Minum Petang Di Cendol Songkok Tinggi Gazebo - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Minum Petang Di Cendol Songkok Tinggi Gazebo

19 November 2018

Minum Petang Di Cendol Songkok Tinggi Gazebo

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Minum Petang Di Cendol Songkok Tinggi Gazebo

Dah lama tak minum cendol songkok tinggi. Kebetulan last Saturday selepas singgah tengok Kejohanan Tertutup Pencak Silat anjuran Mega Cemandee di SKKGV. To be exact tengok anak sedara yang bertanding. Aryssa dan Danial jadi "pelepas" time ni sebab ini kategori Dini dan Pra-Dini sahaja. Pastu Mr. A terus melencong ke Cendol Songkok Tinggi Gazebo ni. Dalam hati Mrs. A suka tau sebab tak pernah duduk minum kat gazebo ni selalu tu tapau aje dan dengar citer Along yang selalu lepak sini dengan kawan-kawan dia.

Minum petang di Cendol Songkok Tinggi Gazebo wah! ramai juga customer time ni expecially yang berkeluarga. Mrs. A ingatkan we all aje tapi mujurlah masih ada tempat kosong lagi. Kalau tak kenalah tunggu sekejap bagi orang habis makan dulu.

cendol-songkok-tinggi-gazebo
Minum petang di Cendol Songkok Tinggi Gazebo. Adik biasalah menyorok tak nak bergambar. Along tak join. Aryssa bertugas jadi "pelepas"
Di Cendol Songkok Tinggi Gazebo ni ada juga lain-lain menu selain daripada cendol-cendollan.

cendol-songkok-tinggi-gazebo
Minum petang di Cendol Songkok Tinggi Gazebo lokasi Kampung Jiboi Baru, Ampangan NSDK.
Hurrmmm... rasanya time rehat yang kat menu ni time lama sebab time Mrs. A singgah ni pukul 4.30 petang.
cendol-songkok-tinggi-gazebo
Mr. and Mrs. A order cendol special. Adik order cendol Ais-krim
cendol-songkok-tinggi-gazebo
Ada tiga jenis jemput-jemput yang we all makan ni jejemput bilis.
Jemput-jemput = cucur
cendol-songkok-tinggi-gazebo
Ingatkan apalah dalam tin tu rupanya tisu aka serviette
cendol-songkok-tinggi-gazebo
Ha! dah kosong bolehlah snap seketul gazebo yang cantik
cendol-songkok-tinggi-gazebo
Haiii lah Adik, ibu belum ready lagi ko dah snap
Minum Petang Di Cendol Songkok Tinggi Gazebo sangat santai dan sempoi memang sesuai buat mereka yang sukakan suasana alam semulajadi sebab konsep gazebo ini adalah di luar bangunan a.k.a dalam taman tiada air-conditioner mahupun kipas angin. Kalau cuaca hujan memang tak dapeklah acik nak nolong yo oooppsssss....

Okay itu sahaja kisah Minum Petang Di Cendol Songkok Tinggi Gazebo.

14 ulasan:

  1. Cantiknya gazebo dia.. Makan pula cucuq bilis dengan cendol.. memang layanlah..

    BalasPadam
  2. bestnya makan cendol dikelilingi pokok2 hijau...cendol mmg favourite..
    bagus gak idea bubuh tisu dlm bekas, taklah kena habuk tapi misleading..hihi..ingatkan butter cookies..

    BalasPadam
  3. Menikmati cendol dengan santai...seronok.

    BalasPadam
  4. Dah dekat ni dengan rumah. Boleh lah cuba nanti.

    BalasPadam
  5. kena angin sepoi2 xsedar kalu termkn celdol 4 mangkuk😄

    BalasPadam
  6. Tempat yg cantik,Cendol nampak sedap. Terus rasa nak makan pulak 😊

    BalasPadam
  7. Menariknya tempat makan ni Mrs A. Nature sangat. Sure layan makan dekat sini.

    BalasPadam
  8. sebut cendol ni, teringin la pulak,,

    BalasPadam
  9. alaa rindu cendol ni.. selalu makan time open house hehehehhee

    BalasPadam
  10. Cantiknya tempat ni, mesti best makan cendol petang-petang dalam suasana macam ni

    BalasPadam
  11. Nice... Kat mana tempat nie ye... Ada masa nanti boleh la terjah kat sini pekena semangkuk dua cendol tu...

    BalasPadam
  12. Sedapnya. Pernah rasa cendol dia dulu sekali, masa tu kenduri di rumah pakcik di Seremban dia panggil cendol songkok tinggi ni hehe tapi tak pernah lagi pergi kedai dia ni.

    BalasPadam
  13. mana songkok tinggi tu nya hhihih

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©