MRS.A my blog my stori: Tazkirah MRS.A my blog my stori: Tazkirah
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Salam Nuzul Quran 2024

Salam Nuzul Quran 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 


As Salam and greetings to dear readers.

Salam Nuzul Quran 2024 serta selamat berpuasa kepada semua rakan blogger. Lamanya tak memblog rindu...

Salam Nuzul Quran


Pejam celik pejam celik dah 17 Ramadan sekejap sangat rasanya masa berlalu. Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa membaca Al-Quran. 


SALAM JUMAAT: Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

SALAM JUMAAT: Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

SALAM JUMAAT: Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat.

Sudah agak lama Mrs. A tak buat post Salam Jumaat. Last [SINI] bila diulang baca semula post tu terasa betapa kerdilnya diri ini sebagai manusia yang hanya mampu merancang tanpa izinNYA maka tidak berlakulah ia. Eh! panjang pula intro ha!

Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat.

salam jumaat
Kredit image

SALAM JUMAAT: Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat. Semoga bermanafaat.



Salam Jumaat : Beware Of The Leaking Bucket

Salam Jumaat : Beware Of The Leaking Bucket

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Actually ada banyak jenis leaking bucket tapi Mrs. A tertarik nak share yang ini. Terasa sangat terkesan dengan diri sendiri.

1. You wear abaya and hijab but with perfume and makeup (A leaking bucket)

2. You're following Sunnah and have a beard but you don't lower your gaze (A leaking bucket)

3. You pray all of your prayers on time but you have no khu'shu at all (A leaking bucket)

4. You're very kind to people and speak with them gently but with your family you're always harsh (A leaking bucket)

5. You honour and treat your guests well but when they leave, you gossip about them and talk about their flaws (A leaking bucket)
beware-of-the-leaking-bucket


6. You give alot of sadaqah to the poor but you humiliate them and hurt them(A leaking bucket)

7. You stand up for tahajjud at night, fast and reads Qur'an everyday but you cut your family ties 
(A leaking bucket)

8. You fast and have sabr for the pangs of hunger and thirst but you swear, insult, curse (A leaking bucket)

9. You help others but you're doing it to gain something from them and not doing those acts of kindness for the sake pf Allah's Glory (A leaking bucket)

10. You post reminders and have thousands of followers on facebook and instagram but you're doing it for the fame, not to please ALLAH. Do not gather all your good deeds in a leaking bucket. You struggle to fill it whilst it easily runs out through the leaking holes.


Credit: The Ideal Muslimah
SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

Salam Jumaat 8 Rabiulawal 1440 Hijrah dear readers. Amvoiii!!! mentang-mentang hari Jumaat kemahen lagi kauuu! Mrs. A berbulan hijrah gitew! hah! haii. Okaylah meh sini Mrs. A nak share tips membaca Al-Qur'an. Tips ni Mrs. A dapat dari WhatsApp, ialah kalau dari WhatsApp ni kadang-kadang kalau dah clear chat tak dapeklah nak ulang baca semula so ada baiknya Mrs. A share kat blog.

Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik-bisik dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu. Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya. [Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri, saat kita ingin membaca Al-Qur'an]

Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...

tips-membaca-Al-Quran
Tips membaca Al-Qur'an
[Google image]

1. Junjung; 

Letak atas kepala, niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. Cium;

Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasullullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu-satunya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. Peluk;

Letak didada dengan erat, Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita. Amalkan tips ini InshaAllah. Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Wallahu a'lam.

Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

As Salam and greetings to dear readers.

Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan


Mrs. A tertarik nak berkongsi amalan 10 malam terakhir Ramadhan ini di my blog my stori. Perkongsian ini adalah dari Ustaz Muhadir di IKIM. 

"Bermula malam ini amalkan paling kurang bacaan...
  1. Al Fatihah 3x
  2. Al Zalzalah 2x
  3. Al Kafirun 4x
  4. Al Ikhlas 3x
  5.  Yaasin 1x
Sebaik-baiknya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...

Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan.

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat Lailatul Qadar. Amin."

Okay perkongsian Ustaz Muhadir setakat yang diatas itu aje tau. Kat bawah ini Mrs. A sajalah nak mengomel sikit ngeh! ngeh! ngeh!

Mrs. A inikan kadang-kadang tahu baca aje sesuatu surah itu tapi tak tahu nama Surah tersebut apa tambah-tambah lagi kalau Surah itu tak sebut sedikit pun petikan dari Surahnya [haish!!! teruk betullah ko nih! Mrs. A hoi!!!] Contohnya macam surah Al Zalzalah tu tapi bila Mrs. A google rupa-rupanya Surah Izazulzilatil Alduzil Zalaha kalau Surah ini Mrs. A tahulah ngeh! ngeh! ngeh!.

Image result for surah al zalzalah tafsir
Surah Al Zalzalah

Dulu-dulu sama juga dengan Surah Qul Hu-wallahu 'Ahad  Mrs. A tak tahu pun nama Surah tersebut adalah Surah Al Ikhlas tapi sekarang alhamdulillah dah tahu.

Okay itu sahaja nak shared Perkongsian Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan. Semoga dengan kehendakNYA bertemulah kita dengan malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Amin, In Sha Allah.


Credit Google Image & my WhatsApp Group
Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat

Istiqomah dalam mengamalkannya dan rasai keajaiban rezekiNYA. In Sha Allah.

Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

Wallahualam.
Credit : TAZKIRAHJUMAAT.COM

Salam Jumaat : Kisah Lelaki Sombong

Salam Jumaat : Kisah Lelaki Sombong

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah Lelaki Sombong.

Seorang lelaki kaya yang sombong berjalan di keramaian pasar. Seorang wanita separuh baya penjual minyak samin, dengan kendi di atas kepala sambil membawa ember ditangan kanan, melintas dihadapannya.

Lelaki sombong itu bertanya: "Wahai wanita dagangan apa yang engkau bawa?

Yang ditanya menjawab: "Minyak samin tuan".

"Coba aku lihat" lelaki sombong itu berkata dengan nada suara datar.

Susah payah wanita separuh baya itu menaruh ember yang dia bawa lalu berusaha menurunkan kendi, mengigil-gigil dan terketar-ketar tangan wanita membuat kendi bergoncang, sedikit minyak samin tumpah, menitis mengenai baju lelaki itu.

Seketika amarah lelaki sombong itu meledak tanpa belas kasihan dia mengherdik wanita malang penjual minyak samin.

"Aku tidak terima, kau harus membayar bajuku yang engkau kotori  ini"

"Maaf tuan, saya tidak sengaja, maafkanlah saya" keluh wanita itu bersimpuh menghiba.

"Enak saja, tidak boleh! ayuh bayar bajuku ini" bertambah tinggi suara amarah lelaki sombong itu.

Tak berdaya dengan suara sedih wanita malang itu memberanikan diri bertanya: "Berapakah harga baju tuan ini yang perlu saya bayar?"

"Baju ini harganya 1000 dinar.... ayuh bayar!!!"

kisah lelaki sombong
Sekadar hiasan : Google image
Terkejut sungguh wanita itu ia menghiba "Dari mana saya boleh mendapatkan wang sebanyak itu tuan? Saya ini wanita miskin"

Emosi dan kesombongan lelaki itu memuncak: "Aaah..., saya tidak mahu tahu itu, Baju yang kau kotori ini harus kau bayar"

Pemandangan menyedihkan ini menyebabkan terhentinya langkah seorang lelaki muda. Dia lalu berdiri disisi wanita malang itu sambil berkata: "Ini wang 1000 dinar, biar baju tuan yang mulia ini saya bayar". Dia mengeluarkan kantung wang dari saku bajunya dan memberikannya kepada lelaki sombong itu yang lalu menerima dan menghitung wang 1000 dinar dengan mata berbinar.

Wanita itu berterima kasih berkali-kali kepada lelaki muda dewa penolongnya itu. 

Merasa wang yang dia inginkan sudah diperolehi lelaki sombong itu hendak melangkah pergi.

"Eh! nanti dulu" herdik lelaki muda itu kepada si lelaki sombong.

"Ada apa lagi?" balasnya tegas. Dengan tenang lelaki muda itu berkata: "Kan sudah saya bayar bajumu itu, sini berikan baju itu padaku, itu baju milikku".

"Terbelalak mata lelaki sombong itu berkata: "Lah! jadi saya berjalan di pasar ini telanjang bulat".

Lalu lelaki muda menjawab: "Itu bukan urusan saya, bawa sini saya sudah bayar 1000 dinar, itu baju milik saya".

Orang-orang yang sedari tadi berkerumun dan geram dengan kelakuan si lelaki sombong ramai-ramai berteriak" Ayuh! buka bajunya". "Serahkan bajunya, itu bukan milikmu lagi".

Merasa terpojok. Dengan suara menghiba si lelaki sombong menundukkan kepala pada lelaki muda: "ambil kembali wangmu ini. Aku tidak jadi menjual bajuku ini".

Lelaki muda berkata: "Siapa bilang saya mahu menjual baju itu? Saya tidak ingin menjualnya, sini... serahkan bajuku".

Pucat lesi wajah si lelaki sombong, dia menghiba: "Tolonglah, jual kembali baju ini kepadaku".

Setelah memohon berkali-kali akhirnya lelaki muda itu berkata: "Baiklah tapi kerana baju itu milikku. Aku tidak akan menjualnya kecuali dengan harga 2000 dinar".

Pahit dirasa ludah yang terpaksa ditelan oleh si lelaki sombong itu demi mendengar kata-kata lelaki muda tersebut". Dengan wajah yang tetap menunduk dia menyerahkan kepada lelaki muda dan secepatnya berlalu diiringi riuh rendah suara sorakan orang-orang di pasar itu.

Lelaki muda itu lalu menghulurkan wang 2000 dinar itu kepada wanita penjual minyak samin yang sedari tadi masih terduduk bersimpuh dekatnya. "Ibu, ini hadiah dariku untukmu".

Ingatlah selalu bahawa: Sesiapa yang merendah diri, Allah akan meninggikan darjatnya, sesiapa yang sombong, Allah akan melakukan sebaliknya di dunia mahupun di akhirat nanti. Pelajaran untuk semua pendidikan akhlak dan sopan santun penting diajar semenjak kecil.

Sharing dari WhatsApp grup Kisah Lelaki Sombong. Semoga bermanafaat.

Salam Jumaat : Rahsia Rezeki

Salam Jumaat : Rahsia Rezeki

As Salam and greetings to dear readers.

Rahsia rezeki. Mrs. A dapat message ini dari WhatsApp terpanggil pula untuk share di blog.

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasullullah S.A.W lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

rahsia rezeki
Google Image
Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata, "Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi S.A.W, lalu mereka (para sahabat) berkata, "Wahai Rasullullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami". [Riwayat Abu Dawud]

Peritiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar, Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasullullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah S.W.T dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta". [Sahih, Riwayat Abu Dawud].

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah S.W.T. "Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki". (Al-Ra'd: 26)

Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat". (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi S.A.W. "Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram". [Sahih. Riwayat Al-Hakim].

"Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya". [Riwayat Muslim]

Rahsia Rezeki. Jangan Risau... Allah S.W.T yang memberi rezeki, bukannya makhluk.

Rahsia Rezeki ingatan untuk diri sendiri.

Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik???

Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik???

As Salam and greetings to dear readers.

Yang mana lebih baik? 

Ada segolongan orang yang kuat beribadat tapi 'berakhlak buruk' dan ada segolongan orang yang tidak beribadah langsung tapi 'berakhlak baik'. Yang mana lebih baik?

"Wahai Syeikh, Manakah yang lebih baik, seorang muslim yang kuat beribadah tetapi akhlaknya buruk dan seorang yang tidak beribadah langsung tapi amat baik akhlaknya!!" tanya seorang pemuda.

"Subhanallah!! kedua-duanya baik", ujar Syeikh sambil tersenyum...

"Mengapa boleh jadi begitu desak??" desak pemuda tadi.
manakah yang lebih baik?
Google image
"Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi  nanti akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia bersebab ibadahnya... dan kerana orang yang baik perilakunya itu boleh jadi nanti dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNYA."

"Jadi siapa yang lebih buruk??" desak si pemuda tadi.

Airmata mengalir di pipi Syeikh "KITA... wahai anak muda", ujar beliau.

"KITAlah yang selayaknya berakhlak buruk sebab kita seringkali menghabiskan waktu menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri". "Padahal kita akan dihadapkan di depan Allah dan ditanyakan tentang diri kita. Bukan tentang orang lain!!"

Yang mana lebih baik?

RENUNGKAN...
Akibat Solat Di Hujung-Hujung Waktu

Akibat Solat Di Hujung-Hujung Waktu

As Salam and greetings to dear readers.

Akibat Solat Di Hujung-Hujung Waktu. Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorang pun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...
Google Image
Tidak! Rasulullah S.A.W. pernah bersabda; "Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka". Dia mula menjerit;

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua-dua malaikat tidak berhenti dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara. 

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun kedalam api neraka, apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, Siapakah anda? Orang tua itu menjawab, "Saya solat anda". "Mengapa kamu begitu lewat!" Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur".

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya."Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Akibat Solat Di Hujung-Hujung Waktu. Perkongsian dari group WhatsApp petikan dari ceramah Ustaz Faqih Raza. Peringatan untuk Mrs. A juga, semoga bermanfaat untuk readers yang disayangi. In Sha Allah.
Salam Jumaat : Apakah Kepunyaan Kita?

Salam Jumaat : Apakah Kepunyaan Kita?

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat dear readers. Mrs. A tertarik nak shared message yang Mrs. A terima dari group WhatsApp ini. Mari kita renung-renungkan. Apakah kepunyaan kita wahai saudaraku:-

Lahirmu:
Dilahirkan oleh orang lain.

Namamu:
Dinamakan oleh orang lain.

Pelajaranmu:
Diajar oleh orang lain.

Pendapatanmu:
Diberikan oleh orang lain.

Hormat:
Diberi oleh orang lain

Mandian pertama dan terakhir:
Dimandikan oleh orang lain

Selepas mati:
Segala harta benda dan hakmu diambil oleh orang lain

Pengkebumianmu:
Dibuat oleh orang lain.

Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa dan juga tiada daya tanpa izin-NYA. [ingatan untuk diri-sendiri]

Salam Jumaat : Apakah Kepunyaan Kita?

Wordless Wednesday #82 - Tetamu

Wordless Wednesday #82 - Tetamu

As Salam and greetings to dear readers.
Oleh kerana ini ada kena mengena dengan hari raya, Mrs. A terkesan dan tertariklah pulak nak shared post dari FB Mizan As-Syatirie aka Atok ni, sebagai ingatan untuk diri sediri dan jugak kita-kita. Bukan apa bila di blog mudah untuk dicari semula nanti, bila di FB agak sukar untuk kita mencarinya setelah beberapa ketika nanti.
"Bila raya je, ramai tetamu yg akan berkunjung ke rumah.. Termasuklah kanak-kanak datang beraya.. Tak kurang ada yg mengeluh letih.. Lebih suka terbaring depan TV tengok astro daripada melayan tetamu.. Lagi la kalau bebudak dah bagi salam depan rumah.. Ada tu tak suruh masuk pun.. terus je hulur duit raya.. alasannya bebudak ni bukan nak minum atau makan kuih pun.. Membazir je hidang pastu minum seteguk.. Dorang nak duit raya je..
Satu kita lupa.. Tetamu yg datang ke rumah tu akan membawa keluar dosa-dosa yg ada di dalam rumah dan mereka membawa keberkatan kepada tuan rumah.. Lagi la kalau bebudak yg belum baligh tu datang beraya ramai-ramai.. Dah la dorang tu belum ada dosa, malahan dibawanya keluar dosa-dosa yg ada tersangkut dalam rumah tu.. Layanlah tetamu dgn ikhlas tanpa mengira siapa pun.. Bila bebudak datang beraya, suruh dorang masuk.. Layan baik-baik.. Walau pun duit raya yg mereka idamkan, kita pula dahagakan keberkatan.. Bagi duit raya tu dikira sebagai sedekah.. ALLaH akan ganti balik nanti.."
Copy and paste sebijik takde edit-edit.

Wordless Wednesday ke tu!?
Wordless Wednesday #81

Wordless Wednesday #81


As Salam and greetings to dear readers.


Ketika kita mendoakan orang lain,
Allah SWT mendengar doa kita dan merahmati mereka;
Kadangkala apabila kita selamat dan bahagia,
Ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan kita.


kredit: @datoserivida
Salam Jumaat : 28 Rejab 1437H

Salam Jumaat : 28 Rejab 1437H


mrsablogstori.blogspot.com
Salam Jumaat : 7 Rejab 1437H

Salam Jumaat : 7 Rejab 1437H

As salam and greetings to dear readers.

Shared Yamtuan Murshid's post


Salam Jumaat : 9 J'Akhir 1437H

Salam Jumaat : 9 J'Akhir 1437H

As salam and greetings to dear readers.


Salam Jumaat : Perasan Tak?

Salam Jumaat : Perasan Tak?


Bila sakit,
Allah Tarik 
Keceriaan Di Wajah,
Selera Makan,
Dan Dosa Kita.

Bila sihat,
Allah Pulangkan 
Keceriaan Di Wajah,
Selera Makan,
TAPI Bukan Dosa Kita.


Credit to FB Pages DUKE
Wordless Wednesday #60

Wordless Wednesday #60


Google image


Wordless Wednesday #55

Wordless Wednesday #55

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yang sama dan diedarkan oleh BNM.
Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi terpisah di bank dan beredar di masyarakat.
Bagaimanapun empat bulan kemudian mereka bertemu semula 
 secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.
Maka mereka pun berbual: Wang RM100 bertanya kepada RM1; 
"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"
RM1 menjawab; "Kerana sebaik sahaja aku keluar dari BNM, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100; "Kenapa kau begitu baru, rapi dan masih bersih?"
RM100 menjawab; "Kerana sebaik sahaja aku keluar dari BNM, terus disambut oleh perempuan cantik dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks beli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga  dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah".
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, ditangan anak-anak yatim-piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada Allah.
Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Moral of the story: Hidup kita janganlah sombong dan ego dengan kedudukan dan pangkat, kerana adakalanya sesuatu yang kita hina itu adalah lebih baik dan bermanfaat kepada masyarakat.

Share from WhatsApp Group


MRS.A my blog my stori ©