June 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: June 2018
Netball Update : Training Dah Mula Balik

Netball Update : Training Dah Mula Balik

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Netball Update : Training Dah Mula Balik


Ha! ingat lagi tak beberapa bulan yang lalu [SINI] Mrs. A pernah citer kisah persediaan team netball SAINS untuk ke SBAM. Setelah berapa banyak kali ntah tertangguhnya last up-date tarikh 28- 30 April tapi nan-hado uols gara-gara PRU14. Mrs. A nak citer kisah netball pun dah malas dah huhuhu...

Kemudian setelah PRU14 berakhir dan kerajaan pun sudah tukar ingatkan SBAM di Johor turut berkubur tapi mujurlah SBAM di Johor tetap akan dilangsungkan sebagaimana yang telah dirancangkan sebelum ini. Tarikh terbaru yang telah ditetapkan adalah pada 4 - 6 Ogos 2018. Harapnya tarikh terbaru itu berjalan lancar.

Setelah hampir sebulan lebih berehat dari training, ialah bulan Ramadan kan takkanlah ko gigih juga nak bertraining bagai. Rilex arrr.. lepas raya kita sambung balik. Last team netball training adalah pada petang Jumaat 4 Mei 2018.

netball
Sebelum raya
Gambar atas petang Jumaat 4 Mei tu sebelum it's a wrap katanya sempatlah we all bergambar dulu untuk dijadikan gambar sebelum dan selepas hari raya samada kurus ka gemuk ka muahahhaaaaa.... Gambar bawah (tak semua orang yanga sama pun) adalah pada petang Rabu 27 Jun 2018, betul-betul coach suruh bergambar sebelum training mula petang tu Mrs. A ingatkan main-main jer... Ha cer tengok ada ke beza???

netball
Selepas raya
Mrs. A rasa sama jer... yang boleh pastikan adalah yang empunya badan itu sendiri dah timbang berat ke belum, baju seluar dah ketat ke sama jer... muahhaaaaa... as for Mrs. A sama jer... yang berbeza adalah tahap fit tak fit jerr..  almaklumlah dah lama tak berlari pancit teruk uols!

Dah tu pula baru nak mula balik training coach dah suruh friendly dengan team power fuh! mencabar betul 1st day training petang tu. Dalam court masa 10 minit tu rasa lama giler macam rasa 30 minit baq hang huhuhuu....

Oleh kerana tempoh SBAM dalam masa kurang lebih sebulan aje lagi hari training pun telah ditambah daripada 2 kali seminggu ke 3 kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat pelepasan awal 45 minit daripada waktu kerja biasa adalah maintain.

Meh! sini Mrs. A share detail sket.
netball
Downlaod dari portal SBAM Syarikat Air Johor
 netball

Kalau ikut jadual tu perlawanan pertama SAINS adalah perlawanan ke 5 pada pukul 10.30 pagi lawan KETTHA. Kemudian perlawanan ke 11 pukul 2.00 petang lawan Perak. Seterusnya perlawanan ke 16 bertemu tuan rumah iaitu Johor dan terakhir untuk perlawanan ke 22 peringkat kumpulan adalah menentang Pahang. Fuh! tulis ni pun dah berdebar ngalahkan piala dunia muahahaha....

Okay itu sahaja up-date kisah netball Mrs. A setakat ini so orang-orang Johor kita jumpa nanti ya pada awal Ogos. Kontigen SAINS akan bertolak sehari awal dari tarikh SBAM tu iaitu pada pagi Jumaat 3 Ogos 2018 we all akan check-in di Pulai Spring Resort. In Sha Allah semoga dipermudahkan. Readers mohon doakan team Mrs. A menang tau walaupun WP kata bagi Naib Johan tapi Mrs. A naklah jadi Johan hiks!

Pakatan Raya

Pakatan Raya

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Pakatan Raya.


Pakatan Raya pada 4 Syawal 1439 H. Sorry tajuk macam berbaur politik eh! tetiba muahahahaaa... Actually takde kena mengena langsung dengan politik. Pakatan raya tu adalah kami semua (family side Mr. A) sepakat untuk berhari-raya bersama-sama di rumah mak/pak sedara Mr. A di Seremban. Kalau nak guna hashtag mudah #teamrayasomban ha! gitewww....

Alhamdulillah macam tahun-tahun sebelum ini, [SINI] Syawal 1439 H juga we all diberi kesempatan olehNYA untuk kunjung-mengunjung ke rumah mak/pak sedara side Mr. A yang berada di sekitar Seremban.

Walaupun meeting pointnya di Jiboi tapi as usual The A's family memang tak sempat nak ke sana doh! so we all gerak sendirian berhad dahulu dan pakat-pakat menunggu di stesen Petronas Mambau cos rumah pertama yang akan diterjah adalah rumah pak/mak Ngah di Kg Mambau.

#teamrayasomban
Adoiii!!! phishang dah menunggu ha kata tadi sama-sama dah keluar rumah [up-date status whatsapp baq hang]
Kemudian sesampai aje kat rumah pak/mak Ngah tu Kaklong say sorry la uols dah 'phishang' ke hahaha... tadi memang dah keluar rumah tak sempat tutup gate K. Ros and Abang Kadir sekeluarga sampai tu yang jadi lambat tu katanya. Lorrr... al-kisahnya patutler...

selamat hari raya
Kononnya Mrs. A nak snap curi tapi ade jer... yang perasan.
Amvoi!!! biras sorang tu kemain syiok... borak dengan Makngah
Time kat rumah Pak/Mak Ngah tu ada juga tetamu lain tapi sedara-mara jugaklah iaitu sepupu-sepapat Mr. A.

Hari raya aidilfitri
Sebelum pulang eh sebelum ke nexts rumah sempat we all request PakNgah dan MakNgah wefie
Kemudian destinasi  pakatan raya seterusnya adalah ke rumah arwah ci Enon iaitu kakak kepada f.i.l rumah dia area Mambau juga iaitu di Kg Batu 3 Mambau. Kat sini jugalah rumah f.i.l dan adik-beradik dia membesar sebelah-menyebelah rumah tu adalah rumah pusaka orang tua f.i.l. Time we all sampai cuma ada dua orang cousin Mr. A jer... yang lain-lain dah pi beraya.

hari raya
Time ni Abah baru lepas solat zohor sempatlah Mrs. A suruh dia posing nak ambil gambar hehehe...
Untuk kenang-kenangan di masa hadapan we all pun pakat-pakat bergambar kat depan rumah arwah Nyang ni.

selamat hari raya
Percubaan wefie daripada Mrs. A. Kesiankan tak menjadi langsung nampak muka terseksa sangat, inilah padahnya bila ko suruh sejenis yang tak reti wefie mengwefie muaaahahaaaaaaa....
selamat hari raya
Sementara menunggu expertise wefie sampai
selamat hari raya
Tengok tu siap boleh peace yo! lagi
Kemudian rumah ketiga yang pakatan raya pergi adalah rumah Pakteh di Taman tuanku Jaafar. Pakteh adalah abang f.i.l. Tahun-tahun sebelum ni A's family selalu singgah raya pada 1 Syawal petang on the way sebelum pulang ke Lubok China tapi tahun ni tak sempat so we all join pakatan raya jer...

Nasiblah pak/mak sedara semua ya dapat anak-anak sedara kaki selfi-selphot habis kat rumah depa we all buat macam bergambar kat rumah sendiri.

selamat harir aya
Okay posing style DSV
selamat hari raya
Serius sangat nampak gaya perbincangannya tu
selamat hari raya
Dah-dah ni last kata jurugambar, kang habis Kodak ea kang ngeh! ngeh! ngeh!
selamat hari raya
Muka jadi camtu bila mana PakTeh up story politik di hariraya Aidilfitri yang mulia ini muahahahaa...
Finally bergambar bersama tuan rumah tapi bila ajak Makteh aka mak Datin dia tak mahu la pulok!

selamat hari raya
Aksi bebas ya...
Kemudian setelah habis beraya kat rumah Pakteh dan masing-masing muka ada senyum dapat duit raya daripada Tokteh depa. Pakatan raya gerak pula ke rumah kelima sama juga masih di Taman Tuanku Jaafar cuma fasa yang berlainan iaitu ke rumah PakNoh adik kepada f.i.l walaupun pada mulanya nak pergi rumah arwah Pak Anjang row bahagian depan sebelum rumah Pak Noh ni tapi tiada orang di rumah. Kekdahnya depa pun pi beraya kat rumah Pak Noh ha.

Kat rumah Pak Noh we all terlupa pula nak ajak tuan rumah bergambar raya. Maybe because Busu Kathy takde (wife Pak Noh) cos dia pergi vet hantar kucingnya demam doh! Tapi Mrs. A haruslah bergambar juga tak mau lepaskan peluang ha gitewww....

selamat hari raya
Excited bila jumpa baby
Lupa la pula nama baby ni (cucu Pak Noh) tapi suka tau dengan dia cos dia nak jer... dengan semua orang.
Baiknya lahai rasa macam nak pinjam bawa balik pun ada time tu
Danial and Keyna
Banglong, Mama aka Kaklong and Kakngah
Tak habis lagi uols rumah keenam yang pakatan raya pergi adalah rumah seorang lagi abang f.i.l iaitu di Kg Panchor pula. Tak pastilah nama sebenarnya apa tapi we all gelarkan dia Pak Kutai dan wife dia pula Mak Dah. Sepupu-sepapat Mr. A takde pun pi beraya ler... mana lagi. Yang ada cuma Pak Kutai dan Mak Dah aje dah petang sangat, mood bergambar pun dah hilang. 

Tapi tulah  mood juadah raya  tak hilang pula kah! kah! kah! Tuan rumah hidangkan mee kari dan juga nasi impit kuah kacang dengan pelbagai jenis kuih-raya yang penuh meja. Bukan setakat satu meja jer... dua meja gitewwww... satu kat dining table satu lagi kat meja kopi depan TV. Puas betul melantak syukur rezeki jangan ditolak. Kat sini lama juga cos we all tumpang solat asar. 

Ingatkan dah tamat rupanya nak pi satu rumah lagi iaitu rumah sedara f.i.l yang kat Kg Sekolah, area Ampangan tu. Alahai kedekut pula nama tuan rumah ni. Sama juga macam tadi ada tuan rumah sebenar je... dua orang. Anak-anak cucu-cicit masih belum pulang berhari raya macam we all lettew.

Okay! hari pun dah petang time tu lagi 10 minit nak pukul 7.00 malam kalau tak silap Mrs. A so we all pun sepakat dah nak pulang ke sarang masing-masing. Alhamdulillah rezeki berhari-raya beramai-ramai sambil mengeratkan lagi ukhwah dan merapatkan silaturrahim yang sedia terjalin. In Sha Allah panjang umur jumpa lagi tahun depan.

Wordless Wednesday #113 - #stokinthekitten

Wordless Wednesday #113 - #stokinthekitten

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #113 - #stokinthekitten


wordless wednesday
Selamat meninggalkan dunia Stokin. Mungkin mati itu adalah yang terbaik buat kamu. Waallahualam
Dah lama tak up-date story kisah kekucing Mrs. A since Mrs. A dah wujudkan account instagram khas untuk kekucing Mrs. A tu. Meh! la follow @kamikucingkg situ banyak kisah depa. Eh! iklan la pulok!!! ngeh! ngeh! ngeh!

Semalam time Mrs. A balik kerja tengok Stokin takde pun depan gate yang ada cuma Legam. Legam adalah  adik-beradik Stokin. Kemudian bila tanya Aryssa Stokin mana? Ini ha kat atas sofa tidur sambil tunjuk kat Stokin. Tapi Mrs. A macam tak puashati tengok gaya tidur Stokin lain macam aje pastu bila Mrs. A angkat tengok terus dia menggeletar macam kesakitan, sah-sah dia sakit.

Mrs. A pun bagilah dia susu tapi dia lemah sangat. Kemudain Mrs. A letakkan dia kat dalam cage. Nak dekat maghrib Mrs. A cek dia kat dalam cage tengok-tengok dah sejuk terbujur kaku. Sobs...sobs..sobs... sedih tapi takpelah mungkin mati itu yang terbaik buat dia.

Actually Stokin bukanlah kucing Mrs. A tetapi kucing datang yang Mrs. A ambil bela cos tak sampai hati nak buang. Hanya #catlover yang faham perasaan itu.

Happy Birthday Puteri Talia & Nur Qaseh Qaisarah

Happy Birthday Puteri Talia & Nur Qaseh Qaisarah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday Puteri Talia & Nur Qaseh Qaisarah.


Pada hari pertama Mrs. A kena kerja selepas cuti hari raya iaitu 6 Syawal 1439 H time itu jugaklah Adik & Alang Mrs. A plan nak buat birthday celebration anak-anak depa. Abih camno? tak dapeklah aunty nak join sekali ya Talia dan Qaseh. Aunty so sorry dear huk! huk! huk!

Pagi-pagi tu Mrs. A pergi kerja dari kampung. Haish! bukannya tak pernah buat dah selalu jugak buat alhamdulillah okay jer... bangun pun macam biasa jer... macam duk kat rumah Seremban. Ialah dari Lubok China ke Seremban 2 takdelah jauh mana lebih kurang setengah jam ke 40 minit masa perjalanannya.

Hadiah yang Mrs. A bagi untuk anak-anak buah kesayangan Mrs. A tu tak lain dan tak bukan hanyalah duit raya sahaja, ialah mak/pak depa pun buat celebration tu mengejut-mengejut tak plan tapi tetiba ferfiling nak buat cos semua cecucu nenek Limah ada dalam erti kata lain cukup corum ha gitewww...

Time tengah kerja petang tu berdesup-desup gambar masuk kat WhatsApp huwaaaaawawawaaa.... jelesznya tak dapat join sama.

Happy Birthday
Budak tecik tu suka betul dia sampai dua kali tiup lilin
Puteri Talia adalah anak Adik Mrs. A dan Qaseh pula anak Banglang Mrs. A. Talia celebrate birthday yang ke 4 tahun manakala Qaseh pula birthday yang ke 10 tahun.

Happy birthday
They both June Babies
happy birthday
Dapat hadiah daripada family MakNgah
happy birthday
Cecucu Mak Limah bersama Maksu berposing sakan ha
Happy Birthday Puteri Talia & Nur Qaseh Qaisarah. Aunty doakan semoga menjadi anak-anak solehah yang membahagiakan keluarga, berjaya dalam pelajaran dan sejahtera di dunia juga di akhirat kelak.

Walaupun aunty tiada di tempat kejadian tapi kalian selalu ada dalam ingatan dan doa.

Cerita 1 Syawal 1439 H

Cerita 1 Syawal 1439 H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Cerita 1 Syawal 1439 H


Alhamdulillah bulan Syawal dah hampir seminggu berlalu. Rata-rata SocMed yang Mrs. A tengok meriah kisah raya masing-masing. Macam-macam color tema sedondon ada, termasuklah family
Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! 

Tak pasti bilakah bermula dan siapakah yang mencetuskan tema-tema di hari raya ini namun satu yang pasti ianya seakan dah sebati dengan kebanyakkan rakyat Malaysia huhuhuhuu... Kalau tak bertema tak meriah katanya. Bagi pendapat Mrs. A pula tak kisahlah nak bertema ke tidak yang penting tradisi ziarah-menziarahi sesama saudara, rakan taulan dan jiran tetangga itu mestilah diutamakan dan diteruskan sampai bila-bila.

Seperti tahun-tahun sebelum ini 1 Syawal adalah di kampung Mrs. A iaitu di Lubok China kemudian selepas solat hari raya barulah gerak ke Kg. Jiboi di Ampangan Seremban side Mr. A pula. 

Okay meh! sini Mrs. A belanja gambar raya we all.

1439H
Sama tak muka emak dengan Mrs. A hiks!
1439H
The A's bersama Emak
1439H
Family Adik Mrs. A aka Maksu bersama Emak
1439H
Family potret. Awatlah pi pilih tempat panas ni bergambar tu pasallah mata semua kecik jer..
1439H
Aryssa, Along and Adik
1439H
Sister aka Maksu and Emak
1439H
Abang sulung Mrs. A aka Paklong and Mr. A
1439H
Mak-mak sedara Mrs. A aka WanTeh and WanSu
Actually tunggu jugak family Angah Mrs. A yang katanya sedang on the way dari Melaka tu tapikan tak done dah nak tunggu we all pun geraklah ke Jiboi. So tahun ini takdelah gambar A's family dengan Angah. 

1439H
We all on the way ha... hijaunya mereka...
Dalam pukul 11.30 pagi macam tu dah sampai Jiboi. Time tu family b.i.l Mrs. A iaitu Along & Alang dah takde dah depa dah pi side family isteri masing-masing pula. Seorang kat Jelebu, seorang lagi kat Serting. Yang masih ada time Mrs. A sampai adalah family Ateh dan s.i.l. Depa dua tu pula stylenya 2 Syawal barulah beraya ke side family sebelah satu lagi.

Routine biasa sama macam raya-raya sebelum ini sampai aje bersalam-salaman mohon maaf dengan mak/abah kemudian apa lagi makan-makanlah sampai lebam dan bagi duit raya kat anak-anak sedara mana yang ada tu.

Tidak ketinggalan haruslah bergambar mana yang sempat.

1439H
The biras
1439H
S.I.L
Kebiasaannya time 1 Syawal tu Mrs. A akan lepak Jiboi sampai ke petang. So kalau ada tetamu yang datang Mrs. A yang akan tolong layankan #tolonglahsangat

Kebetulan time tu family arwah adik f.i.l datang beraya so dapatlah jumpa dan bergambar kenangan.

1439H
Family arwah Anjang
1439H
Tengah sekali tu kakak kepada f.i.l we all panggil Uda
Bagaimana pula cerita 1 Syawal readers? Mrs. A harap semuanya berjalan lancar, meriah dan berbahagia dengan family dan handai-taulan masing-masing. Syukur Malaysia aman-damai dapatlah kita meraikannya sambil kunjung-mengunjung disamping merapatkan yang jauh dan mengeratkan lagi silaturrahim yang dekat.

Okay itu sahaja cerita 1 Syawal 1439 H Mrs. A selamat hari raya Aidilfitri serta salam kosong-kosong.

Oh! ya tengah we all lepak-lepak tu tetiba WhatsApp masuk kat family group side Lubok China. Alang and family dah sampai kampung katanya.

1439H
Sedondon cekelat hehehehe. opppssss.... Puteri Talia wat photo bomb la pulak hahahaa...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Mohon Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Mohon Maaf Zahir Batin

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya


Psssttttt pinjam Mr. A punya ucapan raya jer... takpe kot yang penting ikhlas.
Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Pertama sekali Tahniah!!! Mrs. A ucapkan buat owner blog kerana telah berjaya mencapai 7 juta page views a.k.a PV. Terima kasih juga sebab invited Mrs. A join segmen ini sebagai tanda support Mrs. A pun turut serta gitewww...

KLIK
Setelah Mrs. A belek-belek blog Sayidah, pendapat Mrs. A tentang blog pinkish beliau adalah nice dan cantik susun aturnya cuma satu jer... kalau boleh besarkan sedikit lagi font sebab orang sejenis Mrs.A ni berpinau sikit nak baca font comel halus cenggitu. Just my 2cents.

Segmen ini berlangsung dari 5 Jun hingga 5 Julai 2018 as for today date 13 Jun sempat lagi kalau readers yang nak join tu. Oh! ya untuk lain-lain syarat penyertaan sila klik banner untuk ke blog penganjur segmen.

Mrs. A join Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom
Turn The Boys Shopping Raya

Turn The Boys Shopping Raya

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Turn The Boys Shopping Raya.


Oleh kerana time pergi Mitsui Outlet aritu The boys tak jumpa bebaju yang mereka berkenan kekdahnya malam tadi The boys pun pergilah shopping kat Parkson Grand Seremban, Prima jer... Mrs. A pun ikutlah tumpang sekaki ngeh! ngeh! ngeh!

Eh! Aryssa mana tak ikut ke? Actually Aryssa dah selamat pulang ke kampung last Sunday. Mrs. A hantar Aryssa jer sorang balik dulu cos Nenek nak minta tolong Aryssa pasang curtain dan buat kuih kekdahnya. 

Gerak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 malam sampai Seremban Prima dekat-dekat nak pukul 9.00 ingatkan jalan clear. Hurm... tak juga otw nak masuk parking tu berdedai aje kereta. Tapi mujurlah we all dapat parked bebetul depan pintu belakang shopping mall cos kebetulan ada kereta nak keluar time we all sampai. Fuh! selesai satu masalah. 

Bershopping dengan The boys ni biasalah terus aje kepada tujuan iaitu ke baju-baju bahagian lelaki terus, takde maknalah uols nak menyinggah ke tempat lain ya... hew! hew! hew! Mrs. A ingatkan nak pi tengok kasut nan hado! ha!

shopping raya
Sementara queue nak bayar tu moh! le kita wefie seketul
shopping raya
Rambang mata si Along tak tahu nak amik mana satu
shopping raya
Tu... perunding imej The boys sedang memilih jeans untuk Adik

shopping raya
Kalau The boys shopping pendapat Mrs. A tak laku.
Nyampah!  #adaakukesah lagi senang tak yah pening kepala nak fikir
shopping raya
Haish! dia buat perangai lagi. Time semua dah settle bayar.  Dia pulak kata nak satu lagi terpaksalah ibu layankan.
Babah dan Along dah melaju ke kereta.
Alhamdulillah dalam masa lebih kurang satu jam lebih aje dah settle The boys shopping bebaju depa.  Total damage lebih kurang RM600 okaylah tu kot takdelah over dari bajet. Lagi satu yang paling penting Along dan Adik happy sudah. Takdelah asyik duk nyanyi, bila nak beli, bila nak beli lagiks! Cuma samping baju melayu Adik belum beli lagi tahun lepas punya dah kecik katanya. Takpelah itu nanti kita pi cari kat bazar Ampangan jer... kata babah.

Kenapa kalau setakat shopping kat Seremban ni we all suka jer pilih Parkson Grand, Seremban Prima? Actually Mrs. A pun takde jawapan yang spesifik cumanya bagi Mrs. A banyak pilihan yang menarik yang berkenan di hati dan sesuai dengan selera the A's family. Dah cuba pergi lain-lain shopping mall kat Seremban ni tapi akhirnya datang ke sini jugak muahahahaaaa.... Lagipun Aeon tu tiap-tiap hari Mrs. A singgah situ mungkin dah jemu kot muahhhaaaaa....

Okay settle sudah The Boys Shopping Raya kiranya jadilah raya ni ngeh! ngeh! ngeh!

[Epilog sebelum keluar rumah malam tadi].

Mrs. A : Eh! baju/ seluar ni kan awak dah pakai pi Mitsui aritu.
Mr. A : Biarlah! apa pulak salahnya kan dah basuh.
Mrs. A: Ek eleh!. kalau saya tu boleh pulak awak cakap balik-balik baju tu, kalau dia takpe.

Hurm... lelakilah sangat  #whatever
Jalan-Jalan Mitsui Outlet dan Berbuka Puasa Di Royale Chulan, Seremban

Jalan-Jalan Mitsui Outlet dan Berbuka Puasa Di Royale Chulan, Seremban

Bismillahhirrahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Mitsui Outlet dan Berbuka Puasa Di Royale Chulan, Seremban.


Tak sangka cuti hari Wesak dapat jalan-jalan ke Mitsui Outlet Park, di KLIA Sepang bukan itu sahaja dapat juga berbuka puasa di Royale Chulan, Seremban hew! hew! hew! alhamdulillah terima kasih Babah a.k.a Mr. A. Yang sebenarnya tak plan pun tengahari tu bila Adik tanya kat babah dia, bila nak beli baju raya dia dengan Along, terus babah kata siaplah kita keluar kejap lagi pastu buka kat luar.

Mrs. A yang tengah tidur-tidur ayam terus bangun sambil bersorak yeay!!!! kah! kah! kah! macam bebudak dapat gula-gula. Nampak tak, nampak tak betapa excitednya sejenis mak-mak bila dapat keluar together-gether.

On the way ke Mitsui tu hujan lebat sangat we all ikut exit KLIA yang dari Nilai tu alhamdulillah jalan clear. Oleh kerana hari hujan so babah turunkan we all dulu sementara dia pi parked kereta. Sementara menunggu babah tu we all pun pakat-pakat snap gambar nak post IG #ootd giteww....

Jalan-jalan Mitsui Outlet
#ootd
Actually ini adalah 1st time Mrs. A sekeluarga ke Mitsui Outlet dah banyak kali ajak Mr. A gi sini tapi dia tak layan. Tak tahu kenapa time Wesak day tu dia setuju pula nak ke sini mungkin juga selepas Mrs. A bercerita tentang family adik dia yang Alang (b.i.l) tu ke sini. "Awak tahu aritu Alang family gi Mitsui N kata best sebab tengah sales, dia beli baju raya complete set tau kat Mitsui". Hahahaa... membawang sangat ko Mrs. A hoi!

Mitsui Outlet
Babah dah selamat parking jom wefei sekeluarga
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Tengok-tengok jer... 
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Sya cantik tak yang ni? Hish!! jaranglah ibu katanya
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Lepak jap tunggu babah
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Muka happy setelah berjaya mempauuu ibu

Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Singgah kat outlet Clarks tengah sales. Mrs. A berkenan yang sandal hitam tu bila suruh salesman pi cari size katanya ini saja size yang tinggal huhuhuu.... hampa takde hasil
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Bye! bye! Mitsui. Tak lama pun kat Mitsui ni cos nak balik berbuka di Seremban. Time nak balik tu pun masih hujan lagi tapi renyai-renyai jer..
Plannya nak beli baju raya Adik dengan Along tapi takde hasil depa dua tu banyak yang tak berkenan dari berkenan haish! suka hatilah nanti beli kat Parkson jer...kata babah. Tapi sebaliknya Mrs. A dengan Aryssa pula yang membeli di PDI yang sedang sales dan banyak yang menarik perhatian we both.

Timing just nice sampai Seremban dalam pukul 6.30 petang so terus ajelah ke Royale Chulan, Seremban cos Mr. A dah booking awal-awal.

Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Table untuk 5 orang kat tepi sudut privasi tapi jauh nak ambil makanan
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Along senyum jer... bila Adik kena sound dengan babah
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Jalan-jalan dulu melawat kawasan
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Yang ni Mrs. A tak sempat nak cuba pun. Perut dah fulled
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Kambing golek. Tapikan ntah ler... tak kena dengan citarasa Mrs. A
Suka kalau dia provide daun salad sekali tapi takde la pulak
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Citarasa authentic ha..
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Tulah buat fiil lagi kan dah kena sound pastu merajuk
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Ni jer... yang Adik amik haish! oppsss... ini first round dia
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Yang ni Mrs. A punya
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Selfie sementara menunggu waktu berbuka
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Last sebelum balik Aryssa dan Mrs. A melarikan diri sekejap nak bergambar kat sini.
The boys dah selamat pergi ke kereta
Alhamdulillah seronok dapat berbuka bersama-sama kat luar. Total harga untuk Mrs. A sekeluarga tu dalam tiga ratus lebih sekali-sekala oklah selalu-selalu tak dapeklah nak nolong ngeh! ngeh! ngeh! Food pula bagi pendapat Mrs. A okay lorrr.... pilihan memang banyak tapi tak semua rasanya sedap. Rasanya mana-mana tempat pun sama. 

Itu saja kisah Jalan-Jalan Mitsui Outlet dan Berbuka Puasa Di Royale Chulan, Seremban. Selamat berpuasa hari ke 23 Ramadhan dear readers.
MRS.A my blog my stori ©