-tempat yang banyak kereta dan traffic slow moving.

Dalam pukul 2.15 petang macam tu barulah we all sampai di KLIA. Belanja gambar satu.

KLIA
Time tu busy nak celebrate Christmas
Park kat depan tu aje lalu terus mencari-cari kaunter Malindo Air. Jeng...jeng..jeng... demi apabila Miss kaunter meminta IC untuk semua terus muka Mr. A kalut dan panik cos apabila tanya pada Along dan Aryssa ada bawa IC tak?  Jawapan sudah dijangka takde pun keluar dari kedua-dua anak bertuah itu dengan tambahan lagi jawapan mereka, ibu dengan babah tak suruh pun huwaaaa...waaa...awaaaaa.......waaa.... Adik tak payah tanyalah memang dia tak bawalah surat beranak kalau bukan mak/pak dia yang bawakan.

Bila we all kata kalau tiada IC tak boleh ke? No..no..no... no compromise at all.

Huh! by hook or by crook kena jugaklah patah balik Seremban untuk ambil IC/birth cert tu. Melihat jam di tangan Mr. A dan Mrs. A saling berpandangan tak perlu kata apa-apa masing-masing tahulah sendiri punya rasa time tu muahhhaaaahaaaa....

Along dengan Sha ikut babah balik Seremban kata Mr. A. Boleh pulak adik nak ikut sama. Memang taklah... Mrs. A bagi. Adik!!! ikut ibulah habis tu bag dua besar gedabak ni macam mana ibu nak tarik dua sekali.

Bercuti Ke Langkawi
Dua bag jer...
Mr. A terus aje bergegas ke kereta diikuti oleh Along dan Aryssa. Sementara Mrs. A pulak check-in luggage tu kononya nanti senang takdelah ambil masa sangat. Lebih kurang dalam 10 minit kemudian Mr. A call katanya tak payah check-in dululah luggage tu. Dah pulak haish! fening anna dibuatnya. Tanpa banyak soal Mrs. A ikut aje arahan dia mujurlah Miss kaunter tu jenis yang cool sambil tersenyum dia layanz... jer... karenah Mrs. A dan Adik mungkin dia pun simpati agaknya.

Lalu Mrs. A dan Adik pun heretlah sorang satu bag tu sambil cari port nak lepak sementara menunggu Mr. A, Along dan Aryssa tu. Ha!! lagi satu line phone pun nak buat hal jugak time tu. Boleh pulak Mr. A call tapi Mrs. A tak dapat dan susah nak dapat. Bila dapat cakap aje terus kena bash apsal tak jawab phone huhuhhuhu... sabar yolah. Bila Mrs. A check rupanya ada masalah roaming cos Mrs. A guna dua sim. Geram punya pasal take out satu sim. Dipendekkan cerita memang tak sempat. Good bye flight OD ntah apa ntah nombor dia KL to LGK departure time 3.40 petang. There goes our money.

Adik sedih sangat bila Mrs. A kata "dik babah kata tak sempat". "Habis tu macam mana bu?" Hurmmm... tak jadilah kita pi bercuti dik huwaaa...waaa...waaa.... Malas nak fikir Mrs. A pun ajak Adik pi makan sambil masing-masing seret bag sorang satu. Tapi taklah pelik mana kat KLIAlah katakan semua orang pun seret bag gedabak-gedabak gitew.

The Coffee Club
Senyumlah walaupun anda sedang dilanda seribu satu macam masalah chia..chia..chia...
Oh! ya sebelum Mrs. A dan Adik pi minum tu time on the phone dengan Mr. A tu dia dah suruh check dengan kaunter next flight pukul berapa? Mrs. A saja jer... nak bagi adik suspen. Miss Ticketing kata next flight pukul 6.40 petang dan seat masih ada yang available untuk lima orang. Pheww!!! lega tapi sikit ajelah.

Tak lama selepas Mrs. A dan Adik settle makan-makan dan minum-minum tu we both pun gerak semula cari port yang berhampiran dengan kaunter Malindo tu sambil menunggu Mr. A, Along dan Aryssa sampai. Lebih kurang setengah jam macam tu mereka pun sampai kemudian we all terus aje ke kaunter ticketing untuk beli tiket.

Tapi Mrs. A masih gigih lagi tu bagitau kat Miss ticketing yang we all ni tadi dah terlepas flight pukul 3.40 petang boleh tak kalau nak refund tiket yang sebelum ini tu? Sorry puan cannot katanya [lawaklah ko nih! Mrs. A memang tak dapeklahkan lagi mau tanya]. Manalah tahu sometimes miracle do happen.

Kekdahnya beli jugaklah tiket untuk pergi tu tetanya adult berapa dan child berapa? Adult minus plus RM328.60 dan child RM189.74. Miss ticketing siap inform katanya price for today memang mahal dari biasa. Dah tu pulak Adik sorang aje dikira child, Aryssa termasuk dalam kategori adult so all together kena beli tiket pergi tu four adults and one children. Habis bajet shopping di Langkawi bertukar kepada bajet membeli tiket untuk pergi mujur tiket returned boleh guna package yang dah sediada beli tu.

malindo air flight ticket
Hurm... mana ntah satu lagi tiket. Tak bagi Ibu simpan lettew
Selepas settle urusan membeli tiket terus aje check-in sementara tu Mr. A pergi hantar kereta ke tempat parking. We all plan park aje kereta kat KLIA tak mau susah-susah minta orang hantar /jemput. Kalau guna air-port teksi pun lebih kurang aje bajetnya. [4 days parked total RM142.00].

Oleh kerana mood dah ke laut takdelah selphi-selpot sangat ha! gitew...

malindo air
Ready to take-off
malindo air
The boys sebelah sana
malindo air
Inilah budak yang tak bawak IC tu
malindo air
Airport-Fashion baq hang!
Finally alhamdulillah The A's family sampai jugak ke Langkawi setelah terkandas di KLIA beberapa ketika.  Arrival lebih kurang dalam pukul 7.45 malam. Okay! itu sahaja kisah Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai. 

To be continue ;-).

Karnival Sukan

Karnival Sukan

As Salam and greetings to dear readers.

Actually nak post entry Bercuti di Langkawi tapi yang up karnival sukan UMNO DUN Kota lah pulok! Mungkin sebab karnival sukan ini baru jer berlangsung semalam itu pasal kehangatan nak menulis tu lancar dan laju kot.

Mrs. A terjebak didalam karnival sukan UMNO DUN Kota ini adalah permintaan Mr. A yang katanya kawan dia minta tolong carikan netballers untuk wakil team dia. Oleh kerana Mrs. A dah lama tak bernetball pastu pulak bila gang netballers ada pulak yang berminat nak join. Hahahai.... Mrs. A okay jer... lagipun DUN Kota area kampung Mrs. A.

UMNO DUN Kota
DUN Kota, Rembau Negeri Sembilan  #talldarkhandsome
Seawal 7.30 pagi Sunday dah gerak dari rumah menuju ke Sg. Layang, Rembau. Janji jumpa dengan salah seorang netballer di depan Petronas, Rembau tepi jalan cos dia seorang aje yang tak tahu tempat. Yang lawaknya dia terus ke Petronas, Kota ikut 'pakcik Waze' katanya. Tapi mujurlah patah balik ikut jalan yang sama aje so senanglah jumpa tempat yang betul takdelah sesat barat.

Netballers untuk game ini adalah berlainan company, tak kenal rapat macam gang satu office pun tapi we all kenal adalah disebabkan netball nampak tak, nampak tak??? because of netball we all reunited ecececewah.... [poyo jer ayat].

Team ini kekdahnya rakan netball dari company yang Mrs. A pernah friendly match iaitu DOSH and Nestle dan ada jugak wanita/ puteri UMNO area situ iaitu kawan-kawan kepada kawan Mr. A yang minta carikan team tu.

Tak banyak pun team yang bertanding cuma empat team aje A, B, C, dan D termasuk team Mrs. A. Pertandingan diadakan secara liga. Team Mrs. A pun A jugak namanya. Oleh kerana perasmian dijangka bermula pukul 10.00 pagi. Time tu pulak baru aje pukul 9.15 pagi. Urusetia dan players setuju diadakan dulu perlawanan dan apabila YB KJ sampai nanti pertandingan akan dihentikan untuk memberi laluan kepada acara perasmian.

Sempat jugak team Mrs. A berlawan dulu tu dengan team B. Memula seimbang masuk second time habis kena tapau. Kalah dengan mata 2 gol berbalas 6 gol. Team A okay jer... sedar diri tak pernah training bersama tetiba ko masuk berlawan memang tak serasi manalah. Dah tu pulak team B tu muda-muda belia ada jugak muka budak SUKMA. Hurm...terima ajelah seadanya.

Kemudian apabila YB KJ sampai kita pi khemah dulu ya... ikuti acara perasmian. Karnival Sukan UMNO DUN Kota ini tujuannya adalah untuk mencari wakil team untuk bertanding dengan tiga DUN lagi iaitu Rantau, Chembong dan Paroi.

YB KJ
Kita akan bagi insentif kalau DUN Kota menang dalam setiap acara sukan yang tuan/puan menang katanya. Tapi janganlah harap sampai satu juta pulak macam insentif olimpik tu berderai ketawa orang ramai yang ada kat situ.

UMNO DUN Kota
YB KJ, Dato' Dr. Awalludin dan lain-lain orang kuat UMNO DUN Kota
Ini adalah pertama kali Mrs. A dengar YB KJ berucap secara live sebelum ini tengok kat TV aje. Memang ada style, louder dan jelas mampu membuatkan audience senyap seketika. Memang ada aura leader gitew. Satu yang Mrs. A noticed dia berucap tak baca 'teks'  sama macam YABDSU Tok Mat tapi Tok Mat lagi best sobab dio cakap nogori.

Selepas habis ucapan perasmian YB KJ round padang pulak. Jom layan gambar lagi.

YB KJ
Time ni YB KJ kena buli kena buat balingan sampai masuk hah! susah jugak nak masuk ya kata dia
UMNO DUN Kota
Team A aka team Chengkau
UMNO DUN Kota
Alahai!! iol tak dapat diri sebelah
UMNO DUN Kota
Aksi bebas kata photographer - Peace yo!
Setelah selesai acara selphi-selpot perlawanan netball dan lain-lain pun diteruskan. Di antara lain-lain perlawanan yang Mrs. A tahu berlangsung di situ adalah futsal dan bola tampar eh! ada jugak badminton kalau tak silap.

Team A ada berbaki lagi 2 games selepas acara perasmian tu. Tetapi yang bestnya we all pulang awal. Cer teka kenapa pulang awal tu muahhhaaahaaaa.... Tidak menang lettew itu pasal yang pulang awal. Takpelah Team A okay jer.... cos kalah bermaruah katanya. Kepada team yang menang syabas we all ucapkan. Semoga DUN Kota akan berjaya mencapai target di tempat kedua untuk tahun ini tapi kalau juara lagilah bagus. Hidup UMNO eh! tetiba muahhahaaaaaa....

Okay itu sahaja nak share kisah Karnival Sukan. Majulah sukan untuk negara.
Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik???

Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik???

As Salam and greetings to dear readers.

Yang mana lebih baik? 

Ada segolongan orang yang kuat beribadat tapi 'berakhlak buruk' dan ada segolongan orang yang tidak beribadah langsung tapi 'berakhlak baik'. Yang mana lebih baik?

"Wahai Syeikh, Manakah yang lebih baik, seorang muslim yang kuat beribadah tetapi akhlaknya buruk dan seorang yang tidak beribadah langsung tapi amat baik akhlaknya!!" tanya seorang pemuda.

"Subhanallah!! kedua-duanya baik", ujar Syeikh sambil tersenyum...

"Mengapa boleh jadi begitu desak??" desak pemuda tadi.
manakah yang lebih baik?
Google image
"Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi  nanti akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia bersebab ibadahnya... dan kerana orang yang baik perilakunya itu boleh jadi nanti dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNYA."

"Jadi siapa yang lebih buruk??" desak si pemuda tadi.

Airmata mengalir di pipi Syeikh "KITA... wahai anak muda", ujar beliau.

"KITAlah yang selayaknya berakhlak buruk sebab kita seringkali menghabiskan waktu menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri". "Padahal kita akan dihadapkan di depan Allah dan ditanyakan tentang diri kita. Bukan tentang orang lain!!"

Yang mana lebih baik?

RENUNGKAN...
Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi

Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi

As Salam and greetings to dear readers.

Si Koko pula kena Spay a.k.a Kasi. Kalau sebelum ini Mrs. A neuter si Kuning tapi kali ini Mrs. A perlu kasikan si Koko pula. Si Koko dah sampai masa heat dia dah! asyiklah tergedik-gedik berlari-larian ke depan ke belakang pantanglah dengar si Bengkok (bukan kucing Mrs.A) mengiau mulalah si Koko tu pi lari keluar nak menggoda lettew!

Si Bengkok tu kucing yang tidak diketahui siapa pemiliknya tapi selalu jer... lepaking kat rumah Mrs. A. Mrs. A gelarkan si Bengkok cos ekor dia bengkok sikit kat hujung lebih kurang sama pulok dengan si Kuning rasanya itulah biological father si Kuning muaahhaaaaaa.....

Spaying-cat
Koko masih belum sedar sepenuhnya time Mrs. A datang nak ambil dia
Agak berbeza sedikit jangka masa sedar Koko dengan Kuning. Time Koko dia dah jaga sewaktu Mrs. A ambil cuma masih lemah dan tak berapa larat nak jalan kalau jalan pun terhuyung-hayang macam orang mabuk todi gitew. Kuning pulak langsung tak sedar masih lagi ketiduran time tu.

Seperti Kuning apabila sampai di rumah Mrs. A kurung dia dulu dan pagi esoknya baru bagi makan. Dalam tengahari Adik telah bebaskan Koko dari sangkarnya. Pada fikiran dia Koko telah sedar sebagaimana Kuning dahulu. Unfortunately Koko hilang sehari semalam. Huhuuhuu... time ni sedih bercampur marah dengan Adik.

Tetapi esok petang time Mrs. A balik dari kerja Mrs. A telah menjalankan operasi mencari sendiri sambil panggil-panggil nama Koko [rasanya satu taman dah boleh tahu fiil Mrs. A yang suka jalan-jalan sambil jerit-jerit nama-nama kekucing Mrs. A bila mana kekucing Mrs. A hilang dari radar ngeh!ngeh!ngeh!]

Syukur alhamdulillah hasil pencarian berjaya. Mrs. A jumpa Koko di simpang jalan kira-kira 200 meter dari rumah. Dia mengiyau-ngiyau sambil pandang Mrs. A "tolong... angkat Koko... tak larat nak jalanlah"  kata dia muuahaaaa... okay tipu. Dia memang tak gerak pun duduk jer situ lalu Mrs. A pun angkat dia bawa balik rumah, bagi makan special iaitu wet food favorite dia. Mujur dia berselera makan dan minum.

Dua tiga hari selepas itu dia duduk rumah aje dan tak cergas mana pun. Tapi itu normal proses recovery memang ambil masa. Satu yang Mrs. A notice selepas Kuning dan Koko kena kasi kedua-dua mereka kena selsema. Hurmm... selepas ini kalau Mrs. A nak neuter/ spay yang lain-lain tu Mrs. A akan minta ubat selsema siap-siap.

Sekarang ini Koko dan Kuning cergas dan aktif seperti sebelum kena kasi. Pada mulanya Mrs. A ingatkan mereka akan kurang aktif dan tidur sahaja. Tetapi itu hanyalah di awal-awal proses sahaja mungkin pada waktu itu saki-baki ubat bius masih ada dalam badan mereka.

Spaying-cat
Hi!! kalau snap gambar kita belanjalah ayam goreng. Muka tak puashati time makan tapi disuruh berswafoto
Kekdahnya cakap-cakap yang kata apabila kucing telah kena kasi mereka akan jadi malas dan lembab itu adalah tidak semuanya benar. Mungkin bergantung kepada spesis kucing juga. Ini terbukti dengan Kuning dan Koko yang suka aje bergurau-senda sambil berlari-lari dalam rumah sampai kadang-kadang Mrs. A terpaksa hantar mereka duduk luar dek kerana habis semua benda jatuh dikerjanya.

So far Koko dah bertambah gebu-gebas dan Kuning pulak sama aje tiada apa yang berubah dari segi fizikal. Okay! itu saja citer Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi.



GIVEAWAY PLANNER 2017 BY @PAPERNPLANNER

GIVEAWAY PLANNER 2017 BY @PAPERNPLANNER

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A mulakan entry tahun baru dengan turut serta dalam Giveaway Planner 2017 By @Paperplanner.

Wah! LZ buat giveawaylah. Sebagai tanda support Mrs. A pun menjoinkan diri untuk turut serta dalam Giveaway Planner 2017 by @Paperplanner.

Mangsa tag Mrs. A adalah SUKI // REENRI // CHERRY BLOSSOM

Untuk syarat-syarat dan terma sila KLIK BANNER berikut.

Giveaway Planner
KLIK BANNER
Pendapat Mrs. A mengenai blog Whateverapa-apasahaja. Blog yang mempunyai susun atur yang menarik dan tidak terlalu serabut. Owner blog yang friendly kerana rajin menjawab komen. Sekiranya beliau tepek gambar, gambar-gambarnya jelas dan cantik. 

Jom turut serta Giveaway Planner 2017 By @Paperplanner.

Tarikh Tutup Penyertaan: 07.01.2017 (12.00 malam)


MRS.A my blog my stori ©