Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi

5 Januari 2017

Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi

As Salam and greetings to dear readers.

Si Koko pula kena Spay a.k.a Kasi. Kalau sebelum ini Mrs. A neuter si Kuning tapi kali ini Mrs. A perlu kasikan si Koko pula. Si Koko dah sampai masa heat dia dah! asyiklah tergedik-gedik berlari-larian ke depan ke belakang pantanglah dengar si Bengkok (bukan kucing Mrs.A) mengiau mulalah si Koko tu pi lari keluar nak menggoda lettew!

Si Bengkok tu kucing yang tidak diketahui siapa pemiliknya tapi selalu jer... lepaking kat rumah Mrs. A. Mrs. A gelarkan si Bengkok cos ekor dia bengkok sikit kat hujung lebih kurang sama pulok dengan si Kuning rasanya itulah biological father si Kuning muaahhaaaaaa.....

Spaying-cat
Koko masih belum sedar sepenuhnya time Mrs. A datang nak ambil dia
Agak berbeza sedikit jangka masa sedar Koko dengan Kuning. Time Koko dia dah jaga sewaktu Mrs. A ambil cuma masih lemah dan tak berapa larat nak jalan kalau jalan pun terhuyung-hayang macam orang mabuk todi gitew. Kuning pulak langsung tak sedar masih lagi ketiduran time tu.

Seperti Kuning apabila sampai di rumah Mrs. A kurung dia dulu dan pagi esoknya baru bagi makan. Dalam tengahari Adik telah bebaskan Koko dari sangkarnya. Pada fikiran dia Koko telah sedar sebagaimana Kuning dahulu. Unfortunately Koko hilang sehari semalam. Huhuuhuu... time ni sedih bercampur marah dengan Adik.

Tetapi esok petang time Mrs. A balik dari kerja Mrs. A telah menjalankan operasi mencari sendiri sambil panggil-panggil nama Koko [rasanya satu taman dah boleh tahu fiil Mrs. A yang suka jalan-jalan sambil jerit-jerit nama-nama kekucing Mrs. A bila mana kekucing Mrs. A hilang dari radar ngeh!ngeh!ngeh!]

Syukur alhamdulillah hasil pencarian berjaya. Mrs. A jumpa Koko di simpang jalan kira-kira 200 meter dari rumah. Dia mengiyau-ngiyau sambil pandang Mrs. A "tolong... angkat Koko... tak larat nak jalanlah"  kata dia muuahaaaa... okay tipu. Dia memang tak gerak pun duduk jer situ lalu Mrs. A pun angkat dia bawa balik rumah, bagi makan special iaitu wet food favorite dia. Mujur dia berselera makan dan minum.

Dua tiga hari selepas itu dia duduk rumah aje dan tak cergas mana pun. Tapi itu normal proses recovery memang ambil masa. Satu yang Mrs. A notice selepas Kuning dan Koko kena kasi kedua-dua mereka kena selsema. Hurmm... selepas ini kalau Mrs. A nak neuter/ spay yang lain-lain tu Mrs. A akan minta ubat selsema siap-siap.

Sekarang ini Koko dan Kuning cergas dan aktif seperti sebelum kena kasi. Pada mulanya Mrs. A ingatkan mereka akan kurang aktif dan tidur sahaja. Tetapi itu hanyalah di awal-awal proses sahaja mungkin pada waktu itu saki-baki ubat bius masih ada dalam badan mereka.

Spaying-cat
Hi!! kalau snap gambar kita belanjalah ayam goreng. Muka tak puashati time makan tapi disuruh berswafoto
Kekdahnya cakap-cakap yang kata apabila kucing telah kena kasi mereka akan jadi malas dan lembab itu adalah tidak semuanya benar. Mungkin bergantung kepada spesis kucing juga. Ini terbukti dengan Kuning dan Koko yang suka aje bergurau-senda sambil berlari-lari dalam rumah sampai kadang-kadang Mrs. A terpaksa hantar mereka duduk luar dek kerana habis semua benda jatuh dikerjanya.

So far Koko dah bertambah gebu-gebas dan Kuning pulak sama aje tiada apa yang berubah dari segi fizikal. Okay! itu saja citer Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi.



5 ulasan:

  1. Nasib baik jumpa balik kucing tu. I'm a cat owner myself so macam sedihnya kalau hilang..

    ieyra h. | blog

    BalasPadam
  2. kadang2 kita terpaksa spay kucing2 tu untuk mengelakkan membiak terlalu banyak.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©