Netball Update : Training Dah Mula Balik - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Netball Update : Training Dah Mula Balik

29 Jun 2018

Netball Update : Training Dah Mula Balik

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Netball Update : Training Dah Mula Balik


Ha! ingat lagi tak beberapa bulan yang lalu [SINI] Mrs. A pernah citer kisah persediaan team netball SAINS untuk ke SBAM. Setelah berapa banyak kali ntah tertangguhnya last up-date tarikh 28- 30 April tapi nan-hado uols gara-gara PRU14. Mrs. A nak citer kisah netball pun dah malas dah huhuhu...

Kemudian setelah PRU14 berakhir dan kerajaan pun sudah tukar ingatkan SBAM di Johor turut berkubur tapi mujurlah SBAM di Johor tetap akan dilangsungkan sebagaimana yang telah dirancangkan sebelum ini. Tarikh terbaru yang telah ditetapkan adalah pada 4 - 6 Ogos 2018. Harapnya tarikh terbaru itu berjalan lancar.

Setelah hampir sebulan lebih berehat dari training, ialah bulan Ramadan kan takkanlah ko gigih juga nak bertraining bagai. Rilex arrr.. lepas raya kita sambung balik. Last team netball training adalah pada petang Jumaat 4 Mei 2018.

netball
Sebelum raya
Gambar atas petang Jumaat 4 Mei tu sebelum it's a wrap katanya sempatlah we all bergambar dulu untuk dijadikan gambar sebelum dan selepas hari raya samada kurus ka gemuk ka muahahhaaaaa.... Gambar bawah (tak semua orang yanga sama pun) adalah pada petang Rabu 27 Jun 2018, betul-betul coach suruh bergambar sebelum training mula petang tu Mrs. A ingatkan main-main jer... Ha cer tengok ada ke beza???

netball
Selepas raya
Mrs. A rasa sama jer... yang boleh pastikan adalah yang empunya badan itu sendiri dah timbang berat ke belum, baju seluar dah ketat ke sama jer... muahhaaaaa... as for Mrs. A sama jer... yang berbeza adalah tahap fit tak fit jerr..  almaklumlah dah lama tak berlari pancit teruk uols!

Dah tu pula baru nak mula balik training coach dah suruh friendly dengan team power fuh! mencabar betul 1st day training petang tu. Dalam court masa 10 minit tu rasa lama giler macam rasa 30 minit baq hang huhuhuu....

Oleh kerana tempoh SBAM dalam masa kurang lebih sebulan aje lagi hari training pun telah ditambah daripada 2 kali seminggu ke 3 kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat pelepasan awal 45 minit daripada waktu kerja biasa adalah maintain.

Meh! sini Mrs. A share detail sket.
netball
Downlaod dari portal SBAM Syarikat Air Johor
 netball

Kalau ikut jadual tu perlawanan pertama SAINS adalah perlawanan ke 5 pada pukul 10.30 pagi lawan KETTHA. Kemudian perlawanan ke 11 pukul 2.00 petang lawan Perak. Seterusnya perlawanan ke 16 bertemu tuan rumah iaitu Johor dan terakhir untuk perlawanan ke 22 peringkat kumpulan adalah menentang Pahang. Fuh! tulis ni pun dah berdebar ngalahkan piala dunia muahahaha....

Okay itu sahaja up-date kisah netball Mrs. A setakat ini so orang-orang Johor kita jumpa nanti ya pada awal Ogos. Kontigen SAINS akan bertolak sehari awal dari tarikh SBAM tu iaitu pada pagi Jumaat 3 Ogos 2018 we all akan check-in di Pulai Spring Resort. In Sha Allah semoga dipermudahkan. Readers mohon doakan team Mrs. A menang tau walaupun WP kata bagi Naib Johan tapi Mrs. A naklah jadi Johan hiks!

8 ulasan:

  1. Orang2 air ni patutnya amek sukan renang

    BalasPadam
  2. teringat2 pulak akak zaman2 melompat2 ni..

    BalasPadam
  3. Good luck buat team Mrs A. Johan dalam genggaman. InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. Bestnya dah mula trainning. Chik Tie tak mula mula lagi traning futsal. Berat pun dah boleh tahan ni

    BalasPadam
  5. ms utk keluar peluh... ms utk buang lemak2 lemang yg terselit dicelah2 usus hahahaha #gurau

    chaiyok sis!

    BalasPadam
  6. Adoi.. aktif betul Mrs A bersukan.. teruja sha tengok..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©