SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

16 November 2018

SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

SALAM JUMAAT : Tips Membaca Al-Quran

Salam Jumaat 8 Rabiulawal 1440 Hijrah dear readers. Amvoiii!!! mentang-mentang hari Jumaat kemahen lagi kauuu! Mrs. A berbulan hijrah gitew! hah! haii. Okaylah meh sini Mrs. A nak share tips membaca Al-Qur'an. Tips ni Mrs. A dapat dari WhatsApp, ialah kalau dari WhatsApp ni kadang-kadang kalau dah clear chat tak dapeklah nak ulang baca semula so ada baiknya Mrs. A share kat blog.

Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik-bisik dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu. Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya. [Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri, saat kita ingin membaca Al-Qur'an]

Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...

tips-membaca-Al-Quran
Tips membaca Al-Qur'an
[Google image]

1. Junjung; 

Letak atas kepala, niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. Cium;

Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasullullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu-satunya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. Peluk;

Letak didada dengan erat, Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita. Amalkan tips ini InshaAllah. Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Wallahu a'lam.

13 ulasan:

  1. salam jumaat..good sharing..semoga kita dpt membaca alquran dan faham maksudnya...insya allah

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat, syukran...Al-Quran teman kita di alam kubur & di akhirat..semoga kita istiqomah membaca & mengamalkannya..

    BalasPadam
  3. Nice sharing... Al-Quran untuk dibaca dan fahami... bukan sebagai hiasan di almari...

    BalasPadam
  4. Wahyu yang kekal hingga kini..Al Quran.

    BalasPadam
  5. ... jangan lupa utk amalkan juga.... terima kasih berkongsi

    BalasPadam
  6. In shaa Allah, teman sepanjang zaman. Salam Jumaat Mrs.A :)

    BalasPadam
  7. Amboiii acah acah ustajah gitu tau hahahhaa....
    Terima kasih perkongsiannya MA.... kalau tak diberitahu manakan tahu kan... Itulah indahnya bersahabat ....

    BalasPadam
  8. InsyaAllah..yang penting istiqamah kan? Tq sharing 😊

    Hai Mrs.A, cheq follow sini #392

    BalasPadam
  9. salam perkenalan..tips ni semua sy mmg amalkan sbb diajar dari kecil cuma kadang2 terlupa nk bg salam ..tp sy pelok...junjung and cium after habis baca.... hehehe... akan sy perbaiki lg... tq sharing... done follow blog sis..jemput singgah my blog yaaa

    BalasPadam
  10. Teringat masa kecik-kecik. Tak buat tiga-tiga ni pas ngaji arwah atuk akan marah. Benda simple tapi ada kebaikannya

    BalasPadam
  11. Semoga terus menjadi amalan seharian.. Aamiin..

    BalasPadam
  12. Sama-sama kita amalkan. Besar faedahnya.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah perkongsian yang berguna buat zumal

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©