As Salam and greetings to dear readers.
Rahsia rezeki. Mrs. A dapat message ini dari WhatsApp terpanggil pula untuk share di blog.
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasullullah S.A.W lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.
Google Image |
Peritiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar, Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasullullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.
Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah S.W.T dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta". [Sahih, Riwayat Abu Dawud].
Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.
Ini selari dengan firman Allah S.W.T. "Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki". (Al-Ra'd: 26)
Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat". (As-Syura: 27)
Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi S.A.W. "Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram". [Sahih. Riwayat Al-Hakim].
"Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya". [Riwayat Muslim]
Rahsia Rezeki. Jangan Risau... Allah S.W.T yang memberi rezeki, bukannya makhluk.
Rahsia Rezeki ingatan untuk diri sendiri.

apa yg kita beri itulah sebenarnya milik kita
BalasPadamAlhamdulillah atas kehidupan harini.
BalasPadamEntry yg mendidik kita agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yg kita perolehi. Sentiasa berlapang dada.
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamBersyukurlah dengan rezeki Allah yang tak putus2 kepada kita.
perkongsian yg amat bermanfaat sekali...terima.kasih...sy suka baca
BalasPadamsemoga saya dan kita semua rajin bersedekah =)
BalasPadamKita hanya memegang amanah orang lain.
BalasPadamTedi singgah dan menabung di sini :)
nice sharing mrs A. InsyaAllah. Moga akan sentiasa dicukupkan rezeki itu. Betul semuanya Dia lah yang menentukan :)
BalasPadamPeringatan yang bagus.. semoga sentiasa menjadi panduan kita semua..
BalasPadamKesimpulannya usahlah risau pasal rezeki ye A....naik barang ke apa, sedikit tidak mengganggu perjalanan rezeki yg dah Allah aturkan. Yg penting kita usaha dan mengikut syariat yg Allah tetapkan, Insyaallah...
BalasPadamnasihat yang bernas mrs A :D
BalasPadamnice share.. tapi gambar tu buat saya musykil.. bukan kalau sedekah kepada fakir miskin akan dapat balasan 10 je ke? bukan 70 kan? so,
BalasPadam10-1
= (10 + baki 9)
= 19 je kan?
perkongsian yang baik Mrs A...terasa kerdil diri ini
BalasPadam