KEJOHANAN SILAT PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: KEJOHANAN SILAT PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN

13 November 2018

KEJOHANAN SILAT PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

KEJOHANAN SILAT PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN.

Kejohanan Silat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan 2018 telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 7 hingga 9 November yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Tan Sri Dato Hj Mohd Said a.k.a Kompleks Sukan Seremban 2.

Kejohanan silat kali ini merupakan  penyertaan pertama kali Aryssa kalau sebelum ini yang rajin turut serta adalah Adik kisahnya tu di [SINI] [SINI] dan [SINI] tetapi kali ini Adik tidak terlibat gara-gara UPSR Adik kata nak breaks sekejap tapi nampak gayanya bukan sekejap ni dah masuk kategori malas nak start balik huhuhuhu......

Pada kejohanan silat kali ini selain Aryssa yang turut serta, cousin dia Imran dan Danial juga turut sama terpilih menyertai kejohanan. Imran sebagai salah seorang wakil dari Sekolah Dato' Abd Razak (SDAR). Manakala Danial pula wakil pertubuhan silat Mega Cemandee sama dengan Aryssa. Seperti kejohanan sebelum-sebelum ini sambutan memang sangat menggalakkan. Eh! banyak lagi rupanya ('ingatkan dah takde') pertubuhan-pertubuhan silat di Negeri Sembilan ini dan bukan setakat dari Daerah Seremban aje ada juga dari Daerah Rembau dan lain-lain.

Kejohanan-silat
Di awal pagi sebelum bermula team Mega Cemandee warming-up sambil dengar briefing
kejohanan-silat
Kejohanan Silat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan
Oh! ya sebelum Aryssa nak menyertai kejohanan tu cikgu silat dia suruh pi buat medical check-up dulu ialah nak bersilat ni menggunakan fizikal haruslah pastikan dulu fit ke idok gitewww.... Alhamdulillah medical check-up Aryssa okay doktor siap buat lawak lagi okay dah boleh bersilat sekarang hiks! sambil wish good luck to Aryssa.

Hurm... beborang kejohanan Aryssa tu dia yang isi sendiri dah tu pulak Mrs. A tak hadam betul-betul so Mrs. A ingatkan kejohanan tu sehari sahaja sebab Aryssa kata 7 haribulan je.... kekdahnya Mrs. A amik cuti  pada 7 haribulan sehari tu aje. Unfortunately tiada perlawanan Aryssa, Danial mahupun Imran pada hari pertama kejohanan kerana tertangguh dek acara perasmian pada pukul 4.30 petang.

Adoiiii la... haish! nak jugakkkk... buat majlis perasmian tu huhuhuuhuu. Mrs. A dengar-dengar YB Taufek baru aje landing dari Sabah dan terus ke situ semata-mata nak merasmikan kejohanan silat tersebut. Wow! hebat komited sungguh YB Taufek. Untuk rekod YB Tuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan EXCO & ADUN Paroi.

Sementara menunggu YB Taufek, semua peserta diminta duduk dalam barisan sekolah dan pertubuhan silat masing-masing
Semua diminta memberi kerjasama dan tunjukkan selayaknya attitude seorang pesilat pesanan emcee/ penganjur
Guru-guru dan ibubapa yang hadir diminta duduk di kerusi hadapan tapi tak ramai pun yang duduk kat situ huhuhuhu
Kesudahannya kejohanan pada hari pertama tamat setelah selesai acara perasmian lebih kurang pukul 5.30 petang cenggitu. Peserta diminta datang semula esoknya seawal jam 8.00 pagi kerana perlawanan akan bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi.

Mr. A and Aryssa
Along
Adik and Imran
Pada hari kedua iaitu esoknya tu Mrs. A terpaksa juga pergi kerja kerana ada Mesyuarat Pengurusan Kanan Mrs. A pulak pencatit minit pasti haru-biru jadinya kalau Mrs. A tak datang huhuhuu.... tapi tulah walaupun jasad kat dalam bilik mesyuarat tu tapi hati dan perasaan ada kat tempat lain hurm... kecelaruan fikiran betullah Mrs. A time tu dahlah agenda sikit punya banyak mesyuarat ambil masa lama dari biasa dari pukul 9.00 pagi sampai ke 1.18 petang huwaaa...waaaa...waaaaa... boleh tak readers bayangkan. #sabaryolah

Habis aje mesyuarat kebetulan dah time lunch terus Mrs. A cakap dengan bos "nak pergi kat tempat kejohanan tu sekejap, mana tahu anak I belum lawan lagi". Bos pun senyum jer... sambil kata "poielah.." Lagipun Kompleks Sukan Seremban 2 dengan office Mrs. A (DS2Mall) takdelah jauh dalam 5-10 minit drive gitewww...

Sepertimana yang telah dijangka sewaktu Mrs. A sampai di tempat kejohanan tu Aryssa dah habis lawan. Ibu lambat sangat Sha dah habis lawan tadi lagi katanya. Haish!!! tapi mujurlah ada buat video recording so Mrs. A tengok kat phone ajelah. Tapi final games Danial dan Imran Mrs. A sempat tengok. Fuh! meremang bulu roma tengok Danial fight aura yang dah remaja ni berapi-rapi sikit beza dengan yang masih kecik-kecik lagi tu.

Aryssa and Mama my biras sebelah baju putih tu my b.i.l
Aryssa sudut merah sedang tunggu pengumuman pemenang jeng..jeng..jeng...
Hari ketiga pula adalah adalah hari penyampaian hadiah dan acara penutup. We all tak pergi pun  Aryssa terpaksa pergi sekolah kerana babah yang paksa hahaha.. gara-gara Aryssa dah lama sangat tak ke sekolah sebab menjaga opahnya di HTJ time opah dia masuk wad last 2 weeks. Nak tak nak Aryssa pergilah sekolah dan hadiah naib johan Aryssa wakil dari persatuan Mega Cemandee yang ambil yang jugak kawan dia.

Sementara itu Kaklong and family hadir mujurlah dapat juga tengok gambar di tempat kejadian. Jadilah...
Tahniah! Danial menang naib johan kategori Pra-Remaja ke Putera Mrs. A pun tak pasti.
Yesssza itu dia Alif Imran Juara kategori ermmm... tak pastilah pulok kategori apa hahaha
Hebat sangat Imran time dia lawan pun over reacting we all terjerit-jerit kat tepi court hahahaaa... Walaupun size dia kecik aje kalau nak dibandingkan dengan kesemua lawan-lawannya itu tapi tulah dia telah membuktikan size doesn't matter yang penting semangat juang tinggi.

Kepada semua peserta yang telah berjaya meraih kemenangan tahniah Mrs. A ucapkan dan syabas juga diucapkan kepada semua yang telah masuk bertanding. Semoga anda semua akan terus bersilat hingga ke peringkat olimpik wow! yang penting aim high In sha Allah teruskan usaha dan jangan give-up.

Okay tamat kisah Kejohanan Silat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan 2018. Akhir kata majulah sukan silat untuk negara.

14 ulasan:

  1. jarang ank perempuan nk join silat ni..syabas utk aryssa join kejohanan silat ni...tk pernh lg tgk mana2 pertunjukan silat mcm ni..kalo tgk silat pn kt majlis kawin hehe

    BalasPadam
  2. aktif anak=anak Mrs A, semoga terus cemerlang dunia dan akhirat, Aamiin

    BalasPadam
  3. Tahniah Aryssa, Danial dan Imran! Hebat! Dah kuasai seni mempertahankan diri. Baguslah boleh guna waktu kecemasan, lagi2 perempuan. Mrs.A duduk di Seremban ke, dekat jelah kita hihihi

    BalasPadam
  4. Bestnya solat. Bagus muda2 belajar solat ni

    BalasPadam
  5. Silat sinonim dengan masyarakat melayu... Kena kekal warisan ini... Jika tidak hilang di telan zaman...

    BalasPadam
  6. Bagus ada minat join silat. Tahniah kepada pemenang

    BalasPadam
  7. Tahniah Danial & Imran. Bagus belajar dan suka silat, seni pertahanan diri Melayu lama. Zaman sekarang plak kena persiapkan diri dari orang jahat. Hiyakkk!!!

    BalasPadam
  8. wahhhh tahniah semua! hebat2 belaka... bila nak turunkan ilmu silat kat kami yg cuma reti pegang gayung je ni hehehehe

    BalasPadam
  9. fuyyoo..dah lama tak tgk org lawan silat..murni minat tgk tapi takut nak masuk..takut sakit..hehehe

    BalasPadam
  10. Wah tahniah Aryssa. Mulanya ingat Mrs.A yang masuk bertanding. Hehe...

    BalasPadam
  11. Tahniah Aryssa and the geng. Aryssa dapat naik johan dah pass lah kiranya dah boleh bersilat ngan mama hahahha....
    Anak anak kita tak minat benda benda gini....

    BalasPadam
  12. Wah tahniah Aryssa, jarang-jarang budak pompuan dapat bersilat zaman sekarang ni.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©